Wa tak percaya beb....kalau betul naik.....najib dah tentu muktamadkan semua benda yang belum muktamad.....betul tak....kajian tu semua mengarut....dan kalau betul jugak naik dia mesti dah bubar parlimen....buat pru baru untuk dapatkan 2/3 kerusi....tak macam sekarang pening kepala merintah...dan
ini baru betul...hasil kajian tokeyai centre....mendapati hanya puak-puak tegar umnobn...termasuk menteri-menteri kabinet....ngo2 yang ngok spt pekida...perkasa...golongan pembodek dalam mca dan mic...sahaja yang
melonjakkan prestasi najib.....sedangkan responden yang berjuta-juta bilangannya....belum lagi memuktamadkan najib sebagai PM.....
KUALA LUMPUR, 8 Jun – Populariti kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri mencecah 72 peratus – paras tertinggi sejak April 2009 – naik tiga peratus berbanding paras yang direkodkan dua bulan yang lalu.
Meskipun paras populariti kepimpinan beliau terus mengalami peningakatan sejak awal tahun lalu – daripada 44 peratus pada April 2009 dan kini 72 peratus, kadar keyakinan rakyat terhadap inisiatif-inisiatif kerajaan diterajuinya masih terhad.
Sebagai contoh hanya 50 peratus responden yang ditemui yakin dengan inisiatif yang Najib (gambar) perkenalkan, seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), 1 Malaysia dan Model Ekonomi Baru, akan membolehkan matlamat-matlamat mereka tercapai, kata Pengarah Eksekutif firma kajian pandangan umum Merdeka Center, Ibrahim Suffian.
Hasil kajian yang dikenalikan bagi tempoh 6 hingga 16 Mei lalu dikeluarkan hari ini.
Ketika tempoh itu negara menyaksikan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, yang Barisan Nasional gagal mempertahankannya.
Ibrahim menambah, majoriti mereka yang ditemui - sekitar 58 peratus berpandangan bahawa “kerajaan persekutuan memang bagus dalam perancangan tetapi lemah dalam pelaksanaan.”
Kajian terbaru ini dikendalikan di Semenanjung menggunakan telefon membabitkan 1,028 responden.
No comments:
Post a Comment