Harungi bahaya tiap kali ke kampung jiran
KUALA LIPIS: Lebih 400 penduduk terpaksa mengharungi bahaya setiap kali menggunakan jambatan gantung usang ini, yang menghubungkan dua kampung dekat sini.Penduduk Kampung Pamah Aur tiada pilihan lain kecuali menggunakan jambatan itu untuk menyeberang ke Kampung Beriang, yang mempunyai lebih banyak kemudahan dan terletak lebih dekat dengan jalan raya utama dan bandar, kerana itu jalan terdekat bagi mereka.Pada masa yang sama, penduduk Kampung Beriang menggunakan jambatan itu untuk menziarahi sanak saudara mereka yang berada di seberang sungai. -- Foto NST.
No comments:
Post a Comment