Thursday, July 1, 2010

MAT ZAIN PAS KENA MUHASABAH DIPINGGIR ULAMA MUDA

Ni den nak tanyo kek mat zain nie....betul ke 40 orang tu ulamak....ke buat menyemak aje....tolong jawab mat zain....kalau setakat balik ngaji dari jordan ke mesir ke arab saudi ke....balik-balik terus dapat title ulama....pergh.....meriah lah malaysia nie dengan ulama-ulama .....boleh buat ngo ulama....macam perkasam...ada platform untuk beri ceramah......menyeru masuklah kamu ke umno.....parti yang dipayungi ulama-ulama muda.....semoga kamu masuk syurga.....pergh.....wa malas nak fikir beb.....



Pas Disaran Cari Punca Kenapa Ulama Minat Umno
BESUT, 30 Jun (Bernama) -- PAS disaran bermuhasabah dan mencari punca sebenar mengapa golongan ulama lebih berminat kepada UMNO berbanding parti mereka yang mendakwa memperjuangkan agama Islam.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata adalah sesuatu yang malang bagi PAS apabila pimpinannya gagal mengakui mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan parti mereka sehingga dipinggirkan golongan ulama terutama ulama muda.

"PAS tidak perlulah menyalahkan golongan ulama yang tidak ingin bersama mereka. Mereka sepatutnya sedar mungkin ada yang tidak kena dengan parti mereka itu," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyifatkan 40 ulama yang menyertai UMNO baru-baru ini sebagai 'ulama sekular' yang tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar.

Abdullah berkata beliau percaya golongan ulama muda berilmu tinggi itu menyedari bahawa perjuangan PAS sudah jauh menyimpang daripada matlamat asalnya untuk memperjuangkan Islam.

Katanya pelbagai tindakan PAS sejak kebelakangan ini lebih banyak mementingkan politik daripada agama hingga menyedarkan golongan ulama yang memilih UMNO sebagai alternatif bagi memperjuangan agama Islam.

"Mereka terdiri daripada orang profesional yang berilmu dari pelbagai bidang, jadi mereka sebenarnya tahu apa yang mereka lakukan dengan memilih UMNO sebagai landasan untuk menegakkan agama," kata Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Besut.

Beliau juga mengibaratkan komen yang diluahkan oleh Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu sebagai komen golongan orang yang kecewa semata-mata.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran