Wednesday, June 9, 2010

MACAM-MACAM HAL DIPARLIMEN HARI INI...SIAP BERGADUH

Yang pertama wa dengar nazri cakap parlimen akan berpindah ke Putrajaya....ini tak hot sangat....yang kedua wa dengar ceo apco tak jadi beri keterangan......sebab ia ditangguhkan lagi.......ha....yang ini paling hot....MP-MP kerajaan dan pembangkang bergaduh diluar dewan...kat tempat rehat...cafe  la tu agaknya....aii....dah tak cukup dalam dewan sampai keluar dewan nie...pe hal bro....wa rasa dewan tu kecik sangat lah....itu pasal la nazri cakap parlimen akan pindah keputrajaya.....buat dewan besar-besar.....biar senang diaorang bergusti....kakakakakak........

Satu usul dibentangkan mengikut peraturan Dewan Rakyat 26(1)(P) bagi menyiasat kekecohan yang berlaku di tempat rehat khas ahli parlimen ketika mereka mengadakan perbincangan mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

MP Kina

batagan, Datuk Bung Moktar Radin dari Umno berkata beliau memfailkan usul itu selepas pertengkaran hangat antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan, termasuk dirinya ketika ke tempat rehat berkenaan.

Bung mendakwa 'orang luar' juga berada di tempat rehat itu dan terbabit dalam perbincangan berkenaan, justeru katanya “keselamatan ahli parlimen tergugat'.

Semasa perbincangan meja bulat, pertengkaran hangat dilaporkan 
antara Bung dan MP Tangga Batu (Umno) Idris Harun denganpemimpin pembangkang.
Menurut Idris ketika menjejakkan kakinya di tempat rehat itu, beliau terdengar suara-suara yang memaki hamum Umno dan BN dan beliau cuba menegur mereka kerana tidakan berkenaan tidak berpatutan.

"Mereka memaki BN celaka, Umno celaka, jadi saya cuba menasihatkan mereka. Saya menyapa Kula (DAP Ipoh Barat) dan Kit Siang (DAP Ipoh Timur) dan memberitahu mereka bahawa saya ingin mendengar hujah mereka dan mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi ada di antara mereka mula memaki dan menghalau serta menolak saya,” katanya kepada wartawan.

Menurut Idris, oleh kerana jumlah mereka lebih ramai, beliau mengambil keputusan untuk berundur.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran