Showing posts with label mca. Show all posts
Showing posts with label mca. Show all posts

Monday, July 19, 2010

MCA HANYA PENUMPANG BN - ZAHID HAMIDI

Patutlah nak berbaik-baik dengan pas umno nie....pasal dah tak ramai nak kawan dengan dia lagi....patutpun....alahai umno.....kesian no....


"Penumpang BN":
Pemuda MCA minta Najib nyatakan pendirian



Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng meminta agar Presiden UMNO, Najib Razak untuk menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan "penumpang BN" oleh Naib Presidennya, Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid (gambar kanan) sebelum ini memberi amaran kepada dua parti komponen BN yang berasaskan keahlian Cina untuk tidak berpuas hati sebagai "penumpang Barisan Nasional" semata-mata, malah membidas MCA dan Gerakan kerana bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya.

Chiew Lian Keng berkata, kenyataan Ahmad Zahid tidak elok, malah keterlaluan, di samping bercanggah dengan semangat BN.  Beliau menambah, MCA telah bekerjasama dengan UMNO untuk 55 tahun, dan melalui ribut politik bersama sepanjang ini.
"Kenyataannya telah bercanggah dengan semangat BN, menafikan usaha MCA sepanjang tahun ini, malah mewujudkan keretakan di kalangan parti komponen BN."
Beliau juga menyanggah kenyataan bahawa MCA bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya.  Beliau berkata ini menunjukkan bahawa MCA turut berkhidmat kepada seluruh rakyat, selain mempertahankan hak dan kepentingan masyarakat Cina.  Chiew Lian Keng berkata, hasil kemenangan dan pemerintahan dikecapi daripada usaha bersama oleh semua komponen parti.  Tiada siapa yang menumpang siapa dalam isu ini, tetapi soal sama ada semua pihak boleh saling bekerjasama.
"UMNO harus jelas bahawa keangkuhannya yang menjurus kepada keretakan di kalangan parti komponen, dan hegemoninya serta penyelewengan adalah punca utama yang mengakibatkan kehilangan sokongan rakyat"
Chiew Lian Keng (gambar kiri) yang juga AJK Pemuda MCA berkata, UMNO tidak boleh meminta parti komponen BN untuk menghormati semangat BN, tetapi pada masa yang sama mereka melakukan sesuatu di sebaliknya.
"Sepanjang tahun ini, kami mendukung semangat BN, memberi sumbangan kepada BN, tetapi kini dibalas dengan penghinaan oleh pemimpin rakan parti."
Oleh itu, Pemuda MCA Wilayah Persekutuan meminta Presiden UMNO, Najib Razak untuk menyatakan pendirian, sama ada kenyataan "penumpang BN" oleh Ahmad Zahid itu merupakan pendirian partinya atau pendirian individu.  Chiew Lian Keng berkata, seandainya UMNO masih memperkecilkan sumbangan rakan parti, maka sudah tiba masanya MCA mengkaji semula hubungan kerjasama dengan parti itu.-merdekareview

Friday, July 2, 2010

BERAHIM ALI DICELAKAKAN.....

Hahahahahaha.....wakakaka......itulah kalau kail panjang sejengkal.....jangan MCA hendak diduga.......apa rasa ek....bila dicelakakan orang......


Pemuda MCA selar PERKASA:
Ektremis celaka ini patut ditahan ISA!



"Jikalau PERKASA mahu Wee Ka Siong dipenjarakan kerana kenyataan Pemuda MCA yang membela keadilan, maka ekstremis yang celaka ini lebih patut dipenjarakan di bawah ISA," kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng.
Demikianlah kemarahan daripada Pemuda MCA, berikutan laporan utama edisi sulung Suara PERKASA yang bertajuk "Tahan Ka Siong bawah ISA".  Beberapa orang pemimpin Pemuda MCA tampil mempertahankan Ketua-nya, masing-masing menyasarkan serangan terhadap Presiden PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia), Ibrahim Ali.
Antaranya, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng menganggap Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran tidak bersalah, malah memberi amaran bahawa "jangan hina maruah Pemuda MCA!", kerana Pemuda MCA tidak akan bertolak ansur dengan provokasi yang biadap ini.
Malah, Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mendesak agar kerajaan menyatakan sikapnya untuk mengasingkan diri daripada tindakan Ibrahim Ali yang biadap, mencelarukan sentimen perkauman, dan mencungkil saraf sensitif.  Untuk Pemuda Wilayah Persekutuan MCA yang sanggup jadi benteng Wee Ka Siong, seandainya kerajaan berdiam diri dalam isu ini, maka ia adalah penghinaan terhadap MCA sebagai parti komponen kedua terbesar dalam BN.
Oleh itu, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA (gambar kanan) mahu Kementerian Dalam Negeri melucutkan permit penerbitan PERKASA, sebagai amaran kepada kenyataannya yang ekstrem, malah berharap agar penjual akhbar mengambil inisiatif untuk memboikot akhbar ini, demi menjaga keamanan negara.
Akta Hasutan terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali
Selain itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen turut menggesa agar polis menangkap Ibrahim Ali dan mengambil tindakan terhadap Suara Perkasa, dengan menggunakan Akta Hasutan 1948.
"Artikel dalam Suara PERKASA yang menggesa untuk menangkap Wee Ka Siong dengan ISA ini telah mencungkil kemarahan Pemuda MCA.  Seandainya kerajaan berpeluk tubuh dalam isu ini, Pemuda MCA akan menyerang balik sehabis-habisnya.  Kami sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA," kata Chai Kim Sen (gambar kiri) dalam kenyataannya.
Malah, Setiausaha Agung Pemuda MCA ini menambah, "PERKASA langsung tidak masuk akal.  Pertubuhan yang dipimpin Ibrahim Ali ini bukan sahaja ekstrem, malah satu pertubuhan yang mengada-ada.  Memang celaka betul!"
Pemimpin Pemuda MCA bangkit menyerang
Di samping itu, terdapat beberapa orang pemimpin Pemuda MCA lain yang turut mengeluarkan kenyataan media untuk menyelar Ibrahim Ali, hari ini.  Ketua Pasukan Pemuda Kebangsaan MCA, Yap Tian Hoi membidas Suara PERKASA kerana menggunakan propaganda "kelas rendah" untuk mencungkil sentimen perkauman.
Ketua Biro Kajian Strategik dan Perancangan Pemuda MCA, Foo Seck Chyn (gambar kanan) pula membidas bahawa kesabaran kerajaan untuk membenarkan hujah perkauman ini berleluasa telah mencungkil kemarahan rakyat.
Naib Setiausaha Agung Pemuda MCA, Loh Chew June pula mendesak agar kerajaan memisahkan diri dari PERKASA, untuk membuktikan bahawa kerajaan mendukung semangat 1Malaysia, dan tidak bersekutu dengan pertubuhan yang ekstrem dan berkelas rendah ini.
*Kenyataan-kenyataan di atas dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Pemuda MCA, diterjemahkan dan disunting olehMerdekaReview.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran