Rombakan kabinet baru-baru ini menimbulkan kontroversi apabila ahli parlimen Gelang Palang, Tan Ah Eng menemplak presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dilaporkan berkata nama Tan tersenarai untuk jawatan timbalan menteri.
"Saya semak dengan PM malam semalam, beliau berkata semua nama yang dibekalkan oleh Chua diterima,” kata Tan yang juga adalah timbalan ketua wanita MCA.
"Saya tuntut keadilan!” katanya pada sidang media di lobi parlimen kerana ingin menjelaskan bahawa namanya tidak dicadangkan bagi jawatan timbalan menteri seperti yang didakwa oleh presiden MCA.
Katanya juga, perdana menteri tidak pernah mempertikaikan kebolehannya sebagai seorang MP.
"Perda
Chua pada 2 Jun lalu memberitahu wartawan bahawa hanya terdapat 15 ahli parlimen MCA untuk dipilih dan nama Tee Yong dan MP Gelang Patah, Tah Ah Eng juga diserahkan kepada Najib untuk Perdana Menteri membuat pilihan.
Mengulas perkara yang sama, hari ini, Chua terus mempertahankan bahawa dua nama diserahkan kepada Perdana Menteri untuk pertimbangannya - iaitu nama anaknya Chua Tee Yong dan juga nama Tan.
Mengulas perkara yang sama, hari ini, Chua terus mempertahankan bahawa dua nama diserahkan kepada Perdana Menteri untuk pertimbangannya - iaitu nama anaknya Chua Tee Yong dan juga nama Tan.
No comments:
Post a Comment