SINGAPURA
Amah dijel kerana bersetubuh dengan budak
SEORANG amah Indonesia yang mengadakan hubungan seks dengan anak lelaki majikannya dikenakan hukuman penjara 36 bulan oleh Mahkamah Daerah semalam.
Amah berusia 27 tahun itu sebelum ini mengaku bersalah melakukan perbuatan lucah itu dengan budak lelaki tersebut, yang ketika itu berusia 11 tahun, dengan memegang kemaluannya dan mengadakan hubungan seks dengannya pada akhir Jun tahun lalu.Dia juga mengaku melakukan seks oral dengan budak itu pada Hari Natal tahun lalu.Perbuatan amah itu dikesan apabila nenek budak tersebut berjalan melalui biliknya untuk memeriksa cucunya yang mengambil masa yang lama dalam tandas.Beliau bertanya kepada budak itu apa yang tertuduh lakukan tetapi dia enggan berkata apa-apa.Budak tersebut akhirnya memberitahu bapanya dua hari kemudian sebelum laporan polis dibuat.Timbalan Pendakwa Raya, Cik Cassandra Cheong, meminta mahkamah mengenakan hukuman pencegahan memandangkan beberapa faktor seperti usia mangsa dan kepercayaan yang disalahgunakan tertuduh yang mengambil kesempatan ke atas budak itu.Hakim Daerah John Ng bersetuju hukuman berat harus dikenakan sebagai mesej tegas kepada sesiapa bahawa kelakuan yang amat dibenci itu tidak boleh diterima.
No comments:
Post a Comment