TPM: 'Kalau boleh biarlah PRU tahun ini'
Spekulasi meramalkan PRU13 kemungkinan September ini ataupun awal tahun depan.-sinar
Walausiapapun kamu walaudimanapun kamu walauapaperjuanganmu walauapakeinginanmu carilah kedamaian yang abadi disisiNya
Timbalan Pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, seiring dengan keputusan jawatankuasan pilihan khas Parlimen yang memutuskan untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya ia tidak bertentangan dengan Islam.
“Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memberi kelulusan kepada penggunaan dakwat kekal sebelum ini, cuma apabila kita beli nanti, apabila tiba bekalan nanti, kita kena beri kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk ujian kandangan dalam dakwat kekal supaya ia tidak meragukan umat Islam,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Penggunaan dakwat kekal adalah antara 10 cadangan yang dikemukakan dalam laporan awal yang dibentangkan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi pembahruan sistem pilihan raya di negara ini di Dewan Rakyat minggu lalu.
Agensi seperti SPR yang dinamakan dalam laporan itu diberikan tempoh dua minggu bagi melaksanakan cadangan berkenaan.-tmi
| Tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meningkat kepada 72 peratus mungkin boleh menjadi petunjuk bagi kerajaan mengadakan pilihan raya umum ke-13 dalam masa terdekat. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata terpulang kepada kerajaan sama ada ingin mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat dengan mengambil kira kaji selidik yang dibuat Merdeka Centre. "Alhamdullilah kalau dia (Najib) terima 72 peratus. Tapi ranking agensi itu kita nak kena tahu juga siapa mereka. "Yang saya tahu semasa saya menang sehingga dua pertiga kerusi, kedudukan ranking saya 60 peratus saja. Tetapi kalau 72 peratus, kita harap boleh menang lebih daripada dua pertiga lah. Boleh buat sekaranglah," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini. |
| Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Pusat juga tidak boleh halang jika Kerajaan Negeri mahu memilih tarikh PRU berasingan. Beliau diminta mengulas rancangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi dalam PRU ke-12 dalam PRU akan datang. Abdul Khalid, yang juga Pengerusi PKR Negeri berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan berusaha untuk kekal sebagai pemerintah di negeri itu selepas PRU-13. “Kita akan berusaha kalahkan Barisan Nasional (BN) dan rakyat perlu menilai kebaikan dan faedah yang akan mereka perolehi sekiranya mereka mengundi PR,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada 52 sekolah jenis kebangsaan Cina, di sini, semalam. Mengenai rancangan Kerajaan Negeri hendak melaksanakan sistem sekolah percuma untuk semua sekolah di negeri ini, katanya, ia dapat ditimbangkan jika Kerajaan Pusat memberi peruntukan yang cukup. Katanya, Kerajaan Pusat mendapat RM16 bilion daripada Kerajaan Negeri dan rakyat negeri ini, tetapi sehingga 27 Oktober lalu, Kerajaan Negeri hanya menerima RM408.26 juta. “Saya tidak fikir Kerajaan Pusat akan berikan jumlah yang lebih banyak dan saya faham mereka juga perlukan peruntukan untuk jalankan projek. Tetapi sekurang-kurangnya rakyat Selangor berhak mendapat 20 peratus daripada jumlah itu untuk kepentingan dan kebajikan mereka,” katanya. Katanya, jumlah RM16 bilion itu adalah nilai cukai yang dibayar oleh rakyat negeri ini kepada Kerajaan Pusat dan mereka berhak menerima peruntukan yang sewajarnya bagi tujuan pembangunan. |