Showing posts with label prk permatang pasir. Show all posts
Showing posts with label prk permatang pasir. Show all posts

Wednesday, August 26, 2009

Pas Menang Majoriti Kurang Sikit
ogos 26 09

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

Tuesday, August 25, 2009

Gambar-gambar Disekitar PRK P.Pasir
ogos 25 09

Peratusan mengundi sehingga jam 10.00pg tadi mencecah 14.6% atau 2966pengundi keluar mengundi...ikuti perkembangannya...



Expand

Expand


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang membuang undi di SK
Penanti.

11.06 pagi : Ketua jentera muslimat PAS Kelantan memberitahu, muslimat PAS sedang membuat gerak gempur - 1 petugas 1 pengundi.

11.01 pagi : Ustaz Salleh Man kini berada di Sek. Keb Permatang Pasir sedang meninjau proses pembuangan undi di sana. Beliau kini dalam perjalanan ke Sek. Keb Bukit Indera Muda.

10.47 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man ketika ini dari Sek. Keb Penanti sedang menuju ke pusat mengundi, Sek. Keb Permatang Pasir.

10.41 pagi : Di Sama Gagah, pengundi saluran 2 dan 5 paling banyak keluar ketika ini. Penyokong Umno yang memakai seragam membawa lambang parti itu nyata salah dalam peraturan baru SPR dalam pilihanraya kecil ini, namun tiada kelihatan tindakan diambil keatas mereka oleh pihak berwajib.


10.30 pagi : Berhampiran perkuburan Cina, Kubang Semang, 150 orang berkumpul di sana. Mereka yang mengenakan jaket kuning yang tertera tulisan 'Pemuda Umno Kepala Batas' itu berkelakuan kasar terhadap pengguna jalan raya, lebih-lebih lagi mereka yang dilihat penyokong PAS. Mereka ini dipercayai kumpulan yang membuat kecoh di hadapan Sek. Keb. Penanti tadi.


10.25 pagi : Pengarah jentera pilihanraya kecil, Dato' Mahfuz bersama pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat berada di UPU Kampung Pelet melihat suasana proses pembuangan undi. Ramai wartawan kelihatan mengerumuni ahli parlimen Pokok Sena.

10.19 pagi : Calon BN, Rohaizat baru sahaja sampai ke Sek.Men Sama Gagah - tempat pertama yang dilawatinya - sebelum ini beliau hanya membuat tinjauan dari luar sahaja.


10.17 pagi : Saluran 1 paling ramai keluar mengundi di Sek. Jen. Keb. Cina Kubang Semang, percubaan provokasi di luar pusat mengundi oleh penyokong Umno dengan laungan 'Gerak Gempur 1 Malaysia', penyokong PAS walau bagaimanapun tidak menghiraukan cubaan provokasi tersebut.

Satu suasana pelik kelihatan, bilamana sejumlah anggota polis beratur sepanjang bahu jalan dari penempatan MARTEK yang berhampiran pusat pengundian itu.

sumber gambar-wrlr
Anwar Rela Gelaran DiTarik Semula
ogos 25 09


PERMATANG PASIR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim rela sekiranya darjah kebesaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ ditarik balik, berikutan isu yang melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Anwar berkata, beliau tidak pernah meminta darjah kebesaran sejak dahulu lagi dan jika ada pihak mahu menarik balik boleh berbuat demikian.

Menurutnya, tindakan beliau menyokong DAP dan Pas adalah bukan untuk mendapatkan ganjaran tetapi atas dasar mahukan perubahan untuk rakyat.

“Saya menyokong bukan minta tanah, bukan minta saham...Datuk Seri pun tak, kalau nak ambil balik saya ada satu almari (pingat) Datuk.

“Saya kata kalau minta balik, tak apa bagi balik. Saya tak minta, saya tak pernah minta, tak pernah menulis surat, orang-orang Permatang Pauh tahu yang saya tidak pernah minta,” katanya ketika berucap pada ceramah di kawasan Permatang Janggus, kelmarin.

Menurutnya, beliau pernah menolak tawaran pingat kebesaran oleh Yang Dipertua Pulau Pinang atas alasan belum lagi melakukan jasa secukupnya.

“Saya beritahu pada (Datin Seri) Azizah kalau siapa minta balik, boleh ambil... Jangan serah balik, letak di pagar suruh mereka ambil balik,” katanya.

Sejak beliau dikecam sebagai pengkhianat bangsa Melayu, ada pandangan meminta agar gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri' ditarik balik.

Isu Anwar pengkhianat bangsa Melayu juga menjadi perhatian sepanjang kempen pilihan raya Permatang Pasir.
Amanat TGNA kepada Pengundi Permatang Pasir
ogos 25 09

Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah lapan warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku lapan pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari tujuh pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat telah menang sebanyak enam kali berturut-turut. BN cuma menang sekali; itupun di Batang Ai, Sarawak. Ini realiti dan ini kenyataan. Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah tiga penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah lima belas tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi DUN Permatang Pasir ini. Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.

Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar.
Mereka tidak sanggup memangkah parti UMNO yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh UMNO inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulen itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama
Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari UMNO dan BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar.

InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi. Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon
Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Datuk’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan UMNO dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang. Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. UMNO ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut. Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidakadilan. Undilah Saudara Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Isla-PDO

Monday, August 24, 2009

DiMalaysia yang Permai ini Orang Boleh Hilang
ogos 24 09

Apa nak heran kat malaysia ni apa-apapun segalanya berkemungkinan jika ia melibatkan kepentingan UMnoBN....bermula dengan balasundram yang hingga kini hilang entah kemana kini bapa rafizah pulak dikatakan hilang setelah memberi kata dua kepada lelaki tak bermoral rohaizat lepas nilah pulak sapa pulak yang hilang....UMnoBn betul-betul dah gila babi dah betul-betul terdesak dan sanggup melakukan apa saja....baca laporan dari matsamankati

Kalau semalam, rakan kongsi Rohaizat hilang dan tiba-tiba muncul di Kuala Lumpur dan membuat sidang akhbar menyalahkan Pakatan Rakyat pula, kini bapa Rafizah pula hilang.Kami tidak menolak kemungkinan, selepas ini, bapa Rafizah pula akan membuat pengakuan menafikan apa yang dikatakan sebelum ini.

Umno semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa saja untuk menang di Permatang Pasir. Dan sebelum En. Mohd. Ali membuat pengakuan yang dipaksa, kita dengar kembali perbualan telefon dengan En. Mohd. Ali sebelum ini dan juga rakaman perbualan dengan ibu saudara Rafizah sendiri yang boleh didengar di blog Nora disini.-perakekspress

Rohaizat dan UMngok Penipu Besar

Pada 18 Ogos, saya dihubungi oleh seseorang yang memperkenalkan diri sebagai keluarga Rafizah yang punya 'hubungan' dengan calon b-end, Rohaizat. Individu tersebut menyatakan beliau menghubungi bagi pihak Rafizah yang meminta tolong untuk bersempena Pilihanraya Permatang Pasir untuk menyelesaikan masalah gantung tak bertalinya.

Malam itu saya ke Tanjung Berembang bertemu dengan ibu dan bapa saudara Rafizah.


Menurut ibu saudaranya, siapa Rafizah ?


Rafizah ialah bekas kakitangan pejabat guaman Rohaizat. Ketika itu Rohaizat sudah beristeri, namun dia cakap dengan Rafizah yang dia cintakan Rafizah tetapi tidak boleh hebahkan kerana isterinya yang seorang pensyarah USM lah yang menjadi 'penanggung keluarga'.


Setelah menjalinkan hubungan, akhirnya hubungan itu sampai ke pengetahuan keluarga Rafizah. Keluarga Rafizah mendesak agar Rohaizat menikahi Rafizah. Oleh kerana 'perkara tidak boleh elak' maka Rohaizat terpaksa bersetuju menikahi Rafizah 'secara sulit' pada Mei 2005.

Perkahwinan dilakukan di Pekan, Pahang tanpa daftar di pejabat agama dan menyalahi undang undang syariah negeri Pahang.


Rafizah mengandung, malangnya Rohaizat tak mengaku ia anaknya. Rohaizat telah menghantar Rafizah untuk menggugurkan kandungan di sebuah Klinik di Nibong Tebal.


Akibat desakan Rafizah dan ugutan maka pernikahan tersebut menurut maklumat keluarganya telah didaftarkan di Mahkamah Syariah Pekan Pahang dengan membayar denda. Namun semua masih 'disulitkan'. Rafizah 'dimasukkan ke sebuah IPTA untuk melanjutkan pelajaran.

Menurut Rafizah sendiri, dia sudah amat - amat tertekan dijadikan 'boneka mainan'. Dia digantung tidak bertali. Bila berjumpa Rohaizat akan hamburkan macam - macam janji manis tetapi akhirnya dia masih seperti digantung tidak bertali.


Apabila saya tanya sendiri apa yang Rafizah mahukan. Dia menjawab dia tak nak satu sen pun...dia cuma mahu keadilan untuk dirinya....dia mahu diceraikan....


Rayuan dengan titisan air mata untuk katanya minta tolong untuk buat Rohaizat sedar.


Di mana Rafizah sekarang ?


Rafizah kali terakhir dihubungi dia dalam keadaan tertekan dan ketakutan. Dia beritahu dia dihubungi perbagai orang termasuk pemimpin Umno, Sb dan polis....Rohaizat juga ada telefon 'ugut dan rayu' agar jangan dedahkan apa - apa masa kempen pilihanraya. Rohaizat janji akan selesai selepas pilihanraya.....


Persoalannya selesai macam mana ? Bukan sekali janji manis Rohaizat hamburkan akhirnya hancur macam tu saja... adakah janji manis Rohaizat kepada Rafizah sama seperti janji manis b-end kepada pengundi....-dinbinjai

Saturday, August 22, 2009

ROHAIZAT DIPERBODOHKAN UMNO DAN MUHYIDDIN SEBENARNYA
ogos 22 09

Itulah ungkapan yang paling sesuai digunakan untuk menggambarkan situasi Rohaizat calon BN nih...adalah mustahil lagi melucukan bagi juak-juak umno termasuklah simuddin tersilap dalam memilih calon bukankah mereka semua memiliki jentera kelengkapan yang serba ganas dan hebat-hebat belaka petik aje nama dah tau orang ni ok ke tak ok....terbaru laporan malaysiakini menyatakan Rohaizat pernah terlibat dalam dua lagi kes pecah amanah...takkanlah UMno sebodoh ini dalam memilih calonnya....jadi tokeyai rasa siRohaizat ini hanyalah seekor kambing yang akan dihitamkan oleh muddin dan juak-juak umnonya kerana mereka tahu prtg pasir tidak sama dengan manik urai dia terletak diparlimen prtg pauh yang merupakan kubu kuat anwar dan adalah mustahil umno akan menang disitu sekalipun yang bertanding bertaraf mufti bergelar Tan Sri...jadi untuk tidak mendapat ke "malu" an yang bertutut-turut akibat kalah dalam mana-mana prk sebelum ini juak-juak umno nih..sengaja meletakkan siRohaizat disitu dengan harapan peribadi dia dapat dihidu oleh PAS dan dijadikan isu dalam prk ini dan seandainya corak gaya sokongan seperti yang diterima Anwar sekalipun hal peribadi dijadikan isu ini merupakan satu bonus kepada Umno tetapi jika sebaliknya UMno mempunyai alasan untuk kalah dan akan berkata kejadian ini tersilap memilih calon } tidak akan berulang untuk kali keduanya..kita akan membuat tapisan atau temuduga sebelum menetapkan calon...Ini semua kata-kata yang akan keluar dari orang yang menjahamkan bangsa sendiri untuk kepentingan diri..kita pun sedia maklum tengok muka si Rohaizat itu pun tak nampak sifat-sifat kepimpinan dan ketokohan ..tak ada daya penarik langsung jadi macamana nak pikat pengundi sedangkan faktor luaran pun memainkan peranan dam bab undi-undi nih...sebenarnya jugak matlamat lain simuddin dan juak-juaknya hendak menjadikan prtg pasir sebagai pentas untuk menyerang Anwar dengan isu pengkhianat sebagai modalnya..tapi bila isu Empangan Linggiu di Semangar Kota Tinggi timbul simuddin dah gelabah dan hilang punca hendak tak hendak terpaksa cakap Perdana Menteri ketika itu (Dr Mahathir) telah memanggilnya secara mengejut ekoran kunjungan Lee Kuan Yew (Perdana Menteri Singapura ketika itu) ke Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai dua perkara iaitu saluran gas dan bekalan air.

Katanya dalam pertemuan antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur itu, Perdana Menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.

"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala.

"Saya menyatakan bahawa kita tidak mempunyai wang dan Lee Kuan Yew berkata Singapura sanggup menganggung semua kos dan setelah siap kelak, bangunan dan harta yang dibina itu adalah milik Malaysia sehingga hari ini, jadi Singapura cuma mengeluarkan wang," katanya

Habis saja muddin buat kenyataan tu..sunyi sepi bagai dilanggar steamroll juak-juak UMngok macam kena bom..mati kutu...hilang punca...kempen kemana isu pengkhianat kemana..semua serba tak kena dan tak menjadi...sekali lagi muddin bengang kerana gagal dalam menjenamakan dirinya sebagai bakal PM dia juga kecewa kerana rahsia sulit itu akhirnya terbongkar jugak dengan memetik nama tun che det daim sebagai peran utama diketahui umum...semuanya kerana ISU PENGKHIANAT yang cuba dimainkan tetapi isu ini jugk yang memainkan dia balik dan menonjolkan siapa PENGKHIANAT yang sebenarnya..kita tunggu reaksi Tun Che det kenapa hal ini terjadi dan kenapa singapura cakap pasal nak berperang tu.....

Friday, August 21, 2009

Benarkah Pemuda Pas dan PKR sokong Rohaizat
ogos 21 09

[1508-ceramah-khairy-shahalam-1.jpg]

Apa helah lagi yang cuba dimainkan oleh sibudak khairy ni...dia kata ada pemuda dari pas dan pkr akan membuat pertemuan sulit dengan dia untuk menyatakan sokongan kepada calon BN itu kerana tidak berpuashati dengan calon pas salleh man...apakah ini hanya helah untuk mengkucar-kacirkan strategi PR atau ianya benar-benar berlaku...kalau mengikut tokeyai dan berdasarkan konflik yang dihadapi oleh calon BN itu yang terang-terang akan kalah adalah tidak logik untuk pemuda pas dan pkr mengkhianati parti dengan memberikan sokongan kepada calon BN itu hanya orang yang bengap aje yang akan menyokong calon yang bermasalah macam itu kecualilah itu hanya helah sikhairy untuk mengadudombakan pakatan rakyat dan tokeyai rasa itulah tujuan sebenarnya sikhairy ini kerana ketiadaan idea untuk menentang pakatan rakyat...kesian tokeyai tengokkan sikhairy ini kehulu tak kena kehilir tak kena semenjak mertua dah tak jadi PM lagi dia tak tahu masa depan dia kat UMno tu dah gelap dah..itulah padahnya kalau mendapat kemenangan dengan menumpang tuah mertua dan membeli undi...kesian...kesian...

BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos (Bernama) -- Golongan pemuda parti PAS dan PKR mengakui akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Selasa ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Katanya, beberapa anggota Pemuda Pas dan PKR juga mahu mengadakan perjumpaan dengan beliau dan mahu menyatakan sokongan mereka terhadap calon BN itu kerana kecewa dengan calon Pas Salleh Man.

"Mereka menghubungi Ketua Pemuda Umno di sini (Permatang Pasir) dan bagi tahu nak jumpa saya secara sulit kerana mereka tidak lagi menyokong calon Pas (Salleh Man)", kata beliau pada ceramah pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di sini malam tadi.

Beliau berkata, tindakan mereka itu membuktikan sokongan golongan muda terhadap BN telah meningkat termasuklah daripada anak-anak muda parti pembangkang sendiri.

"Dulu di Manek Urai (pilihan raya kecil) pun saya telah beritahu kita dapat sokongan daripada pemuda Pas tetapi pembangkang tidak percaya dan kata saya bercakap kosong tetapi bila keputusan pilihan raya (diumumkan) barulah mereka percaya," kata beliau.


Tuesday, August 18, 2009

Prtg Pasir-Ramai ketua cawangan UMno bengang dgn Rohaizat
ogos 18 09

Belumpun apa-apa UMno dah mula gelabah bila ramai ketua cawangan umno tak puas hati dengan pemilihan Rohaizat sebagai calon itulah tanda-tanda harimau yang hilang belang menanti ajal tiba....balasan untuk orang yang cakap besar dan ikut sedap mulut.....siapa lagi kalau bukan simuhyiddin...lobang sudah pecah beb nak cari alasan apa lagi...takkan nak guna jugak lawyer umno untuk cover...

Selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Rohaizat Othman sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir Jumaat lalu, kira-kira 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN tersebut berkumpul di sebuah kedai makan, kerana tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat.

Menurut satu sumber, ini kerana mereka mengharapkan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said - yang mesra dipanggil "cikgu" - akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kata sumber yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Mohd Zaidi terpaksa mententeramkan mereka yang tidak berpuas hati dan menasihatkan mereka supaya bertenang.

"Bekas guru itu turut berkata kepada mereka bahawa beliau masih lagi berpeluang untuk menjadi calon pada masa akan datang," kata sumber itu lagi.

Sehubungan itu, kata sumber itu, Mohd Zaidi menasihatkan penyokongnya agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi perlu menjaga kepentingan parti.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, sekiranya Mohd Zaidi menjadi calon, beliau dijangka mendapat menarik kembali sokongan pengundi Cina seramai kira-kira 5,400 orang di Permatang Pasir serta pengundi atas pagar. mkini


Monday, August 17, 2009

PERMATANG PASIR PAS VS BN
ogos 17 09

Bekas Peguam lawan Businessman




SIAPA SALLEH?
Berusia 52 tahun, seorang ahli perniagaan & pentadbir sekolah agama, merupakan lulusan pengajian Islam dari Universiti Malaya dan dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang tahun lalu.

Salleh mula bertanding dalam pilihan raya sejak tahun 1986. Namun, beliau belum pernah memenangi mana-mana pilihan raya.


SIAPA ROHAIZAT?
BN menurunkan Rohaizat Othman, 38, yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh dan Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang.

Rohaizat mempunyai kelulusan jurusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa. Pilihan raya kali ini adalah yang pertama baginya.Beliau juga telah disenaraihitamkan oleh majlis peguam kerana mengguna wang koperasi pekebun-pekebun kecil getah p.pinang...pecah amanahlah tu namanya.

Lanjut di sini.

SIAPA MENANG?
Ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa kunun-kununnya pilihan raya kali ini menjadi medan untuk menentukan sama ada BN kini sudah bangkit dari era kejatuhannya atau sebenarnya PR kini berhadapan dengan ketidakyakinan rakyat. Jumlah majoriti pilihan raya di Manik Urai dijadikan asas untuk membuat tanggapan tersebut. Namun, tatkala taksub dengan andaian tersebut, mereka mungkin lupa tentang isu duit tambang, projek "mi segera", dan isu jambatan "angan-angan" yang hangat diperkatakan semasa dan selepas pilihan raya kecil di Manik Urai lalu. Andaian & tanggapan. Penentunya 25 Ogos nanti.

Friday, August 14, 2009

BN dah umum calon PAS malam ini
ogos 14 09

Rohaizat Othman calon BN di P. Pasir
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemilihan setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.

Beliau membuat pengumuman tersebut di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam petang ini.

Nama Rohaizat pernah disebut-sebut akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti baru-baru.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan apabila BN memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding di kerusi tersebut.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula akan mengumumkan calonnya pada jam 9 malam ini.

Salah satu yang disebut-sebut mungkin dipilih mewakili PAS kali ini ialah Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd Salleh Man.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini.

Sebelum ini, Umno bahagian Permatang Pauh menyenaraikan empat calon termasuk Mohd Zaidi kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang terbaik untuk mewakili parti itu.

Manakala jawatankusa PAS pula bermesyuarat hujung minggu lalu membicangkan lima orang calon termasuk Salleh.
mkini

Wednesday, August 12, 2009

Teknologila Terbaru UMno
Tunai Janji Palsu ikut Peti Undi
ogos 12 09

[umno+kian+hancur.jpg]

Cara terbaru dan terkini UMngok untuk memenangi prk permatang pasir dengan menunaikan janji pada peti undi yang dimenanginya...woww...serba canggih dan berteknologila lah UMno sekarang...berjanji dan terus berjanji.....itulah UMno akhirnya.....harimau yang telah hilang belang menanti ajal boleh dipercaya lagi ke....waaaaaa.....waaaa........waaaaa....mak nak....susu....UMno sekarang macam budak kecik menangis mintak susu.....


BN akan menunaikan janjinya di kawasan peti undi yang dimenanginya walaupun calonnya kalah dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.

"Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi," kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

"Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka.

"Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," katanya selepas mesyuarat Umno bahagian itu malam tadi, lapor Bernama.

Friday, July 31, 2009

Umno mencuba untuk kali ke7 dlm PRK di Permatang Pasir
Jul 31,09

Umno Pulau Pinang bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir ekoran kematian penyandangnya daripada PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman hari ini.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham, pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno akan menggerakkan jenteranya pada bila-bila masa.

Umno akan berusaha untuk merebut kerusi tersebut yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh dapat direbut daripada parti pembangkang, katanya selepas majlis penghargaan kepada pahlawan tanahair di Kementerian Pertahanan hari ini.

Ini merupakan kali pertama Ahmad Zahid berdepan dengan pilihanraya di negeri itu, selepas dilantik menerajui Umno Pulau Pinang, lapor Bernama

Mengulas lanjut mengenainya, Ahmad Zahid menganggap "ini sebagai ujian Allah kepada saya dan untuk melihat sejauh mana kekuatan sebenar Umno."

Mohd Hamdan, 63, meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) di ibunegara kerana sakit jantung.

Allahyarham merupakan wakil rakyat tunggal PAS di Pulau Pinang, dan menyandang kerusi tersebut selama tiga penggal, sejak pilihanraya umum 1999.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menolak dakwaan kononnya terdapat masalah dalaman jentera Umno di Permatang Pauh dan menyifatkannya sebagai "khabar angin."

Naib presiden Umno itu juga berkata beliau akan turun padang untuk memantau keadaan dan memastikan sebarang masalah yang timbul akan dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Beliau percaya masalah yang didakwa wujud itu sengaja ditimbulkan dengan didalangi pihak membangkang bertujuan untuk mengacau-bilaukan Umno bahagian berkenaan.

Tokeyai

Hai masih tak serik-serik lagi siumngok ni nak bertanding jugak.... tak payahlah buang maso yo tokeyai gerenti terduduk punya umno KO terus....jangan nak compare dengan manik urai sebab dia orang belum ada jambatan sini dah ado...

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran