Showing posts with label Tanah ktm. Show all posts
Showing posts with label Tanah ktm. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

TANAH KTMB KO LENGAH-LENGAH SATU SEN PUN TAK DAPAT-S'PORE

Itu bahasa kasornya...bahasa lembutnya camni..bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya....ini dah nampak macam mengugut...betul-betul macam belanda nak tanah...apalah punya malang malaysia nie dok kena buli jer dengan s'pore....ada pemimpin pun nggeh jer kata orang jawa....jangan nanti dia mintak tukar dengan johor pulak...sudah...habis kampung halaman wa nanti....


TANAH KTMB : M'SIA MUNGKIN BERPUTIH MATA LAGI

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Tanah stesen kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar yang sepatutnya digunakan sebagai kuasa tawar menawar Malaysia mungkin akan terlepas begitu sahaja, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mengulas persetujuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bahawa isu caj pembangunan tiga bidang tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, beliau berkata, Malaysia tidak kehilangan tanah-tanah KTMB itu walaupun tidak diadakan rundingan mengenai perkara itu sekalipun.
"Perjanjian 1918 menyatakan tempoh pajakan tanah-tanah tersebut kepada KTMB adalah selama 999 tahun walaupun dinyatakan untuk kegunaan perkhidmatan keretapi sahaja.
"Tanah-tanah itu umpama tulang yang terlekat di rengkung para pemimpin Singapura dan Malaysia bukan sahaja tidak perlu tergesa-gesa merundingkan perkara itu malah ia boleh dijadikan kuasa tawar-menawar dalam perundingan dengan Singapura," kata Mahfuz.
Tetapi, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, apabila rundingan diadakan dan Najib melakukan tindakan yang amat memeranjatkan dan menerima tawaran pertukaran tanah-tanah itu, ia mungkin hilang begitu sahaja dan Malaysia mungkin akan berputih mata sekali lagi setelah berkali-kali berputih mata dengan Singapura.
"Bila Najib mempersetujui caj pembangunan tanah-tanah tersebut dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, dengan pelbagai persediaan yang kita yakin dibuat oleh Singapura seperti yang dilakukannya dalam kes Pulau Batu Putih, bagaimana kalau mahkamah itu mempersetujui caj yang tinggi yang dikehendaki oleh Singapura?
"Ia dengan sendirinya bermakna tanah-tanah itu yang sepatutnya menjadi kuasa tawar-menawar akhirnya akan menyebabkan kerugian yang besar jika caj pembangunan yang tinggi dipersetujui oleh mahkamah tersebut," kata beliau.
Mahfuz juga mempersoalkan mengapa Najib bersetuju bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya.
"Amat malang sekali bagi rakyat negara ini apabila kerajaan pimpinan Najib bersetuju dengan syarat tersebut.
"Ia dengan sendirinya bermakna tanah-tanah tersebut boleh hilang begitu sahaja dari tangan Malaysia jika Singapura berpendapat Malaysia melengah-lengahkan tindakan untuk memuktamadkan persetujuan," katanya.
Mahfuz kesal kerana apa yang sepatutnya menjadi kekuatan Malaysia telah ditukarkan oleh Najib menjadi menjadi senjata makan tuan
"Apa yang sepatutnya menjadi kuasa tawar-menawar negara kita tiba-tiba menjadi kuasa tawar-menawar Singapura apabila syarat tersebut dipersetujui.
"Tidak hairanlah jika Najib terpaksa bersetuju isu caj pembangunan tanah-tanah tersebut dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa walaupun Malaysia terpaksa berhadapan dengan risiko membayar caj pembangunan yang tinggi," katanya.
Mahfuz juga melihat Malaysia menanggung kerugian dalam semua keadaan.
"Najib menerima ketetapan yang merugikan negara apabila dinyatakan bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya.
"Masalahnya, caj pembangunan yang tinggi juga akan merugikan Malaysia. Rugi dalam semua keadaan," katanya.
Beliau meminta Najib menjelaskan kepada rakyat berapakah caj pembangunan yang dituntut oleh Singapura itu.
"Lebih penting lagi, Najib perlu menyatakan adakah Malaysia sebenarnya telah tertipu? Kalau tak tertipu, mengapa sehingga ke peringkat perlu merujuk Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa?" soal Mahfuz sambil membangkitkan kembali laporan-laporan yang mengaitkan kehilangan Pulau Batu Putih dengan persediaan Malaysia yang amat lemah dalam menghadapi kes itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini.-HARAKAH




Wednesday, May 26, 2010

JERUNG PANDAI KENCING JERUNG LEMBIK

Macam nilah....tanah kita tapi ada orang nak...itu ok....kemudian dia ganti dengan tanah dia ditempat yang lain yang mungkin sama nilainya ini pun ok gak...tapi dengan syarat kemudiannya dia kata....tanah you yang baru tu kita develop sama-samalah you 60 I 40 you tak payah keluar modal...amacam ok tak....pada pendapat korang bisnes apa yang jenis macam nie....korang pikirlah ikhlas ke tak ikhlas dia buat offer tu....tanah kita dia ambik..dia buat bisnes tanpa share dengan kita....kemudian tanah dia yang nak tukar tu....dia ajak kita share pulak dengan dia kalau nak tanah dia...wah....banyak cantik...ini betul-betul stail george soros jerung kencing jerung...jerung pandai kencing jerung lembik....kenapa pulak kita perlu share dengan dia....atas dasar apa kalau kita terima offer dia tu...tak masuk akal beb....melainkan kalau kita bodoh and stupid aje yang terima offer macam tu....lainlah kalau situasi kita sebagai broker atau ajen yang menjalankannya selaku orang tengah tentunya hanya memikirkan komisen yang kita dapat....asal saja projek jalan...jadi posisi najib nie dekat mana....lu tolong pikir beb....sebab la ni....semua orang umno kata....bisnes ni ada untung....wa tak tau nak labelkan tahap iq dan eq dia orang ni kat mana....

Disinikah tapak cadangan pertukaran tanah ktm dimarina bay dimana projek kasino terbesar diAsia sedang dibuat

Malaysia-Singapura dapat manfaat

JOHOR BAHRU 25 Mei - Kejayaan Malaysia dan Singapura menyelesaikan beberapa isu tertangguh disifatkan sebagai langkah bijak yang boleh memberi manfaat serta  kemajuan secara realistik kepada kedua-dua negara.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, setelah diteliti persetujuan itu khasnya beberapa perkara yang terkandung dalam dokumen Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA) yang ditandatangani pada 1990, memang tidak dinafikan ia memberi faedah kepada negara.
Ia khususnya perpindahan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP).
Menurutnya, berdasarkan persetujuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, tanah KTMB itu akan dimajukan secara usahasama menerusi syarikat yang dikenali M-S Pte Ltd.
"Dari segi bisnes, kalau dilihat secara kasar kita dah ada untung apabila Khazanah Nasional memiliki ekuiti 60 peratus manakala Temasek Holdings Ltd. cuma 40 peratus.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran