Wednesday, June 30, 2010

SUARA PERKASAM - TAHAN KA SIONG BAWAH ISA

Pehh.....garang tu beb.....start-start je dah suruh tahan orang bawa ISA.....den raso tak lamo suratkhabar nie.....tak caya korang tengok je lah nanti......bara akan menjadi api.....bahayo suratkhabar nie...

Edisi sulung akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat bermula 'garang' dengan tajuk muka depannya berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA: Didesak minta maaf atau letak jawatan".

Dengan terbitnya Suara Perkasa, hasrat NGO itu untuk memilik akhbar sendiri menjadi kenyataan apabila akhbar yang memfokuskan suara NGO Melayu itu akan berada dalam pasaran mulai esok.

Timbalan presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman A Bakar berkata akhbar bersaiz tabloid dua kali sebulan itu akan menjadi wadah bagi mengetengahkan masalah dan kepentingan Melayu selaras dengan matlamat perjuangan mereka.

"Ia bukan seperti akhbar politik," katanya dalam sidang media di pejabat akhbar itu di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Buat permulaan sebanyak 25,000 dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia. Ia dijual dengan harga RM2 di semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak.-mkini

SUARA PERKASAM GANTI SUARA KEADILAN?

Dahlah nama lebih kurang sama....permit pun sama time hidup dan time mati dia....musykillah ana....makin jantan gedebelah berahim ali nampaknya.....



KUALA LUMPUR, 30 Jun — Ketika Suara Keadilan berhadapan dengan kemungkinan dikenakan tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri ekoran isu Felda, Perkasa akan mengeluarkan edisi sulung akhbarnya — Suara Perkasa esok.
Akhbar terbitan dua kali sebulan itu akan memasuki pasaran mulai 1 Julai, kata pemimpin kanannya.
Ia sepatutnya dilancarkan ketika mesyuarat tahunan pertama Perkasa awal tahun ini, pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali selepas pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu, tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal dan logistik.
Surat khabar itu menyuarakan kepentingan Melayu dan Islam, kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali.
Bagaimanapun beliau enggan memberikan maklumat terperinci atas alasan sidang media khas penerbitan akan diadakan petang ini.
Bagaimanapun Syed Hassan berkata, pihaknya bercadang untuk menjadikan Suara Perkasa sebagai akhbar harian pada tahun depan.
“Tahun ini kita tumpu pada edisi dwibulanan dan tahun depan ia akan dijadikan akhbar harian,” kata beliau ketika dihubungi lewat malam tadi.-tmi

AHMAD SAID MALU KE BUAT-BUAT TAK TAHU

Kononnya MB terengganu kite nie malu kek puak-puak dia pasal stadium runtuh tak dibuat apa-apa lagi....nak malu lagu mana wei.....duit dah habis dah wei......tabur sana tabur sini.....hang punya rejim jugak....kalau berani mu sound direct la kat najib.....duit ihsan ada lagi tak.....nak tunggu claim kontraktor kirim salamlah....kalau nak yang murah....bakal jadi tugu la stadium tu....tak pun buat sendiri....den gerenti lagi cepat jadi tugu....


KUALA TERENGGANU 29 Jun - Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengakui berasa malu dengan keadaan runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini yang sehingga kini masih belum dibersih dan dibaiki.
Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana kerja-kerja membersihkan sisa runtuhan bumbung itu masih tertangguh walaupun Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa tender sudah dibuka kepada kontraktor.
Jelasnya, setakat ini 40 kontraktor sudah memohon, namun beliau pelik kerana JKR mengambil masa yang lama untuk memproses dan membuat penilaian bagi memilih kontraktor yang sesuai.
"Sebelum ini saya meminta JKR agar menyegerakan kerja-kerja pembersihan sisa bumbung stadium yang runtuh iaitu selepas setahun kejadian itu berlaku.
"Saya sendiri rasa malu setiap kali melihat keadaan bumbung (stadium) runtuh, ia masih tidak dicabut (ditanggal) lagi. Saya sudah beritahu JKR, mereka kata ramai (kontraktor) dah masuk (tender) iaitu 40 orang.
"Pada saya cari yang murah untuk jimat kos, tunggu apa lagi. Penilaian apa yang lama sangat. Yang penting murah. Saya tak faham. Kalau saya senang saja, saya akan buat penilaian dan pilih (kontraktor) dalam masa sehari saja," tegasnya.

Tuesday, June 29, 2010

ULAMAKAH 40 ORANG NI....

Bukan nak mempertikaikan taraf dan ilmu mereka....tapi kita berhak untuk menilai ulama 40 nie....apakah mereka mempunyai ciri-ciri seorang ulama untuk diyakini.....wa sebenarnya malas nak cakap pasal ulama nie...dah umno memainkan istilah ulama nie...tak kira orang.....semua dipanggil ulama terpaksalah den cakap pasal ciri-ciri ulama nie....supaya tak dibodoh-bodohkan.....


mereka ini semua baru betul ulama

Ciri-Ciri Ulama’

1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya

2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya

3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu.

Daripada Abdullah Ibn Masud
“Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)

4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan

5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir

6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh

7.Apabila ia berada di dalam majlisnya maka ia sabar atas orang yang lambat faham dengan hal ehwal agamanya sehingga ia menjawab dengan lembut dan beradab.

8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya

Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat manusia yang diazab di hari qiamat ialah seoang alim yang tidak bermanfaat imunya”. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)

Kata Fudhail bin ‘Iyyad,
Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan menyebarkan .

Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak
“awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:46.)

9. Apabila disoal kepadanya perkara yang provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di kalangan orang muslimin maka ia minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada orang yang lebih aula daripadanya

10. Ulama’ ia tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.

11. Mengajar orang lain kepada tuhannya dan memperingatkan bagi mereka yang lupa. Mengajar bagi mereka yang jahil dan meletakan hikmah kepada ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, 1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)

12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .

13. Sentiasa berzikir kepada Allah .

14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .

15.Haya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah.

16. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .

17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan.

18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.

19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.

20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir

21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah

Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, t.tpt 1996/1417,hlm:13,

22.Sentiasa dahagakan ilmu.
Kata-kata Ibn. Masud”Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha menghimpunkan harta.

Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:64.)

23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.

Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda Rasulullah SAW” Adalah atas kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu engkar, maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa yang benci maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya maka dijauhkan oleh Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai Rasulullah Apakah kamu perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak , selagi mereka solat”. Sahih Muslim: 1854

24.Orang alim musuh iblis

“Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang jahil” Kitab Ilmu Turmizi

25.Para ulama’ hendaklah mempunyai iltizam qiadi atau iltizam kepimpinan, kerana ulama’ adalah pemimpin masyarakat dan ummah seperti para Rasul SAW . Firman Allah “ Dan ingatlah ketika nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah suruhan dan larangan) maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Allah berfirman: “….Sesungguhnya aku akan melantik mu menjadi pemimpin bagi umat manusia..” (al-Baqarah,2:124)

Dengan demikian ulama’ bukan sekadar mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas, bukan orang yang mengaji kitab feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah besar. Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, , Bandung: Yayasan Latimojong, cet. Pertama, juz 22/30, 1984, hlm. 302-303.

Sebab itu ulama’ yang layak memimpin mereka mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka barulah layak mereka menjadi pemimpin.
“Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup”.
(Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’: 19)

Sebab itulah para ulama’ mereka yang layak mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan ilmu dan mereka yang boleh memahami apa yang nabi tinggal ialah ulama’.

26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah

Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia perjalanan ulama’
dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi mereka
menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi
mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala
supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.

27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab boleh dijadikan ukuran.

Diriwayatkan bahawa Imam Shafie telah mengatakan “Seluruh manusia dalam bidang fiqah adalah keluarga Abu Hanifah” Beliau juga melaku kan solat subuh dekat kubur Abu Hanifah, beliau tidak melakukan qunut, beliau berbuat demikian kerana menghormati Abu Hanifah yng negatakan qunut tidak ada dalam solat subuh dan untuik mengajar pengikutnya supaya bertolak ansur kepada mazhab berkenaan. (Mohd. Radzi Othman dan O.K. Rahmat, 1996:61)

Kiyai Hasyim Asyaari, daripada Nahdatul Ulama, sebuah organisasi kaum tua mengatakan umat Islam agar jangan taksub kepada setengah mazhab atau setengah hukum di dalam soal furuk. Yang utama bagi umat Islam ialah membela Islam dan berjuang menentang orang yang menolak al-Quran. Berjihad menghadapi musuh adalah wajib. Adapun takasub pada satu mazhab dan satu qaul ini tidak disukai oleh Allah. Apatahlagi sehingga mendorong kepada berebut-rebut dan berdengkian. (Umar Hasyim , 1982:232-233.

700JUTA MACAM AIR

Wa tak faham sebenarnya bayaran itu untuk apa.....tapi yang pasti kerajaan buat duit macam air.....jangan sampai air kering nanti sudah...nyaya kita semua.....


PKFZ - K'JAAN SETUJU BAYAR 700JUTA

Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri (bawah) hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan membuat bayaran kepada pemegang bon Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Kita mempunyai komitmen dengan pemegang bon, justeru kita akan menunaikan tanggungjawab itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini pada sesi penggulungan berhubung kementeriannya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Beliau menjawab soalam Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) yang ingin tahu sama ada Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) akan membuat sebarang bayaran kepada kontraktor utama PKFZ - Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), memandangkan terdapat pertikaian perundangan di antara kedua-dua mereka.

PKA dijadualkan membayar RM723 juta kepada pemegang bonnya esok meskipun ia telah mengheret KDSB ke mahkamah atas dakwaan mengenakan bayaran yang lebih.

Lembaga Hasil Dalam Negeri, kata Lim juga meminta PKA membayar RM328 juta sebagai bayaran cukai tertunggak yang dihutang oleh KDSB.

ULAMA MUDA UMNO MULA TUNJUK TARING

Dah namanya politik....tak kira ulama tak ulama bedal tetap bedal punya.....publisiti mesti ada baru orang kenal...kang senang masa nak ngundi nanti....



HOSNI ULAMA TAK DIUNDANG UMNO

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya - antara 40 ahli agama yang menyertai parti itu - menafikan terdapat antara mereka yang 'diperdaya' bagi menghadiri majlis serahan borang keahlian kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Menurut Fathul, pihak mereka, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai pengelola majlis itu tidak pernah mengundang Hosni Mubarak Abdul Hamid bagi tujuan itu.

"Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami," katanya mengulas laporanHarakahdaily hari ini yang memetik Hosni sebagai berkata beliau dan rakan-rakannya dijemput hadir untuk bertemu Najib dan bukannya hendak menyertai Umno.

BARU 13 THN DAH JADI SPIDERMAN

Nie...yang patut kita jadikan contoh untuk rakyat negara ini...bukan politik cacamarba seperti sekarang ini...naik pening tengok dia orang bergaduh berebut jawatan....hai...bilalah agaknya politik malaysia nie nak betul-betul jadi betul...la....berpolitik secara matang dan gentleman.....bukan tekan sana tekan sini...tuduh sana tuduh sini....haramkan sana haramkan sini....tangkap orang sana sini.....saman sana saman sini.....rasuah sana rasuah sini kita kena ingat apa yang dibuat sekarang menjadi perhatian generasi pelapis.....apakah kita hendak mewariskan sesuatu yang cacamarba macam ni kepada generasi-generasi pelapis nie.....sebab tu perubahan dituntut...berpolitiklah secara profesional dan gentleman....agar betul-betul diiktiraf dunia....bukan diiktiraf tapi berada dipinggiran dan tepian gelanggang.....ikut contoh budak spiderman nie...




CAMBRIDGE - Impian seorang budak lelaki untuk menjadi hebat seperti wira pujaannya, Spiderman tercapai setelah dia mencipta sejenis alat yang dapat membantunya memanjat dinding, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak lelaki itu, Hibiki Kono, 13, memanjat dinding sekolahnya baru-baru ini dengan menggunakan pad pelekap yang direka daripada mesin pembersih hampagas yang dibeli di sebuah pasar raya.
Hibiki menghabiskan masa lima bulan untuk menghasilkan peralatan tersebut di kelas rekaan teknologi di sekolahnya, King's College School di sini, Britain. - Agensi

Monday, June 28, 2010

KJ VS IBRAHIM- MU GEDEBELAH BERAHIM

Dua-dua ekor nie sama jer....sorang raja beruk sorang raja katak.....penyamun jumpa penyangak...dah kena lah tu...tapi berahim nie kata dia ....lembu jantan....oh...lembu rupanya dia nie....patut lah.....korang tengok gambo tu....apa yang KJ tunjuk tue....




Ibrahim gembira dapat ‘anugerah’ berganda Khairy


KUALA LUMPUR, 28 Jun — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menganggap dirinya sebagai “jaguh kampung yang berani” sekarang ekoran label terbaru ‘gedebe politik’ diberikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin semalam.
“Selepas dianugerah jaguh kampung dapat pula anugerah gedebe politik... selang sehari dapat dua anugerah.
“Gedebe dalam loghat Kelantan bermakna berani dan tak pernah takut.
“Jadi kini saya jaguh kampung yang berani,” kata Ibrahim, anak kelahiran Kelantan dalam respons terbaru terhadap Khairy hari ini.
Kedua-dua ahli Parlimen ini terlibat dalam ‘perang respons’ berhubung isu biasiswa selepas Khairy selaku Ketua Pemuda Barisan Nasional mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong minggu lalu.
Ibrahim, wakil rakyat Bebas Pasir Mas berkata, yang membezakan beliau dengan Khiary ialah pemimpin Umno itu “syok sendiri dengan diramal masa depannya muram” dalam politik.
“Orang macam ini merosakkan parti sendiri, memalukan bangsa sendiri dan malah tidak malu pada diri sendiri... ringkasnya Khairy pemimpin muda yang cacar marba,” kata beliau sambil mendakwa gedebe dan cacar marba amat berbeza maksud.
Semalam, Khairy menganggap Presiden Perkasa itu sebagai ‘gedebe politik’ ekoran pendirian pemimpin itu mengecamnya dalam isu biasiswa.
Sehubungan itu tegas Khairy, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri.
Selain kaum-kaum lain, Khairy berkata, sebahagian besar orang Melayu juga kurang senang dengan pendekatan agresif Ibrahim dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.
Kelmarin, Ibrahim ulang mempertikai kepimpinan Khairy dengan berkata, beliau sebenarnya “bangga dengan label jaguh politik kampung” yang diberikan oleh ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Wee.
“Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis,” kata Ibrahim.
Khairy menegaskan Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana “beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno.”-tmi

DAH LAMA ZAMIHAN AIM DR ASRI RUPANYA

Baca dia punya risikan dibawah ni.....jakim kata wahabi bukan ajaran baru dan tak sesat.....dia kata sebaliknya....anyway betul ke Wahabi nie kearah jadi pengganas....ke atau hanya terorik puak-puak berkepentingan macam amerika......apa komen dr asri nie.....




TUESDAY, OCTOBER 9, 2007


WAHHABIYYAH PADA PERSPEKTIF ISLAM


HAKIKAT SEBENAR FAHAMAN AL-WAHHABIYAH (AL-TABDI’)
OLEH HJ ZAMIHAN HJ MAT ZIN
PEN.PENGARAH DAKWAH JAKIM PUTRAJAYA



1.0 PENDAHULUAN

Sejak akhir-akhir ini lahir pelbagai aliran pemikiran dalam memahami Islam sebagai satu cara hidup .Lantaran itu, kita begitu ghairah mencari identiti hidup yang beteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah . Adakalanya selari dengan Islam dan adakalanya aliran pemikiran tersebut ‘lari dan bercanggah’ dari penghayatan Islam yang sebenar . Sehinggakan ada dikalangan saudara kita mendakwa bahawa pegangan , fahaman dan sikap mereka sahaja yang benar. Manakala pegangan, fahaman dan sikap orang lain dianggap menyeleweng. Bahkan dituduh sebagai sesat, mengamalkan khurafat, melakukan syirik dan golongan ini telah mengkafirkan umat islam salaf dan khalaf hatta ulamak-ulamak ahlussunnah wal jamaah dan sebagainya.

Hasilnya, berlakulah aktiviti tuduh menuduh, fitnah-memfitnah dan kafir mengkafir dalam masyarakat. Senario ini bukan sahaja melibatkan ahli adademik dan professional tetapi turut mendatangkan keracunan kepada masyarakat awam kita. Masyarakat kita bingung, keliru dan buntu. Akhirnya, umat Islam kita berpecah-belah menurut ideology dan fahaman masing-masing. Walaupun kita satu agama, sayangnya fahaman dan kita berbeza.

Saturday, June 26, 2010

SAYAP PAKATAN DILUARNEGERI

Pedulikan asri dan geng-geng 40 ulama tarbusnya....yang katanya untuk mentarbiyah umno yang dah sesat jalan itu....supaya kembali kepangkal jalan.....pedulikan wahabi vs umno.....pedulikan semua....tak kemana pun mereka akan pergi....habis kuat ulama-ulama tarbus ini hanya ditugaskan membacakan doa diawal dan diakhir setiap majlis umno.....sekarang mari kita tengok pakatan dah berkembang dengan kewujudan kelab penyokong mereka diluarnegari....satu perkembangan yang baik.....semoga usaha ini akan berterusan bukan hangat-hangat taik itik...........


KUALA LUMPUR, 25 Jun: Friends of Pakatan, sebuah persatuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat telah ditubuhkan di kota raya London, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Beliau yang baru sahaja pulang dari London berkata, persatuan tersebut adalah gabungan profesional rakyat Malaysia yang menginap dan bekerja di United Kingdom yang mewakili semua kaum Melayu , Cina dan India.
Menurutnya, satu pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut telah diadakan di kotaraya London baru-baru ini sempena dengan lawatan beliau ke United Kingdom (UK).
Katanya, majlis pelancaran Friends of Pakatan akan dilakukan pada awal Julai depan dengan dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Friday, June 25, 2010

SANDIWARA BERAHIM ALI


Korang tengok hampeh tak hampehnya berahimkatak nie...haritu tu bukan main eksyen lagi....cakap berdegar-degar bikin gempak.....la rupa-rupanya cari glamour jer....dia nie perasan bagus sebab dia dah ada perkasam dia tu....boleh diguna masa pilihanraya nanti.....sebab tu dia tak heran dengan mana-mana parti...dia boleh hidup la gitu....dia tak tahu...dia dengan perkasam dia tu bakal tenggelam tak lama lagi.....tunggu jerla waktu dan ketikanya sampai.....langit tak selalu cerah berahim....ingat tuh.....lu bila nak shake hand KJ pulak....

KJ TO EBRAHEM ALI U ONLY JAGUH KAMPUNG

Kampung lagi.....ustaz kampung la....jaguh kampung la....apa orang-orang kampung nie koro sangat ke.....asal yang buruk semua dikaitkan dengan kampung....wa bengang nie beb sebab wa orang kampung....sabo tokeyai...sabo....ni pasal KJ dengan Ebrahem ali nie....dah kono lah tu....penyangak jumpa penyamun....wa pinjam lagi beb skrip 3 abdul.....hah korang nak gaduh....gaduh...tapi jangan dihina orang kampung hah.....korang jangan buat taik dengan orang kampung eh....

KJ: Ibrahim Ali ‘jaguh kampung’ tiada hak minta saya berhenti



KUALA LUMPUR, 25 Jun — Khairy Jamaluddin menyerang balas dengan menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai “ahli politik jaguh kampung” yang tiada hak sama sekali untuk mendesaknya berhenti sebagai wakil rakyat hanya kerana membela Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong.
“Dia (Ibrahim) ahli politik jaguh kampung dalam dunia globalisasi.
“Dia berada di era mana? Beliau menjadi halangan kepada (konsep) 1 Malaysia,” kata Ketua Pemuda Umno ini dalam mesej Twitter hari ini.
Menurut Khairy (gambar) mesej itu sebahagian daripada ulasan yang beliau berikan ketika ditemui pemberita di Kuala Kedah.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana “beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno.”
“Dia tiada hak untuk meminta saya berhenti,” kata Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau.
Ibrahim merupakan bekas ahli Umno.
Dalam kenyataannya semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas membidas Khairy dengan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah “menggadaikan maruah bangsa” semata-mata kerana mempertahankan Ketua Pemuda MCA kelmarin.
Ibrahim mendakwa Ketua Pemuda Umno itu buat tidak faham maksud yang tersirat dalam kenyataan Wee minggu lalu ketika mempersoalkan “adakah biasiswa Mara akan dilakukan sepertimana biasiswa JPA.”
“Apalah Ahli Parlimen macam Khairy tak faham bila Ka Siong cakap berlapik. Mana dia faham makna yang tersurat dan tersirat’. Kalau macam itu baik berhenti jadi Ahli Parlimen, sama macam Ka Siong,” kata Ibrahim.
Ibrahim mendakwa tindakan Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) sanggup menggadaikan bangsa sendiri dalam isu tersebut.
Ibrahim mendakwa ini kali pertama Pergerakan Pemuda Umno menggadai maruah orang Melayu dan parti.
Malah semalam, Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan kenyataan Ibrahim sebagai tidak wajar.
Sambil turut menyifatkan desakan berkenaan tidak munasabah sama sekali, Reezal berkata, soal “menjual bangsa sendiri tidak timbul.”
“Ia kerana Khairy selaku Ketua Pemuda Umno merupakan antara Ahli Parlimen pertama membantah cadangan pengecilan penawaran biasiswa JPA untuk pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara.
“Pengecilan penawaran biasiswa ke luar negara tajaan JPA akan memberikan impak besar terhadap peluang pelajar Melayu dan Bumiputera terutamanya mereka yang benar-benar cemerlang bagi mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.-tmi 

ZAMIHAN - SAYA BUKAN USTAZ KAMPUNG

Wahh.....ada ustaz kampung...ustaz tak kampung nie....apa cerita....agaknya ustaz kampung tu semua sengal-sengal ke....boleh macam tu pulak.....menjustifikasikan orang ye....memang sahlah sizamihan nie pakar dalam pelabelan orang.....agak-agak korang marah tak ustaz-ustaz kat kampung tu.....wei....zamihan walaupun kau bergelar ustaz bandar berprofesional lagi.....belum ada jaminan dapat syurga la.....tak mau cakap banyak....wa cadang ko dengan dr asri berdebat....kita tengok sapa yang kena....ada bran ke bro....

“Saya bukan ustaz kampung, saya tidak bercakap angkuh... saya seorang pegawai kerajaan yang berkaliber, tidak menyertai mana-mana parti politik,” katanya lagi mendakwa beliau berada di landasan benar.



SELEBIHNYA BACA DI SINI

ZAMIHAN MELAYU PHD

Zamihan tu orang apa....melayu kan.....geng-geng dia yang lain tu pun melayu kan.....korang tak kan tak tahu sifat semulajadi orang melayu....banyak PHD nya....perasaan hasad dengki....bukan boleh tengok orang lain lebih menonjol dari dia....mulalah dicari alasan untuk melingkupkan orang itu.....baik dalam politik ke agama ke sama ajer.....PHD tu dah berakar umbi dan berada dimana-mana....korang tengok sizamihan tu dahi dah lebam tu....tak tahu la lebam sebab apa....lagi nak mengaibkan orang dan mengglamorkan diri....sebab tu jangan cuba nak berkokok kalau hari belum siang.....silap-silap taik ayam terpalit kat muka sendiri....


KENYATAAN BALAS DR ASRI DI SINI

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau tidak pernah mengaitkan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI), isu yang kembali diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Sehubungan itu, pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini berkata, beliau hanya menekankan bahawa pemikiran-pemikiran Asri boleh menjurus ke arah akiviti kumpulan pelampau dan keganasan jika tidak terkawal.
“Orang dalam tahanan sel (di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri) pernah memberitahu saya dia berminat sangat dengan pemikiran Dr Asri... bila dia ditangkap oleh polis, dia (suspek) ada CD, buku-buku Dr Asri, jadi barang kes.
“(Jika anda) tak percaya rujuk Bukit Aman... ada tangkapan, saya tak pasti yang mana satu, nak bukti boleh rujuk Bukit Aman.

RAGGING YANG MEMBAWA MAUT DI MTD

Banyak keslah sekarang nie pasal kementerian pertahanan.......menterinya tak sesuai kot....walauapapun pelajar-pelajar yang meragging nie perlu dikenakan tindakan tegas....no kompromi....




KUALA LUMPUR 24 Jun – Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi di sini, mati setelah tidak sedarkan diri selepas dikenakan hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakannya di dalam sebuah bilik di sekolah itu, awal pagi ini.
Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sempat diberikan rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di biliknya pada pukul 12.15 tengah malam tadi.
Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke PPAT dan diberikan rawatan kecemasan selama 50 minit sebelum disahkan meninggal dunia.
Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa sebelum tidak sedarkan diri iaitu pada pukul 10.45 malam tadi telah dikenakan hukuman tekan tubi.

Thursday, June 24, 2010

ZAMIHAN TAMPIL BUAT PENJELASAN

Walauapapun alasan dia.....menuduh seseorang tanpa bukti yang kukuh jelas satu penganiayaan.....lebih-lebih lagi berkaitan isu pengganas yang dilabelkan amerika sebagai musuh no 1 dia.....jika hanya bersandarkan buku....dr asri dituduh ada ruang-ruang untuk menjadi pengganas atau istilah yang digunakan oleh zamihan sebagai radikal....tak cukup beb nak tuduh orang.....wa nasihat kat ngko.....ngko kena belajar lagi zamihan....nampaknya bukan satu zamihan nie....ada banyak lagi zamihan yang main tuduh-tuduh nie....dia tak tahu ker dengan main serkap jarang nie....sudah pasti SB-SB akan memfollow kemana dr asri pergi lepas nie....kan susah namanya tu...nak buat apa pun tak macam dulu lagi.....ko ni memang betulla zamihan...low class

BUKAN SAYA KAITKAN HJ HADI SHAHIDAN DAN JUANDA

Pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang didakwa mengaitkan beberapa tokoh politik dan agama dengan Wahabisme, Jemaah Islamiah (JI) dan kumpulan pengganas hari ini menafikan perkara itu.
Sebaliknya, Zamihan Mat Zin - penolong pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) – berkata beliau hanya menyebut nama bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin sahaja dalam pembentangannya berhubung “terorisme agama” baru-baru ini.

“Dakwaan itu tidak betul, tidak jujur dan dusta,” katanya mengulas dakwaan bahawa beliau mengaitkan Dr Asri dengan Wahabi dan JI dalam dalam taklimat antikeganasan anjuran pihak polis Isnin lalu.

Semalam, memetik sumber-sumber, Malaysiakini melaporkan selain Dr Asri, Zamihan turut mengaitkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan mufti negeri itu Dr Juanda Jaya dengan 'lingkaran' keganasan.

Bercakap kepada Malaysiakini awal pagi ini, Zamihan menyifatkan dakwaan terhadapnya bukanlah satu salah faham tetapi usaha pihak-pihak tertentu yang “sengaja mahu mencetuskan salah faham”.

KJ BAKING HJ HADI DR ASRI

Wa rasa mesrti mengamuk gila punya siparpukariok mamak tu....mesti dia guling-guling silap-silap terjun tingkap bila KJ dengan secara sahnya membaking TGHH dan geng-geng yang dilabel pengganas oleh zamihan dan polis....walaupun kerajaan belum membuat tuduhan rasmi....wa nak beri nasihat kat die nie....kalau nak terjun tingkap....terjun ikut tingkat 14 jangan yang tak ada tingkat.....heheheheheh.......




KJ: Tak masuk akal tokoh ternama negara tiba-tiba jadi pengganas


KUALA LUMPUR, 23 Jun – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin melahirkan rasa tidak senang dengan dakwaan yang mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik tempatan yang ternama dengan rangkaian Jemaah Islamiah (JI), sambil mempertahankan mereka sebagai “bukan pengganas”.
June 23, 2010
Sehubungan itu beliau meminta agar pihak berkuasa melihat isu ini dengan teliti terlebih dahulu sebelum membenarkan dakwaan-dakwaan sedemikian dikeluarkan.
“Kita tidak seharusnya dengan cepat melabel sesetengah individu sebagai anggota JI atau pengikut fahaman wahabi,” kata Ketua Pemuda Barisan Nasional ini.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau memberitahu, jika dakwaan sedemikian tidak diteliti secara mendalam ia akan membawa satu mesej yang salah kepada orang ramai.

Wednesday, June 23, 2010

AZMIN PROTES LETAK JAWATAN DIPKNS

Dah namanya manusia....biasalah tu....ada yang puas....ada yang tak puas.....selagi hiduplah namanya....

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Naib Presiden PKR Azmin Ali melepaskan jawatan pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), anak syarikat kerajaan negeri, perkembangan dipercayai sebagai memprotes kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Keputusan ini diumumkan empat hari menjelang parti itu dijadual mengadakan sesi pemukiman.
Malah keputusan itu diumumkan beberapa bulan menjelang pemilihan pucuk kepimpinan parti.
Sumber rapat dengan Ahli Parlimen Gombak itu mengesahkan maklumat yang Azmin telah mengemukakan surat letak jawatan kepada Pejabat Menteri Besar pada puku 12.30 tengah hari tadi.
“Ya, saya boleh mengesahkan beliau sudah menghantar surat letak jawatan sebagai pengarah PKNS tengah hari ini.

DR ASRI DR JUANDA HJ HADI & SHAHIDAN DIKAITKAN PENGGANAS JI

Wahh.....berat tuduhan nie...tengok apa reaksi rakyat...dalam menilai pengaitan mereka dalam JI oleh pihak kerajaan...tungguuuu...........main sedap-sedap tuduh jer nie....apa alasan kerajaan dalam mengaitkan mereka semua nie....panas...panas beb....

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.
Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Selain Dr Juanda dan Dr Asri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan.

AKSI GOLONGAN VEGETARIAN

Macam-macam hal manusia nie....hah nie apa pulak....inilah aksi golongan vegetarian mempromosikan diri....menentang golongan dagingrian....macam kita ler.....makan ayam....ngo mat salleh nie..dasyat betul diaorang punya protes....wa nampak dah macam kepak ayam pulak gambar nie....

SCORPENE - PERIMEKAR DAPAT 114.96JUTA EURO

Bayaran hanya untuk khidmat rundingan @ ejen @ orang tengah....tu kalau convert duit malaysia berapa ratus juta tu....korang kira la sendiri....wa malas nak kira...

Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.

“Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Zahid.

Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ba
yaran untuk “penyelarasan dan perkhidmatan bantuan” yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak 969.15 juta euro (RM4.85 billion).

Chua dalam soalannya juga meminta menteri menteri pertahanan memberikan butiran perbelanjaan perbelanjaan kerajaan membeli dua kapal selam Scorpene dan juga butiran pembelian peluru berpandu kapal selam dari Itali dan Perancis.

Menjawab soalan kedua itu, Zahid mendedahkan kerajaan membayar 219.265 juta euro (RM1.1 bilion) for peluru berpandu berkenaan yang dijangka akan dibekalkan menjelang tahun 2013.

PENGANALISIS SETUJU KELEMAHAN DALAM PKR



KUALA LUMPUR: Kenyataan terus terang Datuk Zaid Ibrahim mengenai kelemahan dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipersetujui para pengamat politik di Malaysia, demikian lapor sebuah laman berita di sana, semalam.
Dalam satu wawancara dengan laman berita Free Malaysia Today (FMT), Datuk Zaid menekankan bahawa kekurangan pemimpin boleh dipercayai dalam PKR dan peranan bukan presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam parti itu merupakan halangan utama bagi peta laluan PKR pada masa depan.Anggota majlis kepimpinan pusat PKR akur bahawa isu-isu tersebut bukan baru, tetapi ia perlu ditangani dengan segera dalam pemilihan parti itu Disember ini.'(Pandangan) Zaid memang amat betul berhubung kepimpinan PKR yang amat lemah itu,' kata Profesor James Chin dari Universiti Monash di Kuala Lumpur kepada FMT.'Kelemahan ini telah lama wujud tetapi hanya meletup selepas 2008 apabila beberapa 'tokoh berwatak aneh' yang telah dicalonkan memenangi (pilihan raya) dan mencetuskan ribut api yang besar dalam parti itu,' jelasnya.'Masalah PKR tidak pernah berkaitan dengan sumber tetapi orang yang mengendalikannya. Anwar perlu memutuskan mengenai struktur kepimpinan dan pemimpin utamanya, dan kemudian memberikan kuasa kepada para pemimpin itu untuk memilih orang-orang mereka sendiri,' tegas beliau.Sementara itu, Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Dr Lim Teck Ghee, dan pengamat bebas, Encik Khoo Kay Peng, akur dengan pengamatan Datuk Zaid itu bahawa masanya bertepatan bagi Datuk Seri Anwar memegang jawatan presiden PKR kerana beliau kini adalah ahli politik sepenuh masa.Encik Khoo, bagaimanapun, memberi amaran kepada PKR terhadap pendekatannya yang terlalu bersandarkan kepada ketokohan Datuk Seri Anwar sehingga boleh menghadapi risiko kecairan dalam ideologi parti tersebut.'PKR tidak boleh menjadi sebuah parti yang berdasarkan kepada personaliti,' tegasnya.Orang ramai sudah mula meragui kesatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat tanpa Anwar.'Malah, PKR semakin mudah berpuas hati kerana Anwar dan tidak khuatir terhadap mewujudkan kepimpinan lapisan kedua,' kata beliau sambil menambah bahawa jika Datuk Seri Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri seterusnya, 'siapa lagi yang boleh PKR atau Pakatan ketengahkan'.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran