Nasib baiklah dia nie budak lagi....kira-kira boleh dilentur lagilah....gila betul mak bapak budak nie....patutnya diberi susu yang sihat...ini di tala nya budak tu dengan rokok.....nyaya.....nyaya.....
Selepas terapi, budak hisap 15 batang rokok sehari
JAKARTA: Seorang budak Indonesia yang ketagih merokok kini menghisap 15 batang rokok sehari selepas menjalani terapi yang mengalih tumpuannya untuk bermain.
Ardi Rizal, dua tahun, mengejutkan dunia apabila muncul di Internet bulan lalu dengan dakwaan merokok 40 batang rokok sehari selepas diberi rokok pertama enam bulan sebelum itu.Ardi telah diberi rokok seawal usia 18 bulan dan sejak itu jika dia tidak diberikan rokok, dia akan menghantukkan kepalanya ke dinding dan meragam.Namun, ibu bapanya menyatakan dia dalam keadaan sihat.
Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak, Encik Seto Mulyadi, berkata pegawai melaporkan Ardi tidak merokok terlalu banyak jika mereka bermain dengannya.'Terapi itu membantu Ardi mengurangkan jumlah rokok dihisap setiap hari dengan mendadak. Kami memberi Ardi pelbagai permainan supaya beliau melupakan rokok,' katanya.Terapi turut mengaitkan rokok dengan pelbagai perkara negatif.'Lebih mudah merubah Ardi berbanding remaja yang ketagih rokok,' kata Encik Seto lagi.Ardi turut diberitahu yang dia tidak akan dapat menjadi artis terkenal jika terus merokok.Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sehingga 47 peratus daripada 240 juta penduduk Indonesia merokok dalam tinjauan yang diadakan pada 1990-an. -- AFP.
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah
22 minutes ago
No comments:
Post a Comment