Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Friday, July 23, 2010

NAJIB KATA DULANG PAKU SERPIH

Kata anwar bayar cnn...rupa-rupanya sendiri yang lebih-lebih....apo nak dikato bukti pun dah ado....itulah lain kali jangan main tuduh-tuduh orang....sekarang ludah kemuka sendiri...kan dah dapat kemaluan besar....


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.


Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.
Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.
Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.
Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.
'Yuran tak dikembalikan'
Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.
Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington PostNew York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Na
mun, Washington Times– sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.

Thursday, November 5, 2009

Lagi Pemimpin Umno Rasuah
nov 05 09

Setakat ini memang SPRM buat kerjalah...tapi yang takat 50K kebawahlah yang banyaknya...bilalah agaknya yang juta-juta pulak nak muncul...

Bekas setiausaha Umno Wangsa Maju dituduh di Makamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada ketua cawangan Taman Melati sebagai dorongan supaya beliau dicalonkan untuk layak bertanding jawatan ahli jawatankuasa bahagian itu tahun lalu.

Ramli Abdul Manan, 50, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberikan wang suapan kepada Amir Saad, 50, di Dewan Aktiviti Masyarakat Taman Melati Kawasan 8, Setapak pada 8 Nov, 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama.

Jika disabitkan, Ramli boleh dipenjara sekurang-kurangnya 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun penjara dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin meminta mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Ramli, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jaminan dikurangkan kepada RM2,000 memandangkan beliau kini tidak bekerja.

Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Dis untuk sebutan semula kes. BERNAMA

Thursday, October 1, 2009

Umno Sokong Rasuahnisme
okt 1 09

SAY NO TO MONEY POLITICS

Cakap dan Slogan lain buatnya lain...maka berbanggalah melayu umno yang memuja perasuah yang telah terbukti rasuahnya menjadi pemimpin mereka...lepas nih orang-orang Umno bolehlah buat rasuah banyak-banyak habis kuat pun kena gantung 3 tahun ajer..pastue jangan risau gerenti boleh jadi calon punya lagi banyak duit merasuah lagi berpotensi untuk jadi calon kalau setakat rasuah seratus duaratus baik tak payah buang maso jo...ayuh teruskan kempen merasuah dan membodohkan rakyat...tapi orang bagan pinang jangan contohi ISA pendek Recycle Bin Umno nih...Rasuah tetap rasuah...beb... no kompromi lu orang tak percaya tanyalah sama itu apanama Tun M...lah

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran