Kali nie....kelantan pulak.....
KOTA BHARU 16 Jun - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan senarai 10 individu yang telah ditarik balik pelantikan dan penganugerahan darjah yang membawa gelaran 'Datuk' dan anugerah kebesaran lain oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias pada sidang media di pejabatnya hari ini memaklumkan, selain tujuh individu yang ditarik gelaran Datuk dan lain-lain anugerah, ia juga membabitkan tiga penerima Jaksa Pendamai (JP).
Langkah mengumumkan nama itu difahamkan bertujuan menamatkan tanda tanya mengenai siapa sebenarnya yang dilucutkan gelaran itu dan bagi menjaga imej istana serta institusi diraja.
Penarikan gelaran Datuk dan darjah kebesaran lain tersebut berkuat kuasa mulai 29 September 2009 dan pada 4 Mac, 15 Mac, 9 Mei dan 18 Mei tahun ini.
Mereka termasuklah seorang pemaju hartanah terkenal di negeri ini, Tan Huat @ Tan Liang Chong, 66, yang ditarik gelaran Datuk dan JP.
Menurut Mohd Aiseri, kesemua mereka telah dimaklumkan melalui surat.
Lain-lain individu yang ditarik balik darjah yang membawa gelaran Datuk dan darjah kebesaran lain ialah bekas Pegawai Kewangan Negeri, Shkori Mohamed, bekas Ketua Jajahan, Ismail Ghani dan dua ahli perniagaan, Ibrahim Abdul Kadir dan Wan Hassan Wan Zin,59.
Individu lain ialah ahli perniagaan, Mohd. Raihan Datuk Seri Dr. Eusuff Teh dan Senator Ahmad Rusli Iberahim.
Tiga individu lain yang ditarik darjah JP ialah pegawai lantikan kontrak Majlis Agama Islam Kelantan, Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir, kontraktor, Yusri Che Noh dan pegawai bank, Tengku Abu Bakar@Tengku Azman Tengku Ismail.
Ketika ditanya punca sebenar penarikan dibuat, Mohd Aiseri berkata, ia tidak perlu didedahkan.
Beliau menjelaskan penarikan balik adalah hak Pemangku Raja yang dijalankan mengikut hemah dan budi bicara baginda.
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah
22 minutes ago
No comments:
Post a Comment