Showing posts with label gelaran. Show all posts
Showing posts with label gelaran. Show all posts

Friday, June 11, 2010

PERLUKAH ANWAR MENGADAP SULTAN JOHOR????

Wa rasa dalam situasi begini adalah tidak bijak untuk meminta penjelasan sultan....kerana sudah tentu sultan tidak akan membiarkan kewibawaannya terjejas....dan kemungkinan juga sultan tidak akan memperkenankan permohonan mengadap ini.....walau dengan atau tanpa alasan....arahan sudah dikeluarkan untuk menarik balik gelaran....jadi daripada menanggung malu untuk kedua kalinya....lebih elok chua jui meng mematuhi arahan dengan memulangkan kembali pingat dan gelaran tersebut......kuatkan semangat dan teruskan perjuangan untuk menawan johor dalam PRU13 nanti......



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar berhubung penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Datuk Chua Jui Meng.

Menulis dalam tweetnya pagi ini, Anwar berkata beliau terkejut dengan penarikan balik anugerah tersebut, tetapi mendakwa Chua menerima berita itu dengan tenang dan tabah.

Semalam, Chua - bekas pemimpin MCA yang kini menyertai PKR - telah dihubungi setiausaha Majlis Diraja Johor, Datuk Ramli Abdul Rahim, yang memintanya memulangkan semua darjah kebesarannya.

Chua yang kini merupakan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, dianugerahkan darjah kebesaran itu oleh Sultan Mahmud Iskandar.

Anugerah tersebut membawa gelaran 'Dato Paduka Makhota Johor' dan 'Seri Paduka Mahkota Johor'.

Bagaimanapun, Chua tidak dimaklumkan sebab mengapa anugerah tersebut ditarik balik.

Sebaliknya, beliau dimaklumkan bahawa pihak istana tidak perlu menyatakan sebab-sebabnya.-mkini

Thursday, June 10, 2010

GELARAN DATUK CHUA JUI MENG DITARIK BALIK

Wa nak tanyala kat korang apa kesalahan besar en chua jui meng telah lakukan.....hanya kerana dia menyertai pakatan pembangkang maka datuknya kena tarik balik.....apa hubungkaitnya....politik???....bukankah seseorang sultan atau raja harus berkecuali dari politik.....bersikap neutral....macamana pulak dengan kesalahan seks dato chua soi lek....kenapa gelarannya tidak ditarik balik....tidakkah kesalahannya itu memalukan gelaran dato yang diberi....walauapapun itu gelaran itu hak sultan dan raja....kereka boleh memberi dan mengambil semula.....


Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.
Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran