Showing posts with label dunia islam. Show all posts
Showing posts with label dunia islam. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

AKHIRNYA PENGHINA NABI DAN ISLAM BERSARA

Wa rasa mamat ni....mesti yahudi ni....hanya orang keturunan yahudi dan israel sahaja yang benci kat nabi Muhammad SAW....dari dulu sampailah sekarang.....syukurlah dia dah berhenti dari kerja-kerja setan dia tu....
tapi jangan lepas ni pulak...dia buat benda lain untuk menghina nabi.....sebab kalau dah nama setan...setan jugak...

 Westergaard berharap persaraannya akan mengurangkan ancaman 
yang dihadapi beliau dan wartawan lain. -- Foto AFP

INILAH ANTARA LUKISAN SISETAN NI YANG MENGHINA NABI


COPENHAGEN: Kartunis Denmark yang pernah mencetuskan bantahan dunia Islam kerana melukis karikatur Nabi Muhammad, semalam mengumumkan bahawa beliau akan bersara dengan harapan untuk meredakan bahaya yang mengancamnya dan para wartawan lain.
Encik Kurt Westergaard berkata beliau berasa adalah waktunya untuk mengakhiri kerjayanya selama 25 tahun di akhbar Jyllands-Posten, yang pertama menerbitkan karikatur berkenaan pada September 2005.Langkah itu mencetuskan kemarahan dan bantahan negara-negara Islam terhadap Denmark dan akhbar tersebut serta menjemput beberapa ancaman bunuh terhadap kartunis itu.'Saya tidak mahu lagi menimbulkan bahaya kepada keselamatan akhbar harian itu dan kakitangannya, dan saya hanya mahu berbuat sesuatu yang lain,' kata Westergaard, yang akan mencecah usia 75 tahun pada bulan depan.Januari lalu, beliau menjadi mangsa satu percubaan membunuh oleh seorang lelaki Somalia di rumahnya berdekatan dengan Arhus, sebuah kawasan tengah bandar di barat Denmark.Beliau berjaya menyelamatkan diri dengan mengunci dirinya dalam sebuah bilik mandi dengan pintu yang diperkukuh.Sejak itu, beliau berada di bawah perlindungan polis.'Saya berharap pemergian saya akan membantu mengurangkan paras ancaman terhadap Jyllands-Posten,' kata Westergaard kepada agensi berita AFP.Karikatur beliau, termasuk satu yang memaparkan Nabi Muhammad memakai sarban berbentuk sebutir bom, mencetuskan bantahan pada Januari dan Februari 2006, hingga menyebabkan pembakaran pejabat-pejabat diplomatik di Damsyik dan Beirut, serta kematian berpuluhan orang di Nigeria. -- AFP.

Sunday, August 30, 2009

Merdekakah Jika
Tandatangan Kontrak Keluar Islam

ogos 30 09

Merdeka! Merdeka ! Merdeka ! kata - kata keramat yang dilaungkan 52 tahun dahulu oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj berkumandang distadium merdeka yang kini tinggal sejarah...sambutan merdeka pada tahun ini adalah yang paling teruk dalam sejarah dengan bermacam-macam cacamarba yang menanti kehadirannya adakah ini bermakna riwayat kerajaan UMnoBN berada dipenghujungnya...terbaru sambutan merdeka digegar dengan masyarakat melayu yang mengamal sejenis ajaran dan menandatangan kontrak untuk keluar Islam...apa dah jadi ni...apa yang UMno dah buat dalam pengisian untuk mendaulatkan ajaran islam selama ini berkesan....apakah selama ini UMno membuat pengisian dengan Islam plastik seperti kata TGNA jika tidak mengapa islam itu seperti dipermain-mainkan oleh orang islam itu sendiri....jika tidak islam pastik islam apakah itu...fikir....fikirkan lah....




KUALA LUMPUR: Jika ingin keluar daripada kumpulan, pengikut dikehendaki mengisi borang dan menandatangani kontrak yang antara kandungannya menyebut:

“...saya tidak sanggup lagi untuk berpegang kepada al-Quran dan sunnah seperti mana yang disyariatkan ke atas saya...”

Itulah taktik halus atau perangkap yang digunakan satu pergerakan yang dipercayai mengamalkan ajaran sesat bagi mengelak pengikutnya meninggalkan kumpulan itu.

Ini kerana pemimpin kumpulan itu mendakwa hanya ajaran Islam yang diamalkan mereka adalah tulen. Oleh itu jika pengikut ingin meninggalkan kumpulan itu, mereka dianggap ‘murtad’.

Sebab itu mereka dikehendaki mengisi borang atau menandatangani kontrak yang memperakui kesediaan untuk tidak lagi berpegang kepada ajaran al-Quran dan sunnah.

“Anehnya, mereka tidak kisah jika ada pengikut mahu ‘murtad’. Yang penting, siapa saja yang nak tinggalkan kumpulan perlu isi borang dan tandatangani kontrak keluar Islam.

“Jika berbuat demikian mereka tidak akan ganggu lagi tapi jika tak tandatangani kontrak, mereka akan terus mencari kita dan menuntut bayaran tertentu yang wajib dibayar oleh ahli,” kata seorang bekas pengikut kumpulan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mahmood, 23.

Menurutnya, pengikut yang mahu ‘murtad’ daripada kumpulan ajaran sesat terbabit diminta menghadap Ahlul Bait atau penyelia sebelum menurunkan tanda tangan di atas sekeping kertas fotostat bersaiz A4.

Selepas itu baru bekas pengikut berkenaan bebas untuk mengikut semula ajaran Islam sedia ada yang mereka gelar ‘Islam seleweng’.

“Pendekatan itu menunjukkan seolah-olah akidah seseorang dihitung atau digambarkan hanya melalui tandatangan dalam dokumen fotostat kontrak yang berharga hanya tiga sen,” katanya yang juga bekas penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Mahmood yang berpengalaman menjadi pengikut kumpulan itu kira-kira dua tahun berkata, borang Kontrak Keluar Islam akan dicetak pada bila-bila masa apabila ada pengikut mahu keluar daripada kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, ada syarat perlu dipatuhi jika mahu menurunkan tandatangan iaitu melakukannya di depan Ahlul Bait dan jika keluar tanpa melakukan kewajipan itu mereka belum dianggap ‘murtad’ lagi.

“Bagi saya, Kontrak Keluar Islam itu diwujudkan kerana mereka mahu menakut-nakutkan ahli supaya tidak meninggalkan kumpulan itu, selain menegaskan hanya Islam mereka yang betul.

“Yang menjadi masalah, apabila tidak melakukannya, nama kita akan ‘naik’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti seperti menghadiri ceramah yang memerlukan kita membayar sejumlah wang yang ada kalanya mencecah RM1,000 sebulan,” kata Mahmood.

Akibatnya, pengikut yang tidak mahu lagi terbabit dengan kumpulan itu akan ‘diburu’ untuk mendapatkan bayaran atau lebih dikenali sebagai infak bagi setiap aktiviti atau keperluan dinyatakan pemimpin tertinggi atau seseorang Ahlul Bait.

Menurut Mahmood yang kini bertaubat nasuha dan kembali mengikuti ajaran Islam sebenar, dia tidak menandatangani kontrak terbabit, sebaliknya keluar tanpa memaklumkan ketua.

“Saya keluar begitu saja kerana yakin apa yang mereka amalkan terpesong daripada Islam tulen. Pernah saya bertanya masalah asas seperti kewajipan bersolat, namun mereka gagal memberi jawapan. Kerana itu saya tidak mahu lagi bersama mereka.

“Bagaimanapun saya dimaklumkan, beberapa rakan menandatangani Kontrak Keluar Islam itu kerana tidak mahu menjadi buruan bagi melunaskan pelbagai bayaran tidak masuk akal,” katanya.-metro

Wednesday, August 19, 2009

Padan Muka Berita Harian bayar Mahfuz 150k
ogos 19 09

Terlajak kereta boleh gostan terlajak melapor kono saman...itulah hakikat yang perlu diterima oleh akhbar pro UMnoBN berita hairan apabila kalah dalam kes saman dengan dato mahfuz...padan dengan muko lain kali buatlah banyak-banyak laporan yang menipu kok ye pun nak lakukan suratkhabar patut-patutlah jangan sampai pena menikam diri kalau tokeyai jadi dato mahfuz berbillion tokeyai saman biar lingkup terus berita harian..tak ada pun lagi bagus yelah kalau ada pun buat cerita menipu buat apa ini samalah macam utusan meloya tu...lepas ini utusan meloya pun jangan kasi can jangan suruh mintak maaf saman aje berbillion-billion biar lingkup jugak...

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Iklan

Berikutan itu satu sidang media khas akan diadakan jam 12 tengahari di Pejabat Pengurusan Harakah, No28,Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. Selain Mahfuz, akan hadir sama pada sidang media tersebut peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin.

Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta. Namun keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa.

Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman.

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran dan beliau kemudian ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa kepada Harakahdaily. _

Sunday, August 16, 2009

Mukjizat Nabi Muhammad AlQuran tidak hangus
ogos 16 09

Allah maha besar mukjizat besar yang Allah kurniakan kepada Nabi Besar Muhammad SAW tidak hangus terbakar sekalipun kenderaan yang membawanya hangus terbakar....Subhanallah maha suci Allah diberinya petunjuk dan peringatan kepada yang mahu melihat dan beringat kepada hamba-hambanya yang semakin lupa akan kebenarannya kalamullah ini....wahai pemimpin-pemimpin manusia kembalilah kepada Alquran ini hentikanlah segala bentuk kezaliman dan kebobrokan diantara kamu janganlah disekularkan hukum Allah nahas kamu diakhirat nanti berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah ini dan janganlah kamu bercerai berai....






Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan



Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Tuesday, August 4, 2009

Pesan dari penjaga Makam Nabi Muhammad SAW
ogos 04 09

Tokeyai rasa terpanggil untuk menyiarkan artikel dibawah ini kadang-kadang dek sibuk dengan urusan dunia kita terlupa untuk bersalawat kepada junjungan besar kita ini kita leka dibuai oleh nafsu duniawi kita...kita lupa untuk mengingat perjuangan rasullah dalam menyebarkan ajaran islam nyawa jadi taruhannya...perjuangannya yang bermula dirumah kemudian menjadi kumpulan yang kecil seterusya berkembang keseluruh dunia bukan hanya dengan duduk diam menanti orang datang menerima ajarannya..baginda berdakwah kemerata tempat baginda pergi berperang semata-mata untuk menyiarkan agama Islam jadi messagenya mudah untuk tokeyai jelaskan setiap apa jua perjuangan memerlukan pengorbanan dan tindakan seperti yang dilakukan rasullah begitu juga dalam menuntut hak rakyat menghapuskan undang-undang zalim ISA cukupkah hanya dengan duduk diam menghantar memo menanti pihak berkuasa memperakukannya jawabnya mustahil...perjuangan ini menuntut kesungguhan dan komitmen yang tinggi barulah pihak kerajaan akan lebih peka dan memahami tuntutan itu, jika dibuat sambil lewa jawabnya akan dibakulsampahkan tuntutan itu...jadi kepada mereka yang menentang penghapusan akta zalim ini berfikirlah sejuta kali sebelum diri anda kelihatan bodoh..



Pesan dari Penjaga Makam Nabi SAW

Kesempatan bertemu langsung dengan penjaga Makam Nabi Muhammad SAW, Syekh Maulana Said Adam Umar ke Indonesia, tak disia-siakan ribuan umat Muslim di Jakarta. Mereka pun berbondong-bondong menuju ke Masjid At-Tiin, Jakarta Timur, akhir pekan lalu, untuk menyimak pengalaman sekaligus berdialog dengan Syech Maulana.

Sebelumnya, kedatangan penjaga makam Nabi akhir zaman itu terwujud atas undangan Syekh Ali Aljabir, seorang imam Masjid Nabawi, asal Indonesia. "Sepekan lalu, Syekh Maulana diundang ke Maroko, tapi beliau tidak bisa datang. Namun, saat diundang ke Indonesia, beliau sanggup datang," kata Syekh Ali.

Selama sekitar dua jam, Syekh Umar memaparkan pengalamannya menjaga makam Rasulullah SAW di Masjidil Nabawi, Madinah. "Saya sudah selama 65 tahun menjaga makam Rasulullah, sejak berusia 21 tahun," paparnya.

Dirinya mengaku sangat bersyukur dapat menjaga makam Rasulullah. "Ini adalah amanah yang begitu istimewa," ujar Syekh Umar. Syekh Aljabir lebih jauh menuturkan, keterpilihan Syekh Umar sebagai penjaga makam, karena ketulusan dan kesungguhannya. Hingga dia dipercaya oleh Raja Saudi untuk menjaga makam Nabi SAW.

Tugas pria yang kini berumur 88 tahun itu adalah menjaga dan membersihkan dan merawat makam Nabi. Suatu ketika, Syekh Umar bertemu Rasulullah dalam mimpinya. "Walaupun hanya sekali bertemu Rasulullah, saya seakan-akan bertemu Rasulullah setiap saat," ungkap Syekh tersebut.

Menurutnya, mimpi bertemu Rasulullah adalah sebuah kebenaran. Sebab, setan ataupun jin tidak mampu menyerupai wajah Rasulullah SAW.Di samping makam Rasulullah SAW, terdapat dua makam sahabat yaitu Abu Bakar Assiddiq dan Umar bin Khattab. Selain itu, di tempat yang sama juga terdapat
hujrah atau kamar makam putri Nabi yakni Fatimah Az-Zahra.

Makam Nabi berada di area Masjid Nabawi di Kota Suci Madinah. Selain menjaga makan, para
khadim atau penjaga itu juga menjadi pemandu untuk para tamu negara yang akan melihat atau datang ke makan Nabi tersebut. Dikatakan Syekh Maulana, bagi umat Muslimin yang singgah ke Masjid Nabawi, diwajibkan berkunjung ke makam Nabi dan sahabatnya.

Syekh Umar lantas berpesan kepada kaum Muslimin untuk memperbanyak shalawat kepada Nabi Muhammad SAW. Minimal 10 kali dalam sehari. "Barang siapa yang mengucapkan shalawat, maka akan diangkat dosanya dan dimudahkan kehidupannya," kata Syekh Umar.

Ia menambahkan, Allah SWT saja memberikan shalawat kepada Nabi. "Jadi, orang yang paling
bakhil atau pelit adalah orang yang tidak membaca shalawat kepada Rasulullah," ujarnya.

Saat ditanya tentang beredarnya pesan pendek atau SMS maupun di internet yang menerangkan bahwa hari kiamat akan datang pada waktu tertentu, dan bagi yang tidak menyebarkannya akan mendapat musibah, Syekh Umar membantahnya dengan keras.Pasalnya, kapan tibanya hari kiamat tidak ada yang tahu kecuali Sang Khalik, Allah SWT. Bahkan, Rasulullah SAW pun tidak tahu.

Syekh Umar justru menduga pesan seperti itu disebarkan oleh kaum Yahudi atau Nasrani yang ingin merusak akidah umat. Dalam Alquran ditegaskan bahwa umat Yahudi dan Nasrani tidak akan ridha terhadap umat Muslim hingga umat Muslim mengikuti ajarannya. "Jadi, sampai kapan pun mereka (Yahudi dan Nasrani-Red) tak akan rela," ujar dia. Oleh karenanya, umat diminta waspada terhadap bahaya semacam ini, dan itulah pesan Syekh Umar yang kedua.
-republika

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran