Walausiapapun kamu walaudimanapun kamu walauapaperjuanganmu walauapakeinginanmu carilah kedamaian yang abadi disisiNya
Tuesday, August 9, 2011
KONGSI ILMU
PESANAN SEORANG GURU- BERIBADATLAH
Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.
Wahai saudaraku,
Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual dimaya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya. Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhaan takdirNya, hati yang terang menatap rahsiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya.
Wahai saudaraku,
Apabila engkau benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah dengan penuh keikhlasan, engkau akan dikasihiNya sehingga akan dilimpahkan ke dalam hatimu rahsia di sebalik rahsia. Engkau akan diperlihat hakikat di sebalik syariat, engkau mengenal dirimu dengan pengenalan yang hakiki, bukan diatas hafalan ilmu semata-mata tetapi dengan dzauk dan Penglihatan. Hatimu diberiNya Nur sehingga dengan Nur tersebut akan dapat menyaksikan Rahsia DiriNya. Engkau mencapai makrifat denganNya bukan dengan Guru manusia, Dia sendiri yang akan membisikkan pada sirrmu bahawa “ANA AL-HAQ”, maka tenggelamlah engkau dalam makrifat sehingga engkau tiada melihat tiada segala sesuatu melainkan Ia. Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak dariNya, tiada suatu yang maujud melainkan disana ada wujudNya, engkau akan memahami firmanNya; “Di mana kamu hadap disitulah wajah Allah”, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah”, “Di mana kamu berada disitulah Ia berada” dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa.
Tafsiran syariat adalah pembukaan sedangkan pentafsiran hakikat dengan dzauk dan pandangan. Tiada akan sama seorang yang melihat permukaan laut dengan mereka yang menyelam ke dasar laut. Tiada sama mereka yang mengenal diriNya pada permukaan zahir dengan mereka yang menyelam ke dalam lautan rahsia diri. Tiada akan sama dengan seorang yang belajar mengenal Tuhan dengan Guru manusia dengan mereka yang mengenal Tuhan dengan Tuhan sendiri. Tiada akan sama mereka yang mengucap La ilaha illaLlah di alam syariat dengan mereka yang mengucapnya di alam hakikat. Tidak akan sama huruf, kalimah dan bunyinya pada alam syariat dengan alam hakikat, tiada akan sama kenikmatan atau kepedihan di alam nyata ini dengan alam hakikat, tiada akan sama orang yang mati hatinya dengan orang yang hatinya sentiasa hidup dan asyik dengan Tuhan dan inilah yang mesti difahami sebagaimana firman Allah “Tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu,” “Tiada akan sama orang ahli syurga dengan ahli neraka”.
Wahai para Salik,
Jika engkau bersungguh-sungguh mengamalkan zikir di bawah bimbingan Guru yang telah terbuka baginya rahsia segala alam sehingga telah mencapai kesempurnaan makrifat, engkau akan merasakan perubahan pada rohanimu. Ruhmu akan melalui pendakian dari hati yang lalai kepada hati yang hidup mengingati Allah, dari hati yang hidup mendaki kepada hati yang asyik, kemudian mendaki pula kepada hati yang fana dan kemudian mendaki pula (kepada) meminum rahsia makrifat di alam yang tinggi. Nabi saw telah melakukan israk mikraj, membuka dan membelah langit bagi umatnya kepada Tuhannya.
Janganlah menjadi manusia yang bodoh dan lalai, pintu yang yang terbuka perlulah dilalui. Nabi dipimpin oleh malaikat Jibrail menujuNya dan engkau memerlukan Mursyid yang memimpin tanganmu dengan kasih sayang menuju TuhanMu. Kamu dibawa ke alam peleburan diri sehingga tiada kamu temui sesiapapun disitu melainkan DIA SAJA YANG WUJUD. Engkau akan memahami kalimah la ilaha illaLlah wahdahu laa syarikaalah dengan kefahaman yang terkunci lisanmu hendak dinyatakan. Engkau juga akan memahami beberapa ramai orang yang tidak mencapai kesempurnaan maqam ini tersilap tafsirannya sehingga ada yang mengaku dirinya Tuhan, mengaku dirinya jelmaam Tuhan, mengaku dirinya dan Tuhan bersatu sehingga ada dikalangan mereka yang meninggalkan syariat. Mereka tiada dibuka rahsia dengan sempurna atau pandangan makrifat mereka diserta dengan syaitan atau Jin. Mereka cuba bercakap ilmu para sufi namun mereka gagal dalam menyelami rahsia “ADAM” dan“ MUHAMMAD”. Mereka juga gagal memahami rahsia mufaraqah sebagaimana terpisahnya air laut dengan air sungai atau terpisahnya api dengan asap.
Wahai saudaraku,
Berjalanlah dirimu kepada Tuhan dengan berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, tarekah itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik. Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah. Apabila dadamu benar-benar memiliki rahsia ilmu para auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dengan takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul. Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, ia adalah Nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Tuhannya sehingga tembus penglihatannya pada alam rahsia dan FANA dan BAQA ia dengan kekasihnya. Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan hakiki baik dunia atau akhirat.
WaLlahu ‘alam.
Dipetik daripada "Kitab Pendakian Salik Menuju Allah" karangan Syeikh Tokku Ibrahim Mohamad
Sunday, May 23, 2010
DERHAKA MELAYU...MELAYU DERHAKA
Mohd Kamaruzzaman berkata, daripada keseluruhan kes di HKL, 81.8 peratus membabitkan pesakit lelaki yang majoritinya berbangsa Melayu dalam lingkungan usia 18 ke 74 tahun.
KUALA LUMPUR: Mereka bukan calang-calang orang, tetapi tahfiz, bekas pegawai tentera, pegawai bank dan pesara kerajaan, kini tergolong sebagai pesakit terdampar selepas tiada waris termasuk anak-anak yang mahu mengambil mereka pulang walaupun sudah sembuh dirawat di hospital. Jumlah pesakit seperti mereka, kebanyakannya warga tua semakin meningkat di beberapa hospital kerajaan termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mencatatkan 489 kes tahun lalu meningkat 81 kes berbanding tahun sebelumnya.
Sebahagian mereka kini ditempatkan di rumah transit yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi penempatan sementara sebelum dipindahkan ke rumah perlindungan lain.
Bagaimanapun jumlah itu kini sudah terlalu besar untuk ditampung rumah transit berkenaan.
Sunday, August 23, 2009
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara.”
Pertama: Hak Kepada Diri
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua: Hak Kepada Malaikat Maut
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
Ketiga : Hak Kepada Kubur
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat: Hak Kepada Munkar & Nakir
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima : Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
Keenam : Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh : Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
Kelapan : Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan : Hak Kepada Rasulullah s.a.w.
Iaitu : Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
Kesepuluh : Hak Kepada Allah s.w.t.
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
Monday, August 17, 2009
ogos 17 09
Ada mata lihat
Ada telinga dengar
Ada mulut cakap
Ada tangan buat
Ada otak fikir....fikir...fikirkan lah
Tok Sami Sembahyang

KeHidupan Orang UMnoAstaghfirullah........kau berilah petunjuk kepada mereka-mereka ini ya Allah...
Sunday, August 16, 2009
Sunday, August 9, 2009
Allahyarham Dato Onn Jaafar penasihat dan penyusun perlembagaan PSSGM(Dalam pakaian silat dan sandang waris beradat silat seni gayung
Posting yang lalu tokeyai dah pun menjelaskan sejarah politik dato onn jaafar samaada difahami atau tidak oleh orang-orang umngok tak dapat tokeyai nak cakap sebab orang-orang umngok ni sememangnya bongok tak boleh diajar...tak nak belajar sejarah itu pasallah mereka selalu buat kesilapan demi kesilapan dan masih lagi mengagung-agungkan pemimpin seperti najib dan muhyiddin yang terang-terang tercop sebagai pengkhianat besar negara mereka sengaja membutakan mata dan hati mereka terhadap dua orang ini semata-mata kononnya nak menyelamatkan umno dan ketuanan melayu....terus terang cakaplah berapa banyak ekonomi negara yang dipegang oleh orang melayu selama 52 tahun umno memerintah siapa yang menguasai ekonomi kat negara kita ini apa yang dah pemimpin umno buat terhadap tanah-tanah milik melayu yang tinggal sekangkang kera sekarang ini siapa yang menjualnya...muhyiddin...eh tak muhyiddin baik masa jadi mb dulu kaya-kaya orang melayu kat johor tu banyak tanah yang dibeli semula dari orang lain dan dikasikan dekat orang melayu....uhhh kepala tuuuuut kau... tokeyai terjun lombong kalau dia ada buat macam tu pergi jahanamlah dengan umno.....bila rakyat dah sedar dan bila dah nak kalah pada pru12 dan akan kalah pada pru13 nanti barulah pemimpin-pemimpin dan orang-orang umno bangang ini nak melihat dan bercakap soal ketuanan melayu nak membelalah kononnya dulu kau orang jugak yang menipu,merampas dan menjahanamkan milik dan orang melayu...kau orang jangan nak tipulah.....Dato onn pengasas dan presiden pertama umno itupun keluar dari umno dan menubuhkan parti berbilang kaum pun kerana dia tahu orang umno jugaklah yang akan menjahanamkan bangsa dia sendiri...pengkhianat besarkah dato onn ini atas sikapnya itu...tentulah tidak dia tahu orang melayu akan jadi seperti sekarang ini masih miskin dan terus ditipu oleh kaumnya sendiri yang hidup senang lenang diatas titik peluh melayu yang hidup kais pagi makan pagi malam terus tak makan....cuba dari dulu pemikiran dato onn ini dilaksanakan tokeyai gerenti semua kaum akan sama taraf kedudukannya yelah apabila dah berada dalam satu parti tentunya semangat kerjasama dan perpaduan itu akan lebih erat tiada sempadan dan tembok yang memisahkan mereka tiada kerahasiaan sesama mereka bukankah ini mudah dalam membentuk jatidiri dan setiakawan seterusnya akan mengujudkan situasi kekeluargaan dan bila ini wujud sudah pasti kehidupan akan lebih mudah tanpa ada diskriminasi antara kaum itu yang sebenarnya dikehendaki oleh rakyat bukan macam sekarang yang menggunakan konsep kekitaan kau..kau...aku...aku....percayalah konsep inilah juga yang akan menjahanamkan bangsa malaysia kalau terus diamalkan....sedarlah orang umno...umno bukan lagi harimau yang tercedera tapi harimau tua yang dah kehilangan belangnya menanti ajal.. dipenghujung usia ini tak payahlah nak tunjuk handal lagi sampai bila talian-talian hayat yang ada akan terus membantu lama-lama orang pun naik menyampah...tinggalkanlah pemimpin-peminpin yang dah senang lenang itu mereka dah kaya mereka dah tak perlu duit dah mereka cuma nak terus berkuasa supaya dapat menutup kebajingan mereka agar mereka tidak dikenakan hukuman didunia ini....mereka-mereka ini memang lahir dari keluarga pemimpin tapi pernahkah mereka merasai kesusahan hidup sebelum menjadi pemimpin mereka tak pernah mengenal erti kesusahan dalam hidup sebab itu mereka terus-terusan membiarkan rakyat menderita..mereka ini sebenarnya adalah pemimpin yang lemah dari segi semangat juangnya tak percaya cuba sesekali sumbat najib atau muhyiddin kepenjara kemudian bagi sb-sb gertak sikit....mau terkencing terberak terlolong tokeyai rasa...inilah pemimpin jenis anak manja celik mata semua dah tersedia sebab itu mereka tak akan faham kehidupan rakyat bawahan sampai bila-bilapun percayalah cakap tokeyai...Jalan menuju perubahan dengan menyingkirkan pemimpin jenis ini sudah terbuka luas ayuh...kita laungkan tak nak najib tak nak muhyiddin kedua-dua ini pengkhianat besar....orang johor jangan buat-buat buta nanti buta betul jangan pekakkan telinga nanti betul-betul pekak jangan buat-buat bodoh nanti betul-betul bodoh..nak ke jadi bodoh dan dibodoh...lu fikirlah sendiri beb...
Thursday, August 6, 2009

Allahyarham Dato Onn Jaafar penasihat dan penyusun perlembagaan PSSGM
(Dalam pakaian silat dan sandang waris beradat silat seni gayung)
Dato Mahaguru Me0r Abdul Rahman dan Dato onn
DATO’ Onn Jaafar sentiasa mendapat tempat istimewa dalam sejarah nasionalisme negara, apatah lagi kedudukan beliau sebagai pengasas dan Presiden Umno pertama, parti yang kini menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN).
Nama bapa kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein dan datuk kepada Menteri Dalam Negeri sekarang, Datuk Hishammuddin, muncul seiring dengan rancangan Malayan Union pada 1946.Tanpa Onn, landskap politik negara mungkin berubah ketika orang Melayu yang bukan saja daif dari segi sosio-ekonomi, malah kesedaran politik, dikejutkan dengan rancangan licik British memperkenalkan Malayan Union.
Malayan Union menjadi kenyataan dengan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor pertama. Orang Melayu marah dan kecewa, tetapi hanya dengan kemunculan Onn yang berkarisme, bijak dan lantang bersuara, penentangan orang Melayu, terutama menerusi Umno yang diasaskannya menjadi tersusun. Onn menggarap kemarahan orang Melayu terhadap Raja-Raja Melayu yang menyerahkan kuasa mereka dan hak orang Melayu hingga akhirnya, akibat tekanan berterusan, British terpaksa akur terhadap suara lantang orang Melayu, lalu menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Januari 1948. Beliau ternyata adalah nasionalis sejati kerana jika hendak hidup senang, Onn boleh memilih terus kekal sebagai Menteri Besar Johor, tetapi memilih menjadi Presiden Umno sepenuh masa.
Mohamed Abid dalam bukunya Reflection of Pre-Independence Malaya, menyatakan bahawa ketika gerakan ke arah kemerdekaan bertambah panas, Sultan Ibrahim, memberi kata dua kepada Onn sama ada hendak kekal sebagai Menteri Besar Johor atau menerima jawatan Presiden Umno.
Sultan dilaporkan memberitahu Onn bahawa beliau tidak boleh memegang kedua-dua jawatan serentak. Onn nekad meletakkan jawatan dan menjadi Presiden Umno lalu berpindah ke Kuala Lumpur. Beliau dilantik British sebagai Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri (setaraf Menteri Dalam Negeri sekarang). Jawatan ini dipegang antara 1951-1954.
Pemimpin wanita Umno, Khatijah Sidek, berkongsi pengalaman mengenai Onn melalui catatannya dalam buku Memoir Khatijah Sidek – Puteri Kesateria Bangsa dengan menyatakan:
Datuk Onn menyusun pelbagai lapisan orang Melayu untuk memakai kain lilitan putih( macam lilitan bubar dun perak yang nizar pakai) tanda berkabung di kepala sebagai protes terhadap rancangan Malayan Union. Justeru itu, orang Melayu menyayangi Datuk Onn dan memandangnya sebagai seorang pemimpin yang membela hak mereka. Ketika ikatan antara Umno dan Onn tersimpul kuat, tidak ada sesiapa pun terfikir Presiden Umno akan meninggalkan parti yang diasaskannya. Bagaimanapun, itulah yang berlaku.
Disifatkan sebagai hero orang Melayu menentang penjajahan British, Onn meninggalkan Umno apabila cadangannya supaya parti membuka pintu kepada orang bukan Melayu tidak diterima. Penulis biografi Onn yang juga sejarawan, Prof Dr Ramlah Adam, menyifatkan hubungan antara Onn dan Umno sebagai saling tidak memahami antara satu sama lain menyebabkan perpisahan berlaku. Onn mahukan Umno atau United Malays National Organisation yang memperjuangkan orang Melayu berubah menjadi United Malayan National Organisation, sebuah parti nasional berbilang kaum (macam PKR berjuang untuk semua kaum)
Menurut Ramlah, Malaya ketika itu dilanda angin perubahan dan Onn mahu Umno pantas menyesuaikan diri dengan perubahan berlaku. Tetapi Umno ketika itu belum bersedia melakukan perubahan drastik. Bagaimanapun, dua tahun selepas pemergian Onn, Umno di bawah kepemimpinan Tunku Abdul Rahman, bekerjasama dengan MCA (Malayan Chinese Association) yang dipimpin Tan Cheng Lock, bertanding dalam pilihan perbandaran Kuala Lumpur dan kemudian di bawah bendera Perikatan dalam pilihan raya umum 1955.
Konsep Perikatan menjadi formula kepada penubuhan BN yang kini dianggotai 14 parti, termasuk dari Sabah dan Sarawak, suatu gabungan yang setiap parti mengekalkan identiti masing-masing. Ini menyebabkan ramai menyifatkan Onn sebagai seorang pemimpin yang mendahului masanya. Walaupun, idea beliau tidak diterima pada peringkat awal, tetapi sedikit sebanyak dicedok hingga membawa kepada penubuhan Perikatan dan BN.
Onn selepas keluar daripada Umno terus berjuang, tetapi kecewa apabila janji pemimpin bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan EEC Thuraisingham serta MIC (Malayan Indian Congress) untuk menyokong perjuangan parti yang ditubuhnya, Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) tidak menjadi kenyataan.
Walaupun, menjadi hero orang Melayu dengan meruntuhkan Malayan Union, tetapi politik Melayu adalah Umno. Natijahnya, IMP tewas kepada pakatan Umno-MCA dalam pilihan raya 1952. Onn membubarkan IMP dan menubuhkan Parti Negara pada 1954 dan kemudian bertanding dalam pilihan raya umum 1955, tetapi semua calon parti itu termasuk Onn sendiri tewas. Beliau bertanding sekali lagi atas tiket Parti Negara dalam pilihan raya umum 1959 dan menang di Parlimen Kuala Terengganu Selatan.
Dato Onn, atas senioritinya dilantik sebagai Ketua Pembangkang meskipun PN hanya mempunyai 1 kerusi. Pembangkang pada ketika itu dibarisi tokoh-tokoh hebat seperti Dr Burhanuddin Helmy (PAS), Dr Zulkifli Ahmad (PAS), Khadijah Sidek (PAS), Ahmad Boestamam (PRM), dan DR Seenivasagam (PPP).
Kepimpinan beliau di Parlimen cukup terserlah dengan pendirian tegas beliau mengenai beberapa perkara, antaranya ialah perlantikan Senator kalangan Perikatan pada ketika itu. Beliau berpendapat Senator mestilah dilantik daripada kepelbagaian latar belakang politik supaya keputusan di peringkat Dewan Negara akan lebih adil.
Dato Onn juga menentang keras beberapa fasal di dalam Internal Security Bill 1960 (ISA) kerana wujudnya beberapa fasal yang mengekang kebebasan bersuara. Beliau berhujah bagaimana fasal-fasal tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Isu pendidikan juga seringkali menjadi fokus beliau, memandangkan beliau pernah mengasaskan dan menjawat jawatan Pengerusi RIDA (sekarang MARA) pada tahun 1950 sehingga 1955. Ini termasuklah isu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Sayangnya hayat Dato Onn berakhir dengan kejatuhan PN apabila 3 ADUN PN di Terengganu ‘dibeli’ Perikatan. Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1959 agak unik, kerana komposisi 24 kerusi DUN agak seimbang: PAS 12, Perikatan 7 dan PN 4.
Kerajaan PAS Terengganu seringkali dihenyak kononnya gagal memerintah Terengganu dengan baik, dan usaha ‘membeli’ ADUN PN giat dilakukan agar Perikatan boleh memerintah Terengganu di bawah Ibrahim Fikri pada ketika itu.
Begitulah perjalanan politik Onn. Apabila menumbangkan Malayan Union, beliau dari segi populariti dan politik berada pada puncak, malah dianggap bakal Perdana Menteri pertama apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Beliau meninggal dunia pada 18 Januari 1962 ketika berusia 67 tahun di Johor Bahru. Walaupun tidak memegang jawatan penting dalam kerajaan, jasa Onn tidak dilupakan begitu saja.
Siapakah Muhyiddin yassin yang sebenarnya
Akibat daripada dasar terbuka itu menyebabkan banyak tanah rezab Melayu di daerah Johor Bahru tergadai.
Orang yang bertanggungjawab memberi kelulusan tersebut ialah pemimpin yang mengetuai kerajaan Johor pada 1989 hingga 1995.
Itulah pengenalan ringkas bagi mengenali siapa Tan Sri Muhyidin Yassin yang dikaitkan dengan tragedi yang memalukan orang Melayu di Johor.
Dan berikutan itu Muhyiddin dipindahkan ke pusat sebagai menteri kabinet oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai usaha menyelamatkan karier politiknya.
Dan hari ini beliau berjaya mendaki tangga keemasan politik dalam Umno apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas menang jawatan Timbalan Presiden Umno.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin terbabit yang mengetuai Umno di Johor ketika menjadi menteri besar ternyata telah mengkhianati hak orang Melayu.
“Bagaimana Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura.
“Ini bukti bahawa Umnolah yang menggadai hak orang Melayu setelah rakyat memberi mereka kuasa sepenuhnya lebih 50 tahun mentadbir negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan,katanya pada ceramah di Temalir dekat sini malam semalam.
Beliau menjelaskan bukti mengenai perkara itu didedahkan pada persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini.
“Tanah Rezab Melayu ini satu-satunya hak bagi orang Melayu. Umno tidak boleh jawab, dan ini bukan fakta yang saya pungut atau dengar di tepi jalan lalu dibawa ke dalam ceramah.. tidak.
“Ini bukti yang kita bawa dalam persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini di mana Umno dan anggota Dewan Negeri Negeri Johor dari Umno tidak boleh jawab,katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata Umno tidak seharusnya diberikan peluang untuk terus hidup.
Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Muhyiddin telah mengkhianati orang Melayu di Johor dalam isu tanah rezab dan pemilikan dalam Dana Johor.
Sedangkan katanya, kerajaan BN Johor begitu bangga dengan skim pelaburannya Amanah Saham Johor (ASJ) sehingga seramai 125,000 orang melabur ketika diterbitkan pada 1996.
Saham ASJ pada awalnya dijual pada harga RM1 seunit kemudian memadangkan ASJ mendapat sambutan menggalakkan sehingga nilai saham dinaik menjadi RM5 seunit.
Keadaan itu menyebabkan ramai rakyat Johor berebut-rebut membeli saham ASJ sehingga ada yang meminjam dari bank sebanyak RM10,000. Namun selepas berlaku krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan ASJ jatuh menjunam.
Perbadanan Johor kini berhutang melebihi setengah bilion ringgit. Kegagalan ASJ menjejaskan imej kerajaan BN Johor.
Ketika era Muhyiddin sehingga Dato Ghani Othman menjadi Menteri Besar Johor bukan sahaja ASJ merosot sebaliknya banyak syarikat milik kerajaan negeri yang rugi berjuta-juta ringgit termasuk Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Sehingga Disember tahun lalu KPRJ direkod berhutang sebanyak RM429.4 juta.
Salahuddin berkata, jenayah paling mencabar orang Islam di Johor apabila Muhyiddin menukar cuti mingguan daripada hari Jumaat kepada Ahad.
Maka tidak hairanlah katanya, Johor yang dianggap sebagai kubu Umno paling kuat di dunia berjaya ditembusi PAS setelah memperolehi dua kerusi Dun pada pilihan raya umum lalu.
.– Harakahdaily
TokeyaiThursday, July 9, 2009
FIKIRLAH
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
KITA SELALU BERTANYA...ALQURAN SUDAH ADA JAWABNYA
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
Thursday, June 4, 2009
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna
lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya
terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
POSTING RUJUKAN
SAJAK DR ASRI
BLOG LIST
-
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah22 minutes ago
-
-
-
JOM PI RAMAI-RAMAI..!14 hours ago
-
-
-
Najib Marah BN19 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
JEWS VS. JEWS IN ZIONIST STATE2 days ago
-
-
Sifat Munafik UMNO Di Balas Tuhan3 days ago
-
-
-
SALAHKAN BN LA...!!!4 days ago
-
ingin bersedih atau ketawa?4 days ago
-
-
-
Tau atau buat-buat tak tau?1 week ago
-
-
Apa Guna Bintang Kebesaran & Pingat?1 week ago
-
-
Cubaan Hidupkan Al-Arqam.1 week ago
-
-
-
-
-
-
-
SYIAH2 weeks ago
-
-
Israel tunjuk belang!2 weeks ago
-
MINYAK NAK NAIK LAGI ?2 weeks ago
-
28 Mei 2010 Wa langgar Rusila.4 weeks ago
-
nota kecil kepada perdana menteri1 month ago
-
-
PERKASA KEKUATAN BANGSA MELAYU2 months ago
-
ISU MINYAK KELANTAN:KERATAN AKBAR3 months ago
-
NAK BUAT APA HUJUNG MINGGU NI?3 months ago
-
-
penat4 months ago
-
The Unelected President4 months ago
-








