Friday, June 11, 2010

PERLUKAH ANWAR MENGADAP SULTAN JOHOR????

Wa rasa dalam situasi begini adalah tidak bijak untuk meminta penjelasan sultan....kerana sudah tentu sultan tidak akan membiarkan kewibawaannya terjejas....dan kemungkinan juga sultan tidak akan memperkenankan permohonan mengadap ini.....walau dengan atau tanpa alasan....arahan sudah dikeluarkan untuk menarik balik gelaran....jadi daripada menanggung malu untuk kedua kalinya....lebih elok chua jui meng mematuhi arahan dengan memulangkan kembali pingat dan gelaran tersebut......kuatkan semangat dan teruskan perjuangan untuk menawan johor dalam PRU13 nanti......



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar berhubung penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Datuk Chua Jui Meng.

Menulis dalam tweetnya pagi ini, Anwar berkata beliau terkejut dengan penarikan balik anugerah tersebut, tetapi mendakwa Chua menerima berita itu dengan tenang dan tabah.

Semalam, Chua - bekas pemimpin MCA yang kini menyertai PKR - telah dihubungi setiausaha Majlis Diraja Johor, Datuk Ramli Abdul Rahim, yang memintanya memulangkan semua darjah kebesarannya.

Chua yang kini merupakan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, dianugerahkan darjah kebesaran itu oleh Sultan Mahmud Iskandar.

Anugerah tersebut membawa gelaran 'Dato Paduka Makhota Johor' dan 'Seri Paduka Mahkota Johor'.

Bagaimanapun, Chua tidak dimaklumkan sebab mengapa anugerah tersebut ditarik balik.

Sebaliknya, beliau dimaklumkan bahawa pihak istana tidak perlu menyatakan sebab-sebabnya.-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran