Showing posts with label Najib. Show all posts
Showing posts with label Najib. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

X KP JPA KECEWA DIBERHENTIKAN

Kenapa ye agaknya....aku rasa yang tersiratnya...pasai najib nak amik ali mamak...ooops sori...ali hamsa jadi KSN la ni agaknya....kuaja ko najib...mentang2 ali tinju ni...ooops sori lagi...banyak sangat ali la..ali hamsa ni kuat kebodekkannya...memang kuaja....nk baca lebih2 pn kena bayar...memang kuaja


Tan Sri Abu Bakar Abdullah

Abu Bakar hanya dimaklum menerusi surat

Putrajaya: Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah, mengesahkan beliau tidak bersara tetapi perkhidmatannya dalam kerajaan ditamatkan.-BH

Friday, October 1, 2010

KESAN BURUK JIKA BN TUMBANG - NAJIB

Buruk lagu mana tok jib....amerika tak pun huru-hara obama presiden dia...kulit hitam lagi....australia pm perempuan tak ada problem pun....banyak lagi contoh negara yang tukar kerajaan...tak ada masalah pun...UmnoBn aje yang tak mahu menerima hakikat...nak menongkat langit...takut-takutkan rakyat...dulu bolehlah...sekarang tak dapek den nak nolong...

Datuk Seri Najib Razak mengingatkan bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan BN boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.
azlanPerdana Menteri berkata oleh itu rakyat perlu bijak menggunakan peluang yang ada dalam membuat pilihan kerajaan.

Dalam ucapannya pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-20, di Kuala Lumpur malam semalam, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana hasrat YBK untuk mendirikan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah ditolak oleh kerajaan negeri Selangor atas alasan yang tidak munasabah. 

"Impian saya nak lihat di Serendah, tapak YBK itu tetap dibangunkan, kalaupun bukan UiTM, boleh dimajukan untuk bantu orang miskin. Ini akan terjadi hanya jika Selangor dipimpin semula oleh Barisan Nasional, ini akan menjadi kenyataan", katanya.
ybk yayasan basmi kemiskinanBeliau berkata demikian sebagai merujuk pembatalan cadangan pembinaan kampus UiTM oleh YBK di Serendah, Rawang awal tahun ini yang disahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang enggan meluluskan tapak, dan berikutan pembatalan itu kampus tersebut dipindahkan ke Jasin, Melaka.

Sementara itu Najib berkata, kerajaan tidak pernah dan tidak akan mengabaikan golongan miskin dan golongan kurang bernasib baik meskipun pelbagai program trasformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) diperkenalkan.

"Kita sentiasa meneliti apa yang dilakukan kini. Setiap gagasan kerajaan kita tidak lupa memasukkan aspek keperihatinan terhadap kategori miskin dan kurang bernasib baik," katanya.

- Bernama

Thursday, July 29, 2010

PM BERCUTI.....CARI ILHAM DATE PRU13 ker...

Destinasi dirahsiakan.......balik sebelum puasa.......carik ilham bila nak buat PRU13 kot....tak pun sebab bik mama tension hari-hari kena hentam......apapun selamat menikmati percutian anda.....nak tanya sikit guna duit sendiri ker......kita tengok apa pulak muhyiddin nak buat sementara najib tak ado nie...


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara mulai semalam hingga 10 Ogos, menurut Kuala Lumpur.

Kenyataan dua perenggan itu turut memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, tugas-tugas Perdana Menteri akan dijalankan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.-bernama

Friday, July 23, 2010

NAJIB KATA DULANG PAKU SERPIH

Kata anwar bayar cnn...rupa-rupanya sendiri yang lebih-lebih....apo nak dikato bukti pun dah ado....itulah lain kali jangan main tuduh-tuduh orang....sekarang ludah kemuka sendiri...kan dah dapat kemaluan besar....


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.


Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.
Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.
Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.
Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.
'Yuran tak dikembalikan'
Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.
Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington PostNew York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Na
mun, Washington Times– sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.

Sunday, July 4, 2010

NAJIB - JANGAN JADI PRIMADONA

Ada banyak primadona dalam umno ke.....salah satunya mesti bro bung mokhtar sebab tu dapat tackle artis....bunyi macam madonna jer tak pun maradona....ni mesti kes najib bengang argentina kalah nie....takpe bro wa pun sokong argentina gak...tapi nak buat macamana dah kalah....terima je la....kempunan nak tengok maradona lari bogel.....gaknya...takpe wa ada gambar maradona semi lucah...




Usah Jadi Primadona Dalam UMNO - Najib
PEKAN, 4 Julai (Bernama) -- Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menegur anggota dan pemimpin-pemimpin UMNO supaya tidak bersikap sebagai primadona, yang akhirnya dilihat akan hanya merosakkan parti itu.

Perdana Menteri yang membuat analogi kejayaan pasukan bola sepak yang sedang bertanding di Piala Dunia ketika ini berkata hanya pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sahaja akan berjaya berbanding pasukan yang mempunyai ramai "primadona".

"Dalam Piala Dunia, pasukan favourite pun kalah. Adakah pasukan favourite UMNO dan Barisan Nasional boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti?.

"Kalau pasukan kita banyak "primadona", dia kira nak sumbat gol sendiri, alih-alih dia tersungkur, kita bina semangat berpasukan, individu yang ada kebolehan akan lebih berjaya jika ada semangat berpasukan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat UMNO bahagian Pekan di sini.

Saturday, June 19, 2010

KUCING NAJIB BOLEH TANGKAP TIKUS TAK.....



"Tidak kira apa jenis kucing selagi ia dapat menangkap tikus. Apa yang penting adalah BN kukuh dan diterima rakyat, katanya.


Ini najib cakap bukan wa cakap......ini baru wa cakap...wa mentang-mentang dah bela kucing parsi sekarang nie....cakap pun pasal kucing jer nampak....wa nak cadang kucing tu pergilah tangkap si mohd bakke...dia dilihat seperti seekor tikus yang cuba membaiki labu.....


selebihnya baca di SINI

Monday, May 24, 2010

NAJIB - TENDER TERBUKA PEMBANGUNAN TANAH

Niatnya baik....tapi tok jib kena akui konsep ini asalnya idea Pakatan Rakyat yang banyak kebaikkan dari buruknya....walaupun kemungkinan konsep ini ada dilakukan didalam kerajaan sebelum ini...tetapi yang kuat memperkatakan dan untuk melakukannnya adalah datang dari PR....bersediakah tok jib...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Madam Ho Ching ketika hadir pada jamuan makan malam di Glass Pavillion Sentosa, malam tadi. Najib  tiba di Singapura, 
kelmarin untuk  lawatan kerja  tiga hari.


Kawasan milik Kerajaan Persekutuan rangsang ekonomi: PM 

KUALA LUMPUR: Tanah Kerajaan Persekutuan yang terbiar atau tidak dimanfaatkan akan dibangunkan secara tender terbuka untuk mencetuskan pertumbuhan ekonomi yang berkembang maju dan berdaya saing, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan kini mahu membuka kunci nilai strategik aset Persekutuan itu untuk mendorong kesan pengganda yang tinggi dengan melepaskan potensi ekonomi aset berkenaan sepenuhnya.
“Ketika ini tiada tender terbuka, kerana ia membabitkan pemindahan tanah kerajaan.
“Bagaimanapun, saya berhasrat untuk mengadakan tender terbuka bagi tanah kerajaan untuk tujuan pembangunan. Adalah satu kesilapan untuk menganggap bahawa semua tanah kerajaan akan dimonopoli hanya satu institusi,” kata beliau dalam laman blognya semalam.

Thursday, May 20, 2010

SILENCE DEAD - JUDI

Shhhhhh.....You Scream You Die.....jangan bising-bising....DIAM-DIAM SUDAH...


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.
"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya)," kata Najib kepada wartawan selepas upcara pecah tanah bangunan baru Utusan Malaysia hari ini.

Perdana Menteri juga sekali lagi mengelak menjawap soalan berhubung dakwaan MCA bahawa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) punca Barisan Nasional tumbang di kerusi pilihan raya kecil parlimen Sibu, Ahad lalu.

"It's a whole (bunch) of reasons, cannot just ... ok, never mind lah(Banyak sebabnya, tak boleh hanya ...tak apalah)," katanya dengan ringkas.

Isnin lalu, MCA mempersalahkan PERKASA atas kekalahan SUPP di Sibu dengan berkata 'hubungan kabur' BN, khususnya Umno dengan kumpulan pelampau itu punca masyarakat Cina kurang selesa.

PERKASA juga pernah berkata Umno harus meninggalkan masyarakat Cina yang 'tidak berterima kasih' dan menghentikan peruntukkan kepada golongan minoriti berkenaan yang mengundi pembangkang.

Tuesday, May 18, 2010

PM KITA MACAM KOBOI - ZAID

Betol....betol.....betolll......


Gabungan Pemimpin Tak Bermoral

Posted May 17, 2010 by myzaidibrahim
Perdana Menteri kita ini macam cowboy di zaman Wild Wild West. Siri TV tahun 1960-an ini selalunya menunjukkan watak orang yang tak pedulikan undang-undang. Hukum yang dipakainya ialah pistolnya. Dia sanggup melakukan apa saja kerana orang takut kepadanya; sebab dia digelar “a fast draw”. Bila semua orang dalam ketakutan maka dia lah hero ditempat itu.
PM kita pun sama macam hero kaki tembak orang tanpa peduli undang-undang. Dia rasa dia sudah berjaya setelah “menang” di Hulu Selangor dengan membeli undi, menggunakan media massa termasuk Utusan dan stesen TV untuk memburukkan dan memfitnah lawan dan menyalahgunakan semua agensi penguatkuasa kerajaan tanpa segan silu. Maka dia ingat dia boleh kitar semula taktik itu di Sibu. Dengan itu PM kita pun bertandang ke Sibu dengan gaya dan taktik yang sama. Dia tawarkan RM18 juta kepada sekolah-sekolah cina, RM1.7 juta untuk geeja-gereja Kristian dan RM5 juta untuk mitigasi banjir. Wang tunai yang tidak kehabisan pula bercurah-curah di rumah panjang di Sibu.
PM Najib dan orang nombor duanya Muhyiddin sebenarnya jenis pemimpin yang tak ada moral kepimpinan. Tidak layak menjadi pemimpin; tidak boleh dijadikan teladan. Mereka pandai memburukkan peribadi saya tetapi merekalah sebenarnya “promoter” kepimpinan yang rasuah dan ganas. Bangga dengan penyalahgunaan kuasa yang dipamerkan. Bangga bila  membelakangkan undang-undang dengan sawenang-wenangnya. Mereka tak sedikit pun rasa malu dan segan. Tak segan kepada rakyat sendiri dan tak malu kepada kacamata dunia tentang tindakan mereka. Merekalah sebenarnya orang yang takut dengan rakyat. Mereka tahu kalau rakyat dibenarkan memilih dengan bebas dan pilihanraya diadakan dengan cara yang lazim diadakan di negara lain secara demokrasi tulen, mereka akan kehilangan kuasa. Itu pun, rakyat tetap berani bersuara. Suara rakyat masih hidup di Sibu. Saya yakin suara ini akan bertambah kuat di dengar di merata pelusuk negara kita.
Memang tak mudah undang-undang yang adil nak dilaksanakan di Malaysia. Ini adalah kerana di negara kita, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi Suruhanjaya dan Pencegahan Rasuah Malaysia adalah orang-orang PM. Mereka sudah lupa bahawa semasa mereka mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing, sumpah keramat mereka adalah untuk menjaga kepentingan rakyat, mendaulatkan undang-undang negara dan menjalankan tugas dengan berani dan penuh integriti. Tapi sekarang ini mereka hanya menjaga kepentingan PM semata-mata.
Walaupun sukar, InsyaAllah, suatu hari nanti kita rakyat Malaysia akan berjaya mengembalikan maruah dan harga diri rakyat dan negara yang kita cintai. Bila tiba hari keramat itu, kita sudah tentu tidak memerlukan elit Melayu seperti ini lagi kerana sudah terbukti mereka hanyalah pagar yang makan padi. Golongan ini hanyalah gabungan pemimpin yang tak bermoral.-ZI

Thursday, October 15, 2009

UMno Antara Transformasi Dan Trendforkasi
okt 15 09

Najib dalam ucapannya diPAU sebentar tadi begitu bersemangat dan serius tak seperti PAU sebelum ini yang banyak merapu mengutuk pembangkang terutamanya Anwarlah dan bergolak ketawo macam orang gilo...dia begitu serius apabila meminta orang UMno untuk bertransformasi dari kereta kuda menjadi gaban...opps..tersasul pulak menjadi kereta ferrari yang laju gila tu...lebih kurang gitulah maksud dio...dia mahu orang-orang UMno bersedia untuk ubah segala-galanya sikap minda dan yang sekutu dengannya lah...jangan ubah agama sudah...dia jugak mintak orang-orang UMno untuk bersedia menghadapi anjakan paradigma sistem budaya pemikiran kemahuan percaturan politik semua generasi baik tua muda pengundi atas luar dalam pagar pendek kata...bukan isa pendek tau...UMno kena bertranformasi semua sekalilah...tak de sikit-sikt punya..Wow..kata saudagar minyak urut taik unta...bunyinya memang sodap macam orang yang sesat dah jumpa jalan balik atau kembali kepangkal jalan atau dah sedar dan menerima realiti sebenar maksudnya dah insaf lah tue....Eden nak tanyolah sikit maksud transformasi UMno nih...adakah umno dah bersedia berhadapan dengan pakatan rakyat secara gentleman adakah umno membenarkan ruang media kepada pakatan..adakah kerajaan umno tidak akan menekan pakatan rakyat adakah umno akan memudahkan perkara yang sukar sebelum ini kepada pakatan rakyat....adakah...adakah...adakah seterusnya lah....malas nak tulis banyak-banyak cukuplah yang tu dulu...agak-agak koranglah berani tak umno.....kalau dia berani maksudnya dia faham maksud transformasi tue...kalau tidak tak payahlah dok sibuk cakap pasal transformasi-transformasi nih buang masa jer....Ye..lar...korang tengoklah Umno dah dekat 60 tahun dah kalau buluh dah tahap buluh betong dah liat nauzubillah...macamana nak ubah semuanya dah jadi sebati dah dengan dia orang...rasuah gila kuasa tamak kronisme menipu projek ampunisme dah jadi asam garam kehidupan harian dia orang boleh ke dalam sekelip mata nak berubah...susah ma..susah...pepatah nak melentur buluh dari rebung pun dah tak boleh pakai...sebab rebung-rebung dia belajar dari buluh-buluh betung nih..tuh yang kita tengok rebung-rebung dia bergelumang dengan kemewahan yang melimpah ruah...mana ada rebung-rebung dia yang hidup susah paling bangsat pun kontraktor kelas D....yang hidup melarat tulah akar-akar dia yang saban hari memberi nyawa dan nafas kepada rebung-rebung dan buluh-buluh betong nih...susah beb....susah...tak akan ada TRANSFORMASI tue..yang ada hanyalah TRENDforKASI....

Ucapan najib..

Tanggapan Umno sebagai sebuah parti "untuk cari makan" mestilah dikikis untuk menjayakan slogan 1Malaysia "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", kata Datuk Seri Najib Razak.

"Umno tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit.

"Sebaliknya, kita mahu Umno dilihat, dirasai, serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri," kata presidem Umno.

"Maka itu, persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan."-mkini

Monday, September 7, 2009

NAJIB WARNING ROSOL WAHID
sept 07 09

by Ibrahim baba

“Jangan cabar saya macam Ibrahim Fikri cabar ayah saya dulu” begitulah lebih kurang bunyinya kata-kata Najib Tun Razak kepada Rosol Wahid ketika Rosol membawa suara tidak senang hati kem Derih Jusoh terhadap MB Ahmad Said kepada PM beberapa bulan lalu. Tidaklah IB ingin ketengah sangat apa yang IB dengar dua bulan lalu kerana, tidak pasti kesahihannya..

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/amarannajobkepadarosol.gif Kedua tidak pula dapat IB sahkan apa yang sebenarnya dikatakan oleh bekas Menteri Besar Terengganu Ibrahim Fikri kepada Tun Razak dulu (betul ke pernah ada perjumpaan seperti itu?).

Pernah IB bertanya dengan beberapa orang yang pernah rapat dengan arwah Ibrahim untuk pengesahan – tidak pula dapat IB pastikan bahawa pernah berlaku Ibrahim Fikri mencabar Tun Razak.

Maka IB tidak mahu teruskan khabar berita tersebut.

Namun dengan melihat kemelut di Terengganu semakin parah dan sukar untuk nampak arah penyelesaiannya walaupun dua pimpinan kanan pusat datang pun lebih separuh dari pimpinan negeri UMNO masih berkeras untuk boikot – sememangnya kalau benar ada sesi “cabar-mencabar” Rosol dengan Najib tu – mungkin adalah kebenarannya sedikit sebanyak kot. Memang bagai dikatakan IB dulu Terengganu Lebih Parah Dari Perak. - buletinonline

Baca Seterusnya >>

Tokeyai

Dari dulu tokeyai dah cakap 2 negeri perlu bubar dun kalau nak settle masalah Perak dan terengganu......ada berani kah...

Tuesday, August 11, 2009

Najib - PM untuk semua ? betul ke...
ogos 11 09

Dalam merealisasikan 1Mlaysia slogan ciptaannya dia melakukan perkara-perkara berikut :

Mengerjakan umrah
motif - menunjukkan kepada orangramai dia telah melakukan perbuatan baik dengan melakukan umrah bersama keluarganya dan dikawal ketat oleh polis arab dalam melakukan kerja-kerja umrah...rosmah siap bertudung labuh lagi




\

Selepas balik umrah

Lepas pulang dari umrah di Mekah.. buka sikit tudung.

Agak lama di sini, masya Allah, macam ni pulak!

Lama-lama dulu.......

Najib Mengamalkan Ajaran Hindu?

.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersumpah diMasjid Jamek Guar Perahu, didalam Parlimen Permatang Pauh, pada hari Jumaat lepas mengatakan beliau tidak tahu menahu ataupun mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu yang dibunuh diPuncak alam, Selangor pada tahun 2006. Najib memberitahu bahawa beliau bersumpah walaupun ianya bukanlah satu sumpah rasmi menggunakan Quran.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersumpah bahawa saya tidak tahu dan tiada hubungan dengan wanita Mongolia. Saya tidak tahu kalau orang lain mahu bersumpah atau tidak tapi saya tahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ini diantara saya dengan Tuhan” kata beliau (Bernama, 23 Ogos 2008)

Pada hari yang sama, Thagarajoo a/l Thangavellu juga bersumpah, melalui Akuan Bersumpah, bahawa Najib dan isterinya, walaupun dilahirkan sebagai muslim, mengamalkan ajaran Hindu. Apakah sumpah Najib ini, yang dilakukan secara ‘Islamik’, sah diterima?

Berikut adalah terjemahan surat Akuan Bersumpah Thagarajah a/l Thangavelu.

Saya, Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033), seorang warganegara Malaysia yang dewasa dan menetap di No.20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dengan ini menyatakan dengan benar perkara-perkara berikut:-

  1. Saya bekerja sebagai pemandu.
  2. Sekitar tahun 1995, saya memulakan kerja dengan Datuk K.S Nallakaruppan (“Datuk Nalla”) sebagai pemandu merangkap pengawal peribadi. Saya bekerja dengan beliau selama 5 tahun. Kemudian saya menyertai Datuk Kenneth Eswaran. Datuk Kenneth Eswaran menetap di Johor dan saya menjadi pemandu untuk ibunya yang tinggal di Petaling Jaya. Kemudian saya bekerja sebagai pemandu untuk Datuk kenneth Eswaran.
  3. Datuk Kenneth Eswaran adalah kawan rapat Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa ini.
  4. Datuk Kenneth Eswaran amat rapat dengan seorang bomoh Hindu, yang saya kenali sebagai Mr. Ji. Mr. Ji ialah seorang warganegara India, yang tinggal diKerala, India dan sering datang keMalaysia diatas undangan Datuk Kenneth Eswaran.
  5. Melalui Datuk Kenneth Eswaran, Mr. Ji telah diperkenalkan kepada Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Saya telah beberapa kali membawa Mr. Ji kerumah Datuk Seri Najib. Datuk Kenneth Eswaran mengiringi Mr. Ji. Mr. Ji selalunya membawa bersama beberapa peralatan sembahyang mengikut ugama Hindu untuk melakukan upacara dirumah Datuk Seri Najib. Upacara ini dilakukan setiap bulan semasa ‘Ammavasi’, yang mana merupakan masa dimana bulan tidak kelihatan. Upacara ini merupakan upacara Hindu dimana melibatkan jampi mentera menggunakan peralatan sembahyang menurut ugama Hindu seperti kunyit, vibuthi, kum kum, limau, kapor barus, susu lembu yang diletakkan diatas daun pisang. Api sembahyang akan dinyalakan didalam rumah dan kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan duduk ditengah-tengah dan Mr Ji menjalankan upacara pemujaan. Kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kemudiannya dimandikan dengan susu. Selepas upacara pemujaan, sebahagian daripada bahan-bahan pemujaan dibawa keluar rumah dan ditanam untuk menghindarkan mereka dari kerja-kerja kejahatan.
  6. Seperti yang saya katakan, semua bahan-bahan pemujaan ini dibawa oleh Mr. Ji, dibantu oleh saya kerumah Datuk Seri Najib, baik diJalan Duta atau pun dikediaman rasmi di Putrajaya. Saya juga pernah membawa susu lembu dan bahan-bahan pemujaan lain didalam kawasan kediaman Datuk Seri Najib. Saya hadir disetiap upacara bilamana Mr. Ji melakukan pemujaan. Semua ini berterusan sehinggalah saya berhenti kerja denga Datuk Kenneth Eswaran.
  7. Saya percaya bahawa upacara pemujaan ini masih berterusan.
  8. Semasa pilihanraya kecil Ijok yang lalu, saya membawa Mr. Ji kepekarangan tempat mengundi diIjok dimana Mr. Ji meletakkan bahan-bahan pemujaan ini untuk memastikan kemenangan calon MIC, K. Parthiban.
  9. Saya percaya perbuatan yang sama akan dilakukan untuk meletakkan bahan-bahan pemujaan adat Hindu ini dan tangkal didalam ataupun pekarangan tempat mengundi diPermatang Pauh.
  10. Saya juga mempunyai maklumat bahawa doktor yang menyediakan laporan perubatan untuk Razak Baginda, tertuduh didalam perbicaraan Altantuya, wanita Mongolia, yang sedang berlangsung, adalah palsu kerana Datuk Kenneth Eswaran telah mengarahkan doktor untuk memalsukannya. Arahan tersebut dibuat semasa saya sedang memandu untuk Datuk Kenneth Eswaran.
  11. Dalam beberapa peristiwa, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Datuk Kenneth Eswaran, meminta pertolongan Mr. Ji untuk menjauhkan mereka dari perkara-perkara jahat. Didalam satu ketika, Datin Seri Rosmah memanggil Datuk Kenneth Eswaran, menyatakan kebimbangannya kerana Datuk Seri Abdullah Badawi akan mengahwini Datin Seri Jeanne Abdullah. Datuk Kenneth Eswaran berjanji kepada Datin Seri Rosmah bahawa dia akan meminta Mr. Ji untuk melakukan pemujaan untuk menghalang perkahwinan tersebut.
  12. Saya membuat Akuan Bersumpah ini kerana terdapat beberapa perkembangan melibatkan Datuk Nalla, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah dan Datuk Kenneth Eswaran yang saya kenali semasa saya bekerja sebagai pemandu. Peristiwa yang melibatkan kehilangan Penyiasat Bebas, P. Balasubramaniam merisaukan saya

Dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh kebenaran seperti yang termaktub didalam peruntukan Akta Akuan Bersumpah, 1960.

(Terjemahan ini dibuat secara bebas oleh Mat Saman Kati berdasarkan artikel Raja Petra,Najib: Muslim By Birth, Hindu By Practice. Sekiranya terdapat keraguan, sila rujuk kepada artikel asal)

.





"BERTANYALAH KEPADA ORANG YANG TAHU JIKA KAMU TIDAK MENGETAHUI SIGNIFIKAN SETIAP APA YANG DILAKUKAN DALAM UPACARA MANDI SUSU" ORANG YANG ARIF-drhalimahali.blogspot


A firecracker display just behind an effigy of Najib at Batu Caves tonight. - Picture by Choo Choy May


nyala...nyala..jangan tak nyala....

Tokeyai

Jangan reka dan fitnah berita bergambar.......berdosa jangan main-main nanti kena ISA baru padan muka...tokeyai malas nak fikir lu orang fikirlah sendri....yo......wassup.....man


Tuesday, July 28, 2009

Tahukah anda........?
Rahsia 29 negara patut anda tahu



Mufti-mufti malaysia yang mengejar title-title dato seri-dato seri sila keluarkan fatwa apa hukumnya jika seorang pemimpin melakukan atau membuat sesuatu yang menyerupai adat sembahyang ugama lain. jangan hanya menyalak macam anjing bila pemimpin pembangkang buat. ko orang bahagian agama jangan jadi bacul.kalau tidak celakalah kamu semua. terutamanya mufti perak.

Dipetik dari Military of Malaysia

(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.

4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah menggelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk


Whom mari-mari whommm,mari-mari whommmm..-jamilkucing

Tokeyai

Ada yang tokeyai percaya ada yang tokeyai ragu-ragu....macam najib n rosmah tu perbuatannya sungguh meragukan dengar kata ada pasang dukun dari india......betul ke ?

Monday, July 13, 2009

SATU LAGI HADIAH NAJIB

Komen negatif Najib: Pengacara ntv7 kena tukar

Semuanya berpunca daripada kenyataan salah seorang tetamu jemputan dalam programnya - Point of View - di ntv7 yang memberi pemeringkatan 'C' atau 'D' terhadap prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi 100 hari pentadbirannya.

Ekoran itu, pengacaranya, Florence Looi menerima surat amaran dan terus ditukar ke meja berita stesen swasta tersebut.

Looi didakwa telah melanggar dasar redaksi pengarangnya, kata sumber-sumber ntv7.

Dua tetamu jemputan program tersebut - yang dipancarkan pada 5 Julai lalu - ialah penulis Syed Akhbar Ali dan editor perunding, Leslie Lau dariMalaysian Insider. Lau yang memberi pemeringkatan 'C' atau 'D' bagi pentadbiran Najib.

Sumber-sumber itu berkata, Looi selepas itu diberitahu secara lisan bahawa dia tidak seharusnya meminta mereka memberi pemeringkatan terhadap prestasi Najib,

Oleh kerana Looi merupakan pengacara yang juga penerbit program tersebut, maka hanya dia seorang sahaja yang diberi surat amaran tersebut.

Looi, yang merupakan editor tugasan, kemudiannya telah ditugaskan untuk membuat liputan berita, atas alasan kekurangan petugas di meja berita.

Insiden tersebut mungkin 'menguburkan' program '
Point of View', yang baru tamat musim keduanya. Sehingga ini, belum ada pengumuman sama ada program itu akan dilanjutkan ke musim ketiganya.

Bagaimanapun, sumber-sumber itu percaya, sekiranya program itu diteruskan, ia akan dikendalikan oleh pengaracara baru.

Ketika dihubungi, Looi enggan mengulas mengenainya dan usaha untuk menghubungi pihak pengurusannya juga belum berhasil.

Ntv7 adalah salah sebuah daripada empat stesen TV swasta milik syarikat gergasi media - Media Prima Bhd - yang ada kaitan dengan Umno. Tiga lagi stesen miliknya ialah TV3, 8TV dan tv9.

Begitu juga dengan berita mengenai banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam di mana ianya hanya sempat disiarkan dalam berita Mandarin jam 5.30 petang di ntv7.

Selepas itu, berita itu tidak lagi disiarkan oleh buletin berita di stesen lain milik Media Prima.

'Hanya satu pandangan'

Sementara itu, pengarah eksekutif Pusat Kewartawan Bebas, V Gayathry membidas ntv7 kerana mengamalkan saringan kendiri.

“Komen oleh tetamu jemputan mengenai pretasi (Najib) bukanlah sesuatu yang kritikal, tetapi hanya satu pandangan,” katanya.

Menurutnya, Looi dihukum kerana bertanyakan satu soalan penting ketika semua orang lain membuat penilaian tentang prestasi Najib.

“Program tersebut telah memberi ruang yang baik untuk perbincangan (dan Looi menjalankan tugasnya dengan baik),” tegasnya.

Menurut Gayathry lagi, ketika Najib dilantik perdana menteri, Media Prima telah mengeluarkan arahan kepada empat stesen TV miliknya itu supaya tidak menyebut nama penganalisis politik - Abdul Razak Baginda - ketika melaporkan perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Razak merupakan teman karib Najib.

"Kita ingin bertanya sama ada menjadi dasar Najib di mana mereka yang ditempatkan di stesen TV, mengamalkan saringan kendiri,” tambah Gayathri.

Program
'Point of View' disiarkan jam 6 petang hari Ahad. Tetamu jemputannya membincangkan tajuk-tajuk panas seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dasar penukaran bahasa, pendidikan bahasa ibunda, tanggungjawab pihak polis dan yang terbaru, skandal PKFZ.

Sejak Najib mengambil alih kuasa, pegawan tinggi media yang ada kaitan dengan mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah diganti.

Mereka yang berkhidmat sewaktu pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik semula menerajui media, sehingga mencetuskan persepsi akan mewujudkan suasana media yang lebih banyak sekatan.

Bekas pengarang kumpulan
New Straits Times, Datuk Ahmad Talib kini dilantik sebagai pengarah eksekutif berita dan operasi jabatan pengarang di Media Prima, serta sebagai pengarah ksekutif (jabatan pengarang) di New Straits Times Press.

Bekas pengarang kumpulan
Berita Harian, Datuk Manja Ismail dilantik sebagai pengarang kumpulan NTV7, 8TV, TV9 dan rangkaian radio, bagi membantu Ahmad.mkini

Tokeyai

Inilah dasar najib sebenarnya dalam dia menunjukkan kemurahan hatinya tersembunyi nilai-nilai kotor semata-mata untuk terus berkuasa semuanya diperkudakan untuk memuaskan nafsunya...


Saturday, July 11, 2009

11 GULA-GULA DARI NAJIB

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

Berucap di majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibunegara, perdanamMenteri berkata, untuk meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.

najib 100 day bash 110709 crowd inside 03Najib berkata ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara sahaja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa.

Katanya sejumlah 44,000 unit rumah ditawarkan yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Potongan 50 peratus

Satu lagi pengumuman melibatkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.

najib 100 day bash 110709 crowd outsideSelain itu Najib turut mengumumkan kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini.

Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.

Menurutnya beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang.

Amanah saham 1Malaysia


Perdana menteri juga mengumumkan bahawa menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

Najib juga berkata satu lagi tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit.

Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, katanya.

Najib juga mengumumkan peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.
Pendaftaran kelahiran

Satu lagi pengumuman hari ini adalah berkaitan pendaftaran kelahiran, yang menurutnya ramai juga yang lambat mendaftarkan kelahiran dan kerajaan akan terus mempergiatkan usaha memperbaiki keadaan itu.

Najib berkata di Sabah, semenjak 2005, sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran telah diterima dan daripada jumlah itu 92 peratus diluluskan.

Di Sarawak pula, semenjak 2005, sebanyak 19,000 permohonan telah diterima dan dari jumlah itu, 80 peratus permohonan telah diluluskan.

Di majlis itu, Najib turut membuat pengumuman mengenai infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di kedua-dua negeri, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.

Dalam konteks infrastruktur ini, Najib juga berkata liputan bekalan air
minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, begitu juga bekalan elektrik, dan pengumuman mengenainya akan dibuat hujung bulan ini.

Tokeyai

Janji-janji manis orang yang dalam terdesak nampak indah dan begitu mengujakan.....ingat kata tun che det najib banyak negatif dari positifnya dalam 100 harinya ini belum 300 hari belum 3 tahunnya lagi ntah apa lagi dia nak janjikan...dah lah tu jib tak usahlah kau bermimpi disiang hari mana kau nak cekau duit nak buat tu semua takkan nak pakai duit petronas aje kot lama-lama terlingkup jugak petronas tu dahlah duit royalti kelantan kau tak nak bayar...dalam keadaan ekonomi menguncup ni kau tak usah tabur gula-gula ko ni payah orang nak percaya....pesan tokeyai kemaslah kain baju ko tu awal-awal PRU13 tak lamo laie ni...kang kelam kabut pulak...

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran