Showing posts with label prk bagan pinang. Show all posts
Showing posts with label prk bagan pinang. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

PAS Cabar Kemenangan Isa
okt 20 09

Cabar memang boleh cabar tapi pastikan tidak membuat kerja sia-sia...kalau undi tu sikit oklah tapi banyak undi Isa dapat tokeyai nampak susah nak menang tapi kata orang belum cuba belum tau ye tak...apa-apapun kena ingat najib sudah tentu akan memastikan spr sprm dan hakim bicara menyokong mereka...sekali lagi diingat jangan buat kerja sia-sia buat sakit jiwa aje...kalau betul ada bukti kasi balun habis jangan bagi can...

PAS sedang mengumpulkan bukti untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan PInang atas dakwaan berlaku penyelewengan undi pos.

Perkara itu sedang diuruskan oleh unit guaman parti tersebut yang dipengerusikan oleh Hanipa Maidin.

Ketua Dewan Pemuda parti itu, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya tidak mempunyai banyak pilihan bagi mengetengahkan dakwaaan berlakunya penyelewengan dalam kaedah pengundian pos di DUN tersebut.

Tambahnya, PAS telah melakukan pelbagai pendekatan berhubung perkara itu, termasuklah demonstrasi, laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tidak mendatangkan hasil.

"Unit guaman kita sedang kumpulan bukti yang kukuh. Kalau tidak ada bukti, tidak guna juga bawa ke mahkamah," katanya.

Selain itu, dakwaan penyelewengan itu akan turut dipanjangkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) esok.

Ia bertujuan mendesak Suhakam mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan berlaku penyelewengan undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.-mkini

Tuesday, October 13, 2009

Kerana Janji Pas Binasa
okt 13 09

Antara kekalahan Pas dibagan pinang ialah pas tak nak berjanji macam janji-janji UMnoMoral B-End...untungnya jadi orang bagan pinang la nih...den ingat pun nak pindah sanun lah....banyak projek masyukkk....ooooo.......semoga orang bagan pinang bergumbira dan tak menjadi gaban ataupun sipungguk menunggu bulan...

1. 27 Sept: Menteri Pelancongan berjanji akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menarik sejumlah 6 juta pelancong yang transit di KLIA untuk melawat ke Negeri Sembilan.
2. 28 Sept: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan membina sebuah sekolah Menengah yang bernialai RM20 juta dalam tempoh masa 2 tahun. RM 3.8 juta pula telah diluluskan untuk kos memperbaiki 21 buah sekolah termasuk sekolah Cina dan Tamil.

3. 29 Sept: Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyerahkan 3 buah rumah teres di Taman Desa Pinang untuk dijadikan Pusat Permata Negara Bagan Pinang yang dipelopori oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM400,000 akan dibelanjakan untuk proses menaiktaraf rumah-rumah tersebut.

4. 4 Okt: Biro Penerangan UMNO akan menjadikan Persatuan Kebajikan Nelayan Bagan Pinang sebagai 'anak angkat' mereka dan Isa berjanji akan memberi tumpuan utama kepada Bandar Tentera Darat jika menang di PRK.

5. 5 Okt: Kementerian Sumber Manusia mengumumkan akan mengadakan program kursus dan peluang pekerjaan kepada golongan muda di Bagan Pinang.

6. 6 Okt: Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Maximus Ongkili mengumumkan bahawa Sirim Bhd akan membantu memberi bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada penduduk Kampong Baru Si Rusa untuk menjalankan perusahan ceramic menggunakan 'hydrostone'.

7. 7 Okt. MB Mohamad Hassan mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan 150 unit rumah awam di Ladang Siliau.

8. 8 Okt: Zahid Hamidi mengumumkan perkara seperti di bawah:

a. Peruntukan RM3000 setahun untuk sebuah keluarga bagi anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan RM2,000 setahun kepada keluarga yang anak mereka melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan seterusnya.

b. 'Veterans Act' jika diluluskan akan dimasukkan faedah kesihatan.

c. Rumah Kelab untuk bekas-bekas perajurit di sebelah Kelab Golf PD dan MRSM untuk anak-anak bekas Perajurit. ( MB Mohamad Hassan telahpun bersetuju untuk menyediakan tanah)

d. Perpustakaan dan Kemudahan Wi-Fi untuk kemudahan anak-anak tentera.

e. RM100,000 untuk menaiktaraf surau di kawasan kem tentera. (cek sumbangan telah pun diserahkan).

Muhyiddin Yassin mengumumkan SRJK Tamil Sungai Salak yang beroperasi dari rumah kedai 2 tingkat akan menerima 1 hektar tanah untuk pembinaan Sekolah yang dijangka siap dalam masa setahun-12 bulan.

TPM juga mengarahkan semua PBT di negeri tersebut untuk memudahkan pemberian lesen perniagaan untuk tidak melemahkan semangat mereka untuk berniaga.

TPM juga mengumumkan peruntukan RM480,000 kepada 3 buah sekolah ' Chinese Vernacular School' dan pemberian angpow sebanyak RM100 kepada 233 orang warga tua.

Rais Yatim menyerahkan sumbangan Mikro-komputer kepada 6 buah sekolah di Bagan Pinang.


Menteri Sumber Manusia S Subramaniam berjanji akan memberikan jalan bertar, dewan komuniti, sebuah dewan untuk kuil dan sistem perparitan untuk kawasan perkuburan Cina dan India akan diperbaiki.

Gelanggang Badminton dan mesin fotokopi akan disediakan kepada Sekolah Tamil, Tabung Kemudahan Pembiayaan Perumahan untuk pekerja Estet juga akan ditubuhkan.-baganutama
Kejadian Gaduh Di PD Marina
okt 13 09

Video ini memaparkan kejadian gaduh di PD Marina dari aksi samseng-samseng UMno...



Monday, October 12, 2009

UMno Baru
okt 12 09

Bagai menanti kelahiran anak sulung...begitulah situasi UMno sekarang...menangis kerana kegembiraan yang amat sangat setelah menunggu begitu lama dan beroleh kemenangan dalam prk 9 ini..mereka mendakwa mereka telah bangkit dan rakyat telah mula menerima mereka...betul ke...seandainya mereka bertanding secara profesional macam pas...tiada segala kemudahan...tiada jentera kerajaan tiada media yang memberi liputan meluas tiada wang bertaburan tiada samseng-samseng memberi ugutan tiada undi pos....akan menangkah mereka...jangan mimpilah...mungkin ada dikalangan mereka kini yang tengah dok sedap-sedap yamseng dengan tokeh-tokeh yang dok menunggu habuan setelah memberi habuan...mesti balas ma....pedulikan itu semua sekarang wa nak story pasal pas dan pakatan rakyat...
Dalam makrifat tokeyailah...ada baiknya pas kalah sebab pas selama ini menganggap dia sebagai terlalu kuat sombong dan angkuh...dalam setiap kenyataan pas seolah-olah dia sebagai abang besar yang perlu dihormati malah kejawatan perdana menteri pun seandainya pakatan rakyat memerintah perlu diserahkan kepada pas...nampak sangat pas disini terlampau gila kuasa tidak mengambil kira semangat setiakawan didalam PR sebelum mengeluarkan kenyataan....dalam negeri pimpinan PR pun pas sering bertelagah terutama dengan dap...inilah yang menyebabkan undi cina dan india tidak lagi memihak kepada PR dan dimanipulasikan dengan baiknya oleh UMno B-End....pas harus menerima kenyataan ini.. sikap yang menganggap tanpa pas PR akan hanyut perlu dihapuskan jika PR untuk terus berdiri kukuh dan menawan putrajaya...sikap membisu dan terlampau berhati-hati pemimpin pas untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin bawahan mengundang padah bila media BN berterusan memanipulasi setiap apa jua isu...ini memberi kelebihan pada bn dan merosakkan imej PR itu sendiri....yang penting disini adalah pas perlulah ikhlas didalam pakatan rakyat....agenda didalam agenda perlulah dikesampingkan untuk memenangi hati rakyat seluruhnya...banyak lagi faktor-faktor kekalahan pas nih dan telah pun dicerito kat blog-blog lain...kalau rajin pegilah kat blog-blog dia orang tuh semuo...

Sunday, October 11, 2009

Parti Samseng Menang Besar
okt 11 09


Isa pendek dapat 8013 Pas dapat 2578 majoriti 5435 undi rosak 222...Suatu keputusan yang diluar jangkaan....Umngok sapu bersih semua tempat termasuklah undi pos...apa salahnya pas sehingga orang bagan pinang menolak mereka sama sekali ini termasuklah pengundi-pengundi India dan cina...apakah benar ada masalah dalaman dalam pakatan rakyat...sebab mengikut info berita yang tokeyai terima sebenarnya pas tidak mahu bertanding disitu mereka mahu memberikannya kepada PKR tetapi disebabkan hubungan yang tidak baik antara ketua pkr disitu yang tidak mahu calon yang dicadangkan akan merampas populariti darinya maka dia tetap bertegas agar pas bertanding....inilah politik setiap pertaruhan itu amat besar kesannya...oklah kita berbalik kepada kemenangan UMngok ini....tokeyai pasti semua penyokong pakatan rakyat tidak dapat menerima kekalahan ini termasuklah den ...sobabnya kerana UMngok terlalu sombong dan bongkak mereka menggunakan segala jentera fasiliti waimah budak-budak rempit dan samseng-samseng semata-mata untuk menang dalam prk ini...itu yang tokeyai tak boleh terima mereka terlalu samseng mereka sanggup mengupah samseng untuk membunuh orang semuanya didepan mato den...apa jenis politik ini...kalau menang dengan cara berhemah tiada siapa mempertikaikannya semua pihak akan berbaik sangka tapi menang dengan cara ini adalah sukar untuk diterima...ia jelas menunjukkan kebodohan UMngok kerana tokeyai pasti permainan ALLAH belum tamat lagi pasti ada agenda dari Allah lagi untuk dipertontonkan kepada kita bagi merungkai siapa UMno sebenarnya dan untuk kita menbenamkan dia keperut bumi kerana hanya orang bagan pinang sahaja yang sanggup berpemimpinkan seorang yang rasuah dan yang pasti rakyat diluar sana tetap menolak pemimpin yang begini...maka persediaan bagi PR untuk menghadapi PRU13 amat mudah kerana UMno kini menghalalkan rasuah dan dikeliling oleh pemimpin yang rasuah....
Sah! UMno Memang Parti Samseng
okt 11 09

Malam dan subuh tadi tokeyai berada di markas pakatan rakyat di batu 6 berhampiran PD Marina..seperti selalunya semua sesi ceramah dan aktiviti disini berjalan dengan lancar tanpa gangguan...sesekali kedengaran suara penyokong-penyokong PR menghangatkan suasana baik ditapak ceramah dan dibahu-bahu jalan...mereka mengibar-ngibarkan logo-logo pakatan rakyat sambil kenderaan membunyikan hon kenderaan masing-masing tanda menyokong pakatan rakyat...cadang ingat nak ke bt 9 atau bt 4 tapi tak jadi sebab jem teruk jadi berlabuhlah tokeyai kat bt 6 nih...sebelum itu tokeyai mendapat tahu bahawa akan berlaku 'peperangan' ditapak bt 6 ini antara pr dan bn sobabnya pasal B-end dah tak tahan dengan sokongan yang diberi kepada PR dan nak buat provokasi yang lebih ganas lagi untuk membatalkan kemenangan calon jika pas menang...tokeyai relek ajelah sambil hisap rokok dan melayan ceramah...tengok kiri kanan boto ko ada peperangan nih...agaknya seperti yang dirancang oleh Umno celako nih....jam 12 lebih dari jauh kedengaran bunyi deruman motor budak-budak rempit arahan azeez lembek membuat provokasi peperangan...seperti kilat mereka berpatah balik apabila melihat penyokong PR yang ramai dan ada juga yang cuba mengejar mereka...tak lamo kemudian gangster taik kucing UMngok Pekida agaknya...tak pun dari orang Omar den tempang...takpun SB polis seramai 4 orang 2 botak perut buncit 2 lagi biasa aje mereka bersenjatakan buluh..tiba-tiba aje memberhentikan merc keluar dari kereta terus memaki hamun dan cuba membuat provokasi level kamikaze mafia jepun...yakuza...cuba memancing penyokong PR memukul diaorang...celako tahap sial diaorang nih dengan orang tua pun dimakinya memang sial betullah....kalau tak mengenang besok hari mengundi dan cubaan provok untuk menjatuhkan PR oleh UMngok bongok memang lunyai 4 ekor lembu bangang nih...lu orang pikirlah sendiri berani ke 4 orang nak lawan beratus-ratus orang tanpa sebab...tapi nasib baik keadaan terkawal...dah puas agaknya lembu-lembu nih cuba buat provok tapi gagal dia orang belah...ingatkan dah habis...dia buat hal lagi kat depan pulak kecoh jugak tapi sekejap aje lepas tu dia belah...eden tak dapat ambik gambar betri out of order...tapi rakaman hp ada nanti den uploadkan kemudian..lu orang tengoklah sendiri samseng-samseng kampung dusun nih...tak lama kemudian penyokong-penyokong UMngok bersama mat-mat rempit dan taiko-taiko mereka diberitakan makin ramai dihujung jalan keadaan dimarkas pun makin panas jumlah pun makin ramai masing-masing berbincang strategi untuk mempertahankan diri jika diserang oleh penyokong Umno...keadaan memang tegang ramai dah mula mengeluar dan mencari apa yang boleh dijadikan senjata termasuklah den...den dah prepare awal-awal apa senjata rahsia...yang bagusnya dipihak PR nih semua kaum ada cina india join sekali ini baru betul 1Malaysia...dibelah Umngok sana melayu aje mana poie mca dan mic hang...hampeh punya kawan...ditengah-tengah syok nak berperang nih..polis pulak sampai 2 trak fru jam lebih kurang 2-3pg....ustaz nasruddin tantawi pun sampai jugak dan mengarahkan dihentikan segala ketegangan dan provokasi...ustz siap baca doa lagi untuk Allah menenangkan hati kita orang semua...alhamdullillah keadaan reda sedikit tapi barisan hadapan belum nak berundur masih berdiri ditepi jalan ...keadaan menjadi reda bila anggota polis makin ramai yang datang dan membuat arahan untuk bersurai dan tangkapan akan dibuat jika yang ingkar...dengan arahan ustz nasrudin masing-masing berundur dan kembali ke khemah dan ada yang terus beredar...polis dah tutup jalan hanya membuka satu lorong sahaja memang jem...den pun mengambil keputusan untuk beredar dengan niat untuk melihat keadaan penyokong-penyokong UMngok disebelah sana...memang sah UMno ni parti samseng taik kucing....memang ramai samseng-samseng dia orang nih...berkubu di markas UMno sebelah tokong cina tu...siap ada pegang parang lagi..ada jugak taiko-taiko dia yang park kat tepi jalan tuh...tapi semua terkawallah polis jago sampailah sekarang nih...panas beb memang panas polis cepat sangat sampai macam dah tau aje...kalau lambat sikit aje lagi bagan pinang pasti akan menjadi sejarah besar negara...yelah...kalau tak membunuh pasti akan dibunuh...dashyat...dashyat...

Saturday, October 10, 2009

Bob Tak Sabar-Sabar Untuk Undi PAS
okt 10 09

Tokeyai ingin menasihatkan bob untuk kuatkan semangat dan keyakinan kerana tokeyai pasti selepas ini pasti ada gerombolan-gerombolan UMno yang akan datang berjumpa bob dan menawarkan RM yang banyak untuk memujuk bob agar tidak mengundi pas...apa yang diharapkan agar bob tidak terpengaruh dan menjual maruah semata-mata kerana RM...ingatlah ketika bob dipukul tempohari mereka langsung tidak memikirkan nyawa orang lain...bila perlu dan terdesak aje barulah balaci-balaci UMngok ini akan menyembah dan mencium kaki kita...ingat tu bob...kukuhkan keyakinan kerana Allah...Takbirr.....





(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)

Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily.
Akhbar Paling Penipu DiDunia
okt 10 09

Utusan meloya dan terlampau penipu hari ini cuba memutarbelitkan fakta demi semata-mata untuk menarik perhatian pengundi bagan pinang...akhbar yang bangang ini sama macam pemiliknya Umno...bangang entek-entekan kata orang jawa..dia kata pas hanya cuba buat provokasi dalam kes serangan oleh samseng UMngok bongok...tapi dengan gambar yang boleh menceritakan segalanya rakyat tidak semudah itu untuk dibodoh-bodohkan oleh suratkhabar terlampau itu...malam tadi tokeyai ada dibagan pinang menyaksikan sendiri samseng-samseng UMno yang cuba memprovokasi ceramah Pakatan rakyat...dengan budak-budak motor yang diupah UMno membunyikan motor dengan kuat dan memekik-mekik macam orang gila jelas menunjukkan budaya samseng UMno...ada polis ramai pun mereka berani buat...inilah UMngok bongok sebenarnya yang tertekan dengan situasi yang memihak kepada pas mereka akan buat apa sahaja untuk menghalang pas dari memenangi prk bagan pinang ini...Malam tadi jugak ditengah-tengah orang ramai yang menyaksikan ceramah pr..tokeyai terpandang pengasan Zentrum Future Studies Dr.Abu hassan Hasbulah dia sedang mencari maklumat dan fakta untuk bersama Awani malam ini..tokeyai pun sempat untuk meminta pandangan dia dan dia berkata insyaallah pas ada harapan untuk menang dan dijangkakan persaingan sengit pihak yang menang mungkin memperolehi majoriti dalam lingkungan 1000 undi sahaja...itu pandangan pakar penganalisis politik ini dan diharap ianya akan menjadi kenyataan...insyaallah...




Semua berita ini adalah menipu semata-mata

Provokasi Pas

  • Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub serta penulis portal Malaysian Insider dan Harakah Daily diminta beri keterangan tentang dakwaan mengelirukan kononnya penyokong parti itu cedera diserang ahli UMNO.
  • Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, gambar mangsa yang ditunjukkan Salahuddin dan disiarkan dalam portal berbeza dengan orang yang membuat laporan polis.
  • Tiada siapa yang tampil membuat laporan polis mengatakan cedera teruk ditetak ‘pedang samurai’.
  • Salahuddin semalam gagal tunjukkan bukti salinan laporan polis atau nama lelaki yang ‘cedera’ ditetak.
  • Ia hanya satu salinan laporan polis seorang penyokong Pas yang mendakwa keretanya dihalang oleh petugas BN.
  • Laman web Harakah sendiri telah menarik balik berita itu.

  • Friday, October 9, 2009

    Politik Wang Bukan Rasuah - ISA Yang Dungu
    okt 09 09


    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfJtIXjJDuTLgpnoQyCTwAX7D005J2b_u0CFmHVQCHL3azNEbJsS-mmUAFQk8-kjBV8Lkgq8ZFAqjTr4HiHXzXaU_djUhkBrhYm0YOqYF_hGf6aRxVYEQ-ZFXYufHNabLKIBim_J2XqG6i/s400/isa+samad.jpg
    Awas.....dalam rambut gondrong pun ada tersembunyi wang untuk disogok!!!!!

    Dia kata dia tak buat rasuah dia cuma melanggar kod etika parti ketika memberi duit kepada pengundi dalam pemilihan parti...apalah bangang bin bengong siISA pendek nih...kalau dah putar alam tu...putar alam jugak....siang-siang hari dia nak membodohkan kita..dia ingat kita bodoh macam dia dan balaci-balaci dia tuh...apa citer mat norawang dengan noorzakaria yang ditangkap sprm kerana merasuah pengundi...bodoh betullah sipendek nih...kalau nak bodoh pun bodohlah sorang-sorang jangan ajak orang lain ikut bodoh macam hang...kalau orang macam ni lah jadi wakil rakyat atau pm ke..alamat terlingkuplah malaysia nih...sebelum apa-apa baik bagi jerung makan aje lagi bagus...semoga pengundi bagan pinang bertindak bijak jangan terpedaya dengan cakap sipendek nih dan balaci-balaci dia tuh....



    "Politik wang bukan rasuah," demikianlah pendirian yang dipegang calon UMNO-BN Bagan Pinang, Mohd Isa Abdul Samad (gambar kanan). Bekas Naib Presiden UMNO ini menganggap dirinya hanya melanggar kod etika pemilihan parti UMNO, malah menyalahkan media yang memutar-belitkannya sebagai rasuah.

    "Saya bukan rasuah. Ini ialah politik wang. Apa yang berlaku sebenarnya adalah, saya melanggar kod etika. Kami mempunyai kod etika dalam pemilihan parti. Kemudian, media memutar-belitkannya kepada politik wang dan rasuah," kata Isa Samad kepada wartawan MerdekaReview dalam satu wawancara pada malam Isnin yang lalu.

    Malah, ketika diajukan soalan bahawa pencalonan Isa Samad dilihat sebagai menghalang usaha UMNO membanteras rasuah, calon ini menganggap politik rasuah dalam UMNO bakal diselesaikan dengan pindaan perlembagaan parti.

    UMngok Eksploitasi Kanak-Kanak Dan Kerusi
    okt 09 09

    Apa nih...UMnoMoral sampai guna budak-budak dengar ceramah nih...apa ke hehnya nih...kesian..kesian wa tengok luorang...Guna budak-budak ok lagi...ni sampai kerusi aje yang dengar ceramah lu orang nih...apa citer beb...Wa rasa ahh...pas nih lu orang pakat-pakat la bawak lembu banyak-banyak penuhkan itu kerusi....kesian beb wa tengok itu kerusi banyak kosong...


    Roslan Kassim sedang syok sendiri....



    [bp_tpm_kosong.jpg]

    [bp_tpm_kosong2.jpg]

    Wow...berjuta-juta kerusi...ramai tuh....

    Thursday, October 8, 2009

    Pekida dan UMngok Sama-Sama Lahanat
    okt 08 09

    Gangster melayu yang beraninya bila-bila ramai nih...bila sorang-sorang kocut tolur...adalah samseng jalanan dan kebanyakan dari mereka adalah sampah masyarakat...mampuslah kau apa aku heran....Ayuh pemuda-pemuda pakatan dan yang inginkan perubahan kita beramai-ramai mempertahankan demokrasi dari dileburkan oleh UMngok dan bajingan-bajingan dia...lu tunggu...

    Terkini dari Bagan : Pekida @ 3 Line.

    Terkini kami berjaya memintas mesej dari unit semboyan Pekida kepada seluruh ahli Pekida di Semenanjung Malaysia. Mesej tersebut menyeru ahli-ahli Pekida yang berdaftar turun ke Bagan Pinang dengan segera dan wajib.

    Perhatian kepada semua. -baganutama

    Laporan Mangsa Serangan DiMarkas Pas
    okt 08 09

    Lu...tunggu...lu tunggu...UMngok Bongok...@#!$%^&*

    BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

    Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

    Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

    Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

    Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

    "Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

    Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

    Image(GambarSalah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

    Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

    "Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

    Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

    Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

    "Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

    Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

    Image"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

    Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

    "Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

    Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

    Harakaydaily bagaimanapun dalam usaha mancari kesahihan maklumat tersebut.

    Berikutan itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini.

    Sidang media tersebut akan diketuai Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Suhaizan sendiri.

    Turut akan didedahkan dalam sidang media tersebut adalah berkaitan maklumat terbaru penyelewengan undi pos.-harakah

    Markas Induk Pas Diserang
    okt 08 09

    Waa...lu sudah main kasar nampak...lu betul-betul cinabeng la UMnoMoral...ini memang betul-betul menimbulkan kemarahan nih...lu tunggu...lu tunggu...UMngok bongok...

    Awal pagi tadi lebih kurang jam 3:30 pagi Markaz Pemuda PAS Pusat dan juga Markas Induk PAS di Bagan Pinang telah dikepung dan diserang oleh ramai samseng UMNO yang datang dengan lebih daripada 20 biji motor dan disyaki berada dalam keadaan mabuk.

    Ramai Petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

    Saya memohon kepada rakan-rakan dan para pentokong Pakatan Rakyat untuk turun membantu dan meningkatkan kawalan keselamatan. Yang terbukti samseng adalah UMNO. Dengan nama ALLAH... kami perlu pertolongan.-perisikrakyat

    Dari sumber dalaman, kejadian pemuda Pas dipukul petang semalam dan malam tadi serta beberapa kekecohan yang berlaku semalam rupanya telah dirancang oleh mereka.

    Maka disini petugas-petugas Pakatan perlu mengambil langkah-langkah berikut:

    1] Pastikan dalam grup saudara mempunyai kamera. Jika ada videocam lagi bagus.

    2] Pastikan mobile phone anda sentiasa berada disisi dan mempunyai kredit.

    3] Jangan mulakan apa-apa provokasi dan bertindak sebagai pendamai. Dari pihak mereka,mereka sedaya upaya membuat provokasi kepada petugas pakatan supaya petugas pakatan memulakan pergaduhan dan tumbukan.Itu objektif mereka.

    4] Terus mulakan sesi fotografi kepada sesesiapa yang memulakan provokasi atau mereka-mereka yang mahu mencetuskan pergaduhan ditempat anda.

    5] Terus kongsikan gambar-gambar tadi kepada bloggers Malaysia yang berdekatan dengan anda.Kita mempunyai ratusan bloggers disetiap upu.

    6] Juga kongsikan cerita dan maklumat kejadian tadi kepada bloggers Malaysia tadi.Maklumat anda tadi akan terus disiarkan dilaman web supya dapat dikongsi oleh semua orang dan disebarkan.

    7] Jangan melakukan tindakan dan perbuatan berseorangan.Lakukan dalam grup.

    Kepada bloggers Malaysia,jangan segan memakai tag anda. Ia amat penting supaya anda mudah dikenali oleh petugas pakatan.-baganutama


    Pemuda dan ahli pas melihat gelagat pemuda Umno.


    Muslimat Pas mengemaskan barang-barang sebalum di roboh oleh pemuda Umno.


    Ghairah sungguh pemuda Umno meroboh kan khemah untuk program Pakatan.


    Pemuda Umno dengan lagaknya.


    Pemuda Pas bersabar dengan tingkah laku mereka.
    Selamat Mengundi Abang Tentera
    okt 08 09

    Hari ini para tentera kita akan mula mengundi sehingga 11 okt nanti...kepada abang-abang tentera ingatlah ini...bertolong-tolongan lah kamu dalam menegakkan agama allah dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam kerja kemungkaran...ISA yang akan anda pilih itu telah jelas seorang perasuah besar sahabat-sahabatnya adalah syaitan dan tokeh-tokeh besar dikala kesempitan ini dia memandang anda terlalu tinggi tetapi dikala senang nanti anda pasti akan disepak jauh...pilihlah pemimpin yang mempunyai integriti yang tinggi yang sudah pastinya tidak akan mengamalkan rasuah...jangan takut untuk memangkah pas...Ingatlah kehidupan kita semua ditangan Allah SWT..

    Tentera perlu Berani Buat Perubahan-Nik Aziz

    KOTA BHARU, 7 Okt: Anggota tentera yang terlatih dengan semangat keberanian dan keperwiraan perlu berani mencetus suasana politik ke arah lebih adil dan harmonis di negara ini.

    Impian itu hanya akan menjadi kenyataan apabila mereka memilih PAS pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang Ahad ini.

    Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, keberanian tentera yang mempunyai kemahiran menggunakan peluru dan bom harus juga diterjemahkan dalam menegakkan demokrasi di Malaysia.

    "Seharusnya perwira kita perlu berani memberi sokongan padu keada perjuangan mendaulatkan Islam pada 11 Oktober ini.

    "Tanggungjawab hendaklah dilaksanakan selaras mengikut syariat dan tidak memberi peluang kepada pihak lain mempergunakan kebolehan mereka," katanya di sini.

    ImageNik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, anggota tentera yang diamanahkan menjaga keselamatan negara seharusnya sentiasa berada di landasan yang betul selari dengan kehendak Islam.

    Katanya dalam sejarah Islam peranan tentera bermula sejak zaman Rasulullah saw, di mana setiap pendokong perjuangan Islam terdiri daripada tentera.

    "Rasulullah saw seorang peniaga, ahli politik, hakim dan juga seorang panglima tentera.

    "Sekiranya tuan tuan seorang askar, tuan tuan telah berada di landasan yang betul kerana menjaga tanah air agar tidak diganggu gugat musuh," ujarnya.

    Beliau juga berkata, sistem pengundian pos yang ada sekarang telah dipergunakan untuk kepentingan pemerintah sewenang-wenangnya.

    Menurutnya banyak kes yang dilaporkan ada pihak yang mewakili seseorang anggota tentera mengundi bagi pihaknya, sedangkan ia bertentangan dengan amalan demokrasi.

    Beliau juga berkata, anggota tentera boleh menjadikan Kelantan yang dipimpin gerakan Islam sejak hampir 20 tahun lalu sebagai contoh sebuah pentadbiran yang bersih.

    "Segala bentuk rasuah, penyelewengan, perjudian atau seumpamanya diambil tindakan tegas kerajaan negeri bagi melahirkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang bersih," ujarnya._

    Bantuan Guaman Untuk Tentera

    Dewan Pemuda PAS pusat bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada mana-mana anggota tentera yang diambil tindakan kerana mengundi PAS dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak .

    "Selamat mengundi dengan penuh tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang bersih , berwibawa dan jauh dari krisis integriti," kata ketuanya Nasrudidn Hassan.

    "Sayugianya demokrasi negara telah matang dan demikian juga para pengundi. Undilah dengan wajar dan waras berasas ilmu dan kepentingan masa depan negara.

    "Bukan mengundi kerana diugut atau dibayar tetapi dengan kesedaran dan kefahaman," katanya dalam satu kenyataan hari ini .

    Nasruddin berkata, bagi memastikan perjalanan undian pos berjalan dengan baik dan selamat, Pemuda PAS akan senantiasa mengekori perkembangannya supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan .

    Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikesan melakukan penyelewengan atau penipuan ke atas undi pos.

    "Sekalipun melibatkan pegawai-pegawai tertentu dari kalangan pemerintah anggota tentera. Harapan kita, tiada sebarang penyelewengan, insya Allah," katanya.

    Pelakon Dan Bukan Pelakon
    okt 08 09



    Mari kita layan dunia Fantasiok UMno dan Realiti sebenarnya....

    Ini pelakon tambahan artis rajinikhant teruk dipukul sampai bengkak-bengkak batang leher sebesar batang kelapa....















    Ini pulak aksi sebenar petugas PR...mana ada apa-apa steady-meady aje..tu bengkak sendiri datang ma..gua jumpa aje orang UMnomoral..pastu gua tengok mata gua lebam...nih...yang gua heran nih...



    Inilah wajah sahabat kita,lihat kecederaan pada matanya.


    Ini yang aku boleh tunjukkan tahap kecederaan sahabat kita.Ini pun masa kat hospital Port Dickson untuk dapatkan rawatan dan akan buat laporan polis diatas kejadian terbabit.

    Wednesday, October 7, 2009

    Undi-Undi Hantu Makin Banyak
    okt 07 09



    Bukan pengundi aje boleh jadi hantu...undi pos pun boleh dihantukan oleh UMnomoral...terkini jumlah nama bertindih makin banyak dikesan oleh pas dekat 500 pengundi namanya didartar dua kali mengguna ic awam dan ic tentera...ini boleh mendatangkan marah..kata ahmad nisfu..benar-benar hantu malaun jibaunlah SPR dan UMnomoral..nih..memang betul-betul cilakak..nih...memang marah..nih..kena jual...juallah...apa ada hal...

    PAS mengesan lebih banyak pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Ahad ini.

    Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, setakat semakan mereka sehingga tengah hari ini, sekurang-kurangnya 500 pemilih terlibat dengan keganjilan itu – yang membimbangkan parti kemungkinan pengundian dua kali.

    Semalam Malaysiakini melaporkan parti itu mendakwa ia berjaya mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang didaftarkan sebanyak dua kali di daftar tersebut.

    Sehubungan itu, beliau akan membangkitkan kontroversi ini dalam pertemuan rombongan PAS dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya jam 3 petang ini.

    "Kita harap, daftar pemilih ini dapat diputihkan," kata Salahuddin kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.-mkini
    Provokasi Umngok Kena Turun
    okt 07 09

    Akhirnya buat pertama kalinya 1Malaysia ditumbangkan...itulah ghairah nak menang sangat tak abis-abis nak buat fitnah n provokasi...padan muko....

    Banner yang dikatakan menimbulkan Provokasi dan Fitnah
    Ini merupakan gambar tebaru yang dirakamkan yang mana beberapa banner yang menimbulkan provokasi dan juga fitnah telah diturunkan petang ini.
    Ia diturunkan selepas satu laporan polis dibuat oleh Yb Firdaus Jaafar MP jerai semalam.
    Beliau yang dalam ceramahnya memberikan masa 24 jam bermula petang semalam kepada Pihak Berkuasa untuk menurunkan kesemua banner yang berunsur fitnah ini akhirnya berjaya diturunkan kerana ia disifatkan melanggar akta Pilihanraya Malaysia.
    UMno Guna Kaedah Forensik Menangkan ISA
    okt 07 09


    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfJtIXjJDuTLgpnoQyCTwAX7D005J2b_u0CFmHVQCHL3azNEbJsS-mmUAFQk8-kjBV8Lkgq8ZFAqjTr4HiHXzXaU_djUhkBrhYm0YOqYF_hGf6aRxVYEQ-ZFXYufHNabLKIBim_J2XqG6i/s400/isa+samad.jpg
    Awas.....dalam rambut gondrong pun ada tersembunyi wang untuk disogok!!!!!

    Wow.....Kata saudagar minyak urut taik unta...dasyhat tuh....tokeyai sokong sangat sebab ISA pendek dah tua dah recycle bin umno tak lama lagi nak mampuih...elok sangat diforensikkan awal-awal supaya matinya tak terbeliak bijik mata bila tau kalah nanti....

    UMNO Wilayah guna kaedah Forensik Politik...


    Bunyi macam pelik tetapi UMNO Wilayah Persekutuan ada cara tersendiri bagi pastikan calon BN Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menang pada pilihan raya kecil Ahad ini.
    Apatah lagi UMNO Wilayah Persekutuan ditugaskan di kawasan peti undi di Kampung Bagan Pinang , cawangan Mohd Isa sendiri. Menggunakan kaedah Forensik Politik, jentera UMNO di ibu negara itu mahu memastikan tiga lokaliti dalam kawasan peti undi Bagan Pinang memberi sokongan penuh kepada mantan Menteri Besar Negeri Sembilan itu

    Tuesday, October 6, 2009

    Lagi Penipuan Undi berganda Dikesan
    okt 06 09


    Bukan sikit tu...bhai... 200 undi di dua tempat sudah jadi 400..korang tengoklah betapa terdesaknya Umno sehingga sanggup untuk menipu undi itu yang dapat dikesan yang tak dapat dikesan ntah...ntah...beribu-ribu agaknya...patutlah muka penyangak ISA steady aje...macam tak bersalah...Cinabeng lu SPR n UMno...lu orang main tipu...eh...cilakak...




    PAS mendakwa berjaya mengesan kira-kira 200 orang yang dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk menggunakan kad pengenalan tentera, pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

    "Daftar pemilih ini berpotensi tidak bersih. Kita berjaya mengesan kira-kira 200 (kemungkinan) undian berganda.

    "Terdapat (kemungkinan) undi di dua tempat. Mereka ini ada kad pengenalan tentera dan ada kad pengenalan awam," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa undi pos.

    Sehubungan itu, tambahnya, rombongan pemimpin PAS yang diketuai oleh naib presidennya Salahuddin Ayub dan setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali akan membangkitkan isu itu dalam pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya esok.
    - mkini
    Kempen ISA Tersepit Guna KDN
    okt 06 09

    Akibat takut kalah 8 kali berturut-turut dan ditimpa kemaluan yang tinggi akhirnya Umno B-End mengarahkan dua akbar cina untuk tidak menyiarkan kisah ISA pendek rasuah dan digantung 6 tahun...Lojiknya... orang yang bersalah mesti takut punya...sudah terang lagi bersuluh...Akhirnya Umngok mengakui kelemahan calonya adalah kerana terlibat dengan rasuah yang kalau menikut hukum yang betul mesti masuk penjara punya....ka..ka..ka..ka..kiok...Umngok...Umngok kenapalah kau ni bongok sangat...tak reti den nak kobar...

    Akhbar-akhbar harian berbahasa Cina telah diarahkan supaya jangan melaporkan mengenai penggantungan keahlian Tan Sri Isa Samad dalam Umno, menjelang pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

    Sekurang-kurangnya dua akhbar harian berbahasa Cina telah diarahkan supaya jangan melaporkan penggantungan keahlian Isa, selepas beliau didapati bersalah terbabit dalam politik wang sewaktu pemilihan Umno pada 2004.

    Malaysiakini difahamkan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan arahan lisan mengenai larangan tersebut, tetapi tidak dapat disahkan.

    Bagaimanapun, sumber dalam sebuah akhbar harian berbahasa Cina berkata, arahan itu melarang sebarang sebutan mengenai penggantungan Isa, sama ada dalam laporan berita atau pun ulasan.

    "Alasan yang diberikan ialah penggantungan Isa adalah perkara lama dan Isa juga telah menjalani hukumannya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk menyerahkan kepada penggundi sendiri untuk memutuskannya," kata sumber itu.

    "BN juga bimbang isu tersebut akan menjejaskan kempennya, memandangkan wujudnya masalah dalaman antara Isa dan Menteri Besar, Datuk Mohammad Hassan,".mkini

    POSTING RUJUKAN

    SAJAK DR ASRI

    BLOG LIST

    AlQurannulkarim

    Listen to Quran