SYARIKAT pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad, berjaya akhirnya menumpaskan syarikat India, Fortis Healthcare Ltd, untuk mengambil alih syarikat pengendali hospital tersenarai terbesar di Asia - Parkway Holdings - pada harga $3.5 bilion.
Dalam pembelian terbesar Khazanah di luar negara, ia menawarkan harga $3.95 sesaham dalam bentuk tunai bagi semua saham Parkway sebanyak 76.1 peratus yang tidak dimilikinya.Harga itu mengatasi tawaran Fortis sebanyak $3.80 sesaham.Fortis mengumumkan semalam ia akan menjual kesemua sahamnya dalam Parkway pada harga AS$817 juta ($1.12 bilion) kepada Integrated Healthcare Holdings Ltd (IHHL), anak syarikat milik penuh Khazanah.IHHL sekarang memiliki 23.9 peratus saham dalam Parkway, manakala Fortis memegang 25.3 peratus.Dua syarikat bersaing sejak dua bulan lalu untuk mengambil alih Parkway bagi membantu meluaskan perniagaan masing-masing di peringkat serantau.Harga saham Parkway digantung semalam kerana pengumuman Khazanah itu.Ia ditutup pada harga $3.88 Jumaat lalu.Harga $3.95 yang ditawarkan Khazanah adalah yang tertinggi pernah dicapai Parkway sejak Oktober 2007.'Di bawah Tawaran Awam Sukarela, pemegang saham Parkway mempunyai kelonggaran menerima tawaran kami bagi sebahagian atau semua saham mereka,' kata Pengarah IHHL, Encik Quek Pei Pynn.IHHL perlu mendapatkan sokongan lebih 50 peratus, termasuk saham Parkway yang sudah dimilikinya, sebelum tawaran itu berjaya.'Jika tawaran ini berjaya, kami akan mencapai visi menjadi wadah penjagaan kesihatan serantau terulung di Asia,' kata seorang Pengarah IHHL, Encik Ahmad Shahizam Mohd Shariff.Jika berjaya, Khazanah akan mengambil alih lebih 3,400 katil hospital di China, India dan Malaysia. Di Singapura, Parkway memiliki hospital-hospital popular seperti Gleneagles dan Mount Elizabeth.Khazanah berkata ia akan cuba mengekalkan penyenaraian saham Parkway dalam bursa saham.Pengerusi Fortis, Encik Malvinder Mohan Singh, hartawan India yang juga pengerusi Parkway, pula berkata:'Keputusan kami menarik diri daripada pelaburan ini telah mengambil kira semua kepentingan pemegang saham Fortis.'Ia telah dibuat berdasarkan penilaian berhati-hati sejajar dengan peluang pertumbuhan tersedia di rantau ini dan peringkat sejagat.'Seorang pengamat DMG & Partners, Cik Lynette Tan, berkata $3.95 harga baik bagi para pelabur.'Perubahan pemilikan itu tidak akan membawa perbezaan besar kepada strategi pertumbuhan masa depan Parkway atau operasinya kerana Khazanah sudah pun merupakan pemegang saham terbesar,' tambah beliau.
No comments:
Post a Comment