Showing posts with label info semasa. Show all posts
Showing posts with label info semasa. Show all posts

Wednesday, October 7, 2009

Pakatan Rakyat Ada Kembar Pakatan Rakyat M'sia
okt 07 09

Kerana mungkin namanya yang semakin digeruni oleh BN maka orang sarawak nak menumpang tuah dengan menubuhkan sebuah parti baru menggunakan nama yang hampir sama dengan pakatan rakyat iaitu pakatan rakyat malaysia..ia ditaja oleh pengerusi kelab penyokong bn Tiong Kin Sin tokeh kuala dimensi...hai macam dah tak ada nama lain nama tu jugak yang dipilihnya..apa nih...tiru-tiru nih...kalau nak tiru pun janganlah sebijik-bijik macam tuh...fail lah lu...Ni den cadangkan satu nama baik punya.. Pakatan Selamatkan Kuala Dimensi..tu baru betul...

Sebuah parti politik baru - Pakatan Rakyat Malaysia - akan dilancarkan di Sibu, Sarawak sebelum pilihanraya peringkat negeri itu, yang dijangka diadakan tahun depan.

Nama kontroversi tersebut dijangka menimbulkan kekeliruan di kalangan pengundi di Sarawak, kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.

Penubuhan parti baru itu dipercayai disokong oleh ahli parlimen Bintulu dan pengerusi kelab penyokong BN, Datuk Seri Tiong King Sing.

Menurut sumber-sujber, parti baru akan diketuai oleh Gabriel Adit Demong, 59, ADUN Ngemah.

Adit, yang menyertai PKR tahun lalu, memenangi kerusi Ngemah sebagai calon Bebas pada 2006.

Beliau pernah menjadi naib presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) selama tiga penggal, tetapi tidak menyertai mana-mana selepas PBDS dibubarkan.

November lalu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar mengalu-alukan penyertaan Adit dalam PKR November lalu bersama-sama dengan 12,000 penyokongnya.

Dalam ucapannya ketika menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, Adit berkata sebab utama beliau menyertai PKR ialah kerana 'pengembirian politik' masyarakat Dayak di bawah kerajaan negeri BN.

Menurut Adit, PKR adalah landasan terbaik untuk menangani masalah sosio-ekonomi masyarakat Dayak.

Saturday, September 12, 2009

Tarikh Lihat Anak Bulan Pada 19 sept
sept 12 09

KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 19 September bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Menurut satu kenyataan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen. - Bernama
DR M Ramal BN DiTolak Dlm PRU13
sept 12 09

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Adakah pilihan raya yang akan datang akan menyaksikan fenomena yang sama seperti di Jepun? Ia tidak mustahil sama sekali," kata bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu.

Para pengundi muda, katanya, dikatakan kecewa dengan "parti yang mendapatkan kemerdekaan" kerana perkara itu telah menjadi sejarah dan tidak begitu bermakna kepada mereka.

Menurut beliau, di beberapa negara lain, parti-parti yang "berjuang dan mencapai kemerdekaan" telah hilang lenyap seolah-olah rakyat tidak tahu berterima kasih dan tidak peduli "pejuangan dan pengorbanan" parti-parti tersebut dan para pemimpinnya.

"Adakah mereka tidak tahu berterima kasih? Ada kebenarannya tetapi jika kita mahu mengkaji, kita akan dapati sikap para pejuang kemerdekaan itu dan mereka yang mengggantikan para pejuang tersebut telah berubah hampir sepenuhnya," kata beliau dalam blognya.

Mereka, kata Dr Mahathir, menjadi tamak dan angkuh serta tidak lagi mempedulikan negara dan rakyat.

Walaupun menyatakan bahawa para pengundi Melayu begitu setia kepada BN, tetapi Dr Mahathir mengingatkan wujudnya bukti di dalam pilihan raya umum tahun lalu bahawa para pengundi setia itu telah memberikan undi kepada pembangkang.

Menyentuh keadaan Umno kini, Dr Mahathir berkata, gejala yang melanda parti itu tidak boleh dinafikan lagi.

"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.

"Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.

"Tidak ada apa-apa pun yang boleh ditunjukkan walaupun Petronas membayar RM250 bilion lebihan kepada kerajaan," katanya.

Adalah menghairankan, kata Dr Mahathir, apabila didapati Malaysia ketinggalan di belakang jiran-jirannya.

Negara ini, kata beliau, "bukan lagi negara yang terkehadapan di rantau ini. Tentunya tidak lagi boleh disifatkan sebagai negara contoh".

Beliau berpendapat, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.

"Tetapi, jika prestasi kerajaan BN dan parti-parti di dalamnya gagal meyakinkan, pera pengundi yang kecewa mungkin akan melakukan apa yang telah dilakukan para pengundi Jepun - menyingkirkan parti yang mereka sokong sejak lebih dari separuh abad," kata Dr Mahathir.

Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) di negara itu sejak Perang Dunia Kedua.

Kehancuran kuasa LDP itu menyaksikan DPJ memenangi 308 dari 480 kerusi parlimen negara itu.

Friday, September 11, 2009

Sang Kelembai Saran Penjarakan Tun Abdullah
sept 11 07

Terkejut beruk tokeyai baca kenyataan sang kelembai diblog muslioli supaya Tun Abdullah ditangkap dan dipenjarakan sebagai satu inisiatif supaya kerajaan najib sekarang dapat menarik hati rakyat semula dan BN menang piliharaya dia cakap pulak tu dengan dua pegawai besar polis berpangkat datuk...ko biar betul sang kelembai kalau nak compare Tun Abdullah dengan Najib...Najib nih yang patut dipenjarakan dulu banyak kes nama dia terpalit kes Altantuya,komisen kapal selam tu tak settle lagi...kalau betul Najib ni handal apapasal semua PRK kalah... kau ada otak tak Sang kelembai...tokeyai malas nak cakap banyak silalah baca kenyataan dia kat bawah nih...

TANGKAP DAN MASUK JEL! BARU BN MENANG. TAPI SIAPA?




Tun Abdullah Badawi. Bekas Perdana Menteri yang mencetuskan gerakan reformasi rakyat yang hampir menjatuhkan kerajaan pimpinann beliau.

Ada dua peristiwa yg mengilham saya menulis artikel ini. Malam tadi selepas Majlis berbuka puasa di Prince Hotel bersama Pengerusi SPNB Dato Azian Othman saya terus ke majlis sama di rumah Datuk Seri Lajim Okin, di jalan Conlay. Rumahnya tak jauh dari Prince Hotel.

Jam 11 malam saya balik ke Seri Pacific Hotel. Terjumpa dengan Zaharin Yasin atau Sang Kelembai yang sedang asyik bersembang dengan dua pegawai kanan polis di coffee house. Seperti biasa Sang Kelembai mengeluarkan idea politik yang orang lain tidak pernah terfikir. Yang kadang-kadang tidak masuk akal.

Malam ini dia bercakap soal apa BN boleh tawarkan atau “offer” kepada rakyat. Jika kerajaan tawarkan kerajaan bersih, apa buktinya?. Kenapa kita tidak mengambil ikitbar dari Korea. Tangkap bekas pemimpin. Tuduh dan jel bekas Perdana Menteri. Ini yang rakyat mahu lihat.

“So kita tangkap Tun Abdullah Badawi?” tiba-tiba pegawai kanan polis yang berpangkat Datuk itu bertanya. “Ya. SPRM tangap Dollah kerana dia banyak melakukan kesalahan. Dia buat damaged dan total lost yang syarikat insuran pun pening nak kira” Tegas jawapan Zaharin.

Tangkap Abdullah Badawi? Terkejut beruk saya dengar ayat Sang Kelembai. Kalau tangkap Abdullah Badawi, Tun Mahathir pun boleh tangkap dan di dakwa SPRM. Serius ni. Zaharin bercakap dengan dua pegawai kanan Polis bukan dengan pemimpin cawangan atau bahagian UMNO. Bolehkah rakyat Malaysia terima seperti rakyat Korea Selatan atau Jepun? Saya rasa tidak. Maka itu saya tidak ambil berat sangat pandangan Zaharin.

Pagi ini saya keluar dari Seri Pacific kira-kira jam 8.30 pagi. Bercadang ke Kompleks Kraftangan membeli batik untuk isteri dan anak-anak. “orang Cina sekarang undi PAS dan Anwar for the future” Pemandu teksi berbangsa Cina itu mulakan perbualan.

“Anwar for future?” biar betul pemandu teksi ini. “Kenapa Anwar for future?” saya minta penjelasan.
“U sokong siapa?” dia tanya saya semula.
“Saya sokong Anwar. Saya orang PKR”. Saya jawab ringkas. Memancing cerita seterusnya.

“Kalau Anwar jadi PM bagus. Rakyat mahu tenguk semua pemimpin rasuah, makan duit, hisap tulang rakyat masuk jel. Tangkap Mahathir, Ling Liong Sik, Chan Kong Choy, Ong Tee Keat, Tun Daim, Sammy Vellu, pasal itu tol tiap-tiap tahun naik. Itu rakyat mahu tenguk.” Kata pemandu teksi dengan dengan penuh semangat.

“Sekarang BN tangkap orang. Pergi court. Tapi lepas tu bebas juga. Siapa percaya? Sekarang SPRM tangkap orang Cina, orang Cina mati. Tangkap orang India, kena pukul. Tapi tidak tangkap pemimpin UMNO, MCA dan MIC? Kenapa Khir Toyo tidak tangkap. Ong Tee Keat? Kalau tangkap, kena lepas. Apa ini? ”

Saya terdiam dengan ayat pemandu teksi itu. “Tapi sekarang kalau BN tangkap orang dan betul-betul masuk jel, BN masih boleh menang. Orang Cina mesti undi punya” sambung pemandu teksi itu.

Dengan ayat pemandu teksi tersebut, saya teringat kata-kata Sang Kelembai. “SPRM tangkap Tun Abdullah Badawi”.

Selepas membayar RM12.00, walaupun meter teksi RM7 masih terngiang-ngiang ayat pemandu teksi itu “Tangkap dan masuk jel, baru BN boleh menang”.

Siapa yang nak ditangkap? Janganlah Tun Abdullah Badawi. Barangkali Khir Toyo, KJ, atau……?fikir-fikirkanlah........-muslioli

Samy Vellu Gaduh Dgn Tun M Dan Utusan
sept 11 09

Apa sudah jadik mr samy dulu itu Tun M you kipas-kipas jugak dia punya belakang...sekarang you sudah main belakang sama dia...you kondem dia....utusan pun you kondem jugak...apa pasal banyak hot...tapi ah...you kasi hentam sikit sangatlah...you kasi hentam kaw-kaw punyalah itu bangsat punya paper Utusan Meloya...gua sokong maa.....

Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya".

Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"

Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.

Bagaimanapun, presiden MIC itu menegaskan bahawa beliau masih menganggap mantan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin agung dan amat menghormatinya.

Samy Vellu mengulas laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam yang memetik Dr Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.

Mengenai Utusan, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang 'rasis' yang berlagak sebagai "abang-besar".

Utusan menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti.
-mkini

Thursday, September 10, 2009

Saman Sykt Iklan Terhadap Umno Ditolak
sept 10 09

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman RM218 juta oleh pembekal bahan kempen pilihanraya, Elegant Advisory Sdn Bhd terhadap Umno.

Hakim Anantham Kasinater berkata, beliau berpuas hati bahawa permohonan itu tidak mempunyai asas dan tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Mahkamah, katanya, berpuas hati bahawa ia tidak memenuhi Seksyen 71 Akta tersebut.

Oleh itu, katanya, mahkamah berpuas hati bahawa tidak ada kaitan kontrak antara Elegant Advisory dan Umno.

Umno diwakili oleh peguam Mohd Hafarizam Harun, manakala Elegant Advisory diwakili oleh peguam Ahmad Termizi Abdullah.

Ahmad Termizi berkata, beliau telah menerima arahan supaya memfailkan rayuan kerana pelanggannya merasakan ada persoalan perundangan yang untuk dibangkitkan.Hafarizam pula berkata keputusan mahkamah itu membuktikan parti itu tidak terbabit dalam perbelanjaan mewah dalam kempen pilihanraya.

"Umno sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1994," katanya.

Akta itu menyebut bahawa bahan kempen bagi kerusi Parlimen tidak boleh melebihi RM200,000 dan RM100,000 bagi kerusi negeri.


Tokeyai

Apa ni Umno...dah buat hutang bayar ajelah...masa kempen dulu tak ingat habis semua daun pokok bertukar jadi lambang UmnoBn..lah ni bayaq ah...

Monday, September 7, 2009

PRK B.Pinang Beruk2 UMno Menjadikan Anwar Sasaran Lagi
sept 07 09

Entah apalah agaknya maruah UMno ni kan tokeyai pun tak fahamlah setiap kali ada prk pasti DSAI yang akan dijadikan modal dan sasaran kempen..nampak sangat beruk-beruk UMno ini takut dengan DSAI memang wajar pun diaorang takut sebab siapalah diaorang itu nak dibandingkan dengan DSAI...tokeyai tak dapat nak bayangkanlah jika najib kena lempang sikit dengan SB mahu terkencing terberak dia begitu jugak dengan siNazri dan siChandra Muzaffar yang cakap macam dia tu bagus sangat...tokeyai ingat belum sempat SB lempang dah terlolong-lolong macam orang gila agaknya...Nak tangguh ke nak bicara ke nak apa ke itu hak DSAI lah dalam mendefence diri dia yang beruk-beruk UMno tu kalut sangat pasal apa...mahkamah tak kecoh beruk-beruk ni pulak yang macam kena belacan...Alahh taktik UMngok ni orang dah tahu dah tak payah nak pening-pening kepala nak buat modal PRK Bagan Pinang nanti itu aje...tulah ambik lagi sichandra ni jadi penasihat siang-siang lagi UMngok dah kena AUTA dengan mamat ni..


KUALA LUMPUR 6 Sept. – Penangguhan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran seolah-olah pemimpin pakatan pembangkang itu takut kepada kebenaran.... Berita Penuh
BIARPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah 18 bulan berlalu, masih tiada usaha kerajaan negeri untuk tingkatkan kedudukan sosioekonomi dan politik.Selangor sebuah negeri yang kaya semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional puluhan tahun... Berita Penuh

Satu lagi modal beruk-beruk UMno kata macam kat berita atas tu...Ni tokeyai nak tanya apa selama 52 tahun merdeka dan memerintah ini UMno berjaya sangat ke...korang dah 52 tahun tau memerintah apa yang dah berjayanya kat sistem ekonomi negara ini,bagaimana dengan tahap perbezaan hidup masyarakat dikampung-kampung,estet-estet dan dibandar-bandar bagus sangat ke itu belum lagi yang lain-lain...hei sudahlah jangan kojo nak menipu orang ajelah kalau UMno tu bagus takkanlah pakatan dapat merampas 5 negeri dan menang banyak diparlimen sebab korang tak baguslah korang nyaris-nyaris bungkus....mangkuk......Pakatan baru 18 bulan baru aje tentulah mengambil masa untuk melaksanakan sesuatu dasar ditambah lagi dengan halangan korang dari pusat tentulah banyak gangguan keatas kerja tersebut...tapi kalau beruk-beruk UMngok ni cakap tiada apa-apa yang dibuat PR diselangor jelas memang beruk-beruk ini termasuk utusan jenis munafik tahap neraka dan celaka kerja nak membodoh dan menipu orang aje....hoi...korang baca suratkhabar ke tak....

Thursday, September 3, 2009

Pakatan Mahu Hishamuddin DiPecat
sept 03 09

SHAH ALAM, Sept 3 — Selangor Pakatan Rakyat leader Xavier Jayakumar demanded Datuk Seri Hishammuddin Hussein to be sacked or step down from the Cabinet after the home minister appeared to favour those linked to last week’s cow-head protest.

Jeyakumar chided the Umno vice-president for interfering in police investigations by talking to those suspected of carrying out the bigoted Hindu temple protest, as cows are sacred in Hinduism.

“We ask for him to step down or be sacked as minister of internal affairs as he has broken the trust placed in him by Malaysians,” the Selangor state executive councillor said in a statement.

He noted that Hishammuddin had met with “a group who has no respect for other Malaysians and worse still, defends them, forgetting that he is the Minster of Internal Affairs of all Malaysians”.

Hisham’s (centre) overt support for the protesters in the cow-head protest has Selangor Pakatan leaders calling for his head. — Picture by Choo Choy May

“Can we now accept that anyone who is disrespectful of other Malaysians and is still under investigation, will be heard by the Minister himself,” the PKR man asked.

Other Pakatan Rakyat leaders have accused Umno of being behind the protest by Section 23 residents who are against the relocation of the 150-year-old Sri Mahamariamman temple from Section 19. The residents claim their area is a Malay-Muslim majority neighbourhood although the state says there is a significant presence of Hindus there.

In a sarcastic aside to the home minister, Jeyakumar said, “Hey — all you thieves, murderers, rapists, corrupt officials and whoever else can now turn to Hishammuddin before the Attorney-General decides what to do.”

He added that Hishammuddin had in the past “waved his keris inciting bloodshed, supported the arrest of lawyers who went to defend those detained by the police, arrested 580 people (this is a record) for standing up for their rights to protest against the ISA and now defends a group who is prepared to bring about racial unrest and bloodshed”.

“This shows that he has utter disrespect for the rule of law and uses his position and power for his own political gain,” he added.-malaysianinsider

Tuesday, September 1, 2009

POLIS-Berkumpul DiSUK Perak Tak Boleh
Berkumpul DiSUK Selangor Boleh

sept 1 09

Tiada kata-kata lagi yang dapat diungkapkan bagi menggambarkan agensi-agensi kerajaan UMno ni baik SPR Peguam Negara Mahkamah ataupun PDRM semuanya pencacai UMno...nasib baik bulan puasa kalau tak memang tokeyai maki kow-kow punya...

IPOH: Polis hari ini menasihati orang ramai supaya tidak berkumpul berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini bagi menghadiri "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak" yang kononnya akan berlangsung di situ, esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata polis hari ini memperoleh perintah mahkamah mengikut Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah melarang orang ramai hadir atau berada dalam lingkungan 30 meter dari pagar bangunan berkenaan mulai 1 pagi 2 September hingga 11 malam 3 September.

"Pihak polis telah dimaklumkan oleh kerajaan negeri Perak bahawa tidak ada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 2 September," katanya dalam satu kenyataan di sini.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang terhadap sebarang perhimpunan haram pada hari berkenaan," katanya.

Zulkifli berkata, polis akan menyediakan anggota yang mencukupi dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman sentiasa terjamin.

Justeru, katanya, orang ramai diminta memberi kerjasama mematuhi perintah mahkamah dan tidak mengadakan perhimpunan secara haram.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata hanya penjawat awam yang bertugas di bangunan itu sahaja yang dibenarkan memasuki bangunan itu esok
. -bernama
Pas :Jangan lantik Semula Musa
sept 1 09



PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara pertengahan bulan ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, baginda sebagai pemerintah tertinggi negara mempunyai kuasa penuh dalam perkara itu.

Gesaan itu dibuat ekoran peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatann kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.

Tokeyai

Betul jugak tu....asyik dia aje jadi IGP macam dah tak ada orang lain ke kat malaysia ni....cit tara guna....

Sunday, August 30, 2009

Sejarah Kemerdekaan Negara



Lihat sejarah belajar dari sejarah dan jangan lupa sejarah....dirahmati Allah jua Tok Janggut Tok Bahaman Tok perak Panglima Salleh Mat Kilau dan mereka-mereka yang gugur yang dianggap pengganas oleh British....SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 52




more about "Sejarah Kemerdekaan ", posted with vodpod

Jangan Buta Sejarah

Saturday, August 29, 2009

Kisah Warga Belanda Menghina Mahkamah Kita
ogos 29 09

Seorang warga Belanda telah tidak mematuhi perintah mahkamah tinggi syariah Shah Alam dengan bertindak tidak mematuhi hak penjagaan keatas anak yang sepatutnya diberikan kepada isterinya, mengikut rekod dia telah membawa keluar anak mereka pada 5 mac lalu melalui rantau panjang dan tidak dapat dikesan hingga kini...Apa yang tokeyai nak ulas bukan pasal hak penjagaan anak tersebut sebab masing-masing ada alasan keatas hak penjagaan tersebut yang perlu dilihat disini ialah bagaimana kedaulatan undang-undang kita begitu rapuh dan dipandang enteng oleh masyarakat luar kenapa boleh terjadi demikian....apakah kita sebagai empunya undang-undang ini begitu menghormati dan mematuhi undang-undang tersebut...apakah tidak pernah berlaku kecalaran dalam undang-undang kita sehingga memaksa mereka untuk menghormati mahkamah kita tentu ada diantara kita yang tersenyum kambing bila tokeyai ajukan soalan macam itu...dipendekkan cerita kes terbaru mengenai hukuman sebatan keatas kartika semua pihak kecoh sehingga perintah mahkamah itu dipandang sepi sebelumnya kes DS Nizar kita lihat bagaimana mahkamah berfungsi langsung tak menunjukkan kedaulatannya begitu juga dengan kes DS Anwar mahkamah bertindak seperti diREMOTE CONTROLkan oleh sesuatu pihak dan ini sekadar beberapa contoh... jadi kita yang menjadikan dia begitu tak perlu hairanlah jika dunia lain tak hormat mahkamah kita sebab telah dicerminkan sebegitu dan janganlah dok menyalak kata kedaulatan undang-undang kita telah dicabar selagi kita sendiri tidak mendaulatkan undang-undang tersebut dalam erti kata sebenarnya......

Pada 25 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Frank dan meminta kerjasama Imigresen, Interpol dan pihak berkuasa lain supaya pengatur cara komputer warga Belanda itu ditahan dan dilarang keluar dari Malaysia.

Ia dikeluarkan selepas Frank gagal menyerahkan semula Ferris kepada Elis Syuhaila yang juga ibu kepada Ferris pada 5 Mac lalu.

Difahamkan Ferris mempunyai pasport, mykid dan surat beranak yang didaftarkan di Malaysia.

Pasangan itu dalam proses perceraian selepas mendirikan rumah tangga pada 2001.

Selepas berkahwin di Malaysia mereka menetap di rumah mereka di bandar Maasmechelen, Belgium yang bersempadan dengan Belanda.

Elis Syuhaila yang kembali menetap di negara ini dua tahun lalu turut memperlihatkan rakaman foto ketika kanak-kanak itu masih kecil.

Beliau hanya mengetahui Ferris berada di luar negara selepas rekod Jabatan Imigresen menunjukkan anaknya itu keluar melalui Rantau Panjang, Kelantan pada 5 Mac dan tiada rekod menunjukkan dia masuk semula.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Muhd. Khairun berkata, biro tersebut telah mula mengkoordinasikan langkah-langkah untuk menjejaki Ferris.

"Alhamdulillah pejabat Menteri Luar, Datuk Anifah Aman telah bersetuju untuk membantu biro dan kita akan bekerjasama dengan bahagian konsulat di luar negara untuk merujuk kes ini kepada pejabat kedutaan kita di Belanda.

"Kita juga mendapat kerjasama daripada pihak imigresen untuk mendapatkan rekod keluar masuk yang terkini ayah Ferris, Frank... insya-Allah mereka (pihak imigresen) akan memberi kita makluma tersebut dalam masa terdekat ini," katanya.

Dalam pada itu, Muhd. Khairun berkata, dua perkara yang amat dikhuatiri mengenai Ferris adalah status perjalanannya kerana semua dokumen seperti passport dan mykid kanak-kanak itu berada bersama-sama ibunya.

"Kedua adalah akidahnya sebagai seorang Islam," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang ada terjumpa atau melihat Ferris supaya menghubungi pusat aduan 03-... atau menghubungi ibu mangsa di talian 013-2191205.

Sementara itu, Elis terus merayu Frank agar menyerahkan semula Ferris kepadanya seperti yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah. Dengan linangan air mata, ibu muda ini tidak putus-putus berharap agar dia dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersama anaknya.

"Selama enam bulan saya dan tanggung rindu terhadap dia (Ferris). Kalau boleh saya nak jumpa Ferris. Baju Melayu, sampin Ferris dan capal untuk Ferris dah ada.

"Manalah tahu Allah Maha Kaya saya dapat jumpa Ferris bila dekat raya, saya harap sangat dapat jumpa dia.

"Satu hari kalau dia tak jumpa saya dia akan demam. Saya nak tahu sangat keadaan dia macam mana, sihat ke dia, sebab saya tak tahu langsung keadaan dia lepas dia dibawa pergi," katanya sambil menitiskan air mata.

Menurut ibu muda ini lagi, telah mencuba pelbagai cara untuk menghubungi keluarga bekas mentua dan bekas suaminya.

Bagaimanapun usaha tersebut gagal kerana tiada sebarang respons diberikan.-mstar

Friday, August 28, 2009

Pelik Najib Lantik Menteri Bantu Menteri-Mahfuz
ogos 28 09

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melantik Dato' Seri Idris Jala sebagai menteri bagi membantu Koh Tsu Koon, yang juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat pelik dan mengelirukan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berpendapat bukan satu keperluan untuk melantik seorang pembantu bertaraf menteri kepada seorang menteri yang lain. Ini kerana tindakan seorang menteri melapor kepada bosnya yang juga menteri adalah sesuatu yang agak pelik.

"Saya tak faham kenapa Najib lantik menteri untuk 'report' kepada menteri. Kalau lantik sebagai CEO saya tak hairan la. Seorang menteri saya rasa dah cukup. saya tak faham dan tak nampak apa keperluan Koh Tsu Koon lagi disitu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).

Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

Dia juga akan menjadi timbalan kepada Koh dalam lembaga pemandu dan akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.

Mengulas perkara itu juga, Mahfuz berkata ianya seolah-olah menunjukkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib. Pada awal Najib menjadi Perdana Menteri, dia dilihat berusaha mengecilkan kabinet barunya namun pelantikan Idris dilihat sebaliknya.

"Ini kecelaruan dalam kabinet Najib, bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu kata nak kecilkan kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri," ujar Naib Presiden PAS itu lagi.

Idris adalah Pengarah Urusan dan CEO, Malaysia Airlines yang dilantik pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.

Sebelum menyertai Malaysia Airlines, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell. Antara 2002 dan 2005, Idris adalah Pengarah Urusan, Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden, Shell Malaysia Gas & Power (Malaysia).

Mahfuz yang mengakui kredibiliti Idris khususnya kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu di Shell bagaimanapun mempertikai kemampuan Idris khususnya sewaktu memulihkan keadaan ekonomi MAS.

"Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS sahaja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan bakar," ujarnya.

Najib Membela Pendatang Asing Untuk Undi Dia
ogos 28 09


EKSKLUSIF Suara Keadilan

Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan "membela" pendatang asing Rohingya dari Myanmar untuk digunakan sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan pada setiap pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan Pahang.

Lebih 2,000 warga Myanmar disediakan dengan tanah untuk bercucuk tanam dan membina rumah banglo mewah, diberi elaun bulanan RM500 DAN taraf kerakyatan Malaysia supaya mereka mengundi Najib dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2008 dan pemilihan seterusnya.

Keputusan untuk membawa masuk dan membela rakyat asing sebagai imbuhan untuk undi mereka dibuat selepas Najib hampir tewas mengejut pada pilihanraya umum 1999 tetapi hanya dilaksanakan beberapa ketika selepas itu.

Pada tahun 1999, Najib hanya menang hanya kira-kira 241 undi sahaja, setelah popularitinya menggelongsor teruk akibat dibelit pelbagai skandal dan dicantas oleh kalangan pemimpin kanan Umno sendiri.

Susulan itu, perancangan dibuat untuk membawa masuk warga Myanmar yang kemudian diberi lampu hijau mendirikan penempatan di Kampung Baru Cenderawasih, Sungei Miang.

Lebih menggemparkan, pelarian yang fasih berbahasa loghat utara dikesan menerima taraf kerakyatan Malaysia akhir 2007, membolehkan mereka mengundi untuk Najib pada pilihanraya umum ke-12 Mac 2008.

Pelarian berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Kedah oleh Barisan Nasional mulai 2003 bagi mengukuhkan kedudukan Najib di Pekan. Beliau telah memegang kerusi itu sejak 1976, selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak.

Suara Keadilan membuat pendedahan program membela pengundi dari kalangan pelarian asing ini apabila berjaya menyeludup masuk ke dalam Kampung Cenderawasih.

Kampung itu dikawal ketat oleh seorang ketua daripada kalangan pelarian tersebut yang hanya dikenali sebagai "Jeneral".

Semua pelawat luar ke kampung itu mesti melalui pintu kawalan masuk dan mendapat kebenaran daripada "Jeneral" sebelum dibenarkan masuk.

Sumber memberitahu semua pendatang asing yang berkampung di situ amat patuh sekali kepada "Jeneral" dan tidak seorang pun daripada mereka dibenarkan berpindah daripada kawasan berkenaan.

Ini kerana mereka dikhuatiri akan ditangkap oleh pihak berkuasa dan tempat persembunyian mereka dibongkar kepada umum.

Suara Keadilan menemui sebidang kawasan tanah rata yang dianggarkan seluas lebih 200 ekar dengan deretan dua rumah panjang menempatkan kira-kira 200 keluarga pelarian.

Keadaan sesak di situ kelihatan tidak ubah seperti sebuah kem pelarian. Namun apabila ditinjau dari lebih dekat, didapati ratusan buah rumah sedang dalam pembinaan ataupun sudah siap untuk diduduki.

Penempatan mewah untuk warga asing ini menempelak hakikat bahawa ada lebih 600,000 setinggan di seluruh negara yang tidak memiliki rumah selesa.

Namun di di Kampung Cenderawasih, akibat mahu mengekalkan kuasa, pemerintah sanggup menganaktiri rakyat sendiri dan menghadiahkan bukan sahaja rumah malah kerakyatan kepada pelarian dari negara jiran.

Semua ini berlaku di kawasan parlimen Perdana Menteri dan di negeri kelahiran beliau yang mempunyai lebih 7,000 setinggan yang hidup tanpa kemudahan asas sempurna.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Ada beberapa jenis rumah yang dibina di Kampung Cenderawasih. Di kawasan yang berhampiran dengan rumah panjang, didirikan rumah seperti rumah PPRT tetapi di kawasan yang lebih dalam dan terselindung dari pemandangan, ratusan rumah reka bentuk banglo dan separuh banglo dibina.

Rumah mewah ini dianggarkan berharga antara RM200,000 dan RM500,000 sebuah tetapi diberikan diberi secara percuma kepada pendatang asing berkenaan.

Sesetengah daripada rumah dibina sudahpun diduduki. Ketika membuat tinjauan berkenaan, Suara Keadilan mendapati hanya wanita dan kanak-kanak berada di rumah manakala kaum lelaki dipercayai sedang bekerja di ladang nenas.

Sekumpulan pendatang asing yang mengaku baru sahaja tiba di negara ini turut dikesan. Mereka ditempatkan di satu kawasan terpencil di perkampungan itu.

Apabila siap keseluruhannya projek perumahan bagi pendatang asing ini, Kampung Cenderawasih untuk warga Rohingya ini akan menjadi kawasan perumahan eksklusif, lengkap dengan bekalan air, elektrik, sekolah, kemudahan riadah dan bersukan serta jalan raya bertar.

Setiap keluarga yang mendiami kawasan ini diberi satu ekar tanah untuk menanam nenas. Lembaga Perindustrian Nenas Negara Cawangan Johor terpaksa mengendalikan ladang nenas milik pendatang asing ini di samping membantu memasarkan produk tanaman mereka.

Pendatang asing berkenaan juga diberi gerai tajaan FAMA secara percuma untuk menjual nenas di sepanjang jalan di luar kampung tersebut.

Di samping rumah, tanah dan tapak perniagaan yang semuanya dibiayai dengan hasil cukai rakyat Malaysia, setiap keluarga Myanmar ini juga diberi elaun sebanyak RM500 sebulan.

Menurut salah seorang wanita Rohingya yang sudah pun fasih berloghat Kedah, mereka mula berhijrah dari Langkawi sejak 2003 untuk "mencari tanah".

"Kami di Langkawi tidak ada tanah jadi kami merantaulah ke sini untuk buka kampung.

"Mula-mula datang ke sini kami cuba tanam keladi tapi tak menjadi, lepas itu pula kami dicuba pula tanam padi, itu pun tak berhasil.

"Akhirnya kerajaan minta Lembaga Nenas buat kajian tanah dan didapati sesuai untuk kami menanam nenas," kata wanita berkenaan yang enggan memberikan namanya.

Tambah wanita itu 70 ekar lagi tanah akan dibuka untuk diberikan kepada anak-anak pendatang asing yang sudah berkahwin dengan rakyat tempatan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Negeri Pahang, G.Ponusamy mengkritik tindakan Najib dan Umno yang sanggup menggadaikan tanah dan hak rakyat Pahang kepada pendatang asing Myanmar.

"Beribu-ribu rakyat Pahang yang miskin dan memerlukan pembelaan tetapi Umno dan BN menafikan hak mereka tetapi sebaliknya memberi keistimewaan dan kemewahan kepada rakyat asing," kata Ponusamy.

Beliau menceritakan pengalaman beliau yang cuba memasuki perkampungan tersebut semasa PRU 2008 lalu tetapi dihalang oleh anggota tentera yang mengawal ketat kawasan tersebut.

"Kenapa pendatang asing ini diberi tanah dan dilindungi oleh pihak tentera? Apa kepentingan mereka sehingga mereka dikawal begitu rapi oleh pasukan keselamatan?" tanya beliau lagi.

Ponusamy mempertikaikan mengapa BN menafikan hak rakyat untuk memiliki tanah dan amat senang sekali memberinya secara percuma kepada warga asing.

Seorang pegawai kerajaan yang tidak mahu kenali memberitahu Suara Keadilan, apabila Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan bancian pada tahun 2006 pendatang haram ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Apabila bancian semula dilakukan setahun kemudian, petugas jabatan berkenaan terkejut mendapati semua pendatang asing berkenaan sudahpun memiliki kad pengenalan biru, menandakan mereka rakyat Malaysia.

"Pegawai Jabatan Perangkaan mendapati mereka tidak boleh bertutur bahasa Melayu. Kalau ditanya dari mana mereka datang, mereka semua menjawab "saya Malaysia" seolah mereka telah dilatih untuk menjawab sebegitu rupa.

"Yang menjadi tanda tanya sekiranya mereka mengaku rakyat Malaysia tidak seorang daripada mereka mempunyai kesan suntikan BCG yang menjadi wajib bagi setiap kanak-kanak negara ini. Ini membuktikan mereka bukan rakyat Malaysia tetapi pendatang asing yang dilindungi kerajaan untuk tujuan tertentu," kata pegawai itu lagi.

Menurut pegawai itu pendatang asing ini mula dibawa ke negeri Pahang semasa era Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"BN mencari kawasan yang luas untuk menempatkan pendatang asing ini dan mendapati Pekan sesuai untuk tujuan itu.

"Mereka diberi segala keistimewaan untuk mengukuhkan kedudukan politik Najib di kawasan Parlimen beliau," katanya lagi.

Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh Najib apabila beliau menyentuh mengenai Formula Pekan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor 9 Ogos lalu?

"Apabila keputusan pilihan raya umum 1999 diketahui hanya mendapat majoriti 241 undi, saya rasakan 'dunia gelap’ seketika. Ibarat yang tinggal hanya seluar dalam sahaja," katanya berseloroh kepada perwakilan Umno.

Persoalannya apakah Najib tidak melakukan satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara apabila merestui pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Rohingya bagi memastikan mereka mengundinya.

Malaysia adalah tuan rumah kepada ratusan ribu pelarian, sebilangan besarnya berasal dari Myanmar, Filipina dan Indonesia.

Taktik membela dan menyogok rakyat asing dengan kerakyatan untuk mendapatkan undi mereka sudah lama diguna pakai oleh Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa di Sabah dan Sarawak.

Fenomena itu nampaknya semakin menular ke Semenanjung dan diterajui oleh Perdana Menteri Satu Malaysia Najib Razak.


Thursday, August 27, 2009

Idris Jala Dilantik Menteri Tanpa Jabatan
ogos 27 09

Tuah ayam kat tajinya tuah Idris Jala....kat namanya jika ditambah huruf K akan sama namanya dengan sijalak yang menang sabung itulah kisahnya ia akan menjaga N-KAR (bidang hasil utama negara) dan bekerja dengan Koh Tso koon sebagai timb pengerusi PEMANDU...berapa banyak menteri lagi najib nak lantik malas tokeyai nak fikir jangan nanti kuantiti melebihi kualiti makin terperenyuk negara ni nampak gaya...


KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Najib berkata beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai pelantikan itu pada Bengkel KPI Kabinet di Putrajaya.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan dengan pelantikan itu, katanya.

Idris, yang kini Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines, akan mengangkat sumpah sebagai senator pada tarikh yang ditetapkan kelak.

Sebagai CEO PEMANDU, organisasi yang akan mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI), Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

Koh akan meneruskan tugas beliau dalam memformulasi dan melaksanakan keseluruhan dasar dan strategi mengenai pengurusan prestasi serta transformasi organisasi dengan tumpuan khusus terhadap Bidang Hasil Utama Nasional (N-KRA).

Koh akan menjadi pengerusi lembaga PEMANDU yang termasuk Ketua Setiausaha Negara dan pegawai kanan lain.

Idris sebaliknya akan menumpukan terhadap perkongsian kepakaran dan pengalaman di Shell dan Malaysia Airlines (MAS) serta memacu pelaksanaan pengurusan prestasi dalam kerajaan persekutuan.

Idris, yang akan menjadi timbalan pengerusi lembaga PEMANDU, akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.

Beliau akan melapor kepada Koh mengenai isu-isu berkaitan KPI dan terus kepada Perdana Menteri mengenai tugas yang akan diberikan kepada beliau sebagai Menteri tanpa portfolio di JPM.
Senator Prof Dr Ismail Salleh Meninggal Dunia
ogos 27 09


KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura.

Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.

Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.

Jenazah beliau akan dikebumikan petang ini di Kajang.

Tokeyai
Semoga rohnya dicucuri rahmat....alfathihah

Wednesday, August 26, 2009

Muhyiddin Menipu Tiada Isu Perang kata Dr M
ogos 26 09

Tokeyai tak tahu nak cakap macamana dan tak tahu penilaian apa nak diberi kepada Muddin jika apa yang dikatakan oleh Dr M itu adalah benar...atas dasar apa muddin menokok nambah kenyataan itu pun tokeyai tak pasti...tapi apa yang jelas kredibiliti orang no 2 UMno ini boleh dipertikaikan samada dia layak untuk menjadi PM kelak....kita tunggu pulak apa kata Lee Kuan Yew jika ia senada dengan Dr M bermakna muddin penipu besar dan tak layak untuk menjadi PM jika sebaliknya dia tetap tidak layak untuk menjadi PM atas dasar isu perkauman yang dimainkannya....

kenyataannya pada 10 ogos

"Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan Umno) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini Isnin.

Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan Hotel Regency International di Jalan Raja Alang, yang merupakan cawangan kesembilan rangkaian hotel itu di negara ini.

Muhyiddin juga berkata apa yang membimbangkannya kini ialah terdapat orang Melayu yang menyokong orang bukan Melayu yang berani mempersoalkan hak dan dasar-dasar yang dibuat untuk orang Melayu.

"Saya tidak akan berhenti mengingatkan dalam tempoh setahun dua ini bahaya yang bakal kita hadapi. Bahaya sentiasa ada di hadapan kerana adanya Melayu yang gemar memutarbelitkan fakta yang pastinya disukai kaum bukan Melayu yang berkepentingan," katanya.

Beliau mengajak orang Melayu supaya menentang pihak-pihak yang menjadi pengkhianat dan penderhaka ini yang hanya akan menyukarkan perjuangan Umno untuk terus mempertahankan kedudukan orang Melayu.

Katanya orang Melayu seharusnya memikirkan sedalam-dalamnya masa depan mereka daripada pelbagai segi kerana jika Umno tidak lagi berkuasa, maka kedudukan orang Melayu akan mudah diganggu gugat.

"Selama puluhan tahun, saya fikir saudara saudari tak pernah terfikir mengenai perkara ini kerana selama ini gerak geri saudara saudari tidak pernah tersekat kerana anda tahu Umno dan Barisan Nasional yang memerintah.

"Tetapi sekarang kita mudah tercabar. Selepas pilihan raya umum, mereka melihat politik boleh mengubah segala-galanya. Sebab itu ada pihak yang ghairah untuk merebut tempat tanpa memikirkan masa depan orang Melayu," katanya.

Muhyiddin mengajak pertubuhan-pertubuhan ekonomi orang Melayu dan bumiputera seperti Perdasama supaya membantu kerajaan memberi penerangan kepada anggota-anggota mereka mengenai situasi politik yang boleh menjejaskan suasana ekonomi pada hari ini.

"Ini tanggungjawab besar kerana jika kita tidak endahkan, jika terjadi sesuatu...jangan menyesal," katanya.-bernama

Kenyataan isu perang
.......Katanya dalam pertemuan antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur itu, Perdana Menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.

"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggupberperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala.

"Saya menyatakan bahawa kita tidak mempunyai wang dan Lee Kuan Yew berkata Singapura sanggup menganggung semua kos dan setelah siap kelak, bangunan dan harta yang dibina itu adalah milik Malaysia sehingga hari ini, jadi Singapura cuma mengeluarkan wang," kata beliau.

Kenyataan Dr Mahathir

1. Tan Sri Muhyiddin spoke the truth about my persuading him to supply water to Singapore (read here). But Lee Kuan Yew did not threaten to go to war if we did not supply water. If he had done that, I think I would have stopped any further supply.

2. We were at that time trying to be friendly with Singapore in order to solve several problems. Although raw water would be supplied at 3 cent per 1000 gallons, the understanding was that in future only treated water would be supplied when our treatment plants would be ready. We would also not buy any more treated water from Singapore at 50 cent per thousand gallons when our new treatment plant in Johore is ready.

3. When we no longer needed to buy treated water from Singapore we could raise the price of raw water to Singapore without Singapore being able to raise the price of treated water to us.

4. However when we concluded the water supply agreement Singapore raised a lot of issues regarding our railway land, the CIQ (Customs, Immigration and Quarantine) at Tanjong Pagar, training flights by Singapore warplanes over Malaysia and the Central Provident Funds.

5. At that stage I realised that being friendly with Singapore did not pay.

6. I don't know about the sale of land to Singapore but as it was agreed that a treatment plant be built by Singapore in Johore, land would have to be made available.-che det

Aset Jutawan Ceramic Club Dibeku BNM
ogos 26 09

Syarikat perniagaan sekarang makin banyak yang diragui. Tidak kira ianya datang dari luar negara atau pun dalam negara. Makin beranak pinak system yang mereka kemukakan. Dan akhirnya, jika tidak direstui oleh tuan tanah (kerajaan) maka, syarikat itu akan terkubur juga. Begitulah kisahnya mengenai syarikat Ceramic Club yang seakan-akan MLM tapi dikaburi dengan teknik membeli dan menjual barang secara maya. Syarikat ini belum disahkan lagi tutup sepenuhnya cuma dalam proses pemahkahman yang akan mengambil masa.

Ceritanya bermula ada aduan-aduan dari pihak tertentu yang mentafsirkan pelbagai tafsiran terhadap syarikat Ceramic ni. Kemudian datanglah pihak berwajib untuk membuat siasatan dalam masa yang lama, yakni Bank Islam Negara. Siasat punya siasat, akhirnya semua aset milik Ceramic Club terutama cawangan ASIA dibekukan dan orang-orang bawahannya tidak dapat mengeluarkan satu sen dari aset berkenaan. Kebanyakkan web-website mereka ini sudah ditutup dan diberi notis pemberitahuan kepada ahlinya yang sentiasa mengikuti info semasa, mana taknya duit melayang begitu sahaja kalau tiada usaha untuk mendapatkannya balik.

Tokeyai

Tokeyai pernah jugak join dulu sekejap nasib baik sempat dapat duit balik kalau tak nyayo....inilah padahnya kalau bisnes nak cepat untung...akhirnya dikelentong...
Rosol Wahid Nafi Ingin Sertai PKR
ogos 26 09

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid, menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau dan lapan lagi ADUN bercadang meninggalkan Umno untuk menyertai PKR.

Beliau berkata laporan
The Malaysian Insider itu semata-mata untuk menjatuhkan imej Umno di samping sebagai provokasi supaya mereka menyertai PKR.

Ketika ditemui pemberita pada persidangan dewan DUN Terengganu hari ini, Rosol berkata beliau bersama ADUN Umno yang lain itu tidak pernah pun berbincang mengenai perkara itu walaupun beliau mengakui masih wujud masalah dalaman dalam kalangan pemimpin parti itu di Terengganu.

"Perkara ini tidak akan berlaku dalam kumpulan kita. Khabar angin ini hanya untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat kita (Umno).

"Apa yang pasti, kita masih lagi wakil rakyat BN...itu tiada kompromi. Apa yang berlaku sebenarnya bagi memastikan kerajaan kita kuat dan kita yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib (Tun Razak)," katanya.

The Malaysian Insider melaporkan sembilan ADUN Umno diketuai Rosol dikatakan bersetuju menyertai PKR dan akan bergabung dengan lapan ADUN PAS bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan baru di Terengganu.

Namun, menurut laporan portal itu, hasrat berkenaan terganggu apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib, yang juga Ketua Dewan Ulama PAS, tidak bersetuju dengan rancangan itu kerana beliau dikatakan lebih senang bekerjasama dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Ditanya mengenai tiada penglibatan wakil rakyat BN dalam sesi soal jawab dan perbahasan pada dua hari persidangan dewan itu berlangsung, Rosol mengakui perkara itu kerana masih ada masalah dalaman di kalangan wakil rakyat parti itu dengan menteri besar yang belum selesai.

"Malah, kita juga tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terkini pembangunan negeri. Bagaimana kita nak pertahankan (pendirian kerajaan negeri dalam dewan) sedangkan kita pun tiada maklumat," katanya.-mkini
Menteri Besar Sahkan Kerajaan Terengganu Belum Dibayar Royalti Minyak Sepenuhnya
ogos 26 09

KUALA TERENGGANU – Kenyataan yang dikeluarkan selama ini tentang pembayaran royalti Petroleum kepada kerajaan negeri Terengganu oleh kerajaan Pusat hanyalah gimik politik semata-mata.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/UstazHarunSidangDUN200809.JPGMenteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mengesahkan kerajaan negeri belum dibayar wang royalti Petroleum sepenuhnya kerana perundingan diantara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri masih belum selesai.

”Kedudukan rundingan untuk mengembalikan royalti petroleum
dan gas sedang berjalan dan berada di peringkat akhir kerana ada perkara-perkara kecil yang masih tidak dapat diputuskan bersama lagi,”katanya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Manir, Dato’ Ustaz Harun Taib dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.

Ahmad turut menjelaskan jumlah royalti yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Terenagganu sejak dari tahun 2000 hingga Mac 2009 adalah sebanyak RM15, 847, 000, 995.84. (RM 15.8 bilion)

Namun begitu, Menteri Besar Terengganu itu gagal memberi penjelasan lanjut apabila ditanya apakah masalah-masalah kecil yang dimaksudkan, yang menyebabkan pembayaran tersebut belum lagi diselesaikan.


”Saya tidak dapat menjelaskan masalah-masalah ini kerana ia diperingkat rundingan, tidak perlu lagi diketahui oleh masyarakat umum,”ujar Ahmad ketika dikemukan soalan tambahan.

Dalam soalan asal, Dato’ Ustaz Harun Taib yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu meminta penjelasan kerajaan bagaimana kedudukan perundingan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dengan kerajaan pusat sejak bulan September, 2008, berkaitan perkara berkenaan.


Tokeyai

Tokeyai tak pelik pun kerajaan sekarang mana ada duit...eksyen jer cakap ada duit zaman gawat ni Tun che det pun cakap dah... najib mana pandai ekonomi.... belanja dia tahulah

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran