Showing posts with label ug. Show all posts
Showing posts with label ug. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

NIK AZIZ PUJI ANWAR

Puak-puak umno dan ug mesti bengang dengan kenyataan TGNA nie....apo nak buek terimo jo la....


Nik Aziz puji ketegasan Anwar, mahu kukuh Pakatan hadapi PRU-13


KUALA LUMPUR, 28 Julai – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang memiliki ketegasan dalam mempertahankan prinsip perjuangannya – sokongan yang membayangkan beliau sekali lagi menolak idea kerjasama dengan Umno.
“Tahniah, itulah kenyataan yang dapat saya ucapkan kepada (Ketua Umum Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah saya membaca kandungan temu ramahnya dalam Sinar Harian,” kata Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mursyidul Am PAS itu memberitahu, ketegasan yang sama pernah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pihak pembesar Quraisy.
“Kerana di atas ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah, maka Nabi sanggup berhijrah meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Oleh sebab itu, Nabi tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pihak pembesar Quraisy agar meninggalkan perjuangan.
“Maka, Anwar seorang yang mendukung prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” kata beliau lagi.
Dalam temu bual dengan Sinar Harian hari ini Anwar antara lain menekankan dua perkara iaitu situasi serangan politik yang dialaminya sekarang sebagai satu proses “menimba pengalaman” dan “tidak mempunyai pilihan dan tahu risikonya”.
Selain itu, Anwar juga berkata beliau yakin kerjasama Umno-PAS tidak akan menjadi realiti meskipun tanpa ketiadaan Nik Aziz.
Umno beranggapan bahawa Nik Aziz menjadi halangan besar bagi kerjasama politik dan perpaduan antara Umno-PAS, idea yang dicetuskan berulang kali sejak selepas 8 Mac 2008.
“PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Umno berdasarkan pengalaman lalu dan tanpa bersandarkan prinsip.
“Pemimpin PAS juga menolak kerjasama ini,” kata Anwar, juga Penasihat PKR, yang menjadi faktor penting membawa ketiga-tiga parti itu di bawah PR menambah, perpaduan itu adalah satu tuntutan dan kalau betul mana-mana pihak mahukan perpaduan ia mesti dimulakan dengan “premis yang betul”.
Nik Aziz menambah, sesungguhnya beliau mengucapkan tahniah dengan sepenuh hati kepada Anwar atas nilai ketegasan beliau.
Dari segi Islam, ketegasan itu merupakan sifat istiqomah yang selayaknya ada pada setiap pemimpin yang memperjuangkan kebenaran, keadilan dan hak yang hakiki, kata pemimpin itu yang sudah memasuki dekad kedua menerajui kerajaan negeri Kelantan.
“Anwar Ibrahim memiliki sifat istiqomah itu. Kerana istiqomah bukanlah suatu nilai kedegilan, tetapi suatu kebenaran yang dituntut oleh agama,” katanya lagi.
Nik Aziz menambah, diharapkan berbekalkan prinsip mempertahankan kebenaran secara istiqomah sudah pasti akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Semoga kita semua mengambil pengajaran daripada peristiwa Israk-mikraj yang baru disambut,” katanya.
Dalam peristiwa tersebut, Nabi Muhammad telah menceritakan kebenaran berdasarkan apa yang dialami baginda, kata Nik Aziz.
Namun, katanya, masih ada pihak Quraisy tidak menerima kebenaran yang diceritakan oleh Nabi sendiri.
“Sebaliknya pula, pelbagai tuduhan buruk dilemparkan terhadap Nabi,” kata beliau sambil menambah, “percayalah, apa halangan dan ujian yang mendatang pastinya akan mengukuhkan lagi sifat istiqomah dalam mempertahankan kebenaran.”
“Kerana setiap pemimpin Islam hendaklah istiqomah di atas jalan agamanya yang mewajibkan umatnya mempertahan lima perkara wajib iaitu akidahnya, nyawanya, keturunannya, maruahnya dan hartanya.
“Sesungguhnya, Anwar seorang yang memiliki sifat istiqomah dalam mempertahankan maruahnya demi kebenaran,” kata Nik Aziz lagi.-tm
i

HARUSKANI CABAR KEISLAMAN PAS...

Nie dia cakap......“Saya tidak tahu jika perpaduan Umno dan PAS boleh berjaya tapi saya yakin jika mereka Islam dan ikut perintah Tuhan mereka akan bersatu.Saya tidak mahu komen pasal parti nanti dimarah lagi,” katanya.



Apa maksud cakap dia tu....apakah dia meragui keislaman kita semua.....apakah hanya dia seorang jer yang islam....apakah maksudnya jika pas dan umno tidak bersatu mereka semua sebenarnya bukan orang islam....pehh gila betul mufti nie.....cakap pakai sedap mulut dia jer....nie wa nak tanya pulak kat dia.....apakah hukumnya menidakkan keislaman orang lain....dalam bahasa kasarnya mengkafirkan orang lainlah nie....nielah padahnya kalau mulut jenis mulut bluntut....yang lain baca
SINI




.

Sunday, July 25, 2010

AKHIRNYA HARUSKANI MENGAKU JUGAK

Tulah lain kali cakap biar terang....tak payah nak berbunga-bunga dan nambah-nambah.....awak tu mufti aje manusia biasa bukannya maksum.....nafsu pun macam den jugak.....ingat ulamak yang banyak masuk neraka...tu nabi yang cakap tu.....

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga mengesahkan ada menemui  Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.
Harussani berkata setakat ini beliau hanya mengadakan pertemuan dengan seorang pemimpin dari PAS iaitu Hasan.
Ini kali pertama Harussani berkongsi identiti tentang Hasan yang sebelum ini didakwa mengadakan pertemuan memintanya menjadi orang tengah dalam isu kerjasama politik dan perpaduan PAS dan Umno.
Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.
“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.
“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.
“Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyaataan Hasan semalam yang mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan  Harussani dua bulan lalu tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.
Ia kenyataan pertama Hasan sejak Harussani mendedahkan ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya dan meminta beliau mengaturkan kerjasama perpaduan membabitkan kedua-dua parti itu.
Malah kata Hasan, beliau tidak diberi mandat untuk mengaturkan perbincangan dengan mufti berkenaan berhubung kerjasama politik Umno dan PAS.
“Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu.
“Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu,” kata Hasan.
Pertemuan itu didakwa berlangsung di ibu negara hujung Mei lalu.
Hasan menambah pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
“Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut,” katanya.
Dalam ulasan lanjut, Harussani bagaimanapun berkata tiada parti yang layak untuk membincangkan soal perpaduan orang Melayu kecuali Umno dan PAS.
“Ingin saya tegaskan perpaduan orang Melayu boleh berjaya sekiranya kerjasama Umno dan PAS dapat diwujudkan.
“Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini.
“Saya ingatkan melalui perbincangan untuk menyatukan orang Melayu boleh mencari jalan penyelesaian tetapi jadi makin teruk pula,” katanya.
Sebelum ini Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
Setakat ini kenyataan Harussani telah ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”
Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.-tmi

Monday, June 22, 2009

PEMIMPIN BN BENGANG DENGAN PAS

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Tindakan Pasmenolak cadangan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar diwujudkan kerajaan perpaduan memperlihatkan ketidakjujuran parti itu untuk mengadakan perbincangan ke arah kebaikan, kata beberapa pemimpin Barisan Nasional.

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon menyifatkan tindakan Pas itu sebagai "wayang kulit".

"Ini memang sudah dijangka. Ini semua hanya wayang kulit. Memang ada percanggahan dalam Pakatan Rakyat," kata Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau melihat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih suka berbincang dengan DAP berbanding Umno.

"Apa salahnya kalau kita duduk berbincang. Pada saya menolak terus inilah gambaran kejujuran PAS," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno pula melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan Pas menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

"Ini hal yang mendukacita kepada kita semua khususnya orang Melayu. Bukan nak tubuhkan (kerajaan). Kalau nak duduk pun tak boleh, ini memang merugikan kita," katanya.

Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata penolakan itu tidak mengecewakan Umno.

"Terpulang kepada mereka kerana mereka yang mencadangkan. Dalam usaha membangunkan negara, kita tak boleh putus asa kerana apa yang penting ialah masa depan negara," katanya.

Penolakan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu diumumkan oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas satu pertemuan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang di Bangunan Parlimen di sini Isnin.

Tokeyai

Hai marah nampak jangan marah ah.. nanti kena jual korang ingat ko orang aje pandai kelentong orang sekali sekala apa salahnya Pas kelentong korang baru tahu macamana kena kelentong amacam best tak tu lah lain kali jangan suka kelentong rakyat rakyat sekarang doanya berkat gerenti sampai kat Tuhan balasannya cash tuhan bagi....

PAS Tolak Polemik Kerajaan Perpaduan

Nik Aziz: Lupakan sengketa, rapatkan saf, lawan Umno

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- PAS sebulat suara bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti itu akibat daripada permainan politik Umno.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu juga kini bersetuju untuk menolak polemik Kerajaan Perpaduan sepertimana yang diputuskan oleh Presiden PAS dalam satu kenyataan bersama di Bangunan Parlimen petang ini.


"Kami bersama-sama dalam satu saf (pasukan) yang padu untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanah air," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan saf tertinggi kepimpinan PAS di ibu pejabat parti itu di sini, Isnin.

Pada pertemuan itu juga, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa beliau menarik balik segala kenyataannya terhadap Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa serta menegaskan perkara itu tidak akan berbangkit lagi.

Sebelum ini, krisis menubuhkan kerajaan Perpaduan yang telah dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat tentangan daripada Mursyidul Am PAS itu sehingga beliau meminta Nasharudin meletakkan jawatan sekiranya ingin meneruskan hasrat itu.

Tokeyai

Syukur alhamdulillah akhirnya TGHH dan Ustz Nasharudin sedar akan tidak perlunya meneruskan hasrat untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama umno kerana tujuan umno hanyalah untuk memperkudakan pas tak lebih dari itu
akhirnya kiambang bertaut semula apabila sibiduk dah terjun dengan labu-labunya....

Nik Aziz surrender?

Mahu kerajaan perpaduan ikut saluran

KOTA BHARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini ‘berkeras’ menentang penubuhan kerajaan perpaduan, semalam menyatakan persetujuannya terhadap cadangan itu, tetapi mahu ia dibuat mengikut saluran yang betul.

Mursyidul Am Pas itu berkata, semua usaha ke arah cadangan pembentukan kerajaan perpaduan terbabit mesti dibawa dalam perbincangan parti pada peringkat Pusat terlebih dulu sebelum dibahaskan pada peringkat negeri.

“Kalau nak (bentuk kerajaan perpaduan), bawa dulu kepada Pas Pusat kemudian bahas pada peringkat negeri dan bawa kepada Pakatan (Rakyat).


“Saya setuju tapi kena ikut saluran ini, tak boleh kita ketepikan keputusan mesyuarat dengan pandai-pandai seorang saja,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini tegas menolak cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dilontarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta lantang mempertikaikan pihak yang menyokong itu.


Nik Abdul Aziz juga turut menafikan beliau bersikap degil kerana menolak cadangan rundingan penubuhan kerajaan perpaduan selama ini, sebaliknya mendakwa keputusannya itu sebagai istiqamah dan beliau tegas memperjuangkan perkara yang benar.

“Ada yang kata saya degil kerana tidak mahu menerima kerajaan perpaduan. Hari ini saya nak jawab bahawa saya bukan berdegil tetapi beristiqamah.

“Degil ertinya kita mempertahan barang (perkara) salah bermati-matian. Tahu perkara itu salah kita pertahan juga, itu degil namanya, tetapi bila kita pertahan benda yang hak atau betul, itu namanya istiqamah dan sikap itu dipuji Allah dalam al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas itu menegaskan beliau tidak mahu terbabit dalam sebarang pertemuan atau rundingan dengan Umno berhubung isu cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada orang lain.

“Saya tidak mahu terbabit dengan Umno, biar dia (Umno) bercakap (berbincang) dengan orang lain, saya hendak jaga peraturan dalam parti saya. Jangan sampai Pas berpecah sesama sendiri, begitu juga hubungan dengan Pakatan, kerana akhirnya Umno akan bertepuk seronok,” katanya.

Beliau mendakwa serik untuk membentuk sebarang hubungan dengan Umno berdasarkan tindakan pemimpin parti itu yang kononnya secara terang menceroboh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

“Adakah perkara itu boleh dilupakan? Kalau berbuat demikian (dilupakan dengan mudah), tak perlu ada sejarah. Kalau orang bersalah, saya boleh maafkan tetapi biarlah mereka mengaku dulu kesalahan itu tetapi selama ini, Umno tidak pernah mengaku salah,” katanya.

Beliau turut mengesahkan akan bertemu dengan Nasharuddin hari ini bagi membincangkan isu berkaitan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Tokeyai

Sedangkan pasir lagi berubah inikan pulak manusia tokeyai tak nak ulas panjang-panjang sebab kepalo den dah poning......kita tunggu dan lihat ajelah nanti kesudahannya.......apa ilmu agaknya sampai TGNA boleh lembut macam ni.... politik memang macam tu hari ini kawan besok lawan besok lawan lusa kawan hai...politik-politik...


Polis kepung tapak majlis makan DAP di Klang

Polis mengepung tapak majlis makan malam anjuran DAP dan merampas peralatan pembesar suara di Klang.

Puluhan anggota polis ditempatkan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago di Bayu Tinggi, dimana sebuah jamuan makan malam dianjurkan bagi mengutip dana untuk parti berkenaan. Lebih 3,000 dijadulkan hadir.

Turut kelihatan ialah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU), termasuk trak meriam air.

Menurut blog Charles Santiago, polis Selangor telah membatalkan permit yang sebelumkan diluluskan oleh ibu pejabat polis Klang.

"Pada jam 4.45 petang, tujuh trak FRU dan dua trak meriam air kelihatan di kawasan tersebut dan polis menutup jalan masuk ke kawasan majlis makan malam DAP itu akan diadakan," kata beliau.

Menurut Charles pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara pada jam 6.20 petang tadi. Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu juga hadir dan cuba berunding dengan pihak polis.

Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang".

"Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup.

"Serangan pengganas? Tidak. Cuma kerana majlis makan malam DAP," tulisnya.

Tokeyai

Apa boleh buat Mr.Lim itu hishamudin nampak aje lembut tapi dia punya urat dawai tulang besi ma..ada black belt lagi banyak kuat ooo...

Saturday, June 20, 2009

Nik Aziz Temu Presiden, Timbalan Isnin Ini

KOTA BAHARU, �20 Jun (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pimpinan lain di sini Isnin ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau berharap pertemuan untuk mesyuarat itu dapat menjernihkan keadaan. �

"Kita tunggu tok guru (Nik Aziz) selesaikan sebab mereka pun akan berjumpa selepas Hadi balik hari Ahad. Mereka akan mesyuarat pada hari Isnin, jadi pada Selasa atau Rabu perkara ini akan jelas.

"Biarlah orang tua-tua selesaikan. Takkanlah mak dan ayah geger (bising) kita nak masuk campur. Dua-dua tu mak dan ayah kita juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sumbangan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari Dalam Pembangunan Ummah di Dewan Johor, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Nilam Puri, hari ini.

Tokeyai

Elok sangatlah tu lagi cepat jumpa lagi bagus sebab benda ni telah dimanipulasikan oleh umno untuk memecahbelahkan sesama pas dan pakatan rakyat jangan biar dia terus berlarutan tapi tokeyai nak pesan satu kat TG Nik Aziz kalau jumpa Nasharudin nanti jangan lupa piat telinga ustaz muda tu cakap kat dia dah tak sabar-sabar ke nak jadi menteri....

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran