Showing posts with label audit. Show all posts
Showing posts with label audit. Show all posts

Thursday, October 22, 2009

Ketua Audit Negara Puji Kerajaan Selangor-MB
okt 22 09

Semoga selangor tidak lemas dengan pujian dan terus membangunkan selangor dengan ketelusan yang maksima serta memperbaiki kelemahan yang ada...Ini jelas menunjukkan kepada semua bahawa Pakatan rakyat boleh dipercayai untuk mentadbir malaysia jadi janganlah fikir hanya UMno sahaja yang boleh orang lain tak boleh..kalau kita lihat laporan audit negara banyak kepincangan berlaku sewaktu dan dinegeri yang diperintah oleh umno...jadi tunggu apa lagi...Ayuh kita bertranformasi untuk memperbangkangkan UMno..

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan sukacita beliau akan pujian yang diterima kerajaan negeri dalam Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen semalam.

Laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan.

Mengulas laporan ini, Khalid berkata Pakatan Rakyat meletakkan prinsip ketelusan, integriti dan ketanggungjawaban sebagai pemandu urustadbir kerajaan.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri akan terus menambahbaik pengurusan di negeri ini.

"Kita merasakan laporan yang dibuat oleh Audit Negara telah memberikan kita keputusan yang sangat memuaskan ,walaupun empat star maknanya telah dapat menunjukkan bahawa pengurusan kewangan negeri dapat di uruskan dengan baik dan teratur walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara biasa dalam pengurusan kewangan yang boleh ditegur oleh pihak audit negara ini telah kita ada jawapan dan usaha penyelesaian,"katanya.

Tambahnya ketika ini, kerajaan negeri juga telah menyiapkan memorandum mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 13 hingga 17 November ini.

Sementara itu, Abdul Khalid Ibrahim turut menyentuh kelemahan perlaksanaan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (Speks) seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Katanya, proses penggunaan Speks itu juga didapati masih lagi belum mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan selain peralihan sistem perakaunan secara manual kepada berkomputer ketika ini masih belum berkuatkuasa secara total.

"Sistem-sistem komputer itu menunjukkan kelemahan audit negara juga sebab dia tidak clear the system, sistem tu dia proses untuk mengggunakan sistem itu mendapat kelulusan penggunaan daripada pihak audit dan kementerian kewangan tapi proses itu masih lagi dalam perlaksanaan",katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan pengurusan Speks Selangor menghadapi risiko keselamatan sistem operasi, aplikasi serta integriti data yang akan memberi kesan kepada ketepatan Penyata Kewangan Berkomputer yang dijana sistem Speks.

Wednesday, October 21, 2009

Sekolah Beli Pokok Termahal Didunia
okt 21 09

Pokok apa yang harga sampai 880% mahalnya...gila nih mesti pokok berbatang perak berdaun emas nih...Inilah padahnya kalau UMno terus berkuasa kerja asyik nak menipu dan rasuah...ye lah kontraktor pembekal tu mesti orang umno punya...dah kena lah tuh...bapak peyamun anak perompak...kata P.Ramlee...

Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan kerana membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Laporan tersebut yang dibentangkan di Parlimen Isnin lalu, mendedahkan bahawa kementerian telah membeli pokok dan tanaman senitaman bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus.

Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan, sebagai contohnya, telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah.

Bagaimanapun, selepas semakan dibuat dengan pembekal tempatan lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama, laporan itu berkata, didapati kementerian tersebut boleh membeli pokok yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

Sebagai contohnya, pokok kemboja dan pinang merah - bagi jumlah yang sama - masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1,560.

Oleh itu, kata laporan tersebut, kementerian berkenaan telah membelanjakan antara 470 peratus hingga 880 peratus atau empat hingga lapan kali lebih mahal daripada harga pasaran.

Berdasarkan laporan tersebut, kementerian tersebut telah membayar RM37,450 bagi pokok-pokok tersebut, sedang ia sepatutnya dalam menjimatkan sekurang-kurangya RM31,000.

Monday, October 19, 2009

Salahguna Kereta Kerajaan - Audit
okt 19 09

Laporan berita heran menyebut kerajaan negeri Pahang Perak Dan Pulau Pinang menyalahgunakan kereta kerajaan dengan membuat pelbagai bayaran yang tidak munasabah pada tahun lalu...kereta bernombor CBD 88 dikatakan membuat pengisian minyak yang tidak logik dalam dua minit berjumlah RM1350 atau bersamaan 743.39liter dan tiada tindakan diambil oleh pihak suk....dekat sini dah jelas nampak berlaku penyelewangan tapi...tulah pahangkan kaya dengan balak apa ada hal dengan bayar seciput macam tu mana ada luak ye tak...saman pun bertimbun-timbun tunggu nak kena bayar....tak de hal punya duit balak banyak...Inilah rupa sebenarnya kerajaan adnan yaakob mat aksi lucah nih...habis duit rakyat disapunya...habis rakyat ditipunya...tapi rakyat yang marhen nih tetap kata UMno tolong rakyat terutamanya orang melayulah...den pun heran dengan orang yang kata UMno ni parti yang membela rakyat...kalau betul mereka membela rakyat tak adalah dia orang nih nak buat rumah besar-besar kumpul harta banyak-banyak kemudian bila jumpa rakyat berlagak macam akulah pemimpin sejati.....Pakatan Rakyat pun kalau ikut stail orang UMno nih...alamat tak lama lah hang....daripada pemimpin melayu yang menjahanamkan melayu sendiri...den rela berPMkan bangsa lain sebab dia orang nih kalau nak tolong betul-betul tolong punya maa...

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendapati berlaku penyalahgunaan kenderaan milik kerajaan negeri di tiga negeri iaitu Pahang, Perak dan Pulau Pinang tahun lalu.

Penyelewengan itu membabitkan pelbagai masalah termasuk penggunaan bahan api berlebihan, penyenggaraan kenderaan di bengkel yang tidak dikhususkan dan kekerapan penggantian tayar yang tidak munasabah.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, terdapat penyelewengan penggunaan bahan api yang berlebihan dalam tempoh masa yang singkat oleh kenderaan kerajaan negeri Pahang.

"Kenderaan yang didapati kerap mengisi bahan api adalah kereta jenis Proton Perdana nombor pendaftaran CBD 88 yang dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh sebulan pada Disember 2008.

"Semakan audit juga mendapati pengisian sebanyak 743.39 liter berjumlah RM1,350 itu dilakukan dalam tempoh yang singkat iaitu antara satu hingga dua minit berbanding dengan kuantiti yang diisi," menurut laporan itu.

Bagaimanapun tiada tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dan menyebabkan pejabat setiausaha kerajaan menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi pada bulan itu.

Di Perak pula didapati kos penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri adalah tinggi kerana tidak dihantar ke pusat servis yang dikhususkan.

Alasan pejabat SUK mengapa kereta tersebut dihantar ke syarikat itu adalah kerana kenderaan Exco memerlukan penyenggaraan segera sedangkan Syarikat EON Services Sdn Bhd tidak dapat memberikan servis dengan segera.

Masalah kekerapan penggantian tayar dikesan berlaku di Pulau Pinang iaitu pada tiga kenderaan dengan nombor pendaftaran PED 21, PBF 1 dan PAF 1.

Penyiasatan audit itu juga melaporkan semua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang telah haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.

Katanya, penggantian tayar yang terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu juga adalah meragukan.-bernama

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran