nie kapal umno....dah tak kelaut lagi....menunggu maso
ini pakatan rakyat punya.....gagah perkasa....sendiri mau ingatlah....
PUTRAJAYA, 3 Julai — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mengingatkan ahli parti itu supaya melakukan transformasi politik dengan cepat dan lancar seiring dengan transformasi kerajaan.
Malah kata beliau, kini badan bukan kerajaan yang agak lebih lantang memperjuangkan hak orang Melayu sedangkan itu agenda Umno.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang dilihatnya sekarang, Umno tidak bergerak lancar, dan keadaan itu agak kritikal dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata keadaanya berbeza jika dibandingkan dengan transformasi di pihak kerajaan, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan yang radikal dan luar biasa dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif, antaranya Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Katanya, perubahan yang dilakukan kerajaan itu memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang didokong oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam memajukan negara, selepas parti itu dilanda “tsunami politik” pada pilihan raya umum lepas.
“Umno sepatutnya sudah berubah, tetapi lambat. Umno ibarat kapal lama. Kita tidak dilihat bergerak lancar, jadi ini lebih kritikal jika hendak menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang kurang tiga tahun lagi.
“Kalau kita (Umno) tidak berubah, ada orang yang akan ubah kita. Mereka akan ambil alih (peranan kita),” kata beliau dipetik Bernama ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Putrajaya di sini.
No comments:
Post a Comment