Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Sunday, July 25, 2010

PR KAKAK TUA BN PULAK KUDA TUA TEMPANG

Muhyiddin cakap PR burung kakak tua yang tak tau apa-apa.....malah pelabur lari dari negara pun disalahkan kerajaan selangor yang tak bijak mengurus....apalah punya mangkuk ni....dahlah kuda tua tempang otak pun dah macam burung kakak tua jugak.....cakap dia macam kita semua bodoh tak tau apa-apa....halo...tpm cerminlah diri dulu sebelum nak menyalahkan orang lain....umno dan bn ni dah macam kuda tua dan tempang....macam mana pelabur tak lari....dan biasanya kuda tua dan tempang nie hukumnya ditembak sebab dah tak berguna lagi dah.....pelabur akan datang semula jika PR memerintah....tak percaya...boleh cuba....



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan Pakatan Rakyat, terutamanya di Selangor, hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua, manakala kerajaan negeri itu hanya pandai membuat janji tanpa memikirkan adakah janji-janji itu mampu ditunaikan atau sebaliknya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pelbagai isu membelenggu kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, seperti isu pasir dan kegagalan mengurus ekonomi, dan ia membuktikan bahawa mereka hanya pandai berkata-kata.


"Ini satu keadaan yang begitu teruk. Mereka tidak mampu mengurus ekonomi negeri walaupun mereka katakan kerajaan mereka cekap, membela rakyat dan boleh membuat apa saja untuk menentukan rakyat hidup dengan selesa.

"Tetapi sebenarnya mereka hanya bercakap, cakap mereka tidak serupa bikin, cakap pihak pembangkang tak serupa bikin. Mereka pandai berkata-kata seperti burung kakak tua...dia boleh menyanyi tapi dia tidak tahu apa yang dia buat," katanya ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat peringkat Parlimen Wangsa Maju di Pasar Besar Gombak, Batu 5, Jalan Gombak di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi BN Wangsa Maju Datuk Mohd Shafie Abdullah dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Al-Habshe.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata kegagalan itu memberi kesan besar kepada negara, khususnya Selangor di mana keyakinan pelabur mulai menyusut dan mula beralih arah ke tempat lain.-mkini

Friday, January 29, 2010

Selangor Dakwa Polis Sabotaj Thaipusam
29 jan 10

Aiii....macam-macam sekarang ni.....apa nak jadi tak roti den nak kobar....

Kkerajaan negeri Selangor diarah merobohkan pentas yang telah disiap-dibina untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves .

Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar (bawah) berkata arahan pihak polis itu amat mencurigakan dan berkemungkinan besar menjurus kepada lawatan Perdana Menteri Najib Razak hari ini.

Beliau bersama-sama Adun Batu Caves Amirudin Shaari bergegas ke lokasi untuk meninjau tindakan polis ini, dan meminta penjelasan namun polis enggan bekerjasama.

"Kita telah angkat program ini di laman sesawang kerajaan negeri, promosi besar-besaran telah dibuat, ribuan pengunjung tahu akan program ini. Selepas perbincangan dibuat dan persetujuan dicapai, mengapa disaat-saat akhir polis mahu berhentikan acara ini," kata Xavier.

Sambutan Thaipusam adalah sebahagian

daripada program pelancongan Selangor Shines yang diusahakan kerajaan negeri bersama Tourism Selangor dan syarikat telekomunikasi Digi.

Sambutan mesra rakyat kerajaan negeri sempena Thaipusam telah dirancang sejak tiga minggu lalu bersama-sama Majlis Perbandaran Selayang, penduduk dan pihak keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata pentas konsert itu didirikan di kawasan untuk kenderaan-kenderaan polis.

Khalid berkata polis tidak membantah sekiranya pentas diadakan di lokasi berbeza.

Beliau turut berkata alasan ini telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita telah pu

n rancang program ini bersama-sama barisan penganjur, dan Majlis Perbandaran Selayang tiga minggu sebelum Thaipusam. Dalam masyuarat itu, pihak polis telah tunjukkan penempatan unit polis sepanjang acara Thaipusam. Pihak MPS telah meluluskan tempat ini untuk acara kerajaan negeri, dan saya bersama-sama polis telah melawat lokasi ini," jawab Xavier.

Xavier menjelaskan tapak dan waktu yang dipilih untuk menganjurkan pestaThaipusam ini tidak bercanggah dengan aturcara Perdana Menteri Najib Razak.

Katanya, jika Najib turut melawat pesta ini, kerajaan negeri akan mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai tetamu kehormat.-mkini

Thursday, January 21, 2010

MB Selangor Lumpuh..Biar Betul!
21 jan 10

Logik ke seorang MB mengabaikan kawasan dia...pelik...pelik...

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan Parti Keadilan Rakyat cabang Kuala Selangor yang diketuainya 'lumpuh' dan telah dibubarkan.

Beliau mengulas dakwaan timbalan ketua PKR cabang Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar, bahawa cabang itu telah terbubar, ekoran tindakan 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya, telah meletak jawatan.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata, tidak ada mesyuarat diadakan untuk membubarkan cabang itu.

"Pemilihan akan berlaku tahun ini untuk AJK baru pada Mac. Itulah sebabnya sesetengah nak berhenti," katanya.

Khalid berkata krisis seperti itu adalah satu perkara lazim yang menimpa beliau.

"Mereka yang tidak sealiran dan tidak sehaluan lebih baik keluar daripada menyukarkan parti untuk diurus," katanya.

Khalid berkata bahawa pada awal 2007 PKR Kuala Selangor mempunyai tidak sampai 100 orang ahli tetapi sekarang bilangannya adalah 3,000 orang.

"Alasan hilang kepercayaan itu perkara biasa...ataupun ayat itu ditulis oleh Umno," katanya.

Sementara itu, Bernama memetik Arshad mendakwa cabang itu telah terbubar.

'Khalid punca kecelaruan Kuala Selangor'

Dakwaannya berasaskan tindakan 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya telah meletak jawatan.

Setakat ini, Arshad berkata hanya tinggal tiga pemimpinnya yang dipilih terdiri beliau sendiri, Khalid serta seorang AJK, Faridah Abdul Rahman.

Arshad mendakwa 11 AJK cabang serta Ketua Angkatan Muda, Nazarudin Darmawan, dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, meletak jawatan antara November tahun lalu dan 18 Jan tahun ini.

Katanya mereka yang meletak jawatan itu bagaimanapun masih kekal sebagai anggota PKR tetapi mereka telah hilang kepercayaan terhadap Khalid untuk menerajui cabang Kuala Selangor.

Mereka mendakwa Khalid telah meletakkan PKR Kuala Selangor dalam keadaan 'penuh kecelaruan' tanpa asas tadbir urus yang kukuh.

Khalid juga dituduh tidak mengambil inisiatif memperkukuhkan parti meskipun ada ahli bukan Melayu di Ijok dan Batang Berjuntai telah keluar parti.-mkini

Tuesday, December 15, 2009

Selangor Tentu Sendiri Tarikh PRU13
15 dis 09

Sebenarnya dalam menentukan tarikh dan kemenangan dalam PRU nanti adalah bukan najib atau pun mana-mana MB walaupun mereka ada hak kerana tempoh mandat memerintah masih belum berakhir...yang menentukannya adalah rakyat dengan suasana ekonomi dan kehidupan yang baik...najib sudah pasti akan mencari tarikh itu dan akan berusaha kearah itu dia tidak akan menggadaikan kerusi PMnya dalam waktu terdekat ini pada waktu kira-kira dua tahun lagi tempoh mandat berakhir....signal dari rakyat itulah yang penting pada penentuan tarikh dan kemenangan dalam PRU ini...adakah selangor sudah bersedia diprovok dari semua sudut oleh juak-juak umno dan bn dengan kenyataan khalid ini...kita tengok dulu..



PETALING JAYA - Kerajaan Selangor berhak tidak menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijadualkan Kerajaan Pusat dan menetapkan tarikhnya sendiri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Pusat juga tidak boleh halang jika Kerajaan Negeri mahu memilih tarikh PRU berasingan.

Beliau diminta mengulas rancangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi dalam PRU ke-12 dalam PRU akan datang.

Abdul Khalid, yang juga Pengerusi PKR Negeri berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan berusaha untuk kekal sebagai pemerintah di negeri itu selepas PRU-13.

“Kita akan berusaha kalahkan Barisan Nasional (BN) dan rakyat perlu menilai kebaikan dan faedah yang akan mereka perolehi sekiranya mereka mengundi PR,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada 52 sekolah jenis kebangsaan Cina, di sini, semalam.

Mengenai rancangan Kerajaan Negeri hendak melaksanakan sistem sekolah percuma untuk semua sekolah di negeri ini, katanya, ia dapat ditimbangkan jika Kerajaan Pusat memberi peruntukan yang cukup.

Katanya, Kerajaan Pusat mendapat RM16 bilion daripada Kerajaan Negeri dan rakyat negeri ini, tetapi sehingga 27 Oktober lalu, Kerajaan Negeri hanya menerima RM408.26 juta.

“Saya tidak fikir Kerajaan Pusat akan berikan jumlah yang lebih banyak dan saya faham mereka juga perlukan peruntukan untuk jalankan projek. Tetapi sekurang-kurangnya rakyat Selangor berhak mendapat 20 peratus daripada jumlah itu untuk kepentingan dan kebajikan mereka,” katanya.

Katanya, jumlah RM16 bilion itu adalah nilai cukai yang dibayar oleh rakyat negeri ini kepada Kerajaan Pusat dan mereka berhak menerima peruntukan yang sewajarnya bagi tujuan pembangunan.

Thursday, October 22, 2009

Ketua Audit Negara Puji Kerajaan Selangor-MB
okt 22 09

Semoga selangor tidak lemas dengan pujian dan terus membangunkan selangor dengan ketelusan yang maksima serta memperbaiki kelemahan yang ada...Ini jelas menunjukkan kepada semua bahawa Pakatan rakyat boleh dipercayai untuk mentadbir malaysia jadi janganlah fikir hanya UMno sahaja yang boleh orang lain tak boleh..kalau kita lihat laporan audit negara banyak kepincangan berlaku sewaktu dan dinegeri yang diperintah oleh umno...jadi tunggu apa lagi...Ayuh kita bertranformasi untuk memperbangkangkan UMno..

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan sukacita beliau akan pujian yang diterima kerajaan negeri dalam Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen semalam.

Laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan.

Mengulas laporan ini, Khalid berkata Pakatan Rakyat meletakkan prinsip ketelusan, integriti dan ketanggungjawaban sebagai pemandu urustadbir kerajaan.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri akan terus menambahbaik pengurusan di negeri ini.

"Kita merasakan laporan yang dibuat oleh Audit Negara telah memberikan kita keputusan yang sangat memuaskan ,walaupun empat star maknanya telah dapat menunjukkan bahawa pengurusan kewangan negeri dapat di uruskan dengan baik dan teratur walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara biasa dalam pengurusan kewangan yang boleh ditegur oleh pihak audit negara ini telah kita ada jawapan dan usaha penyelesaian,"katanya.

Tambahnya ketika ini, kerajaan negeri juga telah menyiapkan memorandum mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 13 hingga 17 November ini.

Sementara itu, Abdul Khalid Ibrahim turut menyentuh kelemahan perlaksanaan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (Speks) seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Katanya, proses penggunaan Speks itu juga didapati masih lagi belum mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan selain peralihan sistem perakaunan secara manual kepada berkomputer ketika ini masih belum berkuatkuasa secara total.

"Sistem-sistem komputer itu menunjukkan kelemahan audit negara juga sebab dia tidak clear the system, sistem tu dia proses untuk mengggunakan sistem itu mendapat kelulusan penggunaan daripada pihak audit dan kementerian kewangan tapi proses itu masih lagi dalam perlaksanaan",katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan pengurusan Speks Selangor menghadapi risiko keselamatan sistem operasi, aplikasi serta integriti data yang akan memberi kesan kepada ketepatan Penyata Kewangan Berkomputer yang dijana sistem Speks.

Friday, September 25, 2009


Together On Hari Raya... Greeting CardsPas Selangor nak keluar Pakatan
sept 25 09

Mana perginya presiden PAS ni senyap aje..dah mati ke..tak nampak ke apa anak hang dah buat kat selangor tu dahlah Dr mahathir sekarang nih dah hidup balik korang semua kena jaga-jaga dengan sepak terajang mamak sorang nih dia handal berpolitik silap langkah boleh tumbang kerajaan selangor ...walauapapun alasan korang kata media itulah kerja dia melapor dan membelitkan apa yang korang cakap sebab itu kalau tak nak dibelitkan jangan banyak cakap..semalam tokeyai agak bela sihassan Ali nih tapi bila ramai anak buah dia turut bercakap tokeyai dah naik menyampah dah dok semua nak glamor...baik mati aje korang...susahlah nak ajar buluh-buluh betong nih..dia orang tak tahu ke ini semua rancangan najib khir toyol dr mahathir dan blogger-blogger poyo Umno untuk menghuru-harakan selangor...elok sangatlah dibuang aje sihassan ali dan suku sakat dia nih dari pas...dan lepas ini kalau orang PAS ni dah berlagak sangat konon dah kuat sangat keluar aje dari pakatan kau lawan sendiri-sendirilah kat bagan pinang tuh...chit...otak lutut jugak ada...

SHAH ALAM 24 Sept. – Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.

“Jika mereka mahu Hassan letak jawatan sebagai Exco dan Pesuruhjaya di negeri ini bermakna mereka mahu Pas keluar dari negeri ini kerana Hassan adalah Pesuruhjaya kami.

“Mereka semua ini hanya tahu mengeluarkan kenyataan membuta tuli tanpa menyelidik dahulu apa yang sebenarnya Hassan maksudkan. Setahu kami Hassan bermaksud baik bukan mempertikaikan kewujudan dan kuasa Selcat.

“Kami juga tidak faham atas kapasiti apa Khalid mengeluarkan kenyataan dan akan menyelidiknya sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Thursday, September 24, 2009


Together On Hari Raya... Greeting CardsSelcat,Hassan Ali dan DO
sept 24 09

Tokeyai berdiri atas tiket bebas untuk kali ini kadang-kadang kita semua lupa bahwa fitrah manusia itu dilahirkan adalah bersifat gopoh dan lupa kepada firman-firman tuhan yang menyuruh kita semua bersabar dalam semua segi sehingga kadang-kadang kita bertindak tanpa memikirkan kesan dari tindakan itu...tokeyai tidak cuba untuk menyalahkan semua pihak dalam perkara melibatkan selcat ini tapi kebenaran dan keegoan adalah dua perkara yang berbeza dimana kebanyakan dari kita memilih untuk menunjukkan keegoan dalam mencari kebenaran...tokeyai pernah melihat siaran langsung perjalanan selcat ini yang jelas memang benar seperti kata hassan Ali maruah DO dan pegawainya nampak dimalukan seperti yang kita semua lihat disiaran langsung itu perlukah kita menafikannya kita perlu ingat DO adalah ketua dan orang yang terhampir sekali dengan masyarakat jika mereka rasa terhina bukankah ini akan merugikan kerajaan untuk jangka masa panjang pengaruh mereka untuk mensabotaj kerajaan jika mereka dihina jangan dipandang sebelah mata...pihak-pihak ini perlu diberi penghormatan yang sewajarnya sesuai dengan kedudukan mereka sebagai ketua didaerah-daerah...Ahli-ahli diSelcat juga perlulah profesional dalam menyoal jangan macam nak soal budak-budak tadika dan mereka juga seharusnya terdiri dari golongan profesional lainnya bukan dari golongan ahli politik yang mempunyai kepentingan juga menjadi Adun dan mendapat juga peruntukkan dikawasan mereka adalah pelik jika ayat yang berbunyi ADUN siasat ADUN dan ini akan menjadi bahan momokan dan lawak jenaka sepanjang hayat ada benarnya seperti dakwaan Hasan Ali itu, jangan nanti jadi seperti ketam suruh anaknya berjalan lurus...Satu sikap orang pandai bercakap inilah adalah tidak sabar-sabar dan gelojoh untuk bercakap kadang-kadang dia tidak sedar apa yang dicakapnya itulah sikap hasan Ali yang tokeyai tidak berapa berkenan dan sebagai pemimpin utama kerajaan negeri seharusnya dia sedar setiap kata-katanya akan menjadi perhatian dan isu seharusnya jugaklah selepas ini hasan ali perlu mengawal kegelojohannya itu bukankah sikit bercakap lebih baik dari banyak bercakap tapi kalau memang ada niat Hasan Ali untuk menjadi MB memang kenalah apa yang dia lakukan selama ini..Musuh dalam selimut sesuai untuk dirinya...

Sunday, September 13, 2009

Peruntukan 1.35j Motif Utk Merampas Selangor
sept 13 09


Peruntukan sebanyak RM1.35 juta yang akan diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diagihkan ke masjid dan surau serata Selangor menzahirkan perancangan Umno-BN merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata beliau hairan mengapa pengagihan wang kerajaan Pusat ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar seolah-olah wang Perbendaharaan Negara adalah milik Umno.

“Pada pendapat saya ini adalah rancangan politik terhadap negeri Selangor, kita memang sudah tahu pihak BN berura-ura hendak mengambil alih pemerintahan negeri Selangor dan sudah ada beberapa pendekatan yang dilakukan yang kita sedia maklum sebelum ini mahu dilakukan melalui tindakan yang berhubung dengan mahkamah kalau ada bukti tentang penyelewengan dan rasuah,” katanya ketika dihubungi.

Kerajaan Pusat hari ini memperuntukkan RM1.35 juta bagi membantu kira-kira 370 masjid dan 2,000 surau di Selangor menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadan dan Syawal.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata bantuan RM1,000 bagi setiap masjid dan RM500 bagi surau itu disediakan setelah diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu.

Mengulas perkara ini, Dr Shafie berkata walaupun amalan derma dan membantu itu sesuatu yang dimuliakan di sisi agama, namun ianya harus ikhlas dan bukan dibuat bagi tujuan politik.

Shafie menambah sekiranya Umno-BN benar-benar ikhlas membantu, mengapa bantuan tersebut diumumkan menjelang Syawal.

“Kita persoalkan kalau pun hendak diberi bantuan masjid dan surau, seharusnya awal sebelum Ramdhan atau sekurang-kurangnya awal Ramadhan dan sekarang sudah pun sampai ke penghujung,” katanya.

Walaubagaimanapun, cubaan demi cubaan untuk merampas Selangor dari tampuk pimpinan Pakatan Rakyat gagal ditawan oleh BN biarpun pelbagai usaha jahat telah mereka lakukan sejak akhir-akhir ini.

“Sebagaimana yang dilakukan terhadap Teoh Beng Hock dan beberapa exco, mereka cuba serbu untuk mendapat bukti tetapi ini nampaknya terencat oleh kerana kematian Teoh Beng Hock di dalam siasatan SPRM.

“Dan kita melihat penawaran wang lebih dari jumlah RM1.35 juta adalah lanjutan dari usaha untuk menguasai negeri Selangor secara kospirasi yang bersifat kewangan pula lah. Kita persoalkan ialah mengapa ini atas nama parti UMNO BN dan ini jelas memperlihatkan konspirasi politik yang jelas terhadap pengundi Selangor,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan kerajaan Selangor sudah bertindak terlebih dahulu dengan mencerminkan keprihatinan terhadap rakyat di negeri ini dengan perancangan yang kemas dan teratur berbanding BN yang sentiasa membuat kejutan di saat-saat akhir seolah-olah membayangkan mereka sentiasa terdesak untuk meraih keyakinan rakyat semula.

“Sebenarnya kita juga telah memberi bantuan dari peringkat negeri di Adun-adun melalui JAIS dan sebagainya. Saya nampak lebih daripada serampang dua mata ialah selain daripada terhadap Selangor tetapi juga dengan pilihan raya kecil yang akan berlangsung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan.-tvantara

Monday, August 24, 2009

Benarkah Wujud Konpirasi PAS diS'gor
ogos 24 09

Menyedihkan jika benar wujud konspirasi menyingkirkan wakil rakyat PAS pro-Pakatan Rakyat di Selangor, kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Kalau betul, saya sedih. Kita harus ada (semangat) silaturrahim dengan mengetepikan perbezaan," katanya.

Beliau diminta mengulas usaha terancang bagi memastikan beberapa wakil rakyat PAS – termasuk dirinya – supaya tidak dicalonkan semula dalam pilihan raya umum akan datang kerana dianggap tidak sehaluan dengan Datuk Dr Hasan Ali, pesuruhjaya PAS negeri.

Menurut blog blog
Malaysia Waves, ADUN dan ahli parlimen yang bakal disingkirkan termasuklah Saari Sungib (Hulu Kelang), Dr Halimah Ali (Selat Kelang) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Khalid dan Saari dipecat masing-masing dipecat daripada timbalan pesuruhjaya II dan ketua penerangan PAS negeri hujung tahun lalu akibat berbeza pandangan dengan Dr Hasan, juga exco hal-ehwal Islam Selangor.

Dihubungi
Malaysiakini baru-baru ini, Khalid berkata, walaupun dakwaan penulis blog berkenaan 'Tulang Besi' itu mungkin ada kebenarannya, beliau yakin pakatan seumpama itu tidak akan menimbulkan masalah kepadanya.

"Ia (halang bertanding) mungkin juga apa yang mereka harapkan. Tetapi bagi saya, ini bukan masalah besar. Pada akhirnya, (pemilihan calon) kena rujuk dengan (PAS) kawasan Shah Alam.

"Macam saya, setakat ini tiada masalah, macam yang lain juga," kata bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu.

Khalid juga berkata, pada kelazimannya, nama yang dicadangkan oleh akar umbi parti di peringkat kawasan untuk calon pilihan raya tidak boleh ditolak sesuka hati.

Sementara itu, Saari pula berkata, setelah menyemak sendiri daripada seorang pemimpin kanan parti yang dikaitkan dengan konspirasi tersebut, ADUN itu yakin tidak wujud sebarang usaha mencantas mereka.

"Saya buat panggilan kepada seorang yang disebutkan namanya dalam (tulisan) itu, (setiausaha PAS Selangor) Khairuddin (Othman). Beliau kata 'tidak ada' (konspirasi).

"Saya pegang (penjelasannya) yang itulah. Kalau ikut kaedah Islam, apabila datang sesuatu berita itu, hendaklah kita semak dahulu. Yang boleh kita semak, kita semaklah," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan lebih berjaga-jaga selepas ini, Saari hanya berkata:

"Parti ini bukan (bergantung) atas individu (tertentu)."
-mkini

Dalam malaysiakini


  • Majalah baru Zunar usik PM
    Jimadie Shah Othman | Aug 24, 09 11:18am
  • kemaskini 1.36pm Kartunis politik terkenal Zunar akhirnya kembali bergelumang bersama dunia kreatif melalui majalah Gedung Kartun setelah meninggalkan organ PKR Suara Keadilan beberapa bulan lalu.LAGI
  • Mempunyai pasaran besar
    Ulas isu Teoh, PPSMI, ISA
  • Ong saman Tiong RM500 juta
    Aug 24, 09 12:13pm
  • NONEDatuk Seri Ong Tee Keat telah menfailkan saman dengan tuntutan RM500 juta terhadap pemegang saham utama KDSB Datuk Seri Tiong King Sing.LAGI
  • Tamat tempoh seminggu
    Halang Tiong buat dakwaan

  • Dana, politik puak punca ADUN Lunas keluar PKR
    Salhan K Ahmad | Aug 24, 09 2:10pm
  • ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh telah lama berniat meninggalkan PKR kerana tidak berpuas hati akibat kekurangan dana dan masalah berpuak-puak dalam parti, kata seorang pembantunya.LAGI
  • Lama simpan, baru diluah
    Enggan ulas disiasat SPRM
  • Pemuda PAS bantah konsert MLTR
    Aug 24, 09 12:47pm
  • NONEPemuda PAS membantah keras keputusan kerajaan membenarkan kumpulan Michael Learns To Rock (MLTR) mengadakan persembahannya di Genting Highlands awal bulan depan.LAGI
  • 'Penghinaan besar'
    Tindakan kurang ajar

Sunday, August 9, 2009

Jaga-Jaga Orang Selangor Najib nak Selangor Balik
ogos 09 09

Najib dah palu gendang untuk merampas Selangor balik patutlah SPRM tak jemu-jemu berkunjung ke selangor dah 'kautim' rupanya... takpe...takpe...

  • Najib: I want Selangor back
    Aug 9, 09 2:57pm
  • najib tun razak 01Prime Minister Najib Abdul Razak, who is also Selangor Umno chief, says he is determined to have the Pakatan Rakyat-ruled state back in Barisan Nasional's fold.-mkini



Khir tonyok senang hati nampak



Saturday, July 25, 2009

SPRM Terima Maklumat Atau Buat Maklumat



contoh maklumat berkenaan


KUALA LUMPUR 24 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima maklumat mengenai sebuah laman blog yang mendedahkan dakwaan penyelewengan seorang Exco kerajaan negeri Selangor yang mempunyai kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

‘‘Saya ada dimaklumkan berhubung laman blog itu namun saya belum lagi melihatnya,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya hari ini mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco berkenaan.

Dakwa laman blog itu, Exco berkenaan dikatakan telah mencipta projek, syarikat dan invois palsu bagi membolehkan mereka mengeluarkan peruntukan ADUN sebanyak RM500,000.


Tokeyai -sabtu Jul 25 09

SPRM mula melakukan serangan balas demi menegakkan benang yang basah...sebuah blog tiba-tiba aje muncul menjelmakan dokumen-dokumen yang kononnya membuktikan penyelewengan adun DAP dan mengikut adun Ean Yong hiah wah kebanyakan maklumat yang dipamerkan dalam blog tersebut adalah sulit dan telah diserahkan kepada SPRM,bagaimana maklumat ini boleh diambil tanpa pengawalan pihak SPRM dan beliau mahu SPRM memberi jawapan mengapa maklumat sulit demikian boleh bocor...satu lagi persoalan dan kredibiliti SPRM yang rakyat ingin tahu...persoalannya kini benarkah blog tersebut dari individu tertentu atau sengaja dicipta oleh SPRM kalau dilihat skrip blog tersebut jelas nak melaga-lagakan DAP dan PKR serta PAS lihat skrip dibawah ini..supaya perlakuannya tidak nampak melaga-lagakan ia hanya menyerang DAP tanpa mengaitkan PKR dan PAS sedangkan sepatutnya seluruh kerajaan selangor kalau betul perlu bertanggungjawab atas penyelewengan ini kenapa hanya DAP menjadi sasaran apakah maksud pihak yang mencipta blog ini...jawapannya mudah dengan mencari kesalahan adun DAP kerajaan PR selangor tanpa mengacau PKR dan PAS boleh ditumbangkan kerana adalah mustahil pencipta blog ini menyerang DAP tanpa niat untuk melumpuhkan kerajaan PR diselangor itulah modus operandinya dengan kekuatan 36 kerusi berbanding 20 bagi BN adalah sukar untuk ditumbangkan jika mengikut kaedah rampasan seperti di Perak maka senario yang menyalahkan DAP dan pertelagahan sesama pakatan perlu diwujudkan bagi menjayakan modus operandi menawan selangor kerana jika benar penyelewengan ini seperti yang dikatakan oleh YB Azmin Ali MB perlu dengan segera merombak exconya tanpa menunggu mana-mana siasatan selesai bukan dengan tujuan untuk mencari siapa benar atau siapa salah tetapi adalah untuk menjaga nama baik kerajaan negeri dan PR dan memberi keyakinan semula kepada rakyat kerana kita tidak mahu disebabkan nila setitik habis susu sebelanga...exco bila-bila boleh cari tapi undi dan kepercayaan tidak mungkin untuk berkali-kali....

The DAP's corruption modus operandi in Selangor

Teoh Beng Hock is dead. Let not his death be forgotten and for nothing. The reason why Teoh died is because of the massive scale of corruption by the DAP since they took over the running of the Selangor state government in March 2008.

For the first time we have documents evidence, names, cheque nos, vouchers and projects which the MACC, the Police, the Royal Commission of Inquiry, the Magistrate Court Inquest, the NGOs, the DAP itself and any member of the public can verify themselves.

The DAP (not the PAS or PKR) has been stealing the rakyat's money in Selangor. They have been doing this without the knowledge of the other Pakatan partners like PKR and PAS. They have cheated not only the rakyat but also their own Pakatan partners from enjoying some of the stolen money.

This is actually not corruption. Corruption means you get money illegally from someone else. In the UMNO style, someone gets a project. Then they pay through a runner 10% or 20%, usually in cash inside a bag. Very simple and also quite smart.

But the DAP are quite stupid. They set up their own dummy companies, create fake invoice, fake projects and then take the money out. This is stealing, not corruption. But because they abuse their power it is also involving corruption. In the process they leave behind a very long trail of documents and evidence.

The late Teoh Beng Hock was involved in this scandal also but he was forced by Ean Yong and Ronnie Liu. He did not really like what was happening. To protect himself, Teoh made copies of all the false documents and dummy companies that was set up by the DAP. Teoh left behind a hard disk with someone which contains a stack of information detailing the corruption by the DAP in Selangor.

They followed a simple but silly method. Each Kawasan DUN (like Kajang, Teratai, Balakong) is given RM500,000 funds which the Pakatan ADUN can spend on projects. The DAP has been stealing this money - a little at a time. Few thousand ringgit at a time. But there are more than 300 small projects - Teoh gave us a long list.

The Selangor govt has said that they will tender every single project. This is their lying. In the list provided by Teoh, some people and some companies sapu many of the projects.

Among the biggest players are WONG CHUAN HOW (in the Kawasan DUN Sungai Pelek) under YB Ronnie Liu who was given 84 projects totalling over RM200,000 (Tarian Cina Persatuan Bahasa, Perayaan Persatuan Buddha Huan Chian Chuen, Kejohanan Bola Keranjang). Other names include Perniagaan Seri Makmur, Era Terbilang Enterprise, Era Gemilang Enterprise and many more. Teoh gave a full list. We have scanned some of the documents (from about 100 pages of documents)

How can one person get 84 different contracts?

The amounts are small but the method they use is very big. This is just in one year. Imagine if the DAP take over the federal govt? Here are some examples how DAP do it. The names and the projects are all real.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran