Showing posts with label lesen judi. Show all posts
Showing posts with label lesen judi. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

MAHATHIR MAKIN NYANYUK

Dia nie kalau cakap asal boleh ajer....semuanya ikut logik akal....tak ikut hukum punya cakap.....dia kata orang cina memang suka berjudi.....orang melayu tak suka ke....sama aje dua kali lima.....masalah sekarang benda yang dah lepas tu....lepaslah walau berapa banyak lesen judi yang dia dah luluskan....sekarang nie kalau boleh kita berhenti terus dari keluarkan apa jugak lesen judi baru....itu yang rakyat hendak....biar nampak lah islamik sikit.....kata agama islam agama rasmi negara....bukan macam tun....halal haram tak pandang punya......tengok di SINI ...bertaubatlah tun selagi sisa nyawa tu masih ada....jangan cakap ikut logik akal...ikut hukum....jangan menggalakkan judi....berdosa hukumnya memberi lesen sekalipun yang berjudi tu....orang kafir.....


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu. 

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi. 

Beliau mempersoalkan kenapa PAS lantang menentang judi sukan di negara ini kerana terdapat pelbagai lagi jenis judi lagi.



Sunday, June 13, 2010

KENALI SEJARAH JUDI NEGARA ANDA

Dah namanya sejarah....ini cerita dolu-dolu la nie...time Tun M jadi PM...

UMNO dan kegiatan judi
09-08-2003

Bukit Tinggi Resort Berhad

Bukit Tinggi Resort Berhad merupakan syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan yang dikenali rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Bukit Tinggi yang mula beroperasi sejak tahun..adalah merupakan ilham Dr. Mahathir seperti yang pernah dijelaskan oleh pengurus Besar Bukit Tinggi, Teh Ming Wah dalam satu wawancara dengan The New Paper Singapura tidak lama dulu.


Operasi judi melalui mesin slot di Bukit Tinggi mula dijalankan apabila Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Dr. Mahathir sebagai Menteri 1 dan Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis sebagai Menteri 2 meluluskan lessen judi mesin slot berkenaan.

Ini menjadikan Menteri yang datangnnya dari Umno memberikan kelulusan lessen judi.

Menambah jelaskan lagi penglibatan Umno di dalam kegiatan judi di Bukit Tinggi ialah apabila terbongkar pegangan saham Pengerusi Perhubungan Umno Wi;ayah Persekutuan yang juga Setiausaha Kerja Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor di dalam syarikat berkenaan.

Ini menjadikan adanya pemimpin Umno yang punya pengangan langsung di dalam syarikat yang menjalankan aktiviti perjudian tersebut.

Sekalipun Tengku Adnan menyatakan bahawa beliau telah menjual saham Bukit Tinggi dua tahun lalu, hakikatnya, laporan tahunan PASDEC Holdings Berhad, satu lagi syarikat yang memiliki saham Bukit Tinggi kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) masih menyatakan pegangan Tengku Adnan.

Begitu juga halnya dengan PASDEC, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Pahang yang diketuai oleh Menteri Besarnya Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Pahang.

Walaupun PASDEC telah menjual saham Bukit Tinggi tetapi ia hanya dilakukan pada 27 Mei 2003 yang lalu setelah pendedahan dibuat oleh Seruan Keadilan dan bercanggah dengan kenyataan Adnan bahawa PASDEC telah menjual saham tersebut dua tahun lalu.

Berdasarkan senario ini apa yang dapat disimpulkan penglibatan Umno baik melalui kuasa menteri, pegangan saham menteri dan pegangan saham syarikat kerajaan negeri amat jelas sekali.
Sebab itu tidak salah jika ada yang berpandangan Umno amat berkait rapat dengan aktiviti judi di negara ini.

Saturday, June 12, 2010

KJ MINTAK NAJIB JELASKAN LESEN JUDI

Ye..la world cup kan dah mula....lesen macamana ramai yang nak bertaruh nie....dah bagi ke belum....dah cakap dah....belum cakap belum....susah sangat ke....bengang aje mr vincent tan wa cakap macam nie.....anyway wa ucap syabas kat korea yang bermain cemerlang menewaskan greece 2-0...wakil asia disamping jepun....nak harapkan malaysia wakil benua asia....huh....7 keturunan wa belum tentu dapat lagi....satu lagi semenjak jadi askar nie...garang semacam je...wa tengok KJ nie...dia nie masih lagi Timb Presiden FAM ke...apa cerita dia punya projek bola dulu...apa nama my team...wujud lagi ke... 



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan supaya segera membuat penjelasan berhubung pemberian lesen judi sukan kepada syarikat Berjaya.

Katanya, masyarakat perlu diberi penjelasan mengenai duduk perkara sebenar memandangkan perkembangan isu tersebut mengundang banyak laporan bercanggah.

"Itu sebab kita menyeru dan saya harap penjelasan ini dapat dibuat dalam masa terdekat sebab laporan bercanggah yang kita dapat daripada pihak kerajaan dan juga daripada syarikat berkenaan.

"(Berjaya dilaporkan berkata) persetujuan dah dapat tapi lesen belum dapat lagi.

"Jadi kita juga mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sudah tentu rakyat Malaysia pun nak tahu sekiranya betul (persetujuan diberikan)," kata Khairy yang juga ahli parlimen Rembau.

Tambahnya, pemimpin BN telah memberikan pandangan mereka melalui "saluran dalaman parti" berhubung isu tersebut.

"Jadi kita dah serahkan kepada perdana menteri pandangan daripada pimpinan parti dan terpulang kepada kerajaan untuk buat keputusan muktamad," katanya lagi.-mkini

Thursday, May 20, 2010

SILENCE DEAD - JUDI

Shhhhhh.....You Scream You Die.....jangan bising-bising....DIAM-DIAM SUDAH...


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.
"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya)," kata Najib kepada wartawan selepas upcara pecah tanah bangunan baru Utusan Malaysia hari ini.

Perdana Menteri juga sekali lagi mengelak menjawap soalan berhubung dakwaan MCA bahawa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) punca Barisan Nasional tumbang di kerusi pilihan raya kecil parlimen Sibu, Ahad lalu.

"It's a whole (bunch) of reasons, cannot just ... ok, never mind lah(Banyak sebabnya, tak boleh hanya ...tak apalah)," katanya dengan ringkas.

Isnin lalu, MCA mempersalahkan PERKASA atas kekalahan SUPP di Sibu dengan berkata 'hubungan kabur' BN, khususnya Umno dengan kumpulan pelampau itu punca masyarakat Cina kurang selesa.

PERKASA juga pernah berkata Umno harus meninggalkan masyarakat Cina yang 'tidak berterima kasih' dan menghentikan peruntukkan kepada golongan minoriti berkenaan yang mengundi pembangkang.

Thursday, May 13, 2010

HARUSSANI NASIB BAIK TAK HARUS

Nasib baik dia cakap judi tu haram tak harus.....akhirnya keluar juga kenyataan dia...punyala lama baru sekarang dia cakap itu pun nasib baik TVselangor tanya...kalau tak pakat diam ajerla tu...kalau kita mencegah benda haram hanya dalam hati...itu tandanya selemah-lemahnya iman....ingat tu...tokeyai nak habaq nie...

[TVS] SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak


Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.


Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.


“Saya dukacitalah, kerana kerajaan meluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Thursday, May 6, 2010

KERAJAAN TAWAR LESEN JUDI BOLA




Malaysia boleh....cayalah.....sape nak lesen judi bola boleh mohon sekarang....dirgahayu malaysiaku....1malaysia semua boleh.....asal ada masyukkkk..........

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran