tapi jangan lepas ni pulak...dia buat benda lain untuk menghina nabi.....sebab kalau dah nama setan...setan jugak...
Westergaard berharap persaraannya akan mengurangkan ancaman
yang dihadapi beliau dan wartawan lain. -- Foto AFP
INILAH ANTARA LUKISAN SISETAN NI YANG MENGHINA NABI
COPENHAGEN: Kartunis Denmark yang pernah mencetuskan bantahan dunia Islam kerana melukis karikatur Nabi Muhammad, semalam mengumumkan bahawa beliau akan bersara dengan harapan untuk meredakan bahaya yang mengancamnya dan para wartawan lain.
Encik Kurt Westergaard berkata beliau berasa adalah waktunya untuk mengakhiri kerjayanya selama 25 tahun di akhbar Jyllands-Posten, yang pertama menerbitkan karikatur berkenaan pada September 2005.Langkah itu mencetuskan kemarahan dan bantahan negara-negara Islam terhadap Denmark dan akhbar tersebut serta menjemput beberapa ancaman bunuh terhadap kartunis itu.'Saya tidak mahu lagi menimbulkan bahaya kepada keselamatan akhbar harian itu dan kakitangannya, dan saya hanya mahu berbuat sesuatu yang lain,' kata Westergaard, yang akan mencecah usia 75 tahun pada bulan depan.Januari lalu, beliau menjadi mangsa satu percubaan membunuh oleh seorang lelaki Somalia di rumahnya berdekatan dengan Arhus, sebuah kawasan tengah bandar di barat Denmark.Beliau berjaya menyelamatkan diri dengan mengunci dirinya dalam sebuah bilik mandi dengan pintu yang diperkukuh.Sejak itu, beliau berada di bawah perlindungan polis.'Saya berharap pemergian saya akan membantu mengurangkan paras ancaman terhadap Jyllands-Posten,' kata Westergaard kepada agensi berita AFP.Karikatur beliau, termasuk satu yang memaparkan Nabi Muhammad memakai sarban berbentuk sebutir bom, mencetuskan bantahan pada Januari dan Februari 2006, hingga menyebabkan pembakaran pejabat-pejabat diplomatik di Damsyik dan Beirut, serta kematian berpuluhan orang di Nigeria. -- AFP.
No comments:
Post a Comment