Saturday, October 10, 2009

Bob Tak Sabar-Sabar Untuk Undi PAS
okt 10 09

Tokeyai ingin menasihatkan bob untuk kuatkan semangat dan keyakinan kerana tokeyai pasti selepas ini pasti ada gerombolan-gerombolan UMno yang akan datang berjumpa bob dan menawarkan RM yang banyak untuk memujuk bob agar tidak mengundi pas...apa yang diharapkan agar bob tidak terpengaruh dan menjual maruah semata-mata kerana RM...ingatlah ketika bob dipukul tempohari mereka langsung tidak memikirkan nyawa orang lain...bila perlu dan terdesak aje barulah balaci-balaci UMngok ini akan menyembah dan mencium kaki kita...ingat tu bob...kukuhkan keyakinan kerana Allah...Takbirr.....





(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)

Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran