Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Monday, October 19, 2009

16 Sept Cuti Umum Tahun Depan
okt 19 09

Nampak tak....baru tokeyai cakap kat posting tadi...UMno dan BN akan menjadi satu...begitu pantas najib mengorak langkah dengan menciplak idea pakatan rakyat untuk mengistihar 16 sept sebagai hari malaysia dan cuti umum dia dah buat dah....nampaknya pakatan agak ketinggalan sekarang...seperti mana tokeyai cakap tadi sebelum najib membuat pengumuman yang lebih mengejutkan lagi adalah baiknya pakatan rakyat untuk bersatu dibawah satu parti dengan segera jika tidak mahu tertinggal dibelakang UMnoBN....

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

Beliau yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

Friday, August 28, 2009

Berita Yang Benar Kat Utusan
ogos 28 09

GEMPUR PENYELUDUP


SEORANG anggota Batalion 9 PGA mengejar seorang lelaki yang cuba menyeludup masuk beras di kawasan sempadan di Bukit Lata, Rantau Panjang, Kelantan, baru-baru ini. – BERNAMA


SEMPENA musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) mengetatkan kawalan di pintu-pintu masuk di sempadan negara.

Antara aktiviti haram yang kerap berlaku menjelang musim perayaan ialah penyeludupan mercun, bunga api, beras, serta barang-barang yang mendapat permintaan tinggi termasuk gula dan tepung.

Thursday, August 13, 2009

Dato Onn benci orang UMno
ogos 13 09

Kalaulah dato onn masih hidup tentu sekali dia naik menyampah dengan perangai orang-orang Umno yang tak habis-habis memainkan isu pengkhianat semata-mata nak meraih simpati dan menimbulkan perasaan tidak senang dikalangan kaum lain....besok umno johor yang menjaja nama dato onn akan mengadakan demonstrasi istilah yang digunakan ialah perhimpunan untuk menyokong muhyiddin dan melabel anwar sebagai pengkhianat....apa kena dengan umno johor ini beriya-iya sangat menyokong muhyiddin apa dah gerenti muhyiddin akan jadi PM ke..maklumlah orang johor dah lama tak jadi PM last sekali Tun Hussein onn mana adil ye tak....muka - muka yang naik syok macam adam hamid puad zarkashi mohamad aziz yang kuat membodek muhyiddin ini sebab ada can jadi menteri..tak usah nak kelentong lah beb..lu orang umno kalau buat kerja tak ada balasan tak sah punya bukan orang umno namanya...Ni kang nak buat demo ni dah dapat permit belum...takkan hisahamudin menteri polis tak bagi kut..tak gereklah macam tu...melalak dan menjeritlah korang macam anjing menyalak bukit tak do den kesah lah aii...

Ni siadam tu cakap
"Apabila Anwar berada dalam penjara, suasana lebih aman tetapi sejak kebelakangan ini, wujud demonstrasi jalanan dan orang menunjuk kuasa di jalan, keadaan ini mesti kita bendung,'' katanya.

Habis yang korang buat tu menatang apo bukan demontrasi jugak ke namanya tinggal lagi korang guna istilah perhimpunan kononya biar nampak macam baik....baik kepala tuuuuuut kau...ni den nak cakap kek korang negara akan lebih aman kalau penyangak-penyangak penyamun-penyamun pembodek-pembodek macam korang ni tak ado pupus dari muka bumi ni...Selamat berdemonstrasi kalau den ado maso nanti den pancutkan korang dengan air paip dan den bakar sampah biar ada asap berkepul-kepul biar gempak sikit keluar TV....baru real ada air ada asap demo apa kalau setakat dok melalak macam orang gilo...tak gitu ziz...

utusan

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan raksasa bagi melaungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa di Padang Merdeka Batu Pahat, dekat sini Jumaat ini.

Perhimpunan anjuran bahagian-bahagian UMNO Johor itu juga bertujuan menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Adam Hamid berkata, UMNO Bahagian Batu Pahat dan UMNO Bahagian Sri Gading bersetuju menjadi tuan rumah perhimpunan yang bermula pukul 5 petang itu.

"Batu Pahat dipilih kerana di situlah pejuang kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar pertama kali mengumpulkan orang Melayu untuk keluar beramai-ramai membawa sepanduk untuk menentang Malayan Union," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Adam berkata, beberapa pemimpin masyarakat termasuk Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi dan Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz akan menyampaikan ucapan.


Thursday, August 6, 2009

Jangan perintah Cara Samseng-Raja Nazrin Shah
ogos 06 09



"Demokarasi tidak bererti apa saja boleh dilakukan. Tentu sekali ia tidak bererti pemerintahan secara samseng," titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda menegaskan dalam mana-mana perjalanan demokrasi, ada peraturan tentang bagaimana masyarakat harus diperintah, dan di Malaysia, peraturan ini termaktub dalam perlembagaan negara.

"Perlembagaan kita menjelaskan tidak saja hak-hak kita tetapi juga had terhadap hak-hak itu. Had ini menentukan bahawa keputusan tidak dibuat oleh mereka yang memiliki kuasa paling kuat, suara paling lantang dan bertindak secara paling kasar," ujar baginda.

Raja Nazrin menyampaikan syarahannya berjudul "Imbued with Integrity, Endowed with Ethics: Foundation for Managing Malaysia through Enlightened Value-Driven Leadership" di Syarahan Tunku Abdul Rahman ke-25 anjuran Institut Pengurusan Malaysia malam tadi.


Baginda menegaskan: "Jika kita berusaha untuk menyelesaikan pertikaian menerusi pemerintah samseng dan tidak mengikuti undang-undang, pertikaian kita tidak sesekali akan dapat diselesaikan".

"Di bawah sistem pemerintahan kita, kehakiman telah diamanahkan dengan tugas penimbangtara terakhir dalam perkara berhubung tafsiran perlembagaan.

"Bila mahkamah telah membuat keputusan, menjadi tanggungjawab semua mematuhinya. Keputusan kehakiman tidak dapat tidak berakhir dengan pihak yang menang dan yang kalah, tetapi kehakiman tidak harus sekali-kali dijadikan korban," ujar baginda.

"Adalah amat penting wujud kebebasan dan keadilan kehakiman. Tanpanya, kedaulatan undang-undang tidak dapat ditegakkan.

"Dan bila kedaulatan undang-undang tempang, ia mesti dipulihkan sepenuhnya," titah Raja Nazrin Shah.

Baginda bertitah sejak pilihanraya umum Mac tahun lepas, cabar-mencabar politik kerap berlaku dan lebih tegang, dan ini berkemungkinan berterusan buat beberapa waktu akan datang.

"Tetapi apa juga perbezaan kita, keprihatinan kita ialah untuk mewujudkan bentuk negara yang boleh kita banggakan.

"Kita mempunyai sistem pemerintah yang baik yang telah memberikan khidmat yang baik. Rakyat Malaysia hendaklah berusaha memperkukuh sistem ini".

Baginda menarik perhatian bila terdapat kelemahan, "kita perlu mengakuinya dan berusaha mengatasinya".

Tokeyai

ISA ini memang zalim tuanku sebab itu ia perlu dihapuskan....ucapan tuanku tu kira patik sokong gaklah

Saturday, August 1, 2009

Hishamudin kena jawab dengan ayah dia bukan dengan munkar nankir

Soalan kubur yang pertama

situasi 1
Tun Hussein: apasal umno berkubur
Hishamudin : najib punya pasal

situasi 2
Tun Razak : apasal umno berkubur
Najib : anwar punya pasal

Seterusnya.....bla.....bla....bla.....bla...

KUALA TERENGGANU, 31 Julai (Bernama) -- Tiada sebarang akta yang boleh mempertahankan survival Umno sebagai parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini melainkan sokongan padu peringkat akar umbi, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Bagaimana saya hendak jawab pada arwah bapa saya (Tun Hussein Onn) dan arwah bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (Tun Abdul Razak Hussein) sekiranya Umno berkubur satu hari nanti.

Tokeyai

Untuk hishamudin munkar nankir tak ada kerja.... menteri polis lah katakan..... matipun polis jaga kut..... sampai munkar nankir tak jadi soal.....eee...awww....takutlah....iiii....

Thursday, July 30, 2009

Sesiapa yang terdesak boleh melacur Ustazah umngok dah bagi green light disokong oleh muftingok perak


" Fatwa Dr. Masyitah : JUAL DIRI KERANA TERDESAK Petikan soal jawab Dr Marshitah dalam Harian Metro...Seumur hidup edie belum lagi terdengar yg melacur itu dibenarkan sekalipun dalam keadaan darurat sebagaimana BABI dibenarkan makan sekiaranya dlm keadaan darurat..

Siapa Dr Mashitah? Apa kelayakan dia sehingga mendahului Mufti dan Majlis Fatwa dalam mengeluarkan Fatwa?


Jual diri kerana terdesak

Soalan : SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah?

Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa?

Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

RAZIN
Kuala Lumpur

JAWAPAN DR MASHITAH

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.

Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.

Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah. Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.

Tokeyai

Inilah hukum yang terbesar dari segala hukum...hukum ini dinamakan Ibu Ayam...

Saturday, July 25, 2009

Desakan Jemaah Jaksa pendamai kebangsaan
Sebab kematian Teoh perlu dimasukkan dalam Suruhanjaya Diraja

KUALA LUMPUR: Jemaah Kebangsaan Jaksa-Jaksa Pendamai menggesa kerajaan memasukkan 'sebab kematian' sebagai salah satu terma rujukan bagi suruhanjaya diraja yang akan dibentuk berikutan kematian seorang pembantu politik Selangor baru-baru ini.

Penubuhan suruhanjaya itu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah untuk mengkaji kaedah soal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) untuk menentukan sama ada hak asasi manusia telah dicabuli semasa soal siasat Teoh Beng Hock yang dijumpai mati selepas itu.

Setiausaha agung jemaah itu, Datuk M. Ramalingam berkata, kerajaan tidak harus menghadkan terma rujukan suruhanjaya itu hanya kepada prosedur siasatan yang menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi manusia. "Apa yang paling penting kepada keluarga mendiang dan negara secara umumnya ialah sebab kematian dan bukan apaapa yang lain.

"Ini (memasukkan terma sebab kematian) tentunya merupakan bakti yang tepat kepada ibu yang belum berkahwin dan anak berkenaan, ibu bapa dan orang ramai yang berkabung, dengan itu menenangkan negara pada saatsaat penuh ujian dalam sejarah negara kita," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ramalingam berkata, keputusan kerajaan mengadakan inkues oleh seorang Koroner di bawah peruntukan Kanuan Prosedur Jenayah mungkin tidak memiliki kuasa dan keberkesanan seperti mana sebuah suruhanjaya diraja, yang mempunyai kuasa luas. BERNAMA

Tokeyai - sabtu Jul 25 09

Suruhanjaya ni kita yang buat dia nak dengan tak nak aje kalau nak apa-apa pun boleh jangan dengar sangat cakap ghani patail tu...masih menunggu respon ex-judge NH CHAN

Monday, July 13, 2009

SATU LAGI HADIAH NAJIB

Komen negatif Najib: Pengacara ntv7 kena tukar

Semuanya berpunca daripada kenyataan salah seorang tetamu jemputan dalam programnya - Point of View - di ntv7 yang memberi pemeringkatan 'C' atau 'D' terhadap prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi 100 hari pentadbirannya.

Ekoran itu, pengacaranya, Florence Looi menerima surat amaran dan terus ditukar ke meja berita stesen swasta tersebut.

Looi didakwa telah melanggar dasar redaksi pengarangnya, kata sumber-sumber ntv7.

Dua tetamu jemputan program tersebut - yang dipancarkan pada 5 Julai lalu - ialah penulis Syed Akhbar Ali dan editor perunding, Leslie Lau dariMalaysian Insider. Lau yang memberi pemeringkatan 'C' atau 'D' bagi pentadbiran Najib.

Sumber-sumber itu berkata, Looi selepas itu diberitahu secara lisan bahawa dia tidak seharusnya meminta mereka memberi pemeringkatan terhadap prestasi Najib,

Oleh kerana Looi merupakan pengacara yang juga penerbit program tersebut, maka hanya dia seorang sahaja yang diberi surat amaran tersebut.

Looi, yang merupakan editor tugasan, kemudiannya telah ditugaskan untuk membuat liputan berita, atas alasan kekurangan petugas di meja berita.

Insiden tersebut mungkin 'menguburkan' program '
Point of View', yang baru tamat musim keduanya. Sehingga ini, belum ada pengumuman sama ada program itu akan dilanjutkan ke musim ketiganya.

Bagaimanapun, sumber-sumber itu percaya, sekiranya program itu diteruskan, ia akan dikendalikan oleh pengaracara baru.

Ketika dihubungi, Looi enggan mengulas mengenainya dan usaha untuk menghubungi pihak pengurusannya juga belum berhasil.

Ntv7 adalah salah sebuah daripada empat stesen TV swasta milik syarikat gergasi media - Media Prima Bhd - yang ada kaitan dengan Umno. Tiga lagi stesen miliknya ialah TV3, 8TV dan tv9.

Begitu juga dengan berita mengenai banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam di mana ianya hanya sempat disiarkan dalam berita Mandarin jam 5.30 petang di ntv7.

Selepas itu, berita itu tidak lagi disiarkan oleh buletin berita di stesen lain milik Media Prima.

'Hanya satu pandangan'

Sementara itu, pengarah eksekutif Pusat Kewartawan Bebas, V Gayathry membidas ntv7 kerana mengamalkan saringan kendiri.

“Komen oleh tetamu jemputan mengenai pretasi (Najib) bukanlah sesuatu yang kritikal, tetapi hanya satu pandangan,” katanya.

Menurutnya, Looi dihukum kerana bertanyakan satu soalan penting ketika semua orang lain membuat penilaian tentang prestasi Najib.

“Program tersebut telah memberi ruang yang baik untuk perbincangan (dan Looi menjalankan tugasnya dengan baik),” tegasnya.

Menurut Gayathry lagi, ketika Najib dilantik perdana menteri, Media Prima telah mengeluarkan arahan kepada empat stesen TV miliknya itu supaya tidak menyebut nama penganalisis politik - Abdul Razak Baginda - ketika melaporkan perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Razak merupakan teman karib Najib.

"Kita ingin bertanya sama ada menjadi dasar Najib di mana mereka yang ditempatkan di stesen TV, mengamalkan saringan kendiri,” tambah Gayathri.

Program
'Point of View' disiarkan jam 6 petang hari Ahad. Tetamu jemputannya membincangkan tajuk-tajuk panas seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dasar penukaran bahasa, pendidikan bahasa ibunda, tanggungjawab pihak polis dan yang terbaru, skandal PKFZ.

Sejak Najib mengambil alih kuasa, pegawan tinggi media yang ada kaitan dengan mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah diganti.

Mereka yang berkhidmat sewaktu pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik semula menerajui media, sehingga mencetuskan persepsi akan mewujudkan suasana media yang lebih banyak sekatan.

Bekas pengarang kumpulan
New Straits Times, Datuk Ahmad Talib kini dilantik sebagai pengarah eksekutif berita dan operasi jabatan pengarang di Media Prima, serta sebagai pengarah ksekutif (jabatan pengarang) di New Straits Times Press.

Bekas pengarang kumpulan
Berita Harian, Datuk Manja Ismail dilantik sebagai pengarang kumpulan NTV7, 8TV, TV9 dan rangkaian radio, bagi membantu Ahmad.mkini

Tokeyai

Inilah dasar najib sebenarnya dalam dia menunjukkan kemurahan hatinya tersembunyi nilai-nilai kotor semata-mata untuk terus berkuasa semuanya diperkudakan untuk memuaskan nafsunya...


Saturday, June 27, 2009

Nik Aziz perlu minta ampun: Muhyiddin

MUAR: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tidak perlu minta maaf kepada Umno sebaliknya memohon ampun pada Tuhan kerana kenyataannya menyamakan Umno dengan Ayah Pin dan komunis. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebagai ulama yang disegani, Nik Aziz harus sedar perbuatan itu adalah dosa tetapi terpulang kepada Mursyidul Am Pas itu untuk memastikan sama ada ia dosa besar atau kecil.-bharian

Tokeyai
Amboi-amboi sodapnya cakap kan Nik aziz kata itu hanya kiasan apa selama ini AmNo tak pernah menuduh atau megumpamakan orang lain dengan kutukan dan hinaan jangan nak tunjuk baiklah muhyiddin sekarang nilah bila rasa diri dah goyah dah kurang orang suka baru nak cakap pasal ketuhanan...pegilahhh...kalau nak suruh orang mintak ampun kat tuhan tu hah hang punya gerombolan-gerombalan yang banyak makan rasuah menindas zalim yang makan gaji buta pegilah bagi keinsafan kat dia orang bertaubat jadi muslim sejati baru berkat time tu kalau nak suruh join dengan Pas tokeyai gerenti no problem punya....





Obama hubungi Najib


gAMBAR (kiri) Najib Tun Razak sedang berbual dengan Barrack Obama di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR 26 Jun – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menyatakan kesediaan untuk menimbangkan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan dua tahanan Malaysia di Teluk Guantanamo, diserah kepada Malaysia serta menjalani hukuman di negara ini.

Isu tahanan Guantanamo serta beberapa isu lain seperti ekonomi, Kawasan Perdagangan Bebas (FTA), Iran dan Korea Utara adalah antara perkara yang disentuh dalam perbualan telefon antara Obama ketika menghubungi Najib malam ini.

Panggilan selama 20 minit itu bermula 9.10 malam, merupakan perbualan melalui telefon pertama antara Obama dengan Najib, sejak kedua-dua pemimpin itu memegang tampuk pemerintahan negara masing-masing.

Tokeyai

Wah dashyat tu PM kita dihubungi Presiden Amerika ke memang najib najib nak hubungi Presiden Amerika tu siap boleh buat live lagi...lantaklah tu malas tokeyai nak fikirkan cuma tokeyai nak cakap sikit pasal amerika nilah dulu umno heboh cakap pasal DS Anwar boneka amerikalah ada hubungan tu hubungan ni la ni apa citer pulak najib kecohkan satu malaya yang obama call dia apa tujuannya... nak cakap yang amerika tergila-gilakan dia atau nak tunjuk yang dia lebih terrer dari Anwar sampai obama call dia tulah gerombolan-gerombolan AmNo ni lain kali jangan sibuk nak mengutuk orang macam najib jugak anwar berbaik dengan amerika untuk malaysia jugak agar malaysia ni tak pandang sepi oleh dunia....lain kali gerombolan-gerombolan ni kalau nak cakap tu guna otak sikit bukan guna lutut....

Rais kata Nik Aziz meracau

Pagi tadi dalam berita astro saluran 502 tokeyai terdengarlah suara sumbang Rais ni yang cakap nik Aziz tak mencerminkan inspirasi seorang ulama dan sering meracau apabila menuduh umno komunis dan seperti ayah pin... orang yang cakapnya sebijik-sebijik ni konon nak kontrol macholah tu memang seorang yang agak teliti bila berbicara ni dan kerana ketelitiannya itulah nak ditukarnya H1N1 jadi selesema babi WHO dah iktiraf guna nama H1N1 dia mandai-mandai nak guna selesema babi apa yang bagus sangat dengan pakai nama babi ni... tokeyai pun tak faham ni baru betul dinamakan meracau disiang hari...hoi rais orang sibuk-sibuk cakap pasal ekonomi,politik ni pasal manik urai ko pulak sibuk pasal istilah selsema babi kok ya pun nak publisiti murahan ni banyak lagi isu lain ko boleh belit-belitkan tulah lain kali jangan sedap-sedap tuduh orang nyanyuk nanti balik kono batang hidung sendiri ni hah tokeyai bagi cadangan sikit ni apa kata ko ubah namo kementerian ko tu yang panjang berjela namoeh ado jugak faedahnya........

Thursday, June 25, 2009

TAN SRI MUFTI PERAK BENGANG DENGAN PAS

Minta Contohi parti Cina

PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.-utusan

Tokeyai

Tan Sri mufti perak ni mula melatah lagi bengang dengan pas pasal tak nak join umno bentuk kerajaan perpaduan lepas tu keluarkan fatwa haram pasal tak bentuk kerajaan perpaduan ni Tan Sri mufti ni tokeyai nak bagitau hukum mana yang tok mufti guna ni jangan senang-senang nak keluar fatwa mentang-mentang awak tu mufti bergelar Tan Sri lagi setahu den lah pas hanya tak nak bincang pasal kerajaan perpaduan bukannya memutuskan persaudaraan ini benda yang mudah jangan nak dibelit-belitkan tulah tok mufti kalau nak berkawan kena pilih kalau berkawan dengan orang yang cakap suka belit-belit dan suka menipu macam AmNo ni kita pun akan jadi macam tu jugak apa salahnya berkawan dengan orang bukan islam jika mereka lebih baik dari orang islam itu sendiri nabi pun tak melarang kita berbuat demikian apa yang tok mufti kecoh sangat tak pun gini ajelah daripada cakap guna platform mufti tu banyak nanti orang mengata lebih baik masuk aje Umno bertanding nanti boleh berkempen ahh..masa tu cakaplah apa nak cakap orang tak kisah punya cakap pasal halal haram nikan satu hal tokeyai nak tanya apa hukum mengambil dan merampas hak orang dengan cara paksa menipu dan yang sekutu dengannya....jawab jangan tak jawab..

Wednesday, June 24, 2009

Gejala Dadah, Seks Babitkan Remaja Membimbangkan

KOTA BAHARU, 23 Jun (Bernama) -- Gejala pengambilan dadah dan amalan seks bebas yang menjadi penyumbang kepada jangkitan HIV dan Aids di kalangan remaja amat membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata peningkatan tidak sihat ini dilihat selari dengan peningkatan jangkitan HIV dan Aids di seluruh negara.

"Paling membimbangkan ialah masalah remaja yang mengambil dadah dan mengamalkan seks bebas yang menyumbang kepada jangkitan HIV dan Aids," katanya berucap merasmikan Konvensyen Program Sihat Untuk Remaja (Prostar) Sekolah Peringkat Kebangsaan di sini Selasa.

"Ini sudah cukup memberi gambaran kepada kita bahawa mereka mula terlibat dalam aktiviti berisiko ini pada awal usia remaja iaitu semasa di peringkat sekolah lagi," katanya.






Tokeyai

Inilah gambaran sebenarnya generasi yang kita harapkan untuk memacu negara dimasa depan mengapa gejala ini begitu berleluasa sekarang jangan salahkan budak-budak ini sepenuhnya kerana kita yang mencorakkan mereka dunia mereka sekarang amat berbeza dengan dunia kita dulu segala maklumat ada dihujung jari sebenarnya dasar pemerintahan sekarang dan sistem pendidikannya yang perlu diubah kerana dasar sekarang lebih menumpukan kepada duniawi dan mengejar kemajuan hanya sekelumit diisi dengan kesedaran sivik dan keagamaan cuba pergi kesekolah tanya berapa waktu subjek ini diajar seminggu hanya tak sampai 4 waktu jadi rasionalnya berapa banyak input yang budak-budak ini dapat untuk membentuk sahsiah dan jatidiri yang sempurna...lu orang fikirlah sendiri...

Tuesday, June 23, 2009

H1N1 MENGGANAS LAGI

SRK Assunta 1, Seri Cempaka ditutup mulai hari ini

PUTRAJAYA: Dua sekolah lagi ditutup hari ini menjadikan kesemuanya empat sekolah dengan jumlah kes meningkat kepada 68 berikutan penularan tempatan Influenza A(H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican hari ini berkata, Seri Cempaka International School di Cheras ditutup sehingga Sabtu ini manakala Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 1 di Petaling Jaya ditutup selama seminggu.

Dua hari lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2 di Petaling Jaya ditutup seminggu kerana penularan tempatan selesema babi.


SEORANG ibu membawa pulang anaknya dari sekolah selepas mendengar berita mengenai penutupan SRK Assunta 2, Petaling Jaya, semalam.


H1N1: Tiada cadangan tutup semua sekolah di Lembah Klang

PUTRAJAYAl: Kerajaan tidak bercadang menutup semua sekolah di Lembah Klang ekoran penularan virus influenza A (H1N1), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, hari ini. - Bernama

Tokeyai

Baru tadi tokeyai cakap kes akan meningkat sekarang dah empat sekolah tutup tapi kerajaan masih tak nak dengar pandangan kita lantaklah dio orang semua kan pandai-pandai belaka...kita tengok ajelah nanti boto tak boto cakap tokeyai ni besok bilo ramai yang dah mati baru sibuk...nilah jenis kerajaan sekarang..


H1N1 SEMAKIN SERIUS

Sekolah ke-3 ditutup kekang H1N1

Sebuah lagi sekolah ditutup selama seminggu bagi mengekang penularan tempatan wabak selesema A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebuah bilik darjah Seri Cempaka International School di Batu 9 Cheras semalam diarah ditutup apabila pelajarnya dijangkiti wabak tersebut.

Dua lagi kes tempatan dan lapan kes import disahkan hari ini, menjadikan jumlah kesemuanya kes influenza A (H1N1) di seluruh negara meningkat kepada 69 kes, lapor Bernama.

SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya telah ditutup masing-masing pada Ahad dan semalam.

Sementara tiga lagi sekolah diarah menutup masing-masing satu kelas: SMK Seksyen 9 di Shah Alam, SMK Damansara Utama di Petaling Jaya dan SM Wangsa Maju di Kuala Lumpur.

Tokeyai

Selesema babi semakin mengganas dan posting yang lalu tokeyai dah cakap ia akan mengganas dan terus mengganas dan hari ini satu sekolah lagi kena tutup besok dan seterusnya pasti akan ada lagi dan terus bertambah langkah-langkah pencegahan awal dan biasa nampaknya tak berkesan kerajaan perlu lebih aktif dan drastik lagi dalam bertindak macam tokeyai cakap dulu jangan tunggu ada kes baru nak bertindak ini penyakit boleh bawa mati jadi jangan main-main pihak bertanggungjawab sepatutnya dah pergi kesekolah-sekolah berisiko tinggi jangkitan untuk membuat pengesanan awal atau kesemua sekolah dinegara ini atau menutup semua sekolah dahulu dan membuat kuarantin dirumah bagi kanak-kanak sebagai langkah pencegahan awal....kita jangan pikir itu tak boleh ini tak boleh beb jangan banyak sangat birokrasi ini soal nyawa dan keselamatan negara kita mesti pikir kehadapan kalau tak tunggu ajelah H1N1 ragut satu-satu nyawa kita semua..........

Monday, June 22, 2009

MALU TAPI MAHU:PM

BN Masih Mampu Tadbir Negara Tidak Perlukan Kerajaan Perpaduan: Najib

PUTRAJAYA, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional masih berupaya mentadbir negara dan tak memerlukan sebuah "kerajaan perpaduan", kata Datuk Seri Najib Tun Razak, isnin.

Ketika diminta mengulas keputusan Pas, DAP dan Parti Keadilan Raykat hari ini untuk menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu, Perdana Menteri berkata kerajaan BN adalah kukuh dan mampu melaksanakan program pembangunannya.

"Tidak timbul soal kerajaan BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di luar negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

"Kita masih tetap dengan pendirian kita, sesuatu yang baik untuk negara mestilah diusahakan bersama walaupun mereka datang daripada parti pembangkang," katanya.

Ketika ditanya sama ada penolakan oleh pakatan pembangkang itu akan merugikan orang Melayu, Najib berkata : "Saya rasa tidak. Saya harap mereka menimbang dengan betul apa saja yang mereka buat. Kita pula tidak akan terbawa-bawa dengan persoalan sama ada perbincangan ini diadakan atau pun tidak.

"Apa yang penting ialah kita tangani dengan baik perbezaan kita dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara."

Kepada soalan sama ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan ini akan diadakan di masa hadapan, Perdana Menteri berkata bahawa dalam politik, apa saja boleh berlaku.

Tokeyai
Yelah tu Tok jib cakap macam orang frust aje...satu perkara kita perlu ingat tak baik kita rampas-rampas hak orang jangan jadikan amalan dalam hidup Pas hak pakatan rakyat biarkan mereka melayar bahtera bersama jangan meruntuhkan rumahtangga orang tak baik......yang ado itupun (baca BN)tak terjago macamano ada hati nak pinang PAS ....maka kedengaranlah seniman-seniman BN berlagu sumbang bak pungguk menunggu bulan yang dah berlalu pergi...

Saturday, June 20, 2009

Nik Aziz Temu Presiden, Timbalan Isnin Ini

KOTA BAHARU, �20 Jun (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pimpinan lain di sini Isnin ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau berharap pertemuan untuk mesyuarat itu dapat menjernihkan keadaan. �

"Kita tunggu tok guru (Nik Aziz) selesaikan sebab mereka pun akan berjumpa selepas Hadi balik hari Ahad. Mereka akan mesyuarat pada hari Isnin, jadi pada Selasa atau Rabu perkara ini akan jelas.

"Biarlah orang tua-tua selesaikan. Takkanlah mak dan ayah geger (bising) kita nak masuk campur. Dua-dua tu mak dan ayah kita juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sumbangan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari Dalam Pembangunan Ummah di Dewan Johor, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Nilam Puri, hari ini.

Tokeyai

Elok sangatlah tu lagi cepat jumpa lagi bagus sebab benda ni telah dimanipulasikan oleh umno untuk memecahbelahkan sesama pas dan pakatan rakyat jangan biar dia terus berlarutan tapi tokeyai nak pesan satu kat TG Nik Aziz kalau jumpa Nasharudin nanti jangan lupa piat telinga ustaz muda tu cakap kat dia dah tak sabar-sabar ke nak jadi menteri....

Friday, June 19, 2009

REAKSI ONG TEE KEAT

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat menjawab melalui blognya terhadap dakwaan berhubung surat-surat yang didakwa menunjukkan beliau mendesak perdana menteri supaya meluluskan bayaran kos variasi bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebanyak RM1.2 bilion kepada pemajunya, Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Berikut adalah terjemahan jawapan Ong dalam blognya yang diterjemah dari bahasa Inggeris.

ong tee keat and pkfz report released 270509 2"Walaupun kini dalam lawatan kerja di Perancis, saya telah menerima banyak pertanyaan mengenai sama ada saya telah meminta bekas perdana menteri supaya meluluskan bayaran variasi sebanyak RM12.5 bilion kepada projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Salinan surat-surat berkenaan juga telah tersiar di Internet.

"Saya mahu membetulkan rekod bahawa arahan bayaran variasi itu telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) pada 2008. Lembaga tersebut telah menulis kepada saya, meminta saya menulis kepada perdana menteri ketika itu, yang juga menteri kewangan, supaya memohon dana tambahan. Di samping itu, PKA juga berdepan dengan risiko gagal membuat pembayaran memandangkan tarikh akhir untuknya memenuhi obligasi kewangannya semakin hampir.

"Dalam lain perkataan, saya hanya menyampaikan keputusan Lembaga Pengarah PKA kepada perdana menteri ketika itu. Saya juga, ketika itu, kurang dua bulan dilantik memegang jawatan menteri (pengangkutan) dan keputusan lembaga pengarah PKA itu juga dibuat sebelum saya menjadi menteri berkenaan. Di samping itu, Pricewaterhousecoopers belum pun memulakan tugas Semakan Kedudukan (PKA).

"Sebagai seorang yang mengarahkan PKA supaya menyediakan laporan bebas oleh firma perakaunan yang bereputasi, dan meminta hasilnya diumumkan, saya tidak apa-apa yang hendak disembunyikan.

"Jika ada, sudah tentu saya tidak akan meminta dibuat Semakan Kedudukan (PKA) itu. Dari hari pertama lagi, saya telah meminta isu ini ditangani secara telus dan saya tetap berpegang dengan apa yang saya telah katakan.

"Adalah malang terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak selesa dengan perkara ini dan telah memilih untuk membuat pembohongan mengenai saya. Ramai daripada mereka bersembunyi di sebalik talian (internet) untuk mencemar dan menjejaskan saya dan malah sanggup membocorkan surat-surat rasmi.

"Saya tidak pernah cuba menyembunyikan apa-apa mengenai PKFZ. Oleh itu, surat tersebut pun TIDAK diklasifikasikan. Tambahan lagi, surat tersebut juga tertakluk kepada audit PwC.

"Amat dikesali langkah menyampaikan keputusan Lembaga Pengarah PKA kepada perdana menteri boleh diputarbelitkan oleh (Lim) Kit Siang sebagai mendesak PM. Jika ini bukan satu putarbelit, jadi apakah yang lebih tepat?"

Tokeyai
Siapa yang belit siapa mr ong you punya kontraktor belit you ke atau you mahu belit kita orang sebab kita orang tak mahu belit sama you no point...persoalannya sekarang yang rakyat mahu tahu kenapa bayaran variasi itu wujud dan kenapa kos nya terlampau tinggi berbillion-billion saya ingat ahh..kalau duit sebanyak itu kasi tolong sama orang miskin saya gerenti tak ada lagi orang miskin di malaysia ni you cakap you baru masuk kerja dalam dua bulan itu tugas you untuk memastikan ketelusan disini tak kiralah you baru kerja satu hari ka satu tahun ka itu bukan alasannya sebab selepas itu semua perkara you kena tanggung kecualilah kalau you pun ada share dekat situ sebab mudah sangat mintak 12billion hanya tulis surat kat PM macam anak mintak duit kat bapak dia lah...ayah dua ringgit ayah...it's so simple just like that... menteri apa macam ni..

Thursday, June 18, 2009

PKFZ: Surat Ong Tee Keat muncul

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat mesti menjelaskan sama ada beliau telah mendesak perdana menteri supaya meluluskan RM.12 bilion sebagai bayaran variasi kos untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), dakwa pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang hari ini.-mkini


Why This letter on included in PWC report about PKFZ?




Wednesday, June 17, 2009

PERSEDIAAN M'HADAPI PRU13-kakitangan awam dilarang guna modem untuk capaian ke internet kata Najib

PM Najib Razak sekali lagi menegaskan kakitangan awam dilarang menggunakan modem lain untuk membuat capaian terus ke internet kerana ia melanggar garis panduan mengenai tatacara penggunaan internet dan mel elektronik diagensi-agensi kerajaan katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) didewan rakyat semalam.Aktiviti lain yang melanggar peraturan termasuk menyedia,memuat naik dan turun,menyimpan gambar,lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna internet lain beliaun turut menegaskan penjawat awam juga dilarang menggunakan onlone service seperti chatting,untuk tujuan peribadi,menjalankan aktiviti komersil dan politik.

Tokeyai

Satu lagi agenda gila Najib untuk Satu Malaysianya nampak sangat najib kini benar-benar takut akan kewujudan PRU13 nanti selepas berjaya membuatkan PAS dan PR lain berperang dingin gara-gara UG Hj Hadi kini beliau beralih kepada penjawat awam dalam usaha menakut-menakutkan kakitangan awam khasnya dan rakyat amnya jadi selepas ini kakitangan kerajaan jadilah pekerja yang berdedikasi,yang berilmu dan dapat meningkatkan kemahiran dengan hanya membaca akhbar utusan,berita harian,straits times dan yang sekutu dengannya seterusnya kakitangan kerajaan bolehlah hanya bergantung pada AmNo dan BN dan terus memberikan undi untuk AmNo dan BN tanpa menyedari kewujudan dunia lain selain hanya dunia maya ciptaan AmNo dan BN...persoalannya mampukah AmNo dan BN membodoh-bodohkan rakyat semuannya untuk kekal berkuasa.....


POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran