Usah Jadi Primadona Dalam UMNO - Najib
PEKAN, 4 Julai (Bernama) -- Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menegur anggota dan pemimpin-pemimpin UMNO supaya tidak bersikap sebagai primadona, yang akhirnya dilihat akan hanya merosakkan parti itu.
Perdana Menteri yang membuat analogi kejayaan pasukan bola sepak yang sedang bertanding di Piala Dunia ketika ini berkata hanya pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sahaja akan berjaya berbanding pasukan yang mempunyai ramai "primadona".
"Dalam Piala Dunia, pasukan favourite pun kalah. Adakah pasukan favourite UMNO dan Barisan Nasional boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti?.
"Kalau pasukan kita banyak "primadona", dia kira nak sumbat gol sendiri, alih-alih dia tersungkur, kita bina semangat berpasukan, individu yang ada kebolehan akan lebih berjaya jika ada semangat berpasukan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat UMNO bahagian Pekan di sini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata semua aanggota dan pemimpin UMNO perlu kembali kepada asas perjuangan dengan meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan-kepentingan lain.
Najib berkata dalam sistem politik berparlimen, kedudukan parti politik sentiasa saja akan mengalami pasang surut dan boleh merudum jika tidak melakukan perkara-perkara yang disenangi rakyat.
Perdana Menteri berkata usaha menguruskan kejayaan parti yang telah berjasa kepada bangsa, agama dan negara itu sebenarnya lebih payah berbanding untuk meraih kejayaan.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berkata kiasan itu lebih berbentuk nasihat dan bukanlah bererti UMNO kini berada dalam keadaan lemah.
"Ia lebih berbentuk nasihat, apa yang saya sarankan ini sebagai nasihat, nasihat saya sebagai Presiden, untuk diri saya juga.
"Kita mesti sentiasa mengingatkan bukan bererti keadaan terlalu buruk sangat, tapi saya ingin yang terbaik untuk UMNO, kita menghadapi pelbagai cabaran, supaya dari proses ini kita jadi parti dan pemimpin yang disanjung rakyat," katanya.
Najib berkata analogi kejayaan pasukan bola sepak yang bertanding di Piala Dunia itu adalah supaya semua anggota dan pemimpin UMNO lebih bersikap mementingkan parti atau pasukan daripada lebih bersikap individulistik.
"Maknanya sebagai sepasukan, kita tengok pasukan dalam Piala Dunia, lebih berjaya dari pasukan yang utamakan individu," katanya.
Ditanya berkenaan perjalanan mesyuarat bahagian UMNO yang sedang berlangsung ketika ini, Najib berkata perjalanan mesyuarat berkenaan kini dipantau sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pengurusan melalui laporan yang dibuat Badan-badan Perhubungan Negeri.
"Setakat ini, saya tidak dapat laporan negatif, semua berjalan baik walaupun satu bahagian di Kelantan timbulkan masalah yang agak rumit yang sedang ditangani Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan Jawatankuasa Pengurusan," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment