Sunday, July 4, 2010

AZIZ BARI - HENTI DEBAT NEGARA ISLAM

Ada baiknya jugak cadangan nie....dari berbalah secara terbuka baik bincang senyap-senyap....nak pilihanraya nie....kang menang BN nanti.....melepas semua.....gigit jari.....


KUALA LUMPUR, 4 Julai — Debat mengenai negara Islam dan negara sekular tidak perlu dibangkitkan kerana polemik itu tidak akan menguntungkan sesiapapun, sebaliknya hanya mengelirukan umat Islam dan menakutkan bukan Islam, kata penganalisis politik Prof Aziz Bari.
Oleh itu menurut Aziz, semua orang harus berhenti dari bercakap tentang negara Islam kerana berpendapat orang Islam tidak akan jatuh kafir hanya kerana tidak bercakap tentang negara Islam.
“Tetapi bagi orang politik mereka lain, bagi mereka ini soal prinsip.
“Orang politik dari parti mana puan asyik prinsip saja. Atau pun mereka bertindak demikian kerana takut nanti orang tanya kenapa tidak persoal tentang perkara itu (negara Islam).
“Ini sebenarnya masalah antara Karpal dan Nik Aziz tadi,” kata dalam temu bual bersamaMingguan Malaysia.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gamabar) berkata PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat termasuk DAP.
Sehubungan itu beliau mahu Pengerusi DAP Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.
Menteri Besar Kelantan itu menganggap kenyataan Karpal, Pengerusi DAP yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika Pakatan Rakyat dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider minggu lalu Karpal mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS sekiranya pembangkang mengambil alih negara.
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.
“Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, setakat ini Nik Aziz berkata beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya dari luar.
Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa menambah, ahli-ahli politik hanya mempertahankan sesuatu perkara yang telah diulang-ulang selama ini.
“Jika mereka tidak sentiasa bercakap tentang perkara negara Islam, nanti orang akan persoal dia,” tambah Aziz.
Kata beliau, wacana negara Islam sebenarnya lebih banyak merugikan dari menguntungkan negara.
“Lebih baik kita tonjolkan perkara lebih berguna kepada masyarakat yang mana mereka boleh merasai kesannya seperti perbankan Islam, kebajikan, pendidikan Islam dan sistem Al-Rahnu. Itu rakyat terima.
“Namun dalam soal negara Islam siapa pun pihak yang bercakap sama ada PAS atau Umno akan terperangkap.
“Sampai sekarang MCA dan Gerakan asyik dipersalahkan kerana sebelum ini banyak berdiam diri dalam isu negara Islam,” katanya lagi.
Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang cukup rapat dengan Islam berdasarkan sejarahnya, kata Aziz, Perlembagaan Persekutuan hanya mengesahkan apa yang telah termaktub tentang kedudukan Islam.
“Tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia akan hanya merugikan kita semua.
“Tetapi masalah orang seperti Karpal, Majlis Peguam dan sebagainya tidak mahu mengiktiraf perkara ini dan mereka lihat seolah-olah perkara ini nak paksa mereka ikut,” kata Aziz.
Kata Aziz lagi, “namun kita sebagai orang Islam perlu fikir juga tentang kedudukan orang bukan Islam supaya kita boleh berkongsi hidup dengan selesa sesama kita dan ia juga menjadi aktiviti dakwah yang penting.”
“Bagi saya berhentilah berdebat dalam soal negara Islam kerana sekarang ini kita sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik walaupun kita negara Islam.
“Siapa yang ramai terlibat dalam dadah, buang anak dan sebagainya.
“Tumpukah kepada perkara bagaimana mahu menyelesaikan masalah seperti ini yang akhirnya menuntut kita menjadi umat lebih baik dan dihormati,” kata beliau.
Aziz menambah sekarang ini orang bukan Islam tidak faham tentang negara Islam dan mereka tidak mahu bersama sedangkan kalau dari praktikalnya orang bukan Islam ini boleh bersama jika kita betul menunjukkan contoh sebab Islam itu untuk semua.
Dalam temu bual itu beliau mengulas tentang pendirian Karpal mengenai isu negara Islam.
Kata Aziz, Karpal dan Nik Aziz berbalah dari sudut yang berlainan.
“Karpal macam biasa bercakap tentang soal negara Islam, Perlembagaan, negara sekular dan sebagainya manakala Nik Aziz pula bercakap tentang negara Islam.
“Jelas mereka bercakap dua perkara berbeza. Seorang bercakap mengenai agama sebagai satu sistem hidup dan seorang lagi bercakap perkara yang bertentangan.
“Begitu juga dalam soal Datuk Ibrahim Ali dengan (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin. Khairy tidak bersetuju dengan perjuangan Perkasa manakala bagi Ibrahim itu merupakan perjuangan dan survival Melayu.
“Oleh itu kita tidak perlu terlalu terkejut tentang pertelingkahan antara Karpal dan Nik Aziz apatah lagi mereka bercakap tentang perkara atau dasar bersama yang tidak ada dalam pakatan pembangkang,” katanya.
Aziz seterusnya memberitahu beliau berpandangan Karpal tidak menyebut perkara itu dengan jelas, cumanya hanya menjawab soalan wartawan.
“Maka sebagai ahli politik dia perlu konsisten dan konsistensi itu makin lama makin janggal.
“Ini kerana orang DAP sendiri sudah tidak membangkitkan perkara itu malah ia semakin kurang disebut dalam pakatan pembangkang,” katanya.
Namun sehingga kini kata beliau, Karpal masih tidak berubah pendiriannya.
“Kalau kita lihat MCA dan Tan Sri Bernard Dompok juga tidak setuju dengan negara Islam dan ini pasti dilihat tidak selari dengan kerajaan.
“Kalau ada yang tidak setuju bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan mendakwa negara ini sebagai sekular ia umpama membohongi diri sendiri.
“Jika dilihat secara jelas Perlembagaan dalam Perkara 3(1) sudah tercatat, agama bagi Persekutuan adalah Islam,” katanya lagi.
Oleh itu soal beliau, buat apa kita hendak tafsir banyak-banyak?
“Malah saya tidak nampak kenapa kita perlu rujuk kepada Suruhanjaya Reid dan lain-lain.
“Kita hanya merujuk jika sesuatu perkara itu tidak jelas namun perkara tentang negara Islam ini sudah jelas termaktub, maka cukuplah sandiwara ini.
“Kalau kita lihat lebih jauh siapa sebenarnya yang membuat draf Perlembagaan ini, Suruhanjaya Reid. Tapi suruhanjaya itu tidak ada menyebut apa-apa tentang kedudukan Islam,” katanya.
Malah kata beliau, mereka tidak ada memberikan apa-apa cadangan dan hanya berdiam diri sahaja.-malaysianinsider

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran