Showing posts with label kemelut mca. Show all posts
Showing posts with label kemelut mca. Show all posts

Monday, June 7, 2010

LAGI KELAKUAN TERLAMPAU CHUA

Ayoyooo.....kalau jumpa ular dan chua soi lek....korang nak hentam mana dulu.....lagi satu tembelang dia sudah pecah.....kata hantar dua nama.....bila sorang lagi check dengan najib....nama dia tak ada....ayoyooo....ini kelentong ka ....tipu ka.....logik akal takkan najib nak bohong pulak....tapi dia tetap kata hantar dua nama....ini macam najib sudah tipu la.....ko biar betul chua....sapa tipu sapa ni....jangan itu macam bro....be gentlela macam lu punya skandal dulu.....

Rombakan kabinet baru-baru ini menimbulkan kontroversi apabila ahli parlimen Gelang Palang, Tan Ah Eng menemplak presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dilaporkan berkata nama Tan tersenarai untuk jawatan timbalan menteri.

Menurut Tan, Chua hanya menyenaraikan satu nama kepada Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan kecuali memilih anak Chua, Tee Yong bagi mengisi jawatan timbalan menteri pertanian.

"Saya semak dengan PM malam semalam, beliau berkata semua nama yang dibekalkan oleh Chua diterima,” kata Tan yang juga adalah timbalan ketua wanita MCA.

"Saya tuntut keadilan!” katanya pada sidang media di lobi parlimen kerana ingin menjelaskan bahawa namanya tidak dicadangkan bagi jawatan timbalan menteri seperti yang didakwa oleh presiden MCA.

Katanya juga, perdana menteri tidak pernah mempertikaikan kebolehannya sebagai seorang MP.

Saturday, January 16, 2010

Rombakan Kabinet Betul Ke?
16 jan 10

Kalau betul nampaknya peluang terakhir untuk KJ jadi menteri....alahai menantu apak...MCA pulak akan bertambah kalutnya....biarkan...biarkan....

Desas-desus mengenai kemungkinan berlakunya rombakan kabinet semakin kuat diperkatakan di kalangan ahli politik MCA ketika pakatan Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Chua Soi Lek, mensasarkan Mac ini untuk mengadakan pemilihan baru bagi menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda parti itu.

Ketika Ong dan Chua mahu pemilihan itu diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina, kumpulan yang menyokong naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkeras ia diadakan dalam bulan ini.

Mereka mendakwa Ong dan Chua sengaja melambat-lambatkannya supaya mempunyai lebih banyak masa untuk mengumpulkan sokongan.

Sebelum ini, kumpulan Liow gagal mendapatkan sokongan 21 ahli jawankuasa pusat (CC) MCA untuk meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru itu diadakan bulan ini.

Hanya 13 ahli CC yang berbuat demikian dan mereka terdiri daripada Liow sendiri dan para penyokongnya.

Berikutan itu, nampaknya, satu-satunya pilihan yang ada ialah untuk mengadakan pemilihan baru parti itu Mac depan.

Pertembungan Chua-Liow?

Selepas pemilihan itu selesai, mengikut amalannya, calon-calon yang menang akan mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri yang diperuntukkan kepada MCA.

Chua dijangka berentap dengan Liow bagi jawatan presiden kerana Ong dikatakan tidak berminat untuk mempertahankan jawatan tersebut.

Pemilihan tersebut bakal menyaksikan persaingan sengit antara pakatan Ong-Chua dengan kumpulan yang menyokong Liow, yang dikatakan mendapat sokongan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting.

Berdasarkan mesyuarat agung luarbiasa (EGM) Oktober lalu, maka pemilihan kali ini bakal menyaksikan persaingan paling sengit dalam sejarah MCA bagi merebut enam jawatan tertinggi - presiden, timbalan dan empat jawatan naib presiden.

Berikutan itu, penyandang jawatan empat menteri dan enam timbalan menteri yang diisi oleh MCA itu, mungkin berubah jika ada yang tumbang dalam pemilihan nanti.

Desas-desus mengenai rombakan kabinet tersebut juga telah mendorong sesetengah menteri mengambil sikap 'tunggu dan lihat' dan tidak mengisi jawatan lantikan politik, sehinggalah keadaan lebih jelas Mac ini.

Beberapa sumber MCA juga berkata, kesabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin tipis dan beliau mahukan parti itu menyelesaikan krisis kepimpinannya menjelang Mac ini.

Peluang terakhir Khairy?

Sementara itu, rombakan kabinet kali ini dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan tahun depan.

Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ismail juga dilantik sebagai timbalan menteri sukan.

Wednesday, November 4, 2009

Ghairah Liow Menjerat Diri
nov 04 09

Ong Tee keat betul-betul bermain politik...nampaknya semua orang kena belajar dengan dia..cara dia mengekalkan kuasa dan menyingkirkan musuhnya begitu canggih hanya beberapa jam sebelum apa-apa mensyuarat semuanya hanya dengan sekelip mata...Akhirnya Liow yang dianggap tiada political demand terjerat dengan keputusan ROS dan dalam sekelip mata juga Liow mula mengeluarkan taringnya dan menjadi political demand....Inilah politik bak kata pepatah kalau takut dilambung ombak jangan berumah kat pantai...

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Drama luar biasa tercetus di Wisma MCA di sini selasa apabila Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat mendedahkan pelan perdamaian yang menjerat musuh parti pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC).

Bagaimanapun, tiada siapa dapat meramal langkah bijak Ong yang hanya dapat dikesan beberapa jam sebelum mesyuarat CC bermula.

Rancangan itu termasuk menggugurkan empat anggota CC yang dilantik yang menentang beliau iaitu setiausaha penganjur Yoo Wei How, timbalannya Gan Hong Su bersama anggota biasa Datuk Chor Chee Hueng dan Datuk Chai Kim Seng.

Notis menggurkan mereka dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kira-kira pukul 10.30 pagi oleh setiausaha politik Ong, Simon Lim sebelum disusuli dengan surat rasmi.

Pada masa sama, notis pelantikan tiga anggota CC yang baru disampaikan kepada Chua Tee Yong, Datuk Tan Ching Ming dan Datuk Donald Lim Siang Chai, kesemua mereka menghadiri mesyuarat CC tersebut.

Sejam kemudian, sepucuk surat dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) diterima oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyatakan beliau masih menjadi Timbalam Presiden MCA.

Kesemua ini berlaku secara serentak, sebelum mesyuarat CC bermula pada pukul 1 tengah hari serta mengejut semua pihak termasuk kumpulan yang mahu pemilihan baru parti diadakan.

Sumber parti berkata sebaik sahaja mesyuarat CC bermula, terdapat percubaan untuk menghalang presiden menjelaskan pelan perdamaian oleh beberapa anggota CC yang meminta mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan tetapi tidak berjaya.

Menurut sumber itu, selepas Ong selesai memberi penjelasan, 27 daripada 44 anggota CC telah menandatangani surat akuan untuk menyokong rancangan perdamaian tersebut.

Hanya Ong, Dr Chua dan naib presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen tidak menandatangani surat tersebut. Ong dan Dr Chua merupakan watak utama dalam pelan perdamaian tersebut manakala Dr Ng berada di luar negara kerana urusan rasmi.

Dr Chua dipecat sebagai timbalan presiden pada 26 Ogos lepas tetapi CC mengubah hukumannya kepada penggantungan selama empat tahun. Bagaimanapun, pada mesyuarat EGM 10 Okt lalu, Dr Chua diambil semula sebagai ahli biasa tetapi bukan jawatan nombor dua.

Bagaimanapun, ROS pada selasa mengesahkan Dr Chua masih menjadi timbalan presiden.

Liow, yang memegang jawatan timbalan presiden selama 19 hari, enggan menerima keputusan ROS itu, dengan menyatakan beliau mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan itu dan mungkin mencabar keputusan itu di mahkamah.

Bersama Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan beberapa anggota CC lain, Liow segera beredar sebaik sahaja mesyuarat CC itu tamat pada pukul 5.30 petang tanpa menghadiri sidang akhbar yang diadakan oleh Ong.

Sebaliknya, Liow dan kumpulan penyokongnya mengadakan satu lagi sidang akhbar di bilik berasingan.

Sumber parti berkata Ong bertindak mengumumkan langkah berbisanya dengan menyatakan desakan EGM oleh kumpulan 16 anggota CC itu tidak akan dilaksanakan.

Gesaan EGM oleh kumpulan 16 itu didapati tidak mengikut perlembagaan kerana ia bertentangan dengan Artikel 15 Perlembagaan MCA -- bahawa presiden mempunyai kuasa mutlak untuk membuat sebarang pelantikan.

"Satu usul yang dikemukakan oleh kumpulan 16 itu ialah mereka mahu membatalkan pelantikan yang dibuat oleh presiden selepas 10 Okt. Ini tidak berperlembgaan kerana perlembagaan parti memberi kuasa luas kepada presiden berkaitan sebarang pelantikan dalam parti," kata sumber itu.

Salah satu langkah pintar ialah dengan mendapatkan sokongan 27 daripada 44 anggota CC menyokong pelan perdamaian, sekaligus syarat untuk EGM dikurangkan daripada 16 kepada 12 anggota CC sahaja.

Ini bermakna terdapat kurang daripada satu pertiga sokongan yang diperlukan di bawah perlembagaan parti.

Berikutan kesemua langkah ini, kini Liow berdepan dengan perjuangan politik yang tertekan selepas Ong memperkukuhkan cengkaman dengan melantik penyokong Dr Chua ke dalam CC.

Orang dalaman parti berkata Ong dijangka melantik penyokong setianya untuk memegang beberapa jawatan penting dalam parti dalam masa beberapa hari lagi.

Antaranya ialah setiausaha agung wanita Heng Seai Kie yang dijangka mengambil alih jawatan ketua penerangan parti dan ahli veteran Lim Hong Sang sebagai ketua biro undang-undang.

Tuesday, November 3, 2009

Kemelut MCA Makin Kalut Dr Chua Kekal Timb Presiden
nov 03 09

Kemelut MCA makin bercelaru sekarang bila ROS mengekalkan Dr Chua sebagai Timb Presiden MCA dalam kesibukan Liow Tong Lai untuk mendesak presiden mengadakan pemilihan parti baru...Peringatan kepada Umno dan BN jangan sibuk jaga tepi kain PR...

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendapat semula jawatannya sebagai timbalan presiden MCA selepas digugurkan susulan dipecat daripada parti kira-kira dua bulan lalu.

Pengumuman mengejut itu dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini ketika jawatankuasa pusat parti itu sedang mengadakan mesyuarat di ibu pejabatnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Surat ROS itu dihantar terus kepada kepemimpinan MCA.

Kedudukan ini mengembalikan senario sebelum krisis parti itu - akibat pemecatan Dr Chua dan keputusan mesyuarat agung luar biasa MCA awal bulan ini - dan sekali gus memeningkan kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dilantik menggantikan Dr Chua.

Naib presiden itu, yang dilantik kepada jawatan nombor dua tersebut, dianggap melawat Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selepas kumpulannya mendesak pemilihan baru parti diadakan.

Ketika tiba jam 1.10 tengah hari di Wisma MCA, tempat mesyuarat itu diadakan kira-kira 10 minit kemudian, Dr Chua kelihatan tenang dan kemudian melangkah terus ke bilik mesyuarat.

Dalam perkembangan berkaitan, MCA juga memecat empat anggota jawatankuasa pusatnya yang dilantik - satu lagi tindakan ke arah mengukuhkan parti selepas dilanda krisis sejak Ogos lalu.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran