Showing posts with label simbah cat. Show all posts
Showing posts with label simbah cat. Show all posts

Thursday, August 26, 2010

SIMBAH CAT KELUARGA PELAKU MOHON MAAF

Eloklah tu....sebelum melarat mohon maaf cepat-cepat.....tetapi hukuman tetap perlu dikenakan.....sebagai pengajaran...... 




SEREMBAN, 26 Ogos — Ibu bapa kepada empat remaja yang dikaitkan dengan perbuatan menyimbah cat dan membaling botol arak pada surau di Taman Pulai Impian, Sikamat pada Isnin lepas, hari ini memohon maaf kepada jawatankuasa surau dan masyarakat Islam akibat perbuatan anak mereka itu.
Cheng Kok Foo, 38, Wong Seow Wai, 43, Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu pagi ini.
Yang turut hadir Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Yeow Chai Thiam dan Ketua Umno Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.
Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.
Mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.
Mohd Hasbi pula berkata beliau dengan rasa hati terbuka menerima permohonan maaf itu.
“Saya harap selepas ini mereka dapat membentuk dan mengubah sikap anak mereka agar perkara ini tidak berulang. Nasihatkan mereka jalan yang benar terutama  sekali dalam soal agama kerana ia cukup sensitif,” katanya.
Katanya beliau menghormati usaha yang dilakukan oleh MCA kerana ia telah dapat meredakan ketegangan kaum.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat. Isu ini adalah isu sensitif yang telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini,” katanya. Yeow berkata beliau merasa bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan.
“Demi perpaduan kaum, saya telah mengatur pertemuan ini agar mereka yang terlibat memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum,” katanya.
Yeow berkata MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir.
Selasa lepas, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari. — Bernama

Tuesday, August 24, 2010

UMNO DAN PR BEREBUT REPAIR SURAU

Wah....ada hikmahnya jugak surau ni kena simbah cat....ala....apa nak rebut-rebutkan repair jer sama-sama...atas dasar islam...bukan parti....hidupkan semangat ramadhan....kalau buleh lepas repair KJ dan chegubard berbuka sama-sama...tak leh ker....

Sempena Ramadan yang mulia, mungkin inilah yang semua orang harapkan, pemimpin Umno dan pembangkang berlumba-lumba membersihkan surau yang menjadi mangsa perbuatan khianat semalam.
Namun, peranan awal mungkin dimulakan oleh Pemuda Umno apabila pihaknya dikatakan sudah berada di tempat kejadian pagi ini.

"Saya telah mengarahkan Pemuda (Umno) Negeri Sembilan untuk bergotong-royong memperbaiki surau yang dicemar. 

"Mereka sudah berada di surau," kata ketua Pemuda pergerakan itu Khairy Jamaluddin (
kiri) di laman Twitter kira-kira sejam lalu.

Manakala anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (
bawah) - yang menentang Khairy di parlimen Rembau dalam pilihan raya umum lalu - berkata pihaknya pagi ini telah menemui jawatankuasa surau berkenaan.

Badrul bersama NGO yang diasaskannya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu menawarkan bantuan bagi membaiki semua kerosakan akibat disimbah cat dan dibaling botol arak itu.

"Pada dasarnya mereka (jawantakuasa surau) bersetuju. Sekarang kita cuma tunggu kebenaran daripada pihak polis. Polis kata OK, kita mulakan kerja," katanya kepada Malaysiakini.

"
Sekeliling surau itu, termasuk pagar perlukan cat baru."

Awal pagi semalam, sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban 
disimbah cat merah dan dibaling botol arak. 

Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail dilaporkan berkata kejadian itu disedari oleh jemaah semasa solat subuh.

Beliau menjangkakan perbuatan khianat itu berlaku antara jam 3.30 hingga 4 pagi.-mkini

SIMBAH CAT SURAU 4 DITAHAN

Lu orang cina ka india ka melayu ka.....berani buat berani tanggung...kasi kaw-kaw punya hukuman....cilakak punya orang....

Empat orang ditahan polis berhubung siasatan sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban yang disimbah dengan cat merah awal pagi semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, dijangka akan memberikan butiran perkembangan terbaru kes itu pada sidang akbarnya yang dijadualkan pada jam 12 tengahari ini.

Pada kejadian awal pagi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Negeri Sembilan, ACP Zaki Masroh berkata, polis menemui satu tin cat dan dua penutup tin cat.

Oleh itu, beliau berkata, polis percaya dua tin cat telah digunakan.

Menurutnya lagi, di satu bahagian surau tersebut, polis menemui pecahan kaca yang dipercayai pecahan botol arak, atas tanah dekat tingkap surau tersebut.

Berdasarkan bekas di kaca tingkap, katanya, polis percaya botol arak itu dibaling ke arah tingkap tersebut.

Bagaimanapun, katanya, kaca tingkap itu tidak pecah tetapi sebaliknya botol yang dibaling itu yang pecah.-mkini

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran