Showing posts with label KJ. Show all posts
Showing posts with label KJ. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

UMNO DAN PR BEREBUT REPAIR SURAU

Wah....ada hikmahnya jugak surau ni kena simbah cat....ala....apa nak rebut-rebutkan repair jer sama-sama...atas dasar islam...bukan parti....hidupkan semangat ramadhan....kalau buleh lepas repair KJ dan chegubard berbuka sama-sama...tak leh ker....

Sempena Ramadan yang mulia, mungkin inilah yang semua orang harapkan, pemimpin Umno dan pembangkang berlumba-lumba membersihkan surau yang menjadi mangsa perbuatan khianat semalam.
Namun, peranan awal mungkin dimulakan oleh Pemuda Umno apabila pihaknya dikatakan sudah berada di tempat kejadian pagi ini.

"Saya telah mengarahkan Pemuda (Umno) Negeri Sembilan untuk bergotong-royong memperbaiki surau yang dicemar. 

"Mereka sudah berada di surau," kata ketua Pemuda pergerakan itu Khairy Jamaluddin (
kiri) di laman Twitter kira-kira sejam lalu.

Manakala anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (
bawah) - yang menentang Khairy di parlimen Rembau dalam pilihan raya umum lalu - berkata pihaknya pagi ini telah menemui jawatankuasa surau berkenaan.

Badrul bersama NGO yang diasaskannya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu menawarkan bantuan bagi membaiki semua kerosakan akibat disimbah cat dan dibaling botol arak itu.

"Pada dasarnya mereka (jawantakuasa surau) bersetuju. Sekarang kita cuma tunggu kebenaran daripada pihak polis. Polis kata OK, kita mulakan kerja," katanya kepada Malaysiakini.

"
Sekeliling surau itu, termasuk pagar perlukan cat baru."

Awal pagi semalam, sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban 
disimbah cat merah dan dibaling botol arak. 

Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail dilaporkan berkata kejadian itu disedari oleh jemaah semasa solat subuh.

Beliau menjangkakan perbuatan khianat itu berlaku antara jam 3.30 hingga 4 pagi.-mkini

Monday, July 26, 2010

KHAIRY PUNYA CAKAP...

Parpukariok ni mesti bengang dengar KJ cakap macam tu....tapi ko cakap tu semua betul KJ.....bukan setakat Napoleon kecil...Napoleon Bonaparte pun ada dalam perkhidmatan awam nie.....kadang-kadang wa yang berurusan dengan diaorang pun sakit hati....nengokkan diaorang punya temberang....punya birokrasi memang kadang-kadang tobat nak berurusan dengan diaorang nie.....wa sokong lu KJ...pergi jahanam dengan mamak parpukariok tu.....ko cakap betul wa sokong.....ko cakap merapu wa hentam lu....biasalah....


Khairy: Sokongan ahli politik perlu selagi ‘Napoleon Kecil berkuasa’


KUALA LUMPUR, 26 Julai — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sambil mengakui wujudnya “Napoleon Kecil” dalam perkhidmatan awam yang “bertindak atas motivasi tertentu”, peranan ahli-ahli politik dalam memberi surat sokongan tidak boleh diketepikan sama sekali.
“Di sini, saya ingin mengatakan bahawa suka atau tidak, di kalangan penjawat awam juga terdapat ‘Napoleon Kecil’ yang bertindak atas motivasi tertentu.
“Hakikatnya, kakitangan awam juga tidak terlepas daripada kemungkinan salah guna kuasa melalui tindakan ‘pilih kasih’ atau favouritism,” kata Khairy (gambar) dalam tulisan blognya berhubung arahan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan baru-baru ini.
Mohd Sidek mengarahkan kakitangan awam agar melaporkan sebarang kes di mana ahli politik cuba mempengaruhi pemberian kontrak kerajaan melalui surat sokongan mahupun secara lisan.
Pekeliling yang dikeluarkan oleh beliau menegaskan bahawa sebarang keputusan dalam hal pemberian kontrak Kerajaan — baik kementerian, agensi mahupun jabatan — perlu berdasarkan merit dan kelayakan sesuatu permohonan, bukan sebarang hubungan politik.
Akibat dari kelemahan birokrasi ini, kata Khairy, ramai pemohon yang layak dan melalui saluran biasa ditolak. Dalam erti kata lain, sistem awam yang sedia ada telah menggagalkan mereka, lantas mereka terpaksa meminta bantuan dari wakil rakyat.
Dalam hal ini beliau juga membangkitkan persoalan mengenai peranan ahli politik yang dipilih rakyat.
“Apa guna kita mengadakan pilihan raya untuk memilih wakil rakyat sekiranya perkara seperti menulis surat sokongan pun tidak dibenarkan?
“Jika seorang wakil rakyat gagal membuktikan kebolehan membantu dan membela rakyat, maka beliau akan diundi keluar, manakala kakitangan awam pula tidak dipilih,” katanya.
Oleh itu, saran Khairy, pihak-pihak tertentu jangan terlalu cepat memandang serong peranan wakil rakyat dalam menyokong sesuatu permohonan kepada Kerajaan.
“Bukan niat saya untuk memburukkan kakitangan awam. Malah, saya yakin sebahagian besar daripada mereka mempunyai integriti dan keikhlasan yang tinggi.
“Namun, selagi wujud fenomena ‘Napoleon Kecil’ di kalangan kakitangan awam, kita tidak boleh menolak langsung peranan ahli politik yang mewakili kepentingan rakyat,” katanya.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mencadangkan bahawa jika penjawat awam berperanan melaporkan sebarang surat sokongan dari ahli politik, maka ahli politik juga perlu diberi ruang untuk memanjangkan sesuatu permohonan apabila dirasakan sistem birokrasi telah menggagalkan permohonan itu sungguhpun mempunyai merit untuk diterima.
“Saya melihat kaedah ini dapat membantu dalam memantau penyalahgunaan kuasa di kalangan mereka yang mempunyai hubungan politik, serta kegagalan birokrasi atau juga rasuah dalam perkhidmatan awam.
“Saya ingin menegaskan di sini bahawa cadangan ini dibuat bukan berasaskan dasar campurtangan politik, tetapi atas prinsip merit dan keperluan.-tm
i

Monday, June 28, 2010

KJ VS IBRAHIM- MU GEDEBELAH BERAHIM

Dua-dua ekor nie sama jer....sorang raja beruk sorang raja katak.....penyamun jumpa penyangak...dah kena lah tu...tapi berahim nie kata dia ....lembu jantan....oh...lembu rupanya dia nie....patut lah.....korang tengok gambo tu....apa yang KJ tunjuk tue....




Ibrahim gembira dapat ‘anugerah’ berganda Khairy


KUALA LUMPUR, 28 Jun — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menganggap dirinya sebagai “jaguh kampung yang berani” sekarang ekoran label terbaru ‘gedebe politik’ diberikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin semalam.
“Selepas dianugerah jaguh kampung dapat pula anugerah gedebe politik... selang sehari dapat dua anugerah.
“Gedebe dalam loghat Kelantan bermakna berani dan tak pernah takut.
“Jadi kini saya jaguh kampung yang berani,” kata Ibrahim, anak kelahiran Kelantan dalam respons terbaru terhadap Khairy hari ini.
Kedua-dua ahli Parlimen ini terlibat dalam ‘perang respons’ berhubung isu biasiswa selepas Khairy selaku Ketua Pemuda Barisan Nasional mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong minggu lalu.
Ibrahim, wakil rakyat Bebas Pasir Mas berkata, yang membezakan beliau dengan Khiary ialah pemimpin Umno itu “syok sendiri dengan diramal masa depannya muram” dalam politik.
“Orang macam ini merosakkan parti sendiri, memalukan bangsa sendiri dan malah tidak malu pada diri sendiri... ringkasnya Khairy pemimpin muda yang cacar marba,” kata beliau sambil mendakwa gedebe dan cacar marba amat berbeza maksud.
Semalam, Khairy menganggap Presiden Perkasa itu sebagai ‘gedebe politik’ ekoran pendirian pemimpin itu mengecamnya dalam isu biasiswa.
Sehubungan itu tegas Khairy, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri.
Selain kaum-kaum lain, Khairy berkata, sebahagian besar orang Melayu juga kurang senang dengan pendekatan agresif Ibrahim dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.
Kelmarin, Ibrahim ulang mempertikai kepimpinan Khairy dengan berkata, beliau sebenarnya “bangga dengan label jaguh politik kampung” yang diberikan oleh ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Wee.
“Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis,” kata Ibrahim.
Khairy menegaskan Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana “beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno.”-tmi

Friday, June 25, 2010

KJ TO EBRAHEM ALI U ONLY JAGUH KAMPUNG

Kampung lagi.....ustaz kampung la....jaguh kampung la....apa orang-orang kampung nie koro sangat ke.....asal yang buruk semua dikaitkan dengan kampung....wa bengang nie beb sebab wa orang kampung....sabo tokeyai...sabo....ni pasal KJ dengan Ebrahem ali nie....dah kono lah tu....penyangak jumpa penyamun....wa pinjam lagi beb skrip 3 abdul.....hah korang nak gaduh....gaduh...tapi jangan dihina orang kampung hah.....korang jangan buat taik dengan orang kampung eh....

KJ: Ibrahim Ali ‘jaguh kampung’ tiada hak minta saya berhenti



KUALA LUMPUR, 25 Jun — Khairy Jamaluddin menyerang balas dengan menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai “ahli politik jaguh kampung” yang tiada hak sama sekali untuk mendesaknya berhenti sebagai wakil rakyat hanya kerana membela Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong.
“Dia (Ibrahim) ahli politik jaguh kampung dalam dunia globalisasi.
“Dia berada di era mana? Beliau menjadi halangan kepada (konsep) 1 Malaysia,” kata Ketua Pemuda Umno ini dalam mesej Twitter hari ini.
Menurut Khairy (gambar) mesej itu sebahagian daripada ulasan yang beliau berikan ketika ditemui pemberita di Kuala Kedah.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana “beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno.”
“Dia tiada hak untuk meminta saya berhenti,” kata Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau.
Ibrahim merupakan bekas ahli Umno.
Dalam kenyataannya semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas membidas Khairy dengan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah “menggadaikan maruah bangsa” semata-mata kerana mempertahankan Ketua Pemuda MCA kelmarin.
Ibrahim mendakwa Ketua Pemuda Umno itu buat tidak faham maksud yang tersirat dalam kenyataan Wee minggu lalu ketika mempersoalkan “adakah biasiswa Mara akan dilakukan sepertimana biasiswa JPA.”
“Apalah Ahli Parlimen macam Khairy tak faham bila Ka Siong cakap berlapik. Mana dia faham makna yang tersurat dan tersirat’. Kalau macam itu baik berhenti jadi Ahli Parlimen, sama macam Ka Siong,” kata Ibrahim.
Ibrahim mendakwa tindakan Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) sanggup menggadaikan bangsa sendiri dalam isu tersebut.
Ibrahim mendakwa ini kali pertama Pergerakan Pemuda Umno menggadai maruah orang Melayu dan parti.
Malah semalam, Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan kenyataan Ibrahim sebagai tidak wajar.
Sambil turut menyifatkan desakan berkenaan tidak munasabah sama sekali, Reezal berkata, soal “menjual bangsa sendiri tidak timbul.”
“Ia kerana Khairy selaku Ketua Pemuda Umno merupakan antara Ahli Parlimen pertama membantah cadangan pengecilan penawaran biasiswa JPA untuk pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara.
“Pengecilan penawaran biasiswa ke luar negara tajaan JPA akan memberikan impak besar terhadap peluang pelajar Melayu dan Bumiputera terutamanya mereka yang benar-benar cemerlang bagi mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.-tmi 

Thursday, June 24, 2010

KJ BAKING HJ HADI DR ASRI

Wa rasa mesrti mengamuk gila punya siparpukariok mamak tu....mesti dia guling-guling silap-silap terjun tingkap bila KJ dengan secara sahnya membaking TGHH dan geng-geng yang dilabel pengganas oleh zamihan dan polis....walaupun kerajaan belum membuat tuduhan rasmi....wa nak beri nasihat kat die nie....kalau nak terjun tingkap....terjun ikut tingkat 14 jangan yang tak ada tingkat.....heheheheheh.......




KJ: Tak masuk akal tokoh ternama negara tiba-tiba jadi pengganas


KUALA LUMPUR, 23 Jun – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin melahirkan rasa tidak senang dengan dakwaan yang mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik tempatan yang ternama dengan rangkaian Jemaah Islamiah (JI), sambil mempertahankan mereka sebagai “bukan pengganas”.
June 23, 2010
Sehubungan itu beliau meminta agar pihak berkuasa melihat isu ini dengan teliti terlebih dahulu sebelum membenarkan dakwaan-dakwaan sedemikian dikeluarkan.
“Kita tidak seharusnya dengan cepat melabel sesetengah individu sebagai anggota JI atau pengikut fahaman wahabi,” kata Ketua Pemuda Barisan Nasional ini.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau memberitahu, jika dakwaan sedemikian tidak diteliti secara mendalam ia akan membawa satu mesej yang salah kepada orang ramai.

Sunday, June 6, 2010

KISAH TIGA BUDAK HITAM

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".

Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.

Moralnya.....kenapa KJ berubah jadi hitam.....sedangkan dia putih sebelum ini.....masuk askar tu tak kira.....sapa dia budak hitam yang ketiga tu....korang pikirlah sendiri....gambar kat atas tu sekadar hiasan....kan ada banyak lagi budak hitam....


Tuesday, June 1, 2010

KETUA DAN NAIB KETUA PEMUDA YANG MALANG

Sorang berkobar-kobar join askar kot-kot dapat jadi menteri.....sorang lagi dari timb menteri kena reject....apalah punya nasib malang ni....wa rasa elok dia dua orang nie....balik kampung motong gotah...ada jugak pekdahnyo.....

Dua jejaka yang kecewa



Khairy sewaktu perbarisan tamat latihan Askar Wataniah.

Tuesday, May 25, 2010

KHAIRY MASUK SOLDIER

Wahh...macam dah tau aje dapat post menteri pertahanan....training askar pulak awal-awal....tapi yang pastinya parpukariok mesti jeles punya.....ada apa-apa ke KJ join askar nie....ke saja je buat gempak.....

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik.

Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.

Turut hadir menyaksikan Khairy dan seramai 87 orang dalam skuadnya berbaris ialah mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah.

Khairy berkata walaupun sebelum ini beliau ditawarkan untuk mendapat pangkat Mejar Kehormat (tanpa proses latihan) tetapi berpendapat sebagai orang muda dan mempunyai sedikit stamina, beliau mahu menyertai Wataniah dan turut menjalani latihan tentera.

- Bernama



Saturday, January 30, 2010

Khairy - Pokok Itu Goyang Sendiri
30 jan 10

Pelik tak tetiba pokok-pokok itu boleh bergoyang sendiri....mesti pelik kan...kalau tak angin..tupai kalau tak tupai monyet...kalau tak itu semua...orang ke bulldozer ke...semuanya memungkinkan pokok itu bergoyang...mesti ada sebab beb....yang cakap kat bawah ni pun banyak konar-konar dia...cakap terus terang aje beb...zaman sekarang ni tak payah nak cilok sana cilok sisi buang masa aje....

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Datuk Razali Ibrahim menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya terdapat desakan daripada anggota Exco Pergerakan Pemuda UMNO agar ketua mereka, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata, apa yang ditimbulkan pada mesyuarat khas Exco Pemuda semalam hanyalah cabaran kepada semua kepimpinan Pemuda untuk terus bekerja keras dan menjalankan tugas dengan baik.

Katanya, tiada desakan kepada Khairy untuk meletakkan jawatan, sebaliknya mesyuarat itu lebih tertumpu pada bagaimana Pemuda mampu memainkan peranan berhubung suasana keselamatan dalam negara yang menuntut mereka menjalankan tugas lebih daripada biasa.

''Sebenarnya, apa yang disuarakan oleh exco berkenaan adalah 'kalau kita tidak mampu, kita letaklah jawatan'.

''Ia bukan ditujukan kepada ketua saja, malah untuk semua exco. Ia adalah cabaran dan bukannya desakan seperti digambarkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan lima Ahli Kelab UMNO Korea Selatan di Pejabat Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara di Menara Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beberapa blog semalam melaporkan bahawa Khairy didesak meletak jawatan oleh beberapa Exco Pemuda kerana kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pergerakan Pemuda UMNO selari dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berdasarkan laporan blog berkenaan, Khairy diberi dua pilihan sama ada meletak jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh Razali atau keseluruhan Exco meletak jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru Pemuda dibuat secepat mungkin.

Sementara itu, Razali tidak menolak isu tersebut sengaja diperbesarkan dengan bermotifkan politik atau mempunyai tujuan tertentu yang tidak baik.

''Kalau penulis blog berkenaan ikhlas, dia patut ceritakan dengan panjang lebar mengenai perbincangan semalam. Ceritakan tentang bagaimana kita buat kerja.

''Dalam mesyuarat itu, tidak kurang daripada 26 kertas cadangan dibentang dan dibincangkan. Kenapa perkara ini tidak diperdebatkan tetapi isu untuk menjatuhkan pemimpin yang ditonjolkan. Pada saya, ia langsung tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Ditanya pandangan peribadi beliau sama ada Khairy menjalankan tugas dengan baik selama ini, Razali berkata, mereka membuat kerja dan sama ada baik atau tidak, terserah kepada orang yang melihat.

''Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak buat kerja sampai tidak tidur, tidak sempat rehat dan menjalankan tugas dengan baik. Tetapi pembangkang masih kata kita tidak buat kerja.

''Paling penting, kita memang buat kerja. Walaupun kita buat diam-diam dan tidak diketahui orang, yang penting kita buat. Masalah timbul kalau kita tidak buat kerja langsung,'' katanya.

Beliau turut menyifatkan hubungannya dengan Khairy sebagai 'tiada masalah'.-utusan

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru Khairy Gigit Jari
1 jan 10

Salam tahun baru buat anda semua semoga dengan kenaikan kenaikan harga barang yang bermula dengan gula dan pastinya banyak lagi yang akan menyusul tidak akan membuatkan darah tinggi kita naik...kang susah pulak...naik darah tak pe....Sukseslah malaysiaku....

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Selepas disebut-sebut bakal menyertai kabinet, nampaknya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin terpaksa menggigit jari apabila Perdana Menteri mengumumkan, pemimpin dari Sarawak akan menggantikan Sulaiman Abdul Rahman Taib yang meletakkan jawatan.

Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya di Kuching berkata, pemimpin dari Sarawak akan menggantikan Sulaiman sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

"Ya dari Sarawak. Kita sudah ada nama tetapi tidak boleh diumumkan lagi," kata Najib selepas merasmikan mesyuarat agung Sarawak Progressive Democratic Party's (SPDP) di Dewan Suarah 29 Disember lalu.

Sulaiman, 41, yang juga Timbalan Ketua Pemuda, Parti Pesaka Bumiputera (PBB) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada 19 Mac 2008 lalu semasa Tun Abdullah masih Perdana Menteri.

Beliau kemudiannya dikekal dalam kabinet apabila Najib ambilalih jawatan PM pada April lalu.

Pada 4 Disember lalu, Sulaiman mengumumkan, dia telah meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dengan alasa peribadi.

Najib kemudiannya menerima perletakan jawatan itu selepas berbincang dengan ayah Sulaiman, Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Sebelum itu, Najib disebut-sebut bakal membuat rombakan kabinet dan nama Khairy disebut-sebut bakal dilantik menjadi timbalan menteri.

Sebuah akhbar politik, Siasah melaporkan di muka depannya, Khairy bakal gigit jari lagi untuk menyertai kabinet. Akhbar itu mengaitkan serangan bertubi-tubi Tun Dr Mahathir terhadap kerajaan dan Umno pimpinan Najib sebagai tanda-tanda bantahan Mahathir terhadap berita angin itu.

Ini kerana, sejak sekian lama, iaitu semasa Tun Abdullah, bapa mertuia Khairy adalah Perdana Menteri, Mahathir menjadikan Khairy sebagai sasarannya.

Selepas pemilihan Umno lalu, anak Mahathir, Mukhriz yang kalah di tangan Khairy dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pemenang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri iaitu di Kementerian Belia dan Sukan.

Namun, Khairy yang menang Ketua Pemuda tidak mendapat sebarang jawatan dalam kerajaan.

Apabila ura-ura Najib mahu membuat perubahan dalam kabinetnya, nama Khairy disebut-sebut bakal menjadi timbalan menteri. Turut melaporkan ura-ura ini adalah akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Apabila Sulaiman meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri, nama Khairy sekali lagi disebut-sebut.

Namun dengan pengumuman Najib bahawa orang Sarawak akan menggantikan Sulaiman, Khairy nampaknya terpaksa menggigit jari lagi.-harakah


Wednesday, December 30, 2009

Politik Hujung-Hujung Nyawa...
30 dis 09

Benarkah KJ & Zahid berpakat jatuhkan Najib?

Jika kita rajin membaca blog-blog yang menyokong Umno, khususnya blog-blog yang Pro-Mahathir, kelihatan sudah ada suara-suara yang mahu menyatakan; Khairy dan Zahid sedang berpakat untuk menjatuhkan Najib.

Menurut pendapat mereka, KJ & Zahid sedang berusaha untuk memusnahkan imej Najib agar penyokong Umno bangkit menolak kepimpinan Najib sebagaimana yang berlaku ke atas Pak Lah dahulu.

“Sifirnya mudah. Jika jatuh Datuk Seri Najib, secara automatiknya Zahid akan menjadi Timbalan Presiden UMNO kalau mengikut senioritinya sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan. Setelah menjadi Timbalan Presiden UMNO, secara automatik Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.” demikian kata pemilik blog Anti Khairy.

Kononnya, KJ dan Zahid tidak ‘berdendam’ dengan Najib tapi mereka berdendam dengan Mahathir.

KJ berdendam dengan Mahathir kerana Mahathir yang membuatkan dirinya tersisih dari kabinet Najib dan Khairy juga tidak akan lupa bagaimana dirinya dan bapa mertuanya (Pak Lah) dihina sebegitu teruk oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Manakala Zahid pula pernah dipenjarakan Mahathir kerana menyokong Anwar pada era reformasi 1998.

Atas alasan itu maka blog-blog yang pro-Mahathir mula membuat andaian bahawa memang benar terdapat pakatan antara KJ dan Zahid untuk menjatuhkan Najib kerana Najib adalah penyambung legasi Mahathirisme dalam Umno dan kerajaan Malaysia.

Andaian itu semakin kukuh bila Zahid membocorkan rahsia kehilangan enjin pesawat TUDM kepada umum walhal perkara itu sudah lama berlaku dan sedang disiasat polis.

Apa motif Zahid mendedahkan perkara itu kepada umum? Adakah kerana dia mahu menunjukkan dirinya amat telus di mata umum? Atau adakah kerana dia mahu menunjukkan kerajaan sekarang lebih telus dari dulu?

Samada Zahid sedar atau tidak, pendedahan itu telah pun mencalarkan imej Najib di mata umum. Biar apapun penerangan yang Zahid cuba berikan untuk membela Najib, namun ianya sudah tidak berguna lagi.

Lihat sahaja bagaimana Pakatan Rakyat memainkan isu ini untuk menggambarkan kelemahan Najib dan menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes yang melibatkan kedaulatan dan pertahanan negara ini.

Teryata Najib hanya berdiam diri dengan desakan itu kerana mungkin beliau sudah dapat membaca kesan yang bakal berlaku terhadap kedudukan dirinya.

Manakala Mahathir pula cuba membantu Najib untuk mengalihkan isu jet ini dengan meminta Najib menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Barry Wain melalui bukunya ‘Malaysian Maverick’.

Taktik Mahathir ini sudah dapat dibaca. Dengan tertubuhnya SSD kes penyelewengannya, maka perhatian akan lebih tertumpu kepada kesnya sahaja sehingga SSD untuk menyiasat kes kehilangan enjin TUDM akan dipinggirkan rakyat.

Sungguhpun Najib lebih selesa dengan jawapan ‘no comment’nya, namun rakyat sudah dapat melihat dengan jelas apa yang telah berlaku sewaktu era pentadbirannya sebagai Menteri Pertahanan.

Bom C4 yang digunakan untuk mengebom Altantuya dipercayai datangnya dari pihak tentera. Pembunuhan Altantuya pula dikaitkan dengan komisyen kapal selam. Pembelian helikopter Cougar dibatalkan kerana harganya tidak masuk akal dan yang terkini, enjin pesawat yang besar itu pun boleh hilang sewaktu Najib memegang kementerian itu.

Kini Najib memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan. Apa lagi yang boleh ‘hilang’ selepas ini?

Baru-baru ini, UMNO Pulau Pinang yang diterajui Zahid menggesa Gerakan menyerahkan teraju kepimpinan BN kepada Umno. Mengapa perlu Zahid menaikkan isu kepimpinan BN Pulau Pinang sedangkan tuntutan itu sememangnya tidak memberikan apa-apa kredit kepada BN Pulau Pinang? Adakah Zahid sengaja mahu menjerat Najib?

Jika benar Zahid mahu menjerat Najib, jerat itu sudah mengena bilamana Najib membuat keputusan untuk tidak menyokong atau menolak tuntutan itu. Semua pihak hanya disuruh ‘tutup mulut’.

Keputusan seperti itu telah mengecewakan segelintir penyokong Umno dan secara tidak langsung, Zahid pula yang dilihat lebih berani dari Najib untuk memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang.

-NurAflah

Wednesday, October 14, 2009

Khairy Tunjuk Lagak
okt 14 09


KETUA PEMUDA YANG KUNUNNYA BERCITA-CITA NAK JADI PM YANG TERMUDA

Mamat anak omak ni kata akan menggunakan apa cara sekalipun untuk menghalang Anwar menjejakkan kakinya ke pejabat PM putrajaya...inilah otak melayu yang jumud dan bodoh...dia ingat dia siapa yang nak menentukan takdir seseorang....dia ingat kuasa pemuda dia tu lebih besar dari kuasa rakyat....bangang punya orang....mengekalkan orang yang berpemikiran sempit macam nilah yang bagus lagi cepat UMno bungkus.....

Pemuda Umno hari ini berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai "sesumpah lidah bercabang" menjejakkan kakinya di pejabat perdana menteri di Putrajaya.

INI PANTUN DIA JUAL

Anak Batak mudik bergalah
Digigit nyamuk habis lebam
Pakatan retak menanti belah
Remuk di dalam dipendam-pendam

Batang cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Pakatan pembangkang temberang belaka
Janji bak lidah tidak bertulang

Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Kassim membuka silat
Pembangkang gian tamakkan kuasa
Batu api perpecahan rakyat

INI PANTUN DEN JAWAB

Anak Batak mudik bergalah
Digigit nyamuk habis lebam
Umno bukan aje retak tapi dah terbelah-belah
Rasuah di dalam alamak berkoyan-koyan eee...geram

Batang cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Pakatan pembangkang temberang sikit ja
Umno Yang banyak berjanji tulah yang kuat temberang

Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Kassim membuka silat
Pembangkang gian rakyat diberi kuasa
Bukan batu tapi api jika umno seksa rakyat

Monday, September 28, 2009

Bila KJ Kerumah Terbuka Timb Presiden Pas
sept 28 09

Agak mengujakan jugaklah kunjungan KJ nih terutama bagi penyokong-penyokong mereka apa yang tersirat dihati masing-masing wallahualam...Tokeyai tunggu apa kakimerapu@parpukari@buntutkuali nak cakap pasal kunjungan KJ nih...Susah-susah sangat KJ nih masuk je lah Pas orang UMno pun dah banyak tembak dia sekarang nih...tokeyai gerenti dekat Pas survival politik dia sangat cerah...secerah perut parpukariok...

Soal hubungan dua hala UMNO-PAS sememangnya diselaputi pelbagai pandangan dalaman masing-masing samada ingin melihat berlakunya hubungan atau tidak mahu melihat hubungan itu berlaku malah terdapat pandangan dalam kedua belah pihak juga yang ingin melihat ianya berlaku demi kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap satu titik permulaan tanpa sebarang agenda yang formal berlaku.

Beliau yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa di Bukit Mahkota Nilai petang Ahad mengulas tentang kehadiran beliau di situ yang dilihat sebagai usaha serta langkah untuk memulakan hubungan dua hala.

Mengenai cadangan perbincangan Pemuda UMNO-Pemuda PAS sebelum ini yang jelas menimbulkan rasa kurang senang dikalangan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS terutama Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, Khairy berkata, "dalam UMNO-PAS ada pelbagai pandangan, ada yang yang nak lihat hubungan berlaku dan ada yang tidak mahu ianya berlaku tetapi ada juga kalangan dalaman UMNO-PAS yang mahukan ianya berlaku."


"Jadi jangan kita ambil kesimpulan daripada satu sudut saja, kita perlu ada sikap terbuka dalam ini dan jangan kita paksa apa-apa, jangan kita ada apa-apa agenda yang terlalu formal. Biarlah perkara ini berjalan cara yang biasa, kalau ianya jadi maka jadilah, " tambahnya.

Mengulas lanjut kehadiran beliau di rumah terbuka itu, Khairy menjelaskan bahawa tidak ada perbincangan serius atau agenda formal tetapi ianya merupakan satu usaha untuk membina hubungan persaudaraan dan diharapkan kunjungan tersebut akan dilihat ada satu keserasian antara UMNO-PAS.

Katanya, "saya rasa tidak ada apa masalah dan jangan kita baca terlalu banyak dalam perkara ini, biar hubungan itu jadi secara semula jadi, jangan kita paksa. Harapan jangan ada apa-apa syak wasangka antara Pemuda UMNO dan Pemuda PAS, saya pun ada bincang sikit tentang halatuju kita bersama (Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani)...bukan soal kita hendak adakan hubungan yang formal ataupun tidak, cuma sekiranya ditakdirkan ada peluang di masa akan datang untuk kita berjumpa dan berbincang dengan lebih tersusun lagi, saya terbuka dan harapan saya Pemuda PAS pun ambil sikap terbuka juga."


Saturday, August 15, 2009

KJ is BACK
ogos 15 09

Ahli Pas perlu berani tegur pemimpin: Khairy




ROMPIN: Ahli Pas perlu lebih bertanggungjawab dan berani menegur pemimpin mereka yang dilihat sanggup membenarkan DAP menghina Islam.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata mereka tidak sepatutnya mendiamkan diri dengan tindakan pemimpin mereka yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh menjejaskan identiti, agama dan bangsa.

"Pas hari ini kita lihat sanggup mengorbankan prinsip mereka demi kuasa dan ini jelas menunjukkan pemimpin mereka mempamerkan trend yang tidak sihat kepada politik negara.

Tokeyai

Eden nak tanya sikitlah kek KJ ni...sebelum ini dia ada pernah ke tegur pemimpin-pemimpin umno yang serba tak betul tu...macam tak ada je...tulah lain kali cermin diri tu dulu macam yang simuhyiddin tu cakap orang umno kena cermin diri...baru tak nampak bengapnya...

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran