Macam nilah....tanah kita tapi ada orang nak...itu ok....kemudian dia ganti dengan tanah dia ditempat yang lain yang mungkin sama nilainya ini pun ok gak...tapi dengan syarat kemudiannya dia kata....tanah you yang baru tu kita develop sama-samalah you 60 I 40 you tak payah keluar modal...amacam ok tak....pada pendapat korang bisnes apa yang jenis macam nie....korang pikirlah ikhlas ke tak ikhlas dia buat offer tu....tanah kita dia ambik..dia buat bisnes tanpa share dengan kita....kemudian tanah dia yang nak tukar tu....dia ajak kita share pulak dengan dia kalau nak tanah dia...wah....banyak cantik...ini betul-betul stail george soros jerung kencing jerung...jerung pandai kencing jerung lembik....kenapa pulak kita perlu share dengan dia....atas dasar apa kalau kita terima offer dia tu...tak masuk akal beb....melainkan kalau kita bodoh and stupid aje yang terima offer macam tu....lainlah kalau situasi kita sebagai broker atau ajen yang menjalankannya selaku orang tengah tentunya hanya memikirkan komisen yang kita dapat....asal saja projek jalan...jadi posisi najib nie dekat mana....lu tolong pikir beb....sebab la ni....semua orang umno kata....bisnes ni ada untung....wa tak tau nak labelkan tahap iq dan eq dia orang ni kat mana....

Disinikah tapak cadangan pertukaran tanah ktm dimarina bay dimana projek kasino terbesar diAsia sedang dibuat
Malaysia-Singapura dapat manfaat
JOHOR BAHRU 25 Mei - Kejayaan Malaysia dan Singapura menyelesaikan beberapa isu tertangguh disifatkan sebagai langkah bijak yang boleh memberi manfaat serta kemajuan secara realistik kepada kedua-dua negara.
Ahli Parlimen Johor Bahru,
Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, setelah diteliti persetujuan itu khasnya beberapa perkara yang terkandung dalam dokumen Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA) yang ditandatangani pada 1990, memang tidak dinafikan ia memberi faedah kepada negara.
Ia khususnya perpindahan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP).
Menurutnya, berdasarkan persetujuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, tanah KTMB itu akan dimajukan secara usahasama menerusi syarikat yang dikenali M-S Pte Ltd.
"Dari segi bisnes, kalau dilihat secara kasar kita dah ada untung apabila Khazanah Nasional memiliki ekuiti 60 peratus manakala Temasek Holdings Ltd. cuma 40 peratus.