Friday, July 2, 2010

BERAHIM ALI NAK MASUK ISA

Pandai betulla mamat nie cari publisiti murahan....dia berani offer kena tangkap under ISA pasal dia tahu....najib atau hisamudin takkan tangkap dia....mangkuk ayun punya orang......dan juga posisi dia sekarang tak mungkin kena tangkap....sebab itula dia berani.....walauapapun wa nak cabar najib dan sepupu dia hishamudin....kalau berani dan kalau ISA tak mengenal bulu...tangkap siberahim katak nie....dia nie umpama api dalam sekam...sebelum 13 mei berulang semula....tangkap betul-betul katak nih....sumbat dalam bilik gelap muat-muat dia aje....kasi dera mental dan fizikal dia.....tengok dia boleh tahan tak....cakap besar betul dia tu.....





KUALA LUMPUR, 2 Julai — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sanggup ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — buat kali ketiga — ekoran kenyataan beberapa pihak mendakwanya menerbitkan artikel berunsur hasutan dalam edisi sulung Suara Perkasa semalam.
“Saya bersedia untuk ditahan di bawah ISA bila-bila masa jika polis merasakan Perkasa ataupun saya menjadi mudarat kepada keselamatan negara,” kata beliau mengulas desakan agar disiasat oleh pihak berkuasa ekoran artikel dalam Suara Perkasa.
Edisi pertama akhbar itu muncul di pasaran semalam.
Ibrahim (gambar) kali pertama ditahan di bawah ISA selama dua tahun bermula 1974 dan kemudian selama 60 hari pada 1987.
“Saya pernah ditahan di bawah ISA dua kali meskipun saya menyokong kuat agar akta ini dikekalkan.
“(Ditahan) kali ketiga bermakna saya menerima (ijazah) PhD dari Amerika,” kata beliau dalam kenyataannya hari ini.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata tiada masalah langsung bagi dirinya jikapun ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang.
“Saya tidak akan melarikan diri, tidak akan bersembunyi ataupun berusaha mendapatkan sokongan negara lain sebagaimana dilakukan oleh sesetengah pemimpin,” kata Ibrahim lagi.
“Saya bersedia untuk menerima cabaran dan memikul tanggungjawab penuh atas tindakan saya ini,” kata beliau lagi.
Ibrahim seterusnya berkata, beliau bukan seorang yang suka membuat kenyataan media tanpa berfikir panjang dan kemudian meminta maaf.
“(Mereka) semua ini adalah pengecut,” kata beliau.-tmi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran