Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

Kenapa Kerajaan Pakatan Rakyat Tumbang DiPerak
okt 20 09

Adalah sesuatu yang mengerikan dan memalukan bila Payung yang memayungi dan Pagar yang memagari didapati bocor akibat dek sifat ketamakkan yang menguasai diri....benarlah kata laksamana Bentan....Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah....

Tulisan ini disalin dari sebuah laman yang dikenali sebagai Perak Express.com..... sejauh mana kebenarannya ? Jika ia benar sudah pasti ia amat malang bagi rakyat....


Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)


Tuesday, September 1, 2009

POLIS-Berkumpul DiSUK Perak Tak Boleh
Berkumpul DiSUK Selangor Boleh

sept 1 09

Tiada kata-kata lagi yang dapat diungkapkan bagi menggambarkan agensi-agensi kerajaan UMno ni baik SPR Peguam Negara Mahkamah ataupun PDRM semuanya pencacai UMno...nasib baik bulan puasa kalau tak memang tokeyai maki kow-kow punya...

IPOH: Polis hari ini menasihati orang ramai supaya tidak berkumpul berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini bagi menghadiri "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak" yang kononnya akan berlangsung di situ, esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata polis hari ini memperoleh perintah mahkamah mengikut Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah melarang orang ramai hadir atau berada dalam lingkungan 30 meter dari pagar bangunan berkenaan mulai 1 pagi 2 September hingga 11 malam 3 September.

"Pihak polis telah dimaklumkan oleh kerajaan negeri Perak bahawa tidak ada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 2 September," katanya dalam satu kenyataan di sini.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang terhadap sebarang perhimpunan haram pada hari berkenaan," katanya.

Zulkifli berkata, polis akan menyediakan anggota yang mencukupi dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman sentiasa terjamin.

Justeru, katanya, orang ramai diminta memberi kerjasama mematuhi perintah mahkamah dan tidak mengadakan perhimpunan secara haram.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata hanya penjawat awam yang bertugas di bangunan itu sahaja yang dibenarkan memasuki bangunan itu esok
. -bernama

Tuesday, July 7, 2009

Osman merungut dan mula rasa terpinggir, DUN kurang projek



ADUN bebas, Mohamad Osman Jailu pernah merungut bahawa beliau memerlukan projek pembangunan untuk pengundi di kawasannya, kata Setiausaha Umno Bukit Gantang, Mohamad Jamiel Idris.

Bagaimanapun, katanya, beliau belum mendengar desas-desus bahawa Mohamad Osman mahu kembali semula ke pangkuan PKR.

Osman JailuMohamad Jamiel berkata, Mohamad Osman pernah memberitahunya yang beliau mahu projek-projek pembangunan dilaksanakan di kawasan pilihanrayanya untuk kemudahan pengundi di situ.


Projek pembangunan di DUN berkenaan dibiayai melalui peruntukan untuk ketua Umno bahagian, Datuk Rosli Husin.

Sementara itu, Rosli pula ketika dihubungi berkata, beliau juga tidak mendengar desas-desus mengenai Mohamad Osman mahu kembali ke PKR.

Setakat pengetahuannya, kata beliau, Mohamad Osman berpuashati dengan layanan Umno terhadapnya.

Khabar angin

"Semua ok. Dia datang mesyuarat jawatankuasa tanah di pejabat tanah Bukit Gantang awal bulan lalu.

"Saya tidak dengar dia tidak puas hati dengan kita, tetapi selepas itu saya tidak jumpa lagi dengannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rosli berkata, beliau sendiri pernah meminta Mohamad Osman menyertai Umno tetapi beliau belum berminat berbuat demikian.

Sementara itu, ketua penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini berkata, penyertaan semula Mohamad Osman ke PKR belum dapat disahkan.

Katanya, ketika ini ia boleh bersifat khabar angin semata-mata.

Tokeyai

Siosman bekas askar ni khabarnya tak gembira kerana zambry tak banyak bagi projek kat dun dia....padan dengan muka dia baru tau dulu dah elok-elok dengan PR kau belot nak jadi katak lompat sana tak lompat sini tak katak jenis apa kau ni sekarang heboh tak ada projek....apapasal tak ada masuk ke...pegilah kau gosok-gosok zambry tu baru dapat projek baru ada masuk...Tokeyai rasolah elok PKR ko jangan terima orang macam ni buang maso jo no value bagi jo kek AmNo sobab AmNo ni memang suko menternak orang macam...hoi man ko ngan member ko sijamaludin tu tak nak join AmNo ko.....apo lamo-lamo jadi adun bebas ni tak gerek lah.....

Wednesday, July 1, 2009

MB HARAM PERAK AKAN TERSUNGKUR?

Kerajaan BN Perak DiJangka Tumbang (Edited)

Berita mulai tersebar bahawa dua ADUN (Bukan-PR) Perak akan menyokong PR dalam masa terdekat. Berikutan itu BN Perak telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam.

Namun, dua ADUN bebas tidak hadir dan tidak dapat dihubungi oleh BN. Desas-desus mengatakan, mungkin seorang dari mereka akan berpaling-tadah kepada PKR.

Maklumat yang baru diterima mengatakan BN sedang bersiap-sedia sama ada akan memohon perkenan Tuanku supaya DUN Perak dibubarkan.

-----
(Edited): Dua ADUN (Bukan-PR) berkanaan, khabarnya, mempunyai masalah antara seorang dengan yang lain.

Dari PerakExpress.com

Pemecah berita: DUN Perak dijangka bubar, ADUN BN pula paling tadah
Jun 30th, 2009 | By webmaster | Category: Pemecah Berita, Sam Ahmad, utama

Oleh Sam Ahmad

Berita tersebar luas, ada Adun BN akan berpaling tadah menyokong Pakatan. Umno buat meeting tergempar. Dan didapati Osman dan Jamal tak hadir.

Maklumat daripada sumber kuat, BN melalui Muhyiddin Yassin akan jumpa dengan Sultan Perak esok untuk dapat perkenan untuk bubarkan DUN. Maklumat itu juga ada menyebut bahawa Osman ada berjumpa dengan Nizar pada minggu sudah dan beliau memohon maaf sambil menyalahkan Jamal dengan apa yang terjadi di Perak sekarang. Beliau juga turut menyalahkan Jamal atas kesalahan mereka di mahkamah.

Tokeyai

Kalau benarlah ramalan ni padan muka sizambry nak lelong camry ni baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah nak berkuasa sangat ye ambik kau....ni kalau cerita ni sampai besok pun tak habis kito pendekkan je lah yo...berani ke sultan nak bubar DUN ni berani ke sultan lantik semula Nizar jadi MB ni...ini persoalan yang betul-betul kaw-kaw punya...tokeyai maleh nak cakap lagi kita tunggu dan lihat aje nanti senario yang sememang sentiasa menggelegak ni....Tan Sri mufti tak buat solat hajat ke mintak zambry dan BN(Bini Najib) haram ni terus kekal berkuasa....kah....kah...kah...mufti... mufti

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran