Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Friday, August 13, 2010

ANWAR BIMBANG BAKUN GUNA KWSP KWAP

Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangannya terhadap kemungkinan kerajaan mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang projek Empangan Bakun.

Ini kerana, katanya, tindakan itu boleh menutup kerugian kerana projek itu akan mengalami kenaikan kos mendadak akibat kelewatan.

"Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini? 

"Adakah perdana menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu?" soalnya.

Baru-baru ini, dilaporkan perbezaan pendapat antara kerajaan persekutuan dan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri. 

Perbezaan ini memungkinkan kerajaan pusat terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 bilion apabila projek ini diserahkan kelak.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua pembangkang berkata empangan Bakun menjadi lambang layanan BM yang berbeza-beza kepada rakyat dan syarikat besar dalam pemberian subsidi. 

"Di mata BN, 20 sen subsidi bagi setiap kilogram gula yang dinikmati rakyat adalah beban yang cukup besar kepada pentadbirannya, tetapi pada masa yang sama ia menghadiahkan subsidi korporat berbilion ringgit kepada syarikat besar tanpa rasa bersalah sedikit pun," katanya.

Katanya, sikap tidak peduli perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa membiarkan wang rakyat terus digunakan dalam projek itu sangat bertentangan dengan pendapatnya mengenai subsidi minyak dan gula.

"...sedangkan sasaran penjimatan perbelanjaan kerajaan adalah terlalu kecil berbanding dengan wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek empangan Bakun setakat ini," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.-MKINI

Wednesday, July 28, 2010

NIK AZIZ PUJI ANWAR

Puak-puak umno dan ug mesti bengang dengan kenyataan TGNA nie....apo nak buek terimo jo la....


Nik Aziz puji ketegasan Anwar, mahu kukuh Pakatan hadapi PRU-13


KUALA LUMPUR, 28 Julai – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang memiliki ketegasan dalam mempertahankan prinsip perjuangannya – sokongan yang membayangkan beliau sekali lagi menolak idea kerjasama dengan Umno.
“Tahniah, itulah kenyataan yang dapat saya ucapkan kepada (Ketua Umum Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah saya membaca kandungan temu ramahnya dalam Sinar Harian,” kata Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mursyidul Am PAS itu memberitahu, ketegasan yang sama pernah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pihak pembesar Quraisy.
“Kerana di atas ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah, maka Nabi sanggup berhijrah meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Oleh sebab itu, Nabi tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pihak pembesar Quraisy agar meninggalkan perjuangan.
“Maka, Anwar seorang yang mendukung prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” kata beliau lagi.
Dalam temu bual dengan Sinar Harian hari ini Anwar antara lain menekankan dua perkara iaitu situasi serangan politik yang dialaminya sekarang sebagai satu proses “menimba pengalaman” dan “tidak mempunyai pilihan dan tahu risikonya”.
Selain itu, Anwar juga berkata beliau yakin kerjasama Umno-PAS tidak akan menjadi realiti meskipun tanpa ketiadaan Nik Aziz.
Umno beranggapan bahawa Nik Aziz menjadi halangan besar bagi kerjasama politik dan perpaduan antara Umno-PAS, idea yang dicetuskan berulang kali sejak selepas 8 Mac 2008.
“PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Umno berdasarkan pengalaman lalu dan tanpa bersandarkan prinsip.
“Pemimpin PAS juga menolak kerjasama ini,” kata Anwar, juga Penasihat PKR, yang menjadi faktor penting membawa ketiga-tiga parti itu di bawah PR menambah, perpaduan itu adalah satu tuntutan dan kalau betul mana-mana pihak mahukan perpaduan ia mesti dimulakan dengan “premis yang betul”.
Nik Aziz menambah, sesungguhnya beliau mengucapkan tahniah dengan sepenuh hati kepada Anwar atas nilai ketegasan beliau.
Dari segi Islam, ketegasan itu merupakan sifat istiqomah yang selayaknya ada pada setiap pemimpin yang memperjuangkan kebenaran, keadilan dan hak yang hakiki, kata pemimpin itu yang sudah memasuki dekad kedua menerajui kerajaan negeri Kelantan.
“Anwar Ibrahim memiliki sifat istiqomah itu. Kerana istiqomah bukanlah suatu nilai kedegilan, tetapi suatu kebenaran yang dituntut oleh agama,” katanya lagi.
Nik Aziz menambah, diharapkan berbekalkan prinsip mempertahankan kebenaran secara istiqomah sudah pasti akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Semoga kita semua mengambil pengajaran daripada peristiwa Israk-mikraj yang baru disambut,” katanya.
Dalam peristiwa tersebut, Nabi Muhammad telah menceritakan kebenaran berdasarkan apa yang dialami baginda, kata Nik Aziz.
Namun, katanya, masih ada pihak Quraisy tidak menerima kebenaran yang diceritakan oleh Nabi sendiri.
“Sebaliknya pula, pelbagai tuduhan buruk dilemparkan terhadap Nabi,” kata beliau sambil menambah, “percayalah, apa halangan dan ujian yang mendatang pastinya akan mengukuhkan lagi sifat istiqomah dalam mempertahankan kebenaran.”
“Kerana setiap pemimpin Islam hendaklah istiqomah di atas jalan agamanya yang mewajibkan umatnya mempertahan lima perkara wajib iaitu akidahnya, nyawanya, keturunannya, maruahnya dan hartanya.
“Sesungguhnya, Anwar seorang yang memiliki sifat istiqomah dalam mempertahankan maruahnya demi kebenaran,” kata Nik Aziz lagi.-tm
i

Tuesday, July 20, 2010

KOMEN X DUTA AMERIKA PASAL ANWAR

Lepas nie siap gerenti anwar kena tuduh macam-macam pasal komen x duta nie....dituduh agen yahudi dah...agen CIA dah....agen mossad jer belum....dan agen pembersih pinggan.....huhuhu...

Bekas duta US: Anwar akan terus dihumban ke penjara?

Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?

Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam.

"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.

"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”

Menurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.

"Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik,” katanya.

Merujuk kepada kejayaan Anwar pada pilihan raya umum 2008, Malot berhujah perbicaraan liwat sekarang bertujuan melemahkan pakatan pembangkang yang semakin bersemangat.

"Rancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah,” katanya.

Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka.

"Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik,” katanya.

Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan.

Katanya, ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil.-MKINI

Monday, July 12, 2010

SOTONG JERMAN VS SOTONG MALAYSIA

Sotong jerman paul nie....membuat ramalan pasal bola...dan tekaannya semua tepat sapa yang menang.....sotong malaysia nie pulak meramal pasal ada orang jadi ajen CIA....membuat tekaan hanya berdasarkan laporan seorang blogger yang mungkin ada hubungan dengan APCO yang tugasnya menjaga imej malaysia diluar sana...agak-agak korang sotong mana yang akan kena cili mulut nanti......sotong paul dah terbukti....sotong yang satu nie.....hihihihihihihi......

Ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati mengancam keselamatan negara selepas dikaitkan menjadi alat kepada agensi perisikan Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bgaimanapun, beliau berkata pihaknya belum mempunyai maklumat dan perlu bergantung kepada bukti untuk mengambil sesuatu tindakan. 

"Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak, tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar.

"Kita sebelum ini tidak tergamak cuba korek (rahsia) kerana cukup-cukuplah mereka sendiri menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kita, tetapi kalau mereka tidak berada di atas landasan dan niat jujur akhirnya benda yang tidak baik akan keluar juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Paya Besar di Kuantan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang penulis blog di New York, Elaine Meinel Supkis yang mendakwa ketua pembangkang itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia. 

Hishammuddin berkata beliau melihat tindak tanduk ketua pembangkang itu ketika ini hanya demi kepentingan politiknya semata-mata.

Katanya wakil-wakil rakyat pembangkang juga telah menyedari agenda peribadi Anwar sehingga memaksa mereka keluar daripada parti itu. 

"Saya tengok ini tidak menjejaskan keselamatan negara kerana kita tahu tingkah laku dia macam itu, yang penting tugas dan tanggungjawab saya ialah memastikan negara kita selamat daripada ancaman JI (Jemaah Islamiah), Al Qaeda... mereka (pembangkang) ini hanya berpolitik 24 jam yang akhirnya rakyat akan menilai dan menentukan kedudukan mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan kesemua ketua balai polis di seluruh negara di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu ini bagi mendapatkan maklum balas berhubung kebajikan dan kedudukan anggota polis pada masa ini.

Selain itu, katanya kementerian juga bercadang mewujudkan "Liga Balai" bagi mewujudkan persaingan sihat mencakupi pelbagai kategori di kalangan balai-balai polis di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan bagi perkara tersebut dilaksanakan, katanya.

- Bernama

Sunday, July 4, 2010

ANWAR MINTA MAAF???

Bodoh dan tak faham bahasa bagi orang yang cakap macam tu.....disini ada terjemahan kata-kata anwar bagi orang-orang umngok yang tak faham bahasa inggeris.....kalau tak faham jugak bahasa melayu.....baik pegi mati jer....

Oleh JACKSON DIEHL, Washington Post
Berikut terjemahan bebas MUHAMMAD NOR ABD SAMAD terhadap artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" yang disiarkan akhbar The Washington Post, Isnin 28 Jun 2010 yang menimbulkan polemik di Malaysia:
Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang Malaysia sejak sedekad yang lalu cukup terkenal sebagai pejuang demokrasi liberal di kalangan negara-negara Islam.

Di antara kawan-kawannya yang ramai di Washington, termasuk ahli pergerakan neokonservatif ternama seperti Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia dan duta Amerika Syarikat (AS) ke Indonesia dan juga tokoh demokratik ternama Al Gore. Akhir-akhir ini Anwar menjadi tumpuan atas sesuatu yang lain pula: retorik keras mengenai Israel dan dakwaan "pengaruh Zionis" di Malaysia.

Baru-baru ini beliau menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur di mana bendera Israel dibakar. Beliau mengecam kerajaan Malaysia kerana menggunakan perkhidmatan syarikat perhubungan awam Washington, Apco Worldwide yang "dikuasai Yahudi".

Wednesday, June 23, 2010

PENGANALISIS SETUJU KELEMAHAN DALAM PKR



KUALA LUMPUR: Kenyataan terus terang Datuk Zaid Ibrahim mengenai kelemahan dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipersetujui para pengamat politik di Malaysia, demikian lapor sebuah laman berita di sana, semalam.
Dalam satu wawancara dengan laman berita Free Malaysia Today (FMT), Datuk Zaid menekankan bahawa kekurangan pemimpin boleh dipercayai dalam PKR dan peranan bukan presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam parti itu merupakan halangan utama bagi peta laluan PKR pada masa depan.Anggota majlis kepimpinan pusat PKR akur bahawa isu-isu tersebut bukan baru, tetapi ia perlu ditangani dengan segera dalam pemilihan parti itu Disember ini.'(Pandangan) Zaid memang amat betul berhubung kepimpinan PKR yang amat lemah itu,' kata Profesor James Chin dari Universiti Monash di Kuala Lumpur kepada FMT.'Kelemahan ini telah lama wujud tetapi hanya meletup selepas 2008 apabila beberapa 'tokoh berwatak aneh' yang telah dicalonkan memenangi (pilihan raya) dan mencetuskan ribut api yang besar dalam parti itu,' jelasnya.'Masalah PKR tidak pernah berkaitan dengan sumber tetapi orang yang mengendalikannya. Anwar perlu memutuskan mengenai struktur kepimpinan dan pemimpin utamanya, dan kemudian memberikan kuasa kepada para pemimpin itu untuk memilih orang-orang mereka sendiri,' tegas beliau.Sementara itu, Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Dr Lim Teck Ghee, dan pengamat bebas, Encik Khoo Kay Peng, akur dengan pengamatan Datuk Zaid itu bahawa masanya bertepatan bagi Datuk Seri Anwar memegang jawatan presiden PKR kerana beliau kini adalah ahli politik sepenuh masa.Encik Khoo, bagaimanapun, memberi amaran kepada PKR terhadap pendekatannya yang terlalu bersandarkan kepada ketokohan Datuk Seri Anwar sehingga boleh menghadapi risiko kecairan dalam ideologi parti tersebut.'PKR tidak boleh menjadi sebuah parti yang berdasarkan kepada personaliti,' tegasnya.Orang ramai sudah mula meragui kesatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat tanpa Anwar.'Malah, PKR semakin mudah berpuas hati kerana Anwar dan tidak khuatir terhadap mewujudkan kepimpinan lapisan kedua,' kata beliau sambil menambah bahawa jika Datuk Seri Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri seterusnya, 'siapa lagi yang boleh PKR atau Pakatan ketengahkan'.

Tuesday, June 8, 2010

BUANG MASA JER...PANGGIL APCO

Tak payah dipanggil pun....kita dah tau apa apco nak cakap.....paling kuat pun dia akan cakap....ye betul kami ada sorang dua pekerja warga Israel....apa itu pun tak boleh ka....jadi dekat sini wa tak nampaklah...apa rasionalnya panggil apco beri keterangan....yang wa nampak itu cuma alasan untuk menguatkan dakwaan bersalah keatas DSAI...politik dimalaysia cakap diparlimen pun salah....habis kat mana lagi nak cakap....buanglah parlimen tu kalau tak boleh nak cakap apa-apa....cikai sangatlah wa tengokkan hal ni....yang najib ni terang-terang bohong pasal lesen judi apa cerita....kejap kata dah lulus kejap belum....ni lagi sorang cikai....semuanya belum muktamad....tu pasal kalau takut bini ni...payah...tu semua pasal bini belum muktamadkan lagi la semua belum muktamad....eeeiiii....payoh....payoh....kalau nak gantung anwar....gantung jer...la...tak payah nak buang-buang masa rakyat....tanpa diparlimen pun suara anwar...diluar lagi kuat kokokannya...


Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen yang sepatutnya mendengar Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri kerana kenyataannya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel terpaksa ditangguhkan.

Monday, June 7, 2010

LAGI IMBASAN PASAL APCO

Yang belum baca wajib baca......


Oleh Penarik Beca
Tokoh-tokoh utama Apco Worldwide yang diambil oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai konsultan komunikasi atau tempat memohon petunjuk terdiri dari mereka yang memusuhi umat Islam. Antaranya ialah Naib Presiden Kanan Apco Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, yang pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.

Beliau malah pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut. Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.

Apco dibayar sebesar RM23 juta dengan duit rakyat negara ini oleh kerajaan Najib kononnya untuk mengendalikan strategi komunikasi dan membina imej negara. Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

Ahli lembaga Apco juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Beliau ialah Doron Bergerbest-Eilon, yang pernah dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Jawatan beliau dalam Shin Bet setaraf dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel. Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat.

Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, menceritakan bahawa beliau pernah ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat selama seminggu di hospital.

Mahkamah tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah keterlaluan, melanggar hak asasi manusia dan bersifat menyeksa. Penglibatan Shin Bet dengan Apco tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutru dengan Apco, iaitu Asero Worldwide.

Selain menjadi ahli lembaga Apco, Bergerbest-Eilon juga adalah pengasas, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asero. Asero berkait rapat secara terbuka dengan Apco dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama Asero adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden Asero, Carl Truscott dan penasihat Asero, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat. Apco dan Asero tidak ubah seperti satu keluarga, di mana kedua-duanya mempunyai pemimpin-pemimpin yang sama.

Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden Asero, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Presiden Apco, Margery Kraus, adalah Naib Presiden Apco dan juga Asero. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua firma yang didominasi Yahudi Zionis itu. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia. -

IMBAS KEMBALI PUNCA ANWAR DIHADAP KE JK PARLIMEN

Puncanya ini....

Penjelasan Anwar...

"Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco?

"Perdana menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.

Thursday, June 3, 2010

BUKTI ANWAR TIDAK BERSEKONGKOL DGN ISRAEL

Kalau betul anwar bersekongkol dengan israel spt dakwaan UmnoApco dan blogger-blogger pencacai dia...sudah pasti ayatnya akan berbunyi begini...B'nai B'rith International menyeru kawan-kawan yahudinya untuk memutuskan hubungan dengan Anwar....bukannya menyeru Amerika untuk memutuskan hubungan dengan  Anwar....kita pun tahu berapa kerat nah taukeh yahudi kat amerika tu...ayatnya jelas kalau orang umno masih lagi menafikannya...kita tak boleh buat apa....sebab orang umno memang bingai...ada otak tak nak pakai....semua pakat letak kat lutut....sendiri pikirlah beb....janganlah bingai sangat.....

Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka sebagai jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.

Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, B'nai B'rith mendesak Washington DC memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim kerana membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.

B'nai B'rith ditubuhkan pada 13 Oktober 1843 - ia mempunyai 200,000 anggota dan penyokong di 50 buah negara dan dikatakan sebagai gerakan yang paling aktif memperjuangkan kepentingan rejim Israel.
Harakah Daily dan juga TV Selangor mengeluarkan kecaman badan Yahudi itu terhadap Anwar dalam portal berita mereka.

Tuesday, August 25, 2009

Anwar Rela Gelaran DiTarik Semula
ogos 25 09


PERMATANG PASIR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim rela sekiranya darjah kebesaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ ditarik balik, berikutan isu yang melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Anwar berkata, beliau tidak pernah meminta darjah kebesaran sejak dahulu lagi dan jika ada pihak mahu menarik balik boleh berbuat demikian.

Menurutnya, tindakan beliau menyokong DAP dan Pas adalah bukan untuk mendapatkan ganjaran tetapi atas dasar mahukan perubahan untuk rakyat.

“Saya menyokong bukan minta tanah, bukan minta saham...Datuk Seri pun tak, kalau nak ambil balik saya ada satu almari (pingat) Datuk.

“Saya kata kalau minta balik, tak apa bagi balik. Saya tak minta, saya tak pernah minta, tak pernah menulis surat, orang-orang Permatang Pauh tahu yang saya tidak pernah minta,” katanya ketika berucap pada ceramah di kawasan Permatang Janggus, kelmarin.

Menurutnya, beliau pernah menolak tawaran pingat kebesaran oleh Yang Dipertua Pulau Pinang atas alasan belum lagi melakukan jasa secukupnya.

“Saya beritahu pada (Datin Seri) Azizah kalau siapa minta balik, boleh ambil... Jangan serah balik, letak di pagar suruh mereka ambil balik,” katanya.

Sejak beliau dikecam sebagai pengkhianat bangsa Melayu, ada pandangan meminta agar gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri' ditarik balik.

Isu Anwar pengkhianat bangsa Melayu juga menjadi perhatian sepanjang kempen pilihan raya Permatang Pasir.

Wednesday, July 8, 2009

ANWAR :PERBICARAAN DITANGGUH WALAU DIBANTAH PENDAKWA

Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangguhkan kepada 15 Julai kerana peguam utamanya, Sulaiman Abdullah tidak sihat.

Kes tersebut sepatutnya dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

anwar sodomy 2 duta court hearing pkr leaders 080709 04Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah menerima permohonan pihak peguam pembela, walaupun pihak pendakwa membantahnya dengan alasan peguam lain boleh mengendalikan kes tersebut.

Rabu ini, mahkamah akan mendengar sebutan untuk tarikh bagi permohonan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen dari pihak pendakwa bagi membantu kes pembelaannya.

Mahkamah juga akan menetapkan tarikh baru bagi sebutan kes bagi satu lagi permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Hanya selepas kedua-dua permohonan itu selesai didengar, maka mahkamah akan meneruskan dengan perbicaraan kes liwat tersebut.

Menurut Hakim Mohamad Zabidin, sehinggalah kedua-dua permohonan itu selesai, mahkamah tidak boleh memulakan perbicaraan kes tersebut.

anwar sodomy 2 duta court hearing pkr leaders 080709 03Sulaiman tidak sihat sejak Jumaat lalu ketika beliau memohon penangguhan bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan.

Tokeyai

Kemenangan moral bagi anwar apabila hakim membenarkan penangguhan kesnya apabila menolak bantahan pihak pendakwa...semoga kemenangan akan terus berpihak kepadanya jika benar beliau dizalimi oleh juak-juak yang membencinya dan ingin melihat beliau terhapus dari politik tanahair....salam reformasi dari Tokeyai

Wednesday, June 24, 2009

Eksklusif: Konspirasi !! Rekod Panggilan Terakhir Saiful Buktikan Beliau Telah Berhubung Dengan Pihak Atasan Sebelum Buat Laporan Polis Diliwat

KUALA LUMPUR - Ramai yang terkejut dengan pendedahan terbaru kami tentang "Rekod Panggilan Saiful Ke Mindef". Dalam laman web Suara Keadilan dan TV Antara hari ini ada mendedahkan artikel kami berkenaan perkara itu. Antara lain laman web terbabit melaporkan tentang pendedahan kami bahawa "mangsa liwat" Si Saiful Bukhari Azlan telah membuat beberapa panggilan ke Kementerian Pertahanan (Mindef) biar pun beliau sudah bekerja dengan Anwar ketika itu. Susulan daripada pendedahan itu, ramai pihak yang menghubungi kami dan mahukan kepastian atas pendedahan tersebut. Justeru itu, kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa krew kami kini sudah berada dalam "keluarga Saiful". Pendedahan tentang panggilan itu telah dibuat oleh Saiful menggunakan telefon bimbitnya. Perkara ini disiasat oleh saudara Saiful yang tidak mahu namanya didedahkan. Menurut beliau "ketika Saiful pulang ke rumah selepas beliau membuat laporan polis kononnya diliwat, beliau telah hadir ke rumah Saiful untuk mendapatkan kepastian tentang kes itu". "Ketika saya sampai, Saiful sedang mandi dan saya memberanikan diri untuk mengambil telefon bimbit Saiful dan memeriksa panggilan yang telah dibuat oleh beliau sebelum laporan polis itu dibuat. Maka, akhirnya saya mendapat enam nombor terakhir panggilan yang telah dibuat oelh Saiful sebelum beliau membuat laporan polis dirinya diliwat itu" katanya.

Hasil maklumat tersebut, krew kami telah cuba mendapatkan keenam-enam nombor berkenaan. Namun, atas alasan keselamatan beliau tidak berani memberikan tiga nombor yang dikategorikan sebagai nombor "VVIP". Sebaliknya beliau memeberikan hanya tiga nombor yang lain untuk diperiksa oleh kami. Sungguh mengejutkan bila siasatan terperinci dilakukanm memang sah bahawa dua nombor tersebut adalah talian TM yang dibuat ke Kementerian Pertahanan (Mindef). Malah panggilan yang disemak menggunakan nombor terbabit telah dibuat sejak bulan Februari 2008. Ini bermakna, Saiful telah berhubung dengan Kementerian Pertahanan sebelum beliau bertugasa di pejabat Anwar lagi. Ini menimbulkan kemusykilan, kenapakan Saiful senantiasa berhubung dengan pihak Mindef, sedangkan selepas itu beliau bekerja dan bertugas di Pejabat Anwar. Malahan satu nombor lagi yang telah kami semak ialah panggilan yang dibuat ke nombor 019-2073667 atas Nama Azlan Bin Mat Lazim, No.120 Kg.Janda Baik, Bentong Pahang. Setelah diteliti nombor tersebut adalah talian bapa si Saiful sendiri. Tiga nombor yang disyaki VVIP itu, kami percayai salah satunya adalah nombor telefon Ezam Mat Nor, Mantan Ketua AMK yang telah khianat kepada rakyat dan menyertai UMNO. Semua rekod ini sepatutnya diserahkan kepada Anwar melalui Saudara Zakaria Abd Hamid ketika itu. Namun dek kerana beliau terlalu sibuk dengan berbagai urusan, akhirnya maklumat itu tidak dapat diserahkan.-pahangdaily

Tokeyai
Dari awal lagi tokeyai merasakan ada yang tak kena dlm kes liwat ini macam-macam fakta telah timbul mana pihak pendakwa tak nak bagi bahan bukti pakar kata sisaiful tidak diliwat begitu juga dengan akuan bersumpah dr mohamad osman dari hospital pusrawi dan sekarang yang terbaru laporan dari pahangdaily ini lepas ini juga tokeyai gerenti mesti ada berita lain yang lebih gempaq lagi tak percaya....kita sama-sama tunggu...

Thursday, June 18, 2009

TIADA BUKTI SAIFUL DILIWAT-HKL
Peguam: Tiada bukti Anwar liwat Saiful


Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.

Tokeyai

Hospital kuala Lumpur ialah hospital kerajaan kalau dah hospital kerajaan kata tiada bukti liwat hospital mana lagi yang pejabat peguam negara nak gunakan sekarang tulah dulu tak nak suruh AmNo buat hospital sendiri macam hospital private gitulah kalau tak boleh guna pakar-pakar kat hospital private AmNo tu lawan pakar-pakar kat HKL tu report siapa yang paling canggih sekarang kan dah susah kesian tokeyai tengok tak pun gini ajelah kawan tokeyai ni dia pakar pasal check-check buntut ni bagi kat dia ajelah itu pun kalau sudi...kahh...kahh....kahh.....

Wednesday, June 10, 2009

Peguam: Pendakwa Raya Kes Anwar Tidak Beretika, Enggan Serah Bahan Kes

Pendakwa raya dalam kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim tidak professional dan bertindak tanpa etika apabila enggan menyerahkan dokumen dan bahan berkaitan bagi membolehkan Anwar membuat persiapan membela dirinya, kata peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Sankara Nair berkata segala bahan yang diminta adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan hak Anwar sebagai pihak tertuduh untuk mendapatkan pembelaan adil.

Perbicaraan itu akan bermula 1 Julai depan, namun pasukan peguam Anwar masih belum mendapat bahan seperti contoh DNA dan dokumen tertentu untuk diperinci sebelum mahkamah bersidang.

“Selagi pihak pendakwa raya tidak memberikan kami dokumen dan bahan berkenaan dalam tempoh yang sesuai, pasukan peguam Anwar tidak mungkin dapat menyediakan pembelaan terbaik, yang seharusnya menjadi hak beliau,” Sankara berkata.

Anwar hari ini terpaksa memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya membekalkan kepada beliau semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin.

Dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, Anwar mahu pendakwa raya membekalkan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008.

Pihak pendakwa raya juga gagal menyerahkan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.

Oleh kerana kes itu melibatkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, Anwar perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya.

Sankara berkata semua dokumen dan bahan itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi mantan Timbalan Perdana Menteri itu menyediakan pembelaan yang tuntas.

Sankara kecewa dengan sikap pendakwa raya kerana tidak mengendahkan segala permohonan peguam bela untuk mendapatkan bahan-bahan berkenaan walaupun permohonan dibuat seawal 8 September 2008.

Malah, pihak pendakwaraya cuba memesongkan fakta dengan mendakwa kononnya peguam Anwar sudah pun dibekalkan dengan rakaman CCTV tetapi hakikat adalah sebaliknya.

Sankara berkata pihaknya hanya boleh merumuskan pendakwa raya dalam kes berkenaan enggan menyerahkan bahan-bahan berkenaan kepada pihaknya kerana:

i. Mahu menafikan Anwar pembelaan yang sebaik mungkin dalam menghadapi tuduhan berkenaan

ii. Menafi atau menyembunyi dari Anwar bukti yang boleh membantu pembelaan beliau

iii. Ingin “menyerang hendap” Anwar dengan bukti yang tidak boleh diperinci atau disiasat oleh pihak berkecuali sebagaimana yang dilakukan oleh pendakwa raya dalam kes-kes Anwar pada tahun 1998/99.

iv. Menafikan Anwar peluang untuk memeriksa dan mengesahkan contoh DNA dan sampel lain yang “mereka kini sedang gunakan untuk membuat dakwaan tidak berasas” terhadap Anwar.

Tokeyai

Jelas perbuatan ini merupakan satu konspirasi jahat pihak mendakwa dan pendakwa kenapa perlu takut mesti ada sebab kalau tak takkan jadi sampai takut nak serang barang bukti...Hoi penakut kalau ko takut tak payah susah susah nak dakwa oranglah pergi berambuslah ko orang...

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran