Showing posts with label parlimen. Show all posts
Showing posts with label parlimen. Show all posts

Friday, July 30, 2010

BUBAR DUN - SELANGOR UBAH STYLE

Hidup mesti perlukan perubahan....baru ada makna....kalau dok tang tu aje macam katak bawah tempurung....atau macam ulat dalam batu....apa ertinya....sesekali kita nak juga angin perubahan....baru kita ada semangat dan kekuatan.....jangan diikut cara orang umno.....nak menongkat langit selama-lamanya...tak kebodoh tu namanya.....


Bubar DUN: Pakatan Selangor timbang beri notis awal PRU





KUALA LUMPUR, 30 Julai — Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijangka akan menggunakan pendekatan memberi notis memanggil pilihan raya umum negeri - amalan julung kali digunakan jika menjadi kenyataan.
Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat pimpinan PR Selangor pada 19 Julai lalu.
Malah pada mesyuarat itu PR juga telah memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jikapun Barisan Nasioanl (BN) memanggil pilihan raya umum tergempar di peringkat pusat dalam waktu terdekat.
Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir memberitahu The Malaysian Insider, pihaknya mahu mengamalkan pendekatan baru ini bagi menyuburkan prinsip demokrasi di negara ini dengan memaklumkan semua pihak bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh tertentu.
“Misalnya, kami mengambil ketetapan bahawa enam bulan sebelum DUN dibubarkan untuk diadakan pilihan raya umum negeri, kami akan memaklumkan kepada umum bahawa pilihan raya negeri akan diadakan.
“Ia bukannya tarikh tepat tetapi sekadar memberi makluman atau notis awal kepada semua parti politik,” kata beliau dengan merujuk kepada amalan di beberapa negara demokrasi lain.
Justeru kata beliau, dengan cara itu semua parti boleh bersiap sedia, tidak seperti dahulu di mana parti-parti politik khususnya pembangkang terperangkap dan terkejut dengan pengumuman pembubaran DUN atau Parlimen oleh kerajaan BN.
Kata Roslan, PR mahu mewujudkan amalan baru di negara ini khususnya di Selangor dengan harapan ia akan menjadi ikutan pada masa-masa akan datang.
“Sebelum ini kita mengadu pilihan raya diadakan secara mengejut, tiada makluman awal yang mencukupi kepada parti-parti politik... oleh itu, kami mahu mewujudkan satu sistem baru di mana semua parti akan mendapat manfaat dari segi persediaan,” katanya.
Minggu lalu Roslan memberitahu The Malaysian Insider, PR Selangor tidak akan membubarkan DUN walaupun BN memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum Parlimen dan negeri-negeri yang dikuasai mereka.
PR Selangor mahu menggunakan tempoh mandat lima tahun sepenuhnya, tanpa mahu terikat dengan rentak BN bagi membolehkannya menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.
Selangor salah satu daripada empat negeri yang kini diterajui PR. Tiga negeri yang lain ialah Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh memutuskan untuk memanggil pilihan raya negeri dengan memperoleh perkenan Sultan ataupun Yang Dipertua Negeri.
Perdana Menteri pula boleh berbuat demikian di peringkat pusat dengan menperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Lazimnya pilihan raya umum negeri dan pusat akan diadakan serentak.
Bagaimanapun pemerhati dan penganalisis menjangkakan kelainan ekoran perubahan landskap politik negara sejak 8 Mac 2008.
Mandat semasa akan berakhir Mei 2013.-tmi

Saturday, June 12, 2010

CHUA..WESTMINSTER...PARLIMEN BARU

Tu..la bezanya....orang melayu dan orang cina......stail orang melayu ni...biar pape asal bergaye.....korang nak menapikan ke....tak payahlah....akui ajer...la....itulah kelemahan orang kita....termasuklah yang bergelar pemimpin negara.....hutang dah la...405.1billion.....lagi nak berhutang 800juta buat parlimen....korang fikirlah....dimana kewarasannya tu......bangunan parlimen tu baru berusia 2010-1962 = 48 tahun.....dan baru direnovate tahun lepas dekat 60juta....main buang-buang gitu aje duit....dah ada niat nak buat bangunan baru....tua sangat kah bangunan parlimen tu...kalau nak dibanding dengan parlimen westminster diengland lagi jauh jarak umur dia....2010 - 1707 = 213 tahun....sebenarnya ia lebih awal dari itu....bangunan itu cuma ditambahbaik bila diperlukan pembaikan.....bukan dibuat baru.....sebab diaorang menghargai sejarah dan bukan biar pape asal bergaye....wa nak tau la....sapa la ye....yang punya idea nak buat parlimen baru ni....mesti ada suku sakat yang nampak duit terpijak kat situ...korang agak sapa ek...ye...la kos 800juta dan mungkin meningkat...sapa tau...macam pkfz la gitu...katalah...kos semua 750juta ajer....dah untung 50juta....wui...kaya tu....50juta senang-senang aje dapat kaut....kalaulah jadi buat...sapalah agaknya yang dapat kontrak nie...pakcik vincent tan kot....tak pun satu lagi apco muncul......macamana pun wa rasa mesti suku sakat yang bagi idea tu dapat....kenyang wo....kalau dapat.....yang kempis perut....adalah kita yang terpaksa menanggung pengurangan subsidi.....demi nak mengekalkan legitasi umpoapcoaprak nie....tak malu ke diaorang nie kebanyakannya pemimpin melayu.....bila ditegur oleh cina mca....yang sebenarnya chua nak cakap buat apa membazir....benda yang ada ok lagi....tapi orang jenis macam nie..semuanya muka tembok karat....mana ada malu yang penting matlamat menghalalkan cara...tak ada alasan beb...nak buat parlimen baru....yang wa nampak.....najib nak buat mercu tanda dia sebagai pm....ye la kan semua pm ada benda yang dia buat...so najib mestilah ada satu kan... untuk ditugukan.....orang bukan nak nilai kita....cantik tak cantik bangunan... yang penting mutu kerja ahli parlimen tu....


komen chua soi lek diSINI

ini palace or westminster....dan sejarahnya diSINI



diwestminster dewannya sesak dan sempit...diaorang tak komplen pun

ini parlimen malaysia.....




didewan parlimen malaysia besar dan selesa....banyak komplen pulak

Wednesday, June 9, 2010

MACAM-MACAM HAL DIPARLIMEN HARI INI...SIAP BERGADUH

Yang pertama wa dengar nazri cakap parlimen akan berpindah ke Putrajaya....ini tak hot sangat....yang kedua wa dengar ceo apco tak jadi beri keterangan......sebab ia ditangguhkan lagi.......ha....yang ini paling hot....MP-MP kerajaan dan pembangkang bergaduh diluar dewan...kat tempat rehat...cafe  la tu agaknya....aii....dah tak cukup dalam dewan sampai keluar dewan nie...pe hal bro....wa rasa dewan tu kecik sangat lah....itu pasal la nazri cakap parlimen akan pindah keputrajaya.....buat dewan besar-besar.....biar senang diaorang bergusti....kakakakakak........

Satu usul dibentangkan mengikut peraturan Dewan Rakyat 26(1)(P) bagi menyiasat kekecohan yang berlaku di tempat rehat khas ahli parlimen ketika mereka mengadakan perbincangan mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

MP Kina

batagan, Datuk Bung Moktar Radin dari Umno berkata beliau memfailkan usul itu selepas pertengkaran hangat antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan, termasuk dirinya ketika ke tempat rehat berkenaan.

Bung mendakwa 'orang luar' juga berada di tempat rehat itu dan terbabit dalam perbincangan berkenaan, justeru katanya “keselamatan ahli parlimen tergugat'.

Semasa perbincangan meja bulat, pertengkaran hangat dilaporkan 
antara Bung dan MP Tangga Batu (Umno) Idris Harun denganpemimpin pembangkang.
Menurut Idris ketika menjejakkan kakinya di tempat rehat itu, beliau terdengar suara-suara yang memaki hamum Umno dan BN dan beliau cuba menegur mereka kerana tidakan berkenaan tidak berpatutan.

"Mereka memaki BN celaka, Umno celaka, jadi saya cuba menasihatkan mereka. Saya menyapa Kula (DAP Ipoh Barat) dan Kit Siang (DAP Ipoh Timur) dan memberitahu mereka bahawa saya ingin mendengar hujah mereka dan mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi ada di antara mereka mula memaki dan menghalau serta menolak saya,” katanya kepada wartawan.

Menurut Idris, oleh kerana jumlah mereka lebih ramai, beliau mengambil keputusan untuk berundur.

Wednesday, June 2, 2010

CAYA..LAH HANG MAHFUZ

Akhirnya najib akur dengan desakan pakatan rakyat yang diketua mahfuz untuk diadakan sidang khas parlimen bagi mengutuk Israel....macam tulah...benda yang baik jangan tangguh-tangguh....lagi cepat lagi bagus.....baru tak digelar kerajaan tido......


KUALA LUMPUR, 2 Jun – Kerajaan akan membentangkan satu usul di Dewan Rakyat pada Isnin ini bagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dua hari lepas.
Keputusan untuk pembentangan usul itu dibuat dalam mesyuarat kabinet hari ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri. 
Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa Malaysia akan mengusulkan agar pencabulan dan keganasan yang dilakukan oleh Israel itu dibawa ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Perdana Menteri juga mengarahkan Wisma Putra supaya menyelamatkan kesemua rakyat Malaysia itu.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan pagi ini untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin diGaza.
Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, "Mavi Marmara", dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.
Israel, yang dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa, dilaporkan berkata ia akan mengusir keluar kesemua 682 sukarelawan dari 35 negara yang ditahannya dalam serangan itu. – Bernama

Monday, June 15, 2009

Speaker Tolak Usul Pakatan Untuk Bahas Skandal PKFZ

Speaker Parlimen pilihan Barisan Nasional hari ini menolak usul untuk membahaskan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang membabitkan pemimpin-pemimpin kanan Umno- MCA dan wakil-wakil rakyat BN.

Usul dari Ahli Parlimen Lim Kit Siang (DAP- Ipoh Timur) membincangkan skandal RM12.5 bilion itu ditolak Pandikar Amin Mulia.

Menjelaskan kepentingan isu ini dibahaskan, Kit Siang berkata penjelasan dari Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat amat penting kerana laporan audit PriceWaterhouseCoopers (PwC) ke atas PKFZ tidak memuaskan.

Tegas Kit Siang, isu terpenting skandal ini tidak disentuh kerana laporan PWC itu tidak menjelaskan bagaimana kos RM1.1 bilion projek itu melonjak kepada RM12.5 bilion.

Bagaimanpun Pandikar menolak usul itu daripada dibahaskan kerana kononnya “bukan menjadi satu isu yang perlu disegerakan.”

Keputusan Pandikar itu senada dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin semalam, bahawa isu PKFZ kononnya tidak perlu di bahas di Parlimen kerana BN telah mengambil segala tindakan yang perlu.

Alasan Pandikar dan Khairy itu cetek kerana isu PKFZ membabitkan dana awam dan Parlimen adalah forum untuk memastikan semua pihak telus dalam menangani isu itu.

Tokeyai

Seorang speaker dan seorang lagi ketua pemuda dua-duanya dari BN dua duanya juga bengap tak tahu nak menilai kepentingan awam atau tidak dan dengan mudahnya sipandikar kata isu itu tidak perlu disegerakan kerana jika diteruskan ia melibatkan kos berbillion ringgit takut nanti ramai menteri dari AmNo dan mca masuk penjara dan BN akan gerenti terlungkup dalam PRU13 nanti itu sebablah saya tolak usul itu ada paham ka mr lim...itu slogan 1M rakyat didahulukan tolak tepi sekarang time menteri dan orang-orang besar BN kasi selamatkan dulu kasi dia orang duduk atas sayapun boleh duduk ini kerusi terus ada paham ka mr lim.....

Nizar, 6 lagi digantung sidang parlimen

kemaskini 2.09pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".

Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.

Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

nizar jamaluddin sworn in at parliament opposition mps disolve perak state adun headband incident 150609 07Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Tokeyai
Tidak mengapa ds nizar kita ahli dewan yang patuh kepada peraturan speaker kata keluar kita keluar speaker kata gantung kita patuh sebab kita jenis yang faham bahasa tak macam ahli-ahli dewan BN yang bukan aje tak faham bahasa tetapi tak ada maruah muka tembok merampas negeri secara tak beretika speaker diusung paksa keluar inilah jenis budaya ahli-ahli dewan BN tak bertamadun memalukan kita semua..
NIZAR DAN 10 AHLI PARLIMEN PR DIARAH KELUAR DEWAN

Five Pakatan Rakyat parliamentarians, including newly sworn-in Bukit Gantang MP Mohammad Nizar Jamaluddin, were ordered out of the Dewan Rakyat this morning over their call for the Perak state assembly to be dissolved.-mkini


Dato'Ngeh Kor Ham dan YB.Nga Kor Ming bangun dengan memakai lilitan kepala BubarDun dan akhirnya diarahkan keluar Dewan.

Ekoran dari tindakan DS.Nizar melaungkan kalimat 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' serta memakai lilitan BubarDun membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.

Antaranya YB.Nga Kor Ming, Dato'Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.-cinaislam



Tokeyai
Apa ni takut ke dengan DS nizar belum apa-apa dah suruh keluar baru tokeyai tahu yang gerombolan AmNo ni penakut bila kat belakang-belakang cakap bukan main lagi bila depan-depan terkolop semua masuk kedalam tapi tokeyai tak heranlah dio orang ni memang macam tu ajak berdebat pun tak nak datang apa jenis orang ni baliklah tanam kangkung ada juga faedahnya...

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran