Wednesday, June 30, 2010

SUARA PERKASAM GANTI SUARA KEADILAN?

Dahlah nama lebih kurang sama....permit pun sama time hidup dan time mati dia....musykillah ana....makin jantan gedebelah berahim ali nampaknya.....



KUALA LUMPUR, 30 Jun — Ketika Suara Keadilan berhadapan dengan kemungkinan dikenakan tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri ekoran isu Felda, Perkasa akan mengeluarkan edisi sulung akhbarnya — Suara Perkasa esok.
Akhbar terbitan dua kali sebulan itu akan memasuki pasaran mulai 1 Julai, kata pemimpin kanannya.
Ia sepatutnya dilancarkan ketika mesyuarat tahunan pertama Perkasa awal tahun ini, pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali selepas pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu, tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal dan logistik.
Surat khabar itu menyuarakan kepentingan Melayu dan Islam, kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali.
Bagaimanapun beliau enggan memberikan maklumat terperinci atas alasan sidang media khas penerbitan akan diadakan petang ini.
Bagaimanapun Syed Hassan berkata, pihaknya bercadang untuk menjadikan Suara Perkasa sebagai akhbar harian pada tahun depan.
“Tahun ini kita tumpu pada edisi dwibulanan dan tahun depan ia akan dijadikan akhbar harian,” kata beliau ketika dihubungi lewat malam tadi.-tmi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran