Wednesday, May 20, 2009

Chua Soi Lek dapat jawatan

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata jawatan penyelaras BN diwujudkan hasil perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak tiga kali.

"Jawatan tersebut adalah hasil perbincangan saya dengan perdana menteri bahawa sudah sampai masanya mewujudkan jawatan ini," kata Chua dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Menurut Chua, beliau berjumpa dengan Najib yang juga pengerusi BN sebanyak tiga kali, termasuk dua pertemuan empat mata, antara keduanya.

"Pertemuan ketiga pula turut dihadiri Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga menteri dalam negeri.

"Itu pun kita berbincang isu berlainan. Apa yang PM dan presiden saya bincang, saya tak tahu," tambahnya.

Dewan Tertinggi BN semalam melantik Chua sebagai ketua penyelaras BN dalam usaha merampas semula negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Najib dilaporkan berkata, ia merupakan jawatan baru yang diperkenalkan 'untuk memfokus terhadap negeri-negeri yang bukan diperintah oleh BN'.

Kukuh imej BN

Dalam sidang media yang sama Chua, menjelaskan tugasnya sebagai ketua penyelaras adalah untuk memastikan BN dapat membantu menggerakkan jentera parti komponen di peringkat akar umbi, khasnya di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak.

"Saya juga diberi nasihat agar memberi perhatian kepada Negeri Sembilan dan Johor.

"Selain memastikan BN bergerak, saya juga harus memastikan hubungan parti komponen BN dalam keadaan baik, erat dan sentiasa bergerak dalam satu pasukan," katanya.

Ditanya sebab BN turut memberi perhatian kepada Negeri Sembilan dan Johor sedangkan ia diperintah oleh parti tersebut, beliau berkata ia bertujuan untuk memperkukuhkan lagi BN di negeri-negeri tersebut.

Sehubungan itu, beliau juga akan mencadangkan penubuhan pusat khidmat BN di kawasan yang dikuasai pembangkang selepas pilihanraya umum lalu, bagi menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Katanya, beliau akan berbincang dengan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, untuk mempercepatkan penubuhan pusat khidmat tersebut.

"Lagi cepat lagi baik... secepat mungkin," katanya

Ditanya sama ada jawatan tersebut diberikan kerana beliau tidak diberikan menganggotai kabinet, Chua berkata:

"Saya tidak pernah meminta jawatan daripada perdana menteri, saya rasa malu (nak minta)," katanya sambil menambah, tawaran jawatan itu juga tidak ada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau akan melompat parti.-mkini

Kata den
Jangan nak bohonglah Dr dio orang takut u lompat parti tu sobablah dio orang bagi job kat u dah selama ni u komplen u serupa ada takda dalam parti anyway gud luckla to u.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran