Showing posts with label kemelut terengganu. Show all posts
Showing posts with label kemelut terengganu. Show all posts

Tuesday, September 8, 2009

Ahmad Said Tolak Jadi Menteri
sept 08 09

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato’ Ahmad Said berkeras mahu mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri Terengganu dan menolak jawatan ’lumayan’ sebagai Menteri Pusat. Sumber dalaman memberitahu, Ahmad akan dilantik sebagai Senator dan kemudian ’menteri penuh’

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/IMG_4637.JPG sebagai ’pertukaran’ supaya beliau mengosongkan kerusi Menteri Besar Terengganu.

Tawaran pertukaran jawatan tersebut didakwa sumber itu, dibuat oleh kepimpinan Umno Pusat kepada beliau bagi meredakan krisis dalaman Umno Terengganu.

Namun, sumber tersebut yang menghubungi Buletinonline hari ini berkata, Ahmad menolak tawaran tersebut dan berkeras, mengekalkan ’status’nya yang dianggap amanah diberikan kepadanya oleh Sultan. (Gambar - Hanya penyokong Ahmad Said hadir Majlis Muhyidin di Hulu Terengganu)


Ura-ura untuk melantik Ahmad sebagai Menteri Pusat telah didedahkan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly dalam laman blognya semalam.

Krisis kepimpinan Umno Terengganu kian meruncing apabila ADUN Umno memboikot majlis berbuka puasa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Monday, September 7, 2009

NAJIB WARNING ROSOL WAHID
sept 07 09

by Ibrahim baba

“Jangan cabar saya macam Ibrahim Fikri cabar ayah saya dulu” begitulah lebih kurang bunyinya kata-kata Najib Tun Razak kepada Rosol Wahid ketika Rosol membawa suara tidak senang hati kem Derih Jusoh terhadap MB Ahmad Said kepada PM beberapa bulan lalu. Tidaklah IB ingin ketengah sangat apa yang IB dengar dua bulan lalu kerana, tidak pasti kesahihannya..

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/amarannajobkepadarosol.gif Kedua tidak pula dapat IB sahkan apa yang sebenarnya dikatakan oleh bekas Menteri Besar Terengganu Ibrahim Fikri kepada Tun Razak dulu (betul ke pernah ada perjumpaan seperti itu?).

Pernah IB bertanya dengan beberapa orang yang pernah rapat dengan arwah Ibrahim untuk pengesahan – tidak pula dapat IB pastikan bahawa pernah berlaku Ibrahim Fikri mencabar Tun Razak.

Maka IB tidak mahu teruskan khabar berita tersebut.

Namun dengan melihat kemelut di Terengganu semakin parah dan sukar untuk nampak arah penyelesaiannya walaupun dua pimpinan kanan pusat datang pun lebih separuh dari pimpinan negeri UMNO masih berkeras untuk boikot – sememangnya kalau benar ada sesi “cabar-mencabar” Rosol dengan Najib tu – mungkin adalah kebenarannya sedikit sebanyak kot. Memang bagai dikatakan IB dulu Terengganu Lebih Parah Dari Perak. - buletinonline

Baca Seterusnya >>

Tokeyai

Dari dulu tokeyai dah cakap 2 negeri perlu bubar dun kalau nak settle masalah Perak dan terengganu......ada berani kah...

Tuesday, September 1, 2009

Kemelut T'gganu : Adun Nekad Letak Jawatan
ogos 1 09

KUALA TERENGGANU – Krisis Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dijangka terus meruncing apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dimaklumkan nekad mahu meletakkan jawatan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/ExcoTrg.jpgSumber Buletinonline memberitahu, ADUN tersebut yang juga Exco kerajaan negeri dikatakan sudah tidak tahan menghadapi kecelaruan pentadbiran Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said.

Sumber tersebut berkata, ADUN berkenaan dijangka meletakkan jawatan dalam tempoh sebulan dua ini.

(Gambar - Barisan Exco Umno/BN Terengganu, berdiri dibelakang. Siapakah diantara mereka yang dikatakan akan meletakkan jawatan).


Dengan pengakuan terbaru ADUN Umno/BN hari ini, mengesahkan kebenaran desas-desus berkaitan beberapa ADUN Umno/BN yang akan keluar dari parti itu.

Rabu lalu, 26 Ogos, Bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu Dato’ Rosol Wahid menafikan beliau dan kumpulan ’10 budak hitam’nya mahu melompat dan menyertai Parti Kedailan rakyat (PKR).

Dua hari selepas itu, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata sebaliknya, mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk lompat parti.

Nawi sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar Internet berkata, cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Menurut Nawi, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.

Friday, August 28, 2009

Kemelut T'gganu : Adun Akui ada rundingan Utk Keluar Umno
ogos 28 09

Seorang wakil rakyat Umno Terengganu hari ini mengakui memang ada rundingan melibatkan beberapa orang wakil rakyat lain parti berkenaan berhubung cadangan untuk lompat parti.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu, berikutan rasa tidak senang dengan kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya kepada Malaysiakini, tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Jelasnya, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.

Ditanya sama ada wujud rundingan balas pihak menteri besar atau Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk mereka kekal dalam Umno, Nawi berkata: "Tidak ada."

Beliau juga menolak laporan media bahawa tindakan mereka itu akan disekat oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS Terengganu.

"Maknanya sekarang ini, bebaslah (kami) sama ada hendak kekal atau hendak keluar daripada parti," katanya.

Sementara itu, ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah pula tidak tahu-menahu mengenai rancangan sembilan wakil rakyat Umno di negeri itu untuk menyertai PKR.

"Saya sendiri tidak pernah mendengar (nak lompat). Belum ada lagi yang nak lompat,” kata wakil rakyat Umno itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Kita tidak pernah berbincang tentang perkara ini."

Tokeyai

Ada yang kata ada ada yang kata tak ada...mengada-ngada pulak cakap aje terus terang nak lompat...tapi bab-bab lompat ni tokeyai tak berapa setujulah penuh dengan konflik kemudian hari nanti dia yang elok bubar aje dun tu selesai semua masalah...

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran