Showing posts with label ganas. Show all posts
Showing posts with label ganas. Show all posts

Sunday, October 11, 2009

Sah! UMno Memang Parti Samseng
okt 11 09

Malam dan subuh tadi tokeyai berada di markas pakatan rakyat di batu 6 berhampiran PD Marina..seperti selalunya semua sesi ceramah dan aktiviti disini berjalan dengan lancar tanpa gangguan...sesekali kedengaran suara penyokong-penyokong PR menghangatkan suasana baik ditapak ceramah dan dibahu-bahu jalan...mereka mengibar-ngibarkan logo-logo pakatan rakyat sambil kenderaan membunyikan hon kenderaan masing-masing tanda menyokong pakatan rakyat...cadang ingat nak ke bt 9 atau bt 4 tapi tak jadi sebab jem teruk jadi berlabuhlah tokeyai kat bt 6 nih...sebelum itu tokeyai mendapat tahu bahawa akan berlaku 'peperangan' ditapak bt 6 ini antara pr dan bn sobabnya pasal B-end dah tak tahan dengan sokongan yang diberi kepada PR dan nak buat provokasi yang lebih ganas lagi untuk membatalkan kemenangan calon jika pas menang...tokeyai relek ajelah sambil hisap rokok dan melayan ceramah...tengok kiri kanan boto ko ada peperangan nih...agaknya seperti yang dirancang oleh Umno celako nih....jam 12 lebih dari jauh kedengaran bunyi deruman motor budak-budak rempit arahan azeez lembek membuat provokasi peperangan...seperti kilat mereka berpatah balik apabila melihat penyokong PR yang ramai dan ada juga yang cuba mengejar mereka...tak lamo kemudian gangster taik kucing UMngok Pekida agaknya...tak pun dari orang Omar den tempang...takpun SB polis seramai 4 orang 2 botak perut buncit 2 lagi biasa aje mereka bersenjatakan buluh..tiba-tiba aje memberhentikan merc keluar dari kereta terus memaki hamun dan cuba membuat provokasi level kamikaze mafia jepun...yakuza...cuba memancing penyokong PR memukul diaorang...celako tahap sial diaorang nih dengan orang tua pun dimakinya memang sial betullah....kalau tak mengenang besok hari mengundi dan cubaan provok untuk menjatuhkan PR oleh UMngok bongok memang lunyai 4 ekor lembu bangang nih...lu orang pikirlah sendiri berani ke 4 orang nak lawan beratus-ratus orang tanpa sebab...tapi nasib baik keadaan terkawal...dah puas agaknya lembu-lembu nih cuba buat provok tapi gagal dia orang belah...ingatkan dah habis...dia buat hal lagi kat depan pulak kecoh jugak tapi sekejap aje lepas tu dia belah...eden tak dapat ambik gambar betri out of order...tapi rakaman hp ada nanti den uploadkan kemudian..lu orang tengoklah sendiri samseng-samseng kampung dusun nih...tak lama kemudian penyokong-penyokong UMngok bersama mat-mat rempit dan taiko-taiko mereka diberitakan makin ramai dihujung jalan keadaan dimarkas pun makin panas jumlah pun makin ramai masing-masing berbincang strategi untuk mempertahankan diri jika diserang oleh penyokong Umno...keadaan memang tegang ramai dah mula mengeluar dan mencari apa yang boleh dijadikan senjata termasuklah den...den dah prepare awal-awal apa senjata rahsia...yang bagusnya dipihak PR nih semua kaum ada cina india join sekali ini baru betul 1Malaysia...dibelah Umngok sana melayu aje mana poie mca dan mic hang...hampeh punya kawan...ditengah-tengah syok nak berperang nih..polis pulak sampai 2 trak fru jam lebih kurang 2-3pg....ustaz nasruddin tantawi pun sampai jugak dan mengarahkan dihentikan segala ketegangan dan provokasi...ustz siap baca doa lagi untuk Allah menenangkan hati kita orang semua...alhamdullillah keadaan reda sedikit tapi barisan hadapan belum nak berundur masih berdiri ditepi jalan ...keadaan menjadi reda bila anggota polis makin ramai yang datang dan membuat arahan untuk bersurai dan tangkapan akan dibuat jika yang ingkar...dengan arahan ustz nasrudin masing-masing berundur dan kembali ke khemah dan ada yang terus beredar...polis dah tutup jalan hanya membuka satu lorong sahaja memang jem...den pun mengambil keputusan untuk beredar dengan niat untuk melihat keadaan penyokong-penyokong UMngok disebelah sana...memang sah UMno ni parti samseng taik kucing....memang ramai samseng-samseng dia orang nih...berkubu di markas UMno sebelah tokong cina tu...siap ada pegang parang lagi..ada jugak taiko-taiko dia yang park kat tepi jalan tuh...tapi semua terkawallah polis jago sampailah sekarang nih...panas beb memang panas polis cepat sangat sampai macam dah tau aje...kalau lambat sikit aje lagi bagan pinang pasti akan menjadi sejarah besar negara...yelah...kalau tak membunuh pasti akan dibunuh...dashyat...dashyat...

Saturday, October 10, 2009

Bob Tak Sabar-Sabar Untuk Undi PAS
okt 10 09

Tokeyai ingin menasihatkan bob untuk kuatkan semangat dan keyakinan kerana tokeyai pasti selepas ini pasti ada gerombolan-gerombolan UMno yang akan datang berjumpa bob dan menawarkan RM yang banyak untuk memujuk bob agar tidak mengundi pas...apa yang diharapkan agar bob tidak terpengaruh dan menjual maruah semata-mata kerana RM...ingatlah ketika bob dipukul tempohari mereka langsung tidak memikirkan nyawa orang lain...bila perlu dan terdesak aje barulah balaci-balaci UMngok ini akan menyembah dan mencium kaki kita...ingat tu bob...kukuhkan keyakinan kerana Allah...Takbirr.....





(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)

Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily.

Thursday, October 8, 2009

Laporan Mangsa Serangan DiMarkas Pas
okt 08 09

Lu...tunggu...lu tunggu...UMngok Bongok...@#!$%^&*

BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Image(GambarSalah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

Image"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Harakaydaily bagaimanapun dalam usaha mancari kesahihan maklumat tersebut.

Berikutan itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini.

Sidang media tersebut akan diketuai Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Suhaizan sendiri.

Turut akan didedahkan dalam sidang media tersebut adalah berkaitan maklumat terbaru penyelewengan undi pos.-harakah

Markas Induk Pas Diserang
okt 08 09

Waa...lu sudah main kasar nampak...lu betul-betul cinabeng la UMnoMoral...ini memang betul-betul menimbulkan kemarahan nih...lu tunggu...lu tunggu...UMngok bongok...

Awal pagi tadi lebih kurang jam 3:30 pagi Markaz Pemuda PAS Pusat dan juga Markas Induk PAS di Bagan Pinang telah dikepung dan diserang oleh ramai samseng UMNO yang datang dengan lebih daripada 20 biji motor dan disyaki berada dalam keadaan mabuk.

Ramai Petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Saya memohon kepada rakan-rakan dan para pentokong Pakatan Rakyat untuk turun membantu dan meningkatkan kawalan keselamatan. Yang terbukti samseng adalah UMNO. Dengan nama ALLAH... kami perlu pertolongan.-perisikrakyat

Dari sumber dalaman, kejadian pemuda Pas dipukul petang semalam dan malam tadi serta beberapa kekecohan yang berlaku semalam rupanya telah dirancang oleh mereka.

Maka disini petugas-petugas Pakatan perlu mengambil langkah-langkah berikut:

1] Pastikan dalam grup saudara mempunyai kamera. Jika ada videocam lagi bagus.

2] Pastikan mobile phone anda sentiasa berada disisi dan mempunyai kredit.

3] Jangan mulakan apa-apa provokasi dan bertindak sebagai pendamai. Dari pihak mereka,mereka sedaya upaya membuat provokasi kepada petugas pakatan supaya petugas pakatan memulakan pergaduhan dan tumbukan.Itu objektif mereka.

4] Terus mulakan sesi fotografi kepada sesesiapa yang memulakan provokasi atau mereka-mereka yang mahu mencetuskan pergaduhan ditempat anda.

5] Terus kongsikan gambar-gambar tadi kepada bloggers Malaysia yang berdekatan dengan anda.Kita mempunyai ratusan bloggers disetiap upu.

6] Juga kongsikan cerita dan maklumat kejadian tadi kepada bloggers Malaysia tadi.Maklumat anda tadi akan terus disiarkan dilaman web supya dapat dikongsi oleh semua orang dan disebarkan.

7] Jangan melakukan tindakan dan perbuatan berseorangan.Lakukan dalam grup.

Kepada bloggers Malaysia,jangan segan memakai tag anda. Ia amat penting supaya anda mudah dikenali oleh petugas pakatan.-baganutama


Pemuda dan ahli pas melihat gelagat pemuda Umno.


Muslimat Pas mengemaskan barang-barang sebalum di roboh oleh pemuda Umno.


Ghairah sungguh pemuda Umno meroboh kan khemah untuk program Pakatan.


Pemuda Umno dengan lagaknya.


Pemuda Pas bersabar dengan tingkah laku mereka.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran