Walausiapapun kamu walaudimanapun kamu walauapaperjuanganmu walauapakeinginanmu carilah kedamaian yang abadi disisiNya
Wednesday, May 30, 2012
TUNKU MINTA MELAYU HAPUSKAN UMNO
Thursday, September 30, 2010
KAJIAN MEDIA KOMPLOT DALAMAN UMNO ANCAM KESTABILAN NEGARA
Kajian media: Komplot dalaman Umno kekal kuasa ancaman besar kestabilan negara
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Di sebalik pelbagai spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13, laporan terbaru The Economist Intelligence Unit mendakwa komplot dalaman Umno dan nekad parti pemerintah untuk kekal berkuasa dengan menggunakan apa jua cara merupakan ancaman besar kepada kestabilan politik di Malaysia.
Monday, July 19, 2010
MCA HANYA PENUMPANG BN - ZAHID HAMIDI
"Penumpang BN":
Pemuda MCA minta Najib nyatakan pendirian
Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng meminta agar Presiden UMNO, Najib Razak untuk menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan "penumpang BN" oleh Naib Presidennya, Ahmad Zahid. Chiew Lian Keng berkata, kenyataan Ahmad Zahid tidak elok, malah keterlaluan, di samping bercanggah dengan semangat BN. Beliau menambah, MCA telah bekerjasama dengan UMNO untuk 55 tahun, dan melalui ribut politik bersama sepanjang ini. "Kenyataannya telah bercanggah dengan semangat BN, menafikan usaha MCA sepanjang tahun ini, malah mewujudkan keretakan di kalangan parti komponen BN." Beliau juga menyanggah kenyataan bahawa MCA bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya. Beliau berkata ini menunjukkan bahawa MCA turut berkhidmat kepada seluruh rakyat, selain mempertahankan hak dan kepentingan masyarakat Cina. Chiew Lian Keng berkata, hasil kemenangan dan pemerintahan dikecapi daripada usaha bersama oleh semua komponen parti. Tiada siapa yang menumpang siapa dalam isu ini, tetapi soal sama ada semua pihak boleh saling bekerjasama. Chiew Lian Keng (gambar kiri) yang juga AJK Pemuda MCA berkata, UMNO tidak boleh meminta parti komponen BN untuk menghormati semangat BN, tetapi pada masa yang sama mereka melakukan sesuatu di sebaliknya. "Sepanjang tahun ini, kami mendukung semangat BN, memberi sumbangan kepada BN, tetapi kini dibalas dengan penghinaan oleh pemimpin rakan parti." Oleh itu, Pemuda MCA Wilayah Persekutuan meminta Presiden UMNO, Najib Razak untuk menyatakan pendirian, sama ada kenyataan "penumpang BN" oleh Ahmad Zahid itu merupakan pendirian partinya atau pendirian individu. Chiew Lian Keng berkata, seandainya UMNO masih memperkecilkan sumbangan rakan parti, maka sudah tiba masanya MCA mengkaji semula hubungan kerjasama dengan parti itu.-merdekareview |
LITTLEMAN AJE YANG JUMPA SAYA
Sunday, July 4, 2010
NAJIB - JANGAN JADI PRIMADONA


Perdana Menteri yang membuat analogi kejayaan pasukan bola sepak yang sedang bertanding di Piala Dunia ketika ini berkata hanya pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sahaja akan berjaya berbanding pasukan yang mempunyai ramai "primadona".
"Dalam Piala Dunia, pasukan favourite pun kalah. Adakah pasukan favourite UMNO dan Barisan Nasional boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti?.
"Kalau pasukan kita banyak "primadona", dia kira nak sumbat gol sendiri, alih-alih dia tersungkur, kita bina semangat berpasukan, individu yang ada kebolehan akan lebih berjaya jika ada semangat berpasukan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat UMNO bahagian Pekan di sini.
Saturday, July 3, 2010
MUHYIDIN-UMNO KAPAL LAMA DAH SEMPUT

Monday, June 21, 2010
APA KISAH SANGAT DGN DR ASRI NI..
Peduli apa dia nak join parti mana....mengapa semua pihak terlampau beria-ria sangat pasal dr asri nie...apa yang hebat sangat dengan dia nie...pada wa cuma pandangan dia yang agak tidak selari dengan kebanyakan ulama kat malaysia nie itu aje....kalau dia masuk umno pun....akan menjadi hebatkah umno....diatas kertas memanglah dr asri terlihat hebat....cuba masuk gelanggang sebenar nanti....sebab disitu dia belum dan tidak pernah diuji lagi....pada wa sehebat mana pun iman dan cendikiawannya orang yang bertitle ulama ini....bila dah masuk politik moden nie....dapatkah dia menahan segala kecaman....susah nak cakap...apatah lagi orang yang berdarah muda seperti dr asri nie....bohong dia kalau dia tak melawan balik bila dihina...sebab itulah namanya politik...TGNA pun teruk dihina dan dicerca oleh gerombolan umno....dapat tahankah dr asri.....kita tengok aje...apakah dia sanggup ditaksubkan orang keatas dia....sedangkan dia seorang yang anti taksub terhadap makhzab dan orang yang tidak maksum.....sanggupkah dia menelan balik segala kahak-kahak dia sebelum ini...........
selanjutnya di SINI
DR ASRI DAN UMNO MAKIN DEKAT
Beberapa pemimpin Umno telah menemui Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagi melamar bekas mufti Perlis itu bagi menyertai parti mereka.
Menurut sumber-sumber yang rapat dengannya, pertemuan melibatkan beberapa pemimpin kanan Umno itu telah beberapa kali berlangsung.
"Beberapa lagi siri pertemuan akan diadakan selepas ini," kata sumber-sumber yang maklum tentang usaha Umno itu.
Memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof, Dr Mohd Asri dilaporkan akan menyertai Umno menerusi cawangan dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang.
Sunday, June 6, 2010
ADA PARTI BARU SAPA NAK JOIN

Wednesday, May 12, 2010
UMNO JGN SAMPAI JADI PEMBANGKANG-NAJIB
Presiden Umno menegaskan Umno dan BN sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran.
Katanya, kekalahan parti itu menjadi satu kisah yang relevan untuk menjadi "iktibar dan sempadan" kepada Umno dan parti komponen BN.
"Sebagai sebuah parti politik yang memerintah negara selama 45 tahun dan memenangi 12 kali pilihan raya umum pasca kemerdekaan, parti ini berdepan dengan pelbagai cabaran dan mengambil iktibar daripada apa yang beraku kepada parti-parti lain, yang seusianya dengan Umno tetapi hari ini menjadi pembangkang," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena menyambut ulangtahun Umno ke-64 di ibu negara.-mkini
Monday, February 8, 2010
Di Australia, parlimen menerima laporan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar negaranya bersabit isu Anwar.
Pengerusinya Michael Danby memaklumkan parlimen bahawa pihak tertentu dalam Umno sekali lagi di dapati memperalatkan sistem perundangan Malaysia untuk membunuh karier politik Anwar.
Danby memberitahu parlimen bahawa pengamal demokrasi di sekitar rantau ini terkejut dengan apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.
Ahli politik veteran mengenai hal ehwal Asia ini berkata untuk kali kedua, pihak-pihak tertentu dalam kerajaan merekacipta bukti termasuk memalsukan dokumen manakala saksi dipaksa untuk memberi keterangan bagi mensabitkan Anwar.
Beliau berkata perbicaraan konspirasi kedua adalah mirip perbicaraan pertama yang dilalui oleh Anwar pada tahun 1999.
Menurut beliau kedua-dua siri perbicaraan berkenaan mencemar usaha Malaysia mencanang diri sebagai pendokong prinsip-prinsip demokrasi.
Danby menegaskan bahawa semua pihak di Malaysia dan pengamal undang-undang antarabangsa yakin Anwar tidak bersalah atas semua tuduhan ini.
Danby berkata pertuduhan fitnah liwat terhadap Anwar diulang kerana beliau adalah satu-satunya ahli politik berbangsa Melayu dalam pembangkang yang berupaya menggugat kedudukan Umno.
Dalam pada itu akhbar The Australian berpendapat perkembangan yang sedang berlaku di Malaysia kini hanya menyerlahkan hakikat bahawa Umno perlu berundur setelah memegang kuasa lebih daripada lima dekad.
Di bawah Umno, Malaysia sudah pun jauh ketinggalan berbanding negara-negara yang dahulunya lebih mundur daripadanya, menurut The Australian dengan merujuk kepada Indonesia sebagai contoh.
Untuk perbandingan, pertumbuhan ekonomi Indonesia mengatasi Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut, termasuk tahun ini.
Contohnya ketika ekonomi Malaysia mengucup negatif 2.8 peratus tahun lalu, Indonesia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 4.5 peratus. -GB
Wednesday, December 30, 2009
Jika kita rajin membaca blog-blog yang menyokong Umno, khususnya blog-blog yang Pro-Mahathir, kelihatan sudah ada suara-suara yang mahu menyatakan; Khairy dan Zahid sedang berpakat untuk menjatuhkan Najib.
Menurut pendapat mereka, KJ & Zahid sedang berusaha untuk memusnahkan imej Najib agar penyokong Umno bangkit menolak kepimpinan Najib sebagaimana yang berlaku ke atas Pak Lah dahulu.
“Sifirnya mudah. Jika jatuh Datuk Seri Najib, secara automatiknya Zahid akan menjadi Timbalan Presiden UMNO kalau mengikut senioritinya sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan. Setelah menjadi Timbalan Presiden UMNO, secara automatik Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.” demikian kata pemilik blog Anti Khairy.
Kononnya, KJ dan Zahid tidak ‘berdendam’ dengan Najib tapi mereka berdendam dengan Mahathir.
KJ berdendam dengan Mahathir kerana Mahathir yang membuatkan dirinya tersisih dari kabinet Najib dan Khairy juga tidak akan lupa bagaimana dirinya dan bapa mertuanya (Pak Lah) dihina sebegitu teruk oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Manakala Zahid pula pernah dipenjarakan Mahathir kerana menyokong Anwar pada era reformasi 1998.
Atas alasan itu maka blog-blog yang pro-Mahathir mula membuat andaian bahawa memang benar terdapat pakatan antara KJ dan Zahid untuk menjatuhkan Najib kerana Najib adalah penyambung legasi Mahathirisme dalam Umno dan kerajaan Malaysia.
Andaian itu semakin kukuh bila Zahid membocorkan rahsia kehilangan enjin pesawat TUDM kepada umum walhal perkara itu sudah lama berlaku dan sedang disiasat polis.
Apa motif Zahid mendedahkan perkara itu kepada umum? Adakah kerana dia mahu menunjukkan dirinya amat telus di mata umum? Atau adakah kerana dia mahu menunjukkan kerajaan sekarang lebih telus dari dulu?
Samada Zahid sedar atau tidak, pendedahan itu telah pun mencalarkan imej Najib di mata umum. Biar apapun penerangan yang Zahid cuba berikan untuk membela Najib, namun ianya sudah tidak berguna lagi.
Lihat sahaja bagaimana Pakatan Rakyat memainkan isu ini untuk menggambarkan kelemahan Najib dan menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes yang melibatkan kedaulatan dan pertahanan negara ini.
Teryata Najib hanya berdiam diri dengan desakan itu kerana mungkin beliau sudah dapat membaca kesan yang bakal berlaku terhadap kedudukan dirinya.
Manakala Mahathir pula cuba membantu Najib untuk mengalihkan isu jet ini dengan meminta Najib menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Barry Wain melalui bukunya ‘Malaysian Maverick’.
Taktik Mahathir ini sudah dapat dibaca. Dengan tertubuhnya SSD kes penyelewengannya, maka perhatian akan lebih tertumpu kepada kesnya sahaja sehingga SSD untuk menyiasat kes kehilangan enjin TUDM akan dipinggirkan rakyat.
Sungguhpun Najib lebih selesa dengan jawapan ‘no comment’nya, namun rakyat sudah dapat melihat dengan jelas apa yang telah berlaku sewaktu era pentadbirannya sebagai Menteri Pertahanan.
Bom C4 yang digunakan untuk mengebom Altantuya dipercayai datangnya dari pihak tentera. Pembunuhan Altantuya pula dikaitkan dengan komisyen kapal selam. Pembelian helikopter Cougar dibatalkan kerana harganya tidak masuk akal dan yang terkini, enjin pesawat yang besar itu pun boleh hilang sewaktu Najib memegang kementerian itu.
Kini Najib memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan. Apa lagi yang boleh ‘hilang’ selepas ini?
Baru-baru ini, UMNO Pulau Pinang yang diterajui Zahid menggesa Gerakan menyerahkan teraju kepimpinan BN kepada Umno. Mengapa perlu Zahid menaikkan isu kepimpinan BN Pulau Pinang sedangkan tuntutan itu sememangnya tidak memberikan apa-apa kredit kepada BN Pulau Pinang? Adakah Zahid sengaja mahu menjerat Najib?
Jika benar Zahid mahu menjerat Najib, jerat itu sudah mengena bilamana Najib membuat keputusan untuk tidak menyokong atau menolak tuntutan itu. Semua pihak hanya disuruh ‘tutup mulut’.
Keputusan seperti itu telah mengecewakan segelintir penyokong Umno dan secara tidak langsung, Zahid pula yang dilihat lebih berani dari Najib untuk memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang.
-NurAflah
Tuesday, October 20, 2009
Sunday, October 18, 2009
okt 18 09
Ulasan-ulasan dari akhbar cina mengenai UMno...sekadar renungan untuk PR terutamanya PKR yang nampak agak kalut ketika ini bila ayam tambatannya zaid dan azmin dikatakan ada masalah...apa dah jadi nih...beb umno baru cakap nak berubah korang dah kalut...ikutlah sikit cakap najib tu mendengar guruh dilangit air tempayan dibuang jangan...korang jangan jadi macam siIbrahim ali alkataki tu yang nak join UMno besok lusa...UMno tu bunyi je kuat beb buluh betong tetap buluh betong takkan dapat dilentur lagi...luorang dengarlah cakap gua...
UMNO berjaya menampilkan imej "pembaharuannya", apabila Perhimpunan Agung UMNO ke-60 dipaparkan dengan positif dalam media cetak bahasa Cina. Hampir semua akhbar Cina memberi tumpuan kepada Ketua Pemuda UMNO baru, Khairy Jamaluddin yang seketika dahulu amat tidak disenangi dalam masyarakat Cina.
Khairy Jamaluddin bagaimanapun mendapat komen positif, lantaran tidak menghunus keris seperti apa yang berlaku beberapa tahun yang lepas. Malah, ucapan dasar sulungnya yang menggariskan agenda nasionalis "bukan berteraskan konsep kekuasaan Melayu, tetapi kepimpinan Melayu", telah menyarat penuh dada akhbar bahasa Cina.
"Syabas, Khairy"
Timbalan Ketua Pengarang Sinchew Daily, Tay Tian Yan yang pernah menemuramah Khairy seketika dahulu, mengucapkan syabas kepada Ketua Pemuda ini kerana telah menunaikan janjinya dalam wawancara tersebut. Dalam temuramah beberapa bulan yang lalu, Khairy menegaskan bahawa tidak wujud "ketuanan Melayu", namun hanya "kepimpinan Melayu" di tanahair ini.
Malah, Tay memuji Khairy kerana beliau telah melakukan sesuatu yang betul, dan mengorak satu langkah yang besar ke depan, walaupun pernah melakukan kesalahan sebelumnya.
"Walaupun ramai yang akan meragui keikhlasan Khairy, tetapi, daripada terus melontarkan sindiran dan pertikaian, lebih baik galakan dan bimbingan diberikan kepadanya," demikianlah pandangan yang dipetik dari artikel yang berjudul "Jalan Baru Khairy".
UMNO mula berubah
Seorang lagi Timbalan Ketua Pengarang Sinchew Daily, Lim Sue Goan pula mengulas pandangannya dalam artikel kolumnya yang berjudul "UMNO bertolak dari titik permulaan baru". Konsep "kepimpinan Melayu" yang diutarakan oleh Khairy, dan "1Malaysia" yang disarankan Najib Razak, telah mencungkil perhatian Lim Sue Goan.
Beliau menganggap bahawa gagasan "1Malaysia" biarpun tidak diendahkan oleh Pakatan Rakyat pada mulanya, namun telah berjaya memperlihatkan kesannya setelah dimangkinkan institusi kerajaan dan media. Malah, UMNO telah mengambil beberapa langkah perubahan untuk memastikan parti ini tidak rebah pada pilihan raya umum yang akan datang.
Walau bagaimanapun, Lim Sue Goan menyimpulkan, "pengaturan semula dalam parti harus disifatkan sebagai 'perubahan', dan bukannya 'reformasi'. Namun, bursa saham melonjak semalam, ahli UMNO kini berkobar-kobar semangatnya. UMNO kelihatan telah terkeluar dari nasib yang sial itu. Bagaimana pula Pakatan Rakyat berdepan dengan UMNO (jentera gergasi) yang terjana ini?"
UMNO untuk semua
Nasib MCA, parti komponen kedua terbesar dalam BN, yang bakal ditentukan hari ini, telah mendapat liputan yang luas dalam ruang dada akhbar Cina. Malah, Oriental Daily, Kwong Wah Yit Poh, China Press dan sebagainya, telah menonjolkan berita sama ada Presiden MCA, Ong Tee Keat akan mengundur diri atau tidak di depan akhbar tersebut.
Apa yang menarik adalah, Perhimpunan Agung UMNO semalam tetap mendapat liputan yang luas, dilampirkan dengan gambar yang berwarna-warni, dibubuh dengan tajuk berita yang lebih "positif" dari perspektif masyarakat Cina, berbanding tahun yang lalu.
Media cetak arus perdana ternyata tertarik dengan retorik politik sedemikian, misalnya lidah pengarang Kwong Wah Yit Poh telah menjadikan "UMNO mahu menjaga semua rakyat" sebagai tajuknya. Tulisan tersebut menyatakan bahawa "rakyat menyanjung dan menaruh harapan yang tinggi terhadap konsep '1Malaysia' yang dikemukakan."
Berlatar-belakangkan pergelutan kuasa yang bercelaru dalam parti komponen BN yang lain, seperti MCA dan MIC, Nanyang Siang Pau menjangkakan bahawa tidak mustahil seandainya UMNO membuka pintunya kepada semua kaum pada masa yang akan datang.
Lidah pengarang akhbar Nanyang Siang Pau mengulas kemungkinan ini dengan merujuk kepada kemenangan besar UMNO dalam PRK Bagan Pinang walaupun dalam suasana MCA dan MIC bergelut dalam partinya. Oleh itu, tidak mustahil untuk UMNO membuka keahliannya kepada Cina dan India yang menyokong BN, tetapi kecewa dengan MCA dan MIC.-merdekareview
Wednesday, October 14, 2009
4 Rukun itu ialah :
Digigit nyamuk habis lebam
Pakatan retak menanti belah
Remuk di dalam dipendam-pendam
Batang cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Pakatan pembangkang temberang belaka
Janji bak lidah tidak bertulang
Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Kassim membuka silat
Pembangkang gian tamakkan kuasa
Batu api perpecahan rakyat
Digigit nyamuk habis lebam
Umno bukan aje retak tapi dah terbelah-belah
Rasuah di dalam alamak berkoyan-koyan eee...geram
Batang cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Pakatan pembangkang temberang sikit ja
Umno Yang banyak berjanji tulah yang kuat temberang
Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Kassim membuka silat
Pembangkang gian rakyat diberi kuasa
Bukan batu tapi api jika umno seksa rakyat
Tuesday, October 13, 2009
Umno The Party For All - Najib
PUTRAJAYA, Oct 13 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak said on Tuesday the time has come for Umno to be the main political party to take charge of the welfare and well-being of not only the Malays and bumiputeras but of all Malaysians.
The prime minister said that while representing the interests of the Malays and bumiputeras, Umno had to change with the times to also look after the interests of the other races.
This was in line with the 1Malaysia concept of "People First, Performance Now" which was gaining positive acceptance from all the races, he said.
"I think we have come to a stage where Umno is seen as a party which looks after the welfare and well-being of all Malaysians," he said.
Although Umno was a party of the Malays and bumiputeras, it should be allowed to take charge of the interests of all the people," the Umno president said in a special interview with Bernama at his office, here.
Najib offered the reply when asked of the message and image which Umno wanted to bring to the party's general assembly and special general assembly to amend its constitution to be held over two days from Thursday.
However, he stressed that this did not mean that Umno would open its doors to all races right now, and added that it would be left to the members to determine that sometime in the future when they were ready to do so.
He said Umno had to put forward the openness in its approach to take care of the interests of its members and the people as a whole in undergoing the process of renewal.
"It does not mean that we concentrate on our members only, though our members are important, but we must have the capacity and wisdom to expand what we can do in terms of delivering our message and fulfilling all the aspirations and resolving the problems of the people as a whole," he said.
Najib said this was why he emphasised on "people first" because the people would support the Barisan Nasional (BN) government if they were a satisfied lot.-bernama
Saturday, August 29, 2009
ogos 29 09
Kalau benar inilah generasi yang sedang dilatih UMno untuk memimpin negara satu hari nanti...bayangkanlah generasi yang diajar mengenal erti rasuah ini sejak dialam persekolahan dilatih untuk memimpin negara....maka inilah hasilnya....
generasi pembodek,pengampu dan perasuah
PERMATANG PAUH: Dibayar antara RM20-30 setiap seorang. Diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.
Iklan | |
| | |
Demikian antara penemuan Harakahdaily dalam siri kempen Barisan Nasional (BN) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini.
Setelah disiasat rupa-rupanya Umno mempergunakan murid-murid sekolah yang dipilih daripada beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk tujuan menjadi 'pasukan sorak' bagi Barisan Nasional (BN) di hari pembuangan undi Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu.
Pasukan itu dibentuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican supaya jentera Umno dan BN nampak ramai sekaligus membuktikan sokongan pemuda terhadap parti itu telah kembali sepertimana yang terjadi di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan.
Murid sekolah yang dikesan itu diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Mereka ini menaiki motor berkonvoi ke sana ke mari menyesakkan lagi lalu lintas dan bila sampai ke pondok PAS mereka akan melaungkan berbagai slogan provokasi untuk membangkitkan kemarahan jentera Pakatan Rakyat.
Manakala ada yang berbaju biru kehitaman dan tertera perkataan 'Pemuda Satria' merupakan sebahagian daripadanya tetapi mereka ini hanya berkumpul di Unit Peti Undi (IUPU) tertentu sahaja contohnya di Kampung Pelet, Bukit Indera Muda dan Kubang Semang bagi menyemarakkan lagi sokongan pada BN dengan melaungkan slogan ciptaan Umno.
Sekiranya sesiapa berada di sekitar UPU berkenaan pastinya terdengar slogan, 'pangkah PAS dapat apa jawapannya neraka', 'siapa barua DAP jawapannya PAS', dan berbagai lagi sehinggakan ada yang termakan provokasi itu membuatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hadir dengan bantuan polis bagi menjaga keselamatan di kawasan terbabit.
Pelajar sekolah itu dikatakan diberi upah RM20.00 - RM30.00 seorang dan pernah dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah ketika ditanya pandangannya berkata, Umno dan BN kini telah hilang kewarasan apabila menggunakan pelajar sekolah dalam kempen di hari pencalonan.
"Sepatutnya, Umno dan BN bersikap matang untuk berhadapan dengan jentera Pakatan Rakyat, tetapi apa boleh buat pemuda sekarang lebih bijak memilih perjuangan Pakatan Rakyat yang nampak lebih ketrampilan memerintah berbanding BN yang penuh dengan penyelewengan dan penipuan.
"Golongan muda sudah hilang kepercayaan pada Umno menyebabkan mereka terpaksa mengimpot pelajar sekolah untuk meramaikan sokongan, " ujarnya.
Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh,Suraiya Saat pula menegaskan, BN jelas melatih golongan muda dengan duit.
"Pelajar dibayar upah dengan duit dan tidak mustahil memperbanyakkan lagi budaya sogok, " ujarnya lagi. - mks./harakah
Saturday, August 15, 2009
ogos 15 09
Buat pertama kalinya tokeyai angkat topi kat orang johor yang menggagalkan perhimpunan dibatu pahat semalam sekaligus mematikan impian muhyiddin dan sipembodek-sipembodeknya untuk menjenamakan diri masing-masing...perhimpunan itu sebenarnya tak ada apa-apa pun yang perlu sangat mereka hadiri setakat nak cakap anwar pengkhianat rakyat dah muak dengan teori-teori untuk mencari publisiti murahan sebegini...khabarnya simuhyiddin begitu kecewa atas sambutan dingin yang diberi pada perhimpunan tersebut lantas dia pun tak jadi turun...cuba tengok wahai orang-orang umno yang masih bebal pemimpin macam ini pun korang nak sokong lagi datang bila ada keuntungan yang diperolehi...bila tengok orang tak ramai dia pun tak datang takut kemaluan yang amat sangat...apa jenis pemimpin ni time senang aje nak time susah pergi jahanamlah korang...korang yang berdiri dan menunggu macam orang bodoh dibodohkan terus...nasib koranglah dapat orang macam muhyiddin ni....dan PM najib bolehlah menarik nafas lega cita-cita muhyidddin nak menonjolkan kekuatannya bungkas rangkas ternyata aku masih kuat lagi dari kau muhyiddin dan kau jangan cuba-cuba kacau aku...silap haribulan i'll sent u to mongolia...dun play-play hah....
Ahli UMNgOk, termasuk pemimpin kanan parti bertindak "mengkhianati" UMNgOk Johor dengan memulau perhimpunan di Batu Pahat petang tadi untuk mengutuk Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang dituduh sebagai pengkhianat Melayu.Program anjuran UMNgOk itu diwar-warkan akan menghimpun 10,000 orang tetapi hanya dihadiri oleh kira-kira 400 orang, antaranya pelajar dan warga tua.
Timbalan Presiden UMNgOk Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melontarkan tuduhan pengkhianat terhadap Anwar dijadualkan hadir pada perhimpunan itu di Dataran Penggaram.
Namun pemimpin UMNgOk Johor itu sendiri dikatakan menarik diri apabila diberitahu mengenai sambutan dingin terhadap perhimpunan itu.
Ramai daripada mereka yang hadir bertindak menyisihkan diri daripada perhimpunan berkenaan apabila beberapa pemimpin UMNgOk memberi ucapan berbau perkauman dalam keghairahan menuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa.
Antara yang berucap ialah Ketua UMNgOk Bahagian Kulai, Datuk Adam Hamid, Ketua UMNgOk Bahagian Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi dan Ketua UMNgOk Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz.-pengliporlari
CERAMAH KJ LUARBIASA SUNGGUH SAMPAI TAK ADA ORANG
Dari Johor kita balik ke Seksyen 6, Shah Alam... tapi dalam majlis anjuran parti yang sama... satu-satunya parti yang memperjuangkan "Bangsa MeLAYU"... satu-satunya parti yang memartabatkan agama Islam di Malaysia dengan menyuburkan budaya "Rasuah" ops... 'Politik Wang" (maaf)...
Satu-satunya parti yang mendaulatkan agama Islam di Malaysia dengan mendirikan pusat judi haram ops halal (sebab ada lesen) yang terbesar di Asia...
Satu-satunya parti yang berjaya memperkenalkan agama Islam di Malaysia dengan menjadikan Malaysia sebagai pasaran jualan arak haram ops halam (sebab ada lesen) jenis Martell kedua di Asia selepas negara China...
Kali ni kita ke majlis ceramah anjuran UMNO (baca UMNgOk) bersama penceramah tersohornya KJ..!
Ternyata kehebatan KJ amat-amat terserlah selepas ceramahnya berjaya menarik lebih empat puluh ratus tiga puluh lapan ribu juta hadirin..!
Thursday, August 13, 2009
ogos 13 09
Kalaulah dato onn masih hidup tentu sekali dia naik menyampah dengan perangai orang-orang Umno yang tak habis-habis memainkan isu pengkhianat semata-mata nak meraih simpati dan menimbulkan perasaan tidak senang dikalangan kaum lain....besok umno johor yang menjaja nama dato onn akan mengadakan demonstrasi istilah yang digunakan ialah perhimpunan untuk menyokong muhyiddin dan melabel anwar sebagai pengkhianat....apa kena dengan umno johor ini beriya-iya sangat menyokong muhyiddin apa dah gerenti muhyiddin akan jadi PM ke..maklumlah orang johor dah lama tak jadi PM last sekali Tun Hussein onn mana adil ye tak....muka - muka yang naik syok macam adam hamid puad zarkashi mohamad aziz yang kuat membodek muhyiddin ini sebab ada can jadi menteri..tak usah nak kelentong lah beb..lu orang umno kalau buat kerja tak ada balasan tak sah punya bukan orang umno namanya...Ni kang nak buat demo ni dah dapat permit belum...takkan hisahamudin menteri polis tak bagi kut..tak gereklah macam tu...melalak dan menjeritlah korang macam anjing menyalak bukit tak do den kesah lah aii...
Ni siadam tu cakap
"Apabila Anwar berada dalam penjara, suasana lebih aman tetapi sejak kebelakangan ini, wujud demonstrasi jalanan dan orang menunjuk kuasa di jalan, keadaan ini mesti kita bendung,'' katanya.
Habis yang korang buat tu menatang apo bukan demontrasi jugak ke namanya tinggal lagi korang guna istilah perhimpunan kononya biar nampak macam baik....baik kepala tuuuuuut kau...ni den nak cakap kek korang negara akan lebih aman kalau penyangak-penyangak penyamun-penyamun pembodek-pembodek macam korang ni tak ado pupus dari muka bumi ni...Selamat berdemonstrasi kalau den ado maso nanti den pancutkan korang dengan air paip dan den bakar sampah biar ada asap berkepul-kepul biar gempak sikit keluar TV....baru real ada air ada asap demo apa kalau setakat dok melalak macam orang gilo...tak gitu ziz...
utusan
JOHOR BAHRU 12 Ogos - Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan raksasa bagi melaungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa di Padang Merdeka Batu Pahat, dekat sini Jumaat ini.
Perhimpunan anjuran bahagian-bahagian UMNO Johor itu juga bertujuan menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa.
Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Adam Hamid berkata, UMNO Bahagian Batu Pahat dan UMNO Bahagian Sri Gading bersetuju menjadi tuan rumah perhimpunan yang bermula pukul 5 petang itu.
"Batu Pahat dipilih kerana di situlah pejuang kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar pertama kali mengumpulkan orang Melayu untuk keluar beramai-ramai membawa sepanduk untuk menentang Malayan Union," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Adam berkata, beberapa pemimpin masyarakat termasuk Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi dan Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz akan menyampaikan ucapan.
POSTING RUJUKAN
SAJAK DR ASRI
BLOG LIST
-
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah22 minutes ago
-
-
-
JOM PI RAMAI-RAMAI..!14 hours ago
-
-
-
Najib Marah BN19 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
JEWS VS. JEWS IN ZIONIST STATE2 days ago
-
-
Sifat Munafik UMNO Di Balas Tuhan3 days ago
-
-
-
SALAHKAN BN LA...!!!4 days ago
-
ingin bersedih atau ketawa?4 days ago
-
-
-
Tau atau buat-buat tak tau?1 week ago
-
-
Apa Guna Bintang Kebesaran & Pingat?1 week ago
-
-
Cubaan Hidupkan Al-Arqam.1 week ago
-
-
-
-
-
-
-
SYIAH2 weeks ago
-
-
Israel tunjuk belang!2 weeks ago
-
MINYAK NAK NAIK LAGI ?2 weeks ago
-
28 Mei 2010 Wa langgar Rusila.4 weeks ago
-
nota kecil kepada perdana menteri1 month ago
-
-
PERKASA KEKUATAN BANGSA MELAYU2 months ago
-
ISU MINYAK KELANTAN:KERATAN AKBAR3 months ago
-
NAK BUAT APA HUJUNG MINGGU NI?3 months ago
-
-
penat4 months ago
-
The Unelected President4 months ago
-