Friday, June 11, 2010

DUA KEPUTUSAN DIDUA MAHKAMAH BERBEZA

Yang pertama....keputusan dimahkamah tinggi....yang membebaskan mr karpal singh dari tuduhan menghasut dalam kes sultan perak.....tapi kalau pendakwa merayu...ada dua mahkamah lagi yang akan buat keputusan...


Ahli parlimen veteran DAP, Karpal Singh hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan menghasut selepas pihak pendakwa gagal membuktikan prima facie.

Karpal menghadapi tuduhan menghasut berhubung kandungan sidang akhbarnya pada 6 Februari 2009, di mana beliau berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Sultan Perak atas peranannya dalam krisis perlembagaan negeri tersebut pada 2009.

Yang kedua...keputusan mahkamah tinggi syariah....terhadap mr bung dan zizie....dah sah sekarang suami isteri....jangan hepi sangat mr bung...hukuman penjara tak tentu lagi.....

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari memutuskan bahawa pernikahan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dengan pasangannya pelakon Zizie Izette adalah sah.

Mahkamah juga mengarahkan supaya pernikahan mereka didaftarkan dengan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Kuala Lumpur, kata peguamnya Zuklifli Che Yong.

Mahkamah dijadualkan membuat keputusan mengenai status pernikahan pasangan itu semalam, tetapi ianya ditangguh ke hari ini.

Pasangan itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan dan pendaftaran pernikahan pada 4 Jun lalu.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran