Walausiapapun kamu walaudimanapun kamu walauapaperjuanganmu walauapakeinginanmu carilah kedamaian yang abadi disisiNya
Thursday, August 12, 2010
WOI....BERANGAN NAK JADI RAJA KER....
Sunday, July 25, 2010
PR KAKAK TUA BN PULAK KUDA TUA TEMPANG
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan Pakatan Rakyat, terutamanya di Selangor, hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua, manakala kerajaan negeri itu hanya pandai membuat janji tanpa memikirkan adakah janji-janji itu mampu ditunaikan atau sebaliknya.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pelbagai isu membelenggu kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, seperti isu pasir dan kegagalan mengurus ekonomi, dan ia membuktikan bahawa mereka hanya pandai berkata-kata.
"Tetapi sebenarnya mereka hanya bercakap, cakap mereka tidak serupa bikin, cakap pihak pembangkang tak serupa bikin. Mereka pandai berkata-kata seperti burung kakak tua...dia boleh menyanyi tapi dia tidak tahu apa yang dia buat," katanya ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat peringkat Parlimen Wangsa Maju di Pasar Besar Gombak, Batu 5, Jalan Gombak di Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama ialah Pengerusi BN Wangsa Maju Datuk Mohd Shafie Abdullah dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Al-Habshe.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata kegagalan itu memberi kesan besar kepada negara, khususnya Selangor di mana keyakinan pelabur mulai menyusut dan mula beralih arah ke tempat lain.-mkini
Wednesday, May 26, 2010
JERUNG PANDAI KENCING JERUNG LEMBIK

Malaysia-Singapura dapat manfaat
JOHOR BAHRU 25 Mei - Kejayaan Malaysia dan Singapura menyelesaikan beberapa isu tertangguh disifatkan sebagai langkah bijak yang boleh memberi manfaat serta kemajuan secara realistik kepada kedua-dua negara.Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, setelah diteliti persetujuan itu khasnya beberapa perkara yang terkandung dalam dokumen Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA) yang ditandatangani pada 1990, memang tidak dinafikan ia memberi faedah kepada negara.
Ia khususnya perpindahan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP).
Menurutnya, berdasarkan persetujuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, tanah KTMB itu akan dimajukan secara usahasama menerusi syarikat yang dikenali M-S Pte Ltd.
"Dari segi bisnes, kalau dilihat secara kasar kita dah ada untung apabila Khazanah Nasional memiliki ekuiti 60 peratus manakala Temasek Holdings Ltd. cuma 40 peratus.
Tuesday, May 25, 2010
TUN M HANG TIDOQ KA....
SAPA KENCING SAPA
Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.
Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.
Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.
Friday, May 14, 2010
DR M KATA 13 BOLEH BERULANG
| Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sesiapa yang melupakan sejarah mungkin kembali mengulangi sejarah itu dan bakal berhadapan hukuman akibat kesilapan itu. "Saya fikir kalau kita lupa sejarah kita, kita akan ulangi sejarah itu. Ada pepatah terkenal menyebut mereka yang lupa pengajaran daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan mereka berulang kali. "Itu keyakinan saya," katanya pada sidang media penghantaran bantuan kemanusiaan oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di bangunan Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok yang mendakwa persetujuan Dr Mahathir untuk menyertai Program Melayu Bangkit anjuran Institut Integriti Negeri Terengganu (IINT) bersama Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, yang dibatalkan semalam, seolah-olah merestui kempen perkauman. |
Wednesday, May 12, 2010
BEGHAHIM ALI MESTI BENGANG NI....
Zainuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada majlis sambutan ulang tahun ke-64 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur malam semalam.
"Saya sekal
"Kemudian jadi senator. Setakat itulah saya ingat. Kemudian Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) melantik saya menjadi Setiausaha Parlimen. Setiap tahun saya naik pangkat. Kemudian jadi timbalan menteri dan seterusnya Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) melantik saya menjadi menteri penuh. Semua ini adalah di luar buku kehidupan saya," katanya penuh kesyukuran.
Zainuddin, 71, berkata anugerah itu juga adalah pengiktirafan kepada Utusan Melayu yang dianggap sebagai universiti beliau.
UMNO JGN SAMPAI JADI PEMBANGKANG-NAJIB
Presiden Umno menegaskan Umno dan BN sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran.
Katanya, kekalahan parti itu menjadi satu kisah yang relevan untuk menjadi "iktibar dan sempadan" kepada Umno dan parti komponen BN.
"Sebagai sebuah parti politik yang memerintah negara selama 45 tahun dan memenangi 12 kali pilihan raya umum pasca kemerdekaan, parti ini berdepan dengan pelbagai cabaran dan mengambil iktibar daripada apa yang beraku kepada parti-parti lain, yang seusianya dengan Umno tetapi hari ini menjadi pembangkang," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena menyambut ulangtahun Umno ke-64 di ibu negara.-mkini
Monday, May 10, 2010
BERAHIM KATAKI SARAN MANSUH KEBAL MP
Ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali mencadangkan supaya kekebalan ahli parlimen dibatalkan ketika berucap di Dewan Rakyat supaya setiap wakil rakyat lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang tuduhan terhadap pihak lain.
Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR dikatakan membuat dakwaan itu ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat akhir Mac lalu.
Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau telah menghantar surat peguam kepada Saifuddin kelmarin supaya menarik balik tuduhan yang dibuat dalam parlimen tersebut atau bakal menghadapi tindakan saman di mahkamah.-mkini
Thursday, May 6, 2010
13 MEI AZHAR DIRUJUK JK HAK & KEBEBASAN
Dewan undangan negeri Pulau Pinang kecoh hari ini apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (bawah
) memberi amaran bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.
Kenyataan itu menyaksikan beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dan menuntut Azhar menarik semula kenyataannya itu.
Azhar enggan berbuat demikian.
Justeru, usul mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kelakukannya itu diluluskan di DUN hari ini.
Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata yang "menghasut supaya memberontak dan menimbulkan niat jahat serta perasaan bermusuh-musuhan antara kaum."- mkini
Wednesday, May 5, 2010
SUAMI TOREH ANU ISTERI
MELAKA – Bisikan suara jin yang memberitahu konon isterinya berzina dengan orang lain menyebabkan seorang suami menoreh kemaluan wanita malang itu dengan pisau pemotong sayur di rumah mereka di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong di sini kelmarin.
Semasa kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Hashimah Nong, 40, sedang bersiap-siap untuk memasak di dapur sebelum diserang oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera dan berusia dalam lingkungan 40-an.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa tidak menyangka sama sekali suaminya yang tiba-tiba menerpa dari arah belakang itu bertindak menoreh kemaluannya dengan pisau.
“Ekoran kejadian itu, mangsa rebah di lantai dapur dan lelaki berkenaan pula hanya berdiri di tepi mangsa dalam keadaan terpinga-pinga,” katanya ketika ditemui di sini semalam.-kosmo
Wednesday, February 3, 2010
Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.
Berikutan itu, Nasir akan meletak jawatan.
Nasir dikatakan telah membuat kenyataan berbaur perkauman ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.
Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.
Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.
Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Februari.
Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.
Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.-mkini
Friday, August 28, 2009
Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan "membela" pendatang asing Rohingya dari Myanmar untuk digunakan sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan pada setiap pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan Pahang.
Lebih 2,000 warga Myanmar disediakan dengan tanah untuk bercucuk tanam dan membina rumah banglo mewah, diberi elaun bulanan RM500 DAN taraf kerakyatan Malaysia supaya mereka mengundi Najib dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2008 dan pemilihan seterusnya.
Keputusan untuk membawa masuk dan membela rakyat asing sebagai imbuhan untuk undi mereka dibuat selepas Najib hampir tewas mengejut pada pilihanraya umum 1999 tetapi hanya dilaksanakan beberapa ketika selepas itu.
Pada tahun 1999, Najib hanya menang hanya kira-kira 241 undi sahaja, setelah popularitinya menggelongsor teruk akibat dibelit pelbagai skandal dan dicantas oleh kalangan pemimpin kanan Umno sendiri.
Susulan itu, perancangan dibuat untuk membawa masuk warga Myanmar yang kemudian diberi lampu hijau mendirikan penempatan di Kampung Baru Cenderawasih, Sungei Miang.
Lebih menggemparkan, pelarian yang fasih berbahasa loghat utara dikesan menerima taraf kerakyatan Malaysia akhir 2007, membolehkan mereka mengundi untuk Najib pada pilihanraya umum ke-12 Mac 2008.
Pelarian berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Kedah oleh Barisan Nasional mulai 2003 bagi mengukuhkan kedudukan Najib di Pekan. Beliau telah memegang kerusi itu sejak 1976, selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak.
Suara Keadilan membuat pendedahan program membela pengundi dari kalangan pelarian asing ini apabila berjaya menyeludup masuk ke dalam Kampung Cenderawasih.
Kampung itu dikawal ketat oleh seorang ketua daripada kalangan pelarian tersebut yang hanya dikenali sebagai "Jeneral".
Semua pelawat luar ke kampung itu mesti melalui pintu kawalan masuk dan mendapat kebenaran daripada "Jeneral" sebelum dibenarkan masuk.
Sumber memberitahu semua pendatang asing yang berkampung di situ amat patuh sekali kepada "Jeneral" dan tidak seorang pun daripada mereka dibenarkan berpindah daripada kawasan berkenaan.
Ini kerana mereka dikhuatiri akan ditangkap oleh pihak berkuasa dan tempat persembunyian mereka dibongkar kepada umum.
Suara Keadilan menemui sebidang kawasan tanah rata yang dianggarkan seluas lebih 200 ekar dengan deretan dua rumah panjang menempatkan kira-kira 200 keluarga pelarian.
Keadaan sesak di situ kelihatan tidak ubah seperti sebuah kem pelarian. Namun apabila ditinjau dari lebih dekat, didapati ratusan buah rumah sedang dalam pembinaan ataupun sudah siap untuk diduduki.
Penempatan mewah untuk warga asing ini menempelak hakikat bahawa ada lebih 600,000 setinggan di seluruh negara yang tidak memiliki rumah selesa.
Namun di di Kampung Cenderawasih, akibat mahu mengekalkan kuasa, pemerintah sanggup menganaktiri rakyat sendiri dan menghadiahkan bukan sahaja rumah malah kerakyatan kepada pelarian dari negara jiran.
Semua ini berlaku di kawasan parlimen Perdana Menteri dan di negeri kelahiran beliau yang mempunyai lebih 7,000 setinggan yang hidup tanpa kemudahan asas sempurna.
Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Ada beberapa jenis rumah yang dibina di Kampung Cenderawasih. Di kawasan yang berhampiran dengan rumah panjang, didirikan rumah seperti rumah PPRT tetapi di kawasan yang lebih dalam dan terselindung dari pemandangan, ratusan rumah reka bentuk banglo dan separuh banglo dibina.
Rumah mewah ini dianggarkan berharga antara RM200,000 dan RM500,000 sebuah tetapi diberikan diberi secara percuma kepada pendatang asing berkenaan.
Sesetengah daripada rumah dibina sudahpun diduduki. Ketika membuat tinjauan berkenaan, Suara Keadilan mendapati hanya wanita dan kanak-kanak berada di rumah manakala kaum lelaki dipercayai sedang bekerja di ladang nenas.
Sekumpulan pendatang asing yang mengaku baru sahaja tiba di negara ini turut dikesan. Mereka ditempatkan di satu kawasan terpencil di perkampungan itu.
Apabila siap keseluruhannya projek perumahan bagi pendatang asing ini, Kampung Cenderawasih untuk warga Rohingya ini akan menjadi kawasan perumahan eksklusif, lengkap dengan bekalan air, elektrik, sekolah, kemudahan riadah dan bersukan serta jalan raya bertar.
Setiap keluarga yang mendiami kawasan ini diberi satu ekar tanah untuk menanam nenas. Lembaga Perindustrian Nenas Negara Cawangan Johor terpaksa mengendalikan ladang nenas milik pendatang asing ini di samping membantu memasarkan produk tanaman mereka.
Pendatang asing berkenaan juga diberi gerai tajaan FAMA secara percuma untuk menjual nenas di sepanjang jalan di luar kampung tersebut.
Di samping rumah, tanah dan tapak perniagaan yang semuanya dibiayai dengan hasil cukai rakyat Malaysia, setiap keluarga Myanmar ini juga diberi elaun sebanyak RM500 sebulan.
Menurut salah seorang wanita Rohingya yang sudah pun fasih berloghat Kedah, mereka mula berhijrah dari Langkawi sejak 2003 untuk "mencari tanah".
"Kami di Langkawi tidak ada tanah jadi kami merantaulah ke sini untuk buka kampung.
"Mula-mula datang ke sini kami cuba tanam keladi tapi tak menjadi, lepas itu pula kami dicuba pula tanam padi, itu pun tak berhasil.
"Akhirnya kerajaan minta Lembaga Nenas buat kajian tanah dan didapati sesuai untuk kami menanam nenas," kata wanita berkenaan yang enggan memberikan namanya.
Tambah wanita itu 70 ekar lagi tanah akan dibuka untuk diberikan kepada anak-anak pendatang asing yang sudah berkahwin dengan rakyat tempatan.
Timbalan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Negeri Pahang, G.Ponusamy mengkritik tindakan Najib dan Umno yang sanggup menggadaikan tanah dan hak rakyat Pahang kepada pendatang asing Myanmar.
"Beribu-ribu rakyat Pahang yang miskin dan memerlukan pembelaan tetapi Umno dan BN menafikan hak mereka tetapi sebaliknya memberi keistimewaan dan kemewahan kepada rakyat asing," kata Ponusamy.
Beliau menceritakan pengalaman beliau yang cuba memasuki perkampungan tersebut semasa PRU 2008 lalu tetapi dihalang oleh anggota tentera yang mengawal ketat kawasan tersebut.
"Kenapa pendatang asing ini diberi tanah dan dilindungi oleh pihak tentera? Apa kepentingan mereka sehingga mereka dikawal begitu rapi oleh pasukan keselamatan?" tanya beliau lagi.
Ponusamy mempertikaikan mengapa BN menafikan hak rakyat untuk memiliki tanah dan amat senang sekali memberinya secara percuma kepada warga asing.
Seorang pegawai kerajaan yang tidak mahu kenali memberitahu Suara Keadilan, apabila Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan bancian pada tahun 2006 pendatang haram ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Apabila bancian semula dilakukan setahun kemudian, petugas jabatan berkenaan terkejut mendapati semua pendatang asing berkenaan sudahpun memiliki kad pengenalan biru, menandakan mereka rakyat Malaysia.
"Pegawai Jabatan Perangkaan mendapati mereka tidak boleh bertutur bahasa Melayu. Kalau ditanya dari mana mereka datang, mereka semua menjawab "saya Malaysia" seolah mereka telah dilatih untuk menjawab sebegitu rupa.
"Yang menjadi tanda tanya sekiranya mereka mengaku rakyat Malaysia tidak seorang daripada mereka mempunyai kesan suntikan BCG yang menjadi wajib bagi setiap kanak-kanak negara ini. Ini membuktikan mereka bukan rakyat Malaysia tetapi pendatang asing yang dilindungi kerajaan untuk tujuan tertentu," kata pegawai itu lagi.
Menurut pegawai itu pendatang asing ini mula dibawa ke negeri Pahang semasa era Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
"BN mencari kawasan yang luas untuk menempatkan pendatang asing ini dan mendapati Pekan sesuai untuk tujuan itu.
"Mereka diberi segala keistimewaan untuk mengukuhkan kedudukan politik Najib di kawasan Parlimen beliau," katanya lagi.
Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh Najib apabila beliau menyentuh mengenai Formula Pekan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor 9 Ogos lalu?
"Apabila keputusan pilihan raya umum 1999 diketahui hanya mendapat majoriti 241 undi, saya rasakan 'dunia gelap’ seketika. Ibarat yang tinggal hanya seluar dalam sahaja," katanya berseloroh kepada perwakilan Umno.
Persoalannya apakah Najib tidak melakukan satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara apabila merestui pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Rohingya bagi memastikan mereka mengundinya.
Malaysia adalah tuan rumah kepada ratusan ribu pelarian, sebilangan besarnya berasal dari Myanmar, Filipina dan Indonesia.
Taktik membela dan menyogok rakyat asing dengan kerakyatan untuk mendapatkan undi mereka sudah lama diguna pakai oleh Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa di Sabah dan Sarawak.
Fenomena itu nampaknya semakin menular ke Semenanjung dan diterajui oleh Perdana Menteri Satu Malaysia Najib Razak.
Wednesday, August 26, 2009
Enam pegawai bahagian penerbitan kementerian itu tiba di K Vin Publisher di Seri Kembangan, Serdang jam 11.30 pagi ini dan berada di situ selama hampir sejam.
Mereka juga merampas lebihan helaian-helaian majalah edisi sulung "majalah jenaka alternatif" bawah pimpinan kartunis politik terkemuka Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque.
Serbuan KDN di pejabat majalah itu di Brickfields, Kuala Lumpur semalam mencetuskan minat besar penyokong pembangkang dan juga pembaca majalah humor.
Serbuan itu dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkanbendera Mongoliabersempena sambutan hari kemerdekaan negara.
Isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, digambarkan sebagai dalang yang menggerakkan wayang kulit berkepala suaminya, selain seorang yang menggunakan khidmat bomoh dan dilabelkan sebagai "Rosmoh."
Setebal 68 halaman, Gedung Kartun juga menggelarkan Najib sebagai "Datuk Nazak", dipercayai singkatan namanya dan bapanya Tun Abdul Razak Hussein.
Sebanyak 408 naskhah majalah terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd dirampas bagi kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit.
Zunar, sebagai ketua pengarang, berkata rampasan itu "bermotif politik" kerana pihaknya telah mendapat kelulusan permit percetakan secara lisan daripada KDN untuk menerbitkan Gedung Kartun.
"Kita belum dapat surat rasmi tapi sebenarnya sudah ada kelulusan daripada menteri. Pada 14 Ogos, KDN janji untuk hantar surat dalam masa dua atau tiga hari," katanya semalam.
"Sudah menjadi amalan biasa bagi penerbit, bila kita sudah habis mencetak kita akan dapat surat rasmi."
Sunday, August 23, 2009
Tunjuk bagus beb...aku lah hero jalanan korang orang UMNO pun tak berani macam aku...
Penasihat Undang2 MAGARAN, Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz telah berkunjung ke Ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut dengan tujuan untuk menyerahkan borang keahlian PAS.
Malang nya penyerahan borang tersebut tidak diterima pegawai yang bertugas di kaunter pertanyaan setelah mendapat arahan dari Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustapa Ali. Tiada sebab diberikan.
Tindakan Azam memohon menjadi ahli PAS ialah kerana beliau yakin dengan apa yang telah dikatakan oleh Mursyidul Am PAS bahawa hanya PAS membawa ajaran Islam yang betul bukan seperti Islam plastik, Islam palsu yang dibawa UMNO.
Oleh kerana kecewa dihina dengan penolakan mentah2 permohonan beliau, Azam telah membuat aduan di pejabat SUHAKAM pada jam 3 ptg. Dalam aduan tersebut beliau meminta SUHAKAM menyiasat pelanggaran hak asasi beliau untuk berpersatuan (memilih parti PAS) oleh Setiausaha Agung PAS.-tranungkite
Saturday, August 22, 2009
ogos 22 09
Katanya dalam pertemuan antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur itu, Perdana Menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.
"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala.
"Saya menyatakan bahawa kita tidak mempunyai wang dan Lee Kuan Yew berkata Singapura sanggup menganggung semua kos dan setelah siap kelak, bangunan dan harta yang dibina itu adalah milik Malaysia sehingga hari ini, jadi Singapura cuma mengeluarkan wang," katanya
Sunday, August 16, 2009
Petualang Cetuskan Isu Perkauman Adalah Pengkhianat - Muhyiddin
KUDAT, 16 Ogos (Bernama) -- Petualang yang mencetuskan isu berbaur perkauman yang boleh menjejaskan keamanan negara boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan perlu ditentang habis-habisan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata negara Malaysia yang agak luar biasa dengan kepelbagaiannya adalah aman damai disebabkan dasar yang dilaksanakan kepimpinan terdahulu dan ini perlu dipertahankan.
"Gagasan 1Malaysia sudahpun mula diterima oleh masyarakat Malaysia sebagai satu inisiatif yang penting dalam soal meningkatkan kerjasama dan perpaduan, dan sudah juga mula difahami dan dihayati oleh kita.
"Ini sebagai satu petunjuk...pemimpin kita mahu lihat negara kekal aman dan tidak mahu kucar kacir, tumpuan adalah kepada usaha teruskan kesinambungan pembangunan yang dilihat dicapai hari ini," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengingatkan pemimpin rakyat di akar umbi supaya tidak berlagak 'pekak' atau 'bisu', iaitu tidak mendengar atau melihat rintihan rakyat.
"Ini bertambah penting kerana pada masa ini, timbul masalah persepsi atau masalah imej di mana pihak pembangkang memutar-belitkan fakta tentang kerajaan untuk menarik sokongan rakyat," kata Muhyiddin.
Tuesday, August 4, 2009
ogos 4 09
Hari ini tokeyai nak membicarakan sekelompok rumpun yang diatas itu dah terlampau sangat bangangnya
Manusia

Kumpulan NGOk prokerajaan
Media

Parti

POSTING RUJUKAN
SAJAK DR ASRI
BLOG LIST
-
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah22 minutes ago
-
-
-
JOM PI RAMAI-RAMAI..!14 hours ago
-
-
-
Najib Marah BN19 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
JEWS VS. JEWS IN ZIONIST STATE2 days ago
-
-
Sifat Munafik UMNO Di Balas Tuhan3 days ago
-
-
-
SALAHKAN BN LA...!!!4 days ago
-
ingin bersedih atau ketawa?4 days ago
-
-
-
Tau atau buat-buat tak tau?1 week ago
-
-
Apa Guna Bintang Kebesaran & Pingat?1 week ago
-
-
Cubaan Hidupkan Al-Arqam.1 week ago
-
-
-
-
-
-
-
SYIAH2 weeks ago
-
-
Israel tunjuk belang!2 weeks ago
-
MINYAK NAK NAIK LAGI ?2 weeks ago
-
28 Mei 2010 Wa langgar Rusila.4 weeks ago
-
nota kecil kepada perdana menteri1 month ago
-
-
PERKASA KEKUATAN BANGSA MELAYU2 months ago
-
ISU MINYAK KELANTAN:KERATAN AKBAR3 months ago
-
NAK BUAT APA HUJUNG MINGGU NI?3 months ago
-
-
penat4 months ago
-
The Unelected President4 months ago
-