Sunday, May 10, 2009

BN MAKIN KALUT

Sunday, 10 May 2009 •

KUALA LUMPUR, 10 MEI (SK) -POLIS telah bertindak merempuh dewan orang ramai serta merampas alat tayangan apabila penganjur menayangkan video yang memaparkan peristiwa didalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Dalam majlis yang di adakan di Setiawan malam tadi polis turut menahan seorang juruteknik video kamera yang telah memasang alat-alat VCD di dewan itu telah ditahan oleh polis.

Dalam kejadiaan berkenaan, polis telah menggunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk merempuh Dewan berkenaan, dan menurut saksi, rempuhan berkenaan seperti ada rusuhan sedang berlaku.

Majlis yang dianjurkan secara tertutup oleh DAP itu turut dihadiri oleh Speaker Dun V.Sivakumar, ADUN Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming.

Difahamkan sekitar jam 1.00 pagi tadi, sekitar 400 orang penyokongtelah berkumpul di Balai Polis Sitiawan untuk memberikan sokongan.

Difahamkan, mereka yang ditahan telah dibawa oleh pihak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran