| TIADA BUKTI SAIFUL DILIWAT-HKL Peguam: Tiada bukti Anwar liwat Saiful |
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur. Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan. Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini. Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut. Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful). Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad. Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya. Tokeyai Hospital kuala Lumpur ialah hospital kerajaan kalau dah hospital kerajaan kata tiada bukti liwat hospital mana lagi yang pejabat peguam negara nak gunakan sekarang tulah dulu tak nak suruh AmNo buat hospital sendiri macam hospital private gitulah kalau tak boleh guna pakar-pakar kat hospital private AmNo tu lawan pakar-pakar kat HKL tu report siapa yang paling canggih sekarang kan dah susah kesian tokeyai tengok tak pun gini ajelah kawan tokeyai ni dia pakar pasal check-check buntut ni bagi kat dia ajelah itu pun kalau sudi...kahh...kahh....kahh..... |
Walausiapapun kamu walaudimanapun kamu walauapaperjuanganmu walauapakeinginanmu carilah kedamaian yang abadi disisiNya
Thursday, June 18, 2009
Wednesday, June 17, 2009
MAKA BERKATALAH KETUA HAKIM NEGARA
Hakim Bagus Tak Akan Tunggu Lama Buat Keputusan : Tun Zaki
PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Seorang hakim yang tak mampu membuat keputusan dengan cepat adalah seorang hakim yang kurang baik, kata Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi di Mahkamah Persekutuan hari ini.Katanya satu daripada faktor dalam menilai sama ada seorang hakim itu bagus atau tidak ialah kemampuannya membuat keputusan tanpa berlengah dan seterusnya menyediakan alasan penghakimannya.
"Malah, dalam kes melibatkan hukuman mati, di mana setiap pensabitan pasti akan dirayu oleh tertuduh sehingga ke peringkat mahkamah tertinggi, tiada sebab bagi hakim yang mengendalikan kes itu tidak menulis alasan penghakimannya walaupun sebelum mengumumkan keputusannya," kata Zaki.
Katanya sebarang kelewatan dalam memulakan perbicaraan, memerintah tertuduh membuat pembelaan, membuat keputusan di akhir perbicaraan atau menulis alasan penghakiman, boleh menyebabkan berlaku ketidakadilan.
Beliau membuat teguran itu berhubung kelewatan selama empat tahun dan lima bulan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi untuk memanggil Ghazalee Kassim dan Mohamad Junaidi Hussin, kedua-duanya penganggur, dan Mohd Salleh Yunos, seorang pemandu teksi, membuat pembelaan kerana dituduh mengedar 50kg kanabis, sembilan tahun lepas.
Zaki yang bersidang bersama Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff bagaimanapun menolak rayuan ketiga-tiga tertuduh itu berhubung pensabitan dan hukuman mati terhadap mereka yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi pada 2007.
Beliau juga berkata satu tempoh tertentu perlu diberikan agar seseorang hakim itu dapat menilai keterangan serta merujuk kepada peruntukan undang-undang.
"Sebarang keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa juga bukan satu keputusan yang baik kerana hakim tidak menimbang dengan betul semua isu mengenai fakta dan perundangan. Sebaliknya pula, kelewatan yang melampau akan merugikan semua pihak, sama ada pihak pendakwaan atau pembelaan," katanya.
Merujuk kepada kes hari ini, Zaki berkata bahawa dalam mengekalkan pensabitan dan hukuman mati terhadap tiga tertuduh berkenaan, Mahkamah Rayuan telah menimbang dengan tepat semua alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi dan juga membuat keputusan yang betul bahawa kelewatan itu bukannya satu faktor ketidakadilan kepada mereka.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua hakim bahawa kes hari ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan bagi mereka untuk mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan menulis alasan penghakiman mereka.
Ghazalee, 39, Mohamad Junaidi, 38, dan Mohd Salleh, juga 38, dituduh secara bersama mengedar 50,650 gram kanabis di tempat letak kereta Merlin Inn di Jalan Tenteram, Johor Baharu, pada 11.45 pagi 29 April 2000.
Mereka didapati bersalah dan dihukum mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail pada 9 Jan 2007, dan hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas. Mereka membuat rayuan terhadap keputusan itu.
Pada 19 Mei peguam bela Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili ketiga-tiga tertuduh, telah berhujah bahawa kelewatan hakim yang mengendalikan kes itu, telah menimbulkan prejudis dan menyebabkan tertuduh berada dalam keadaan merugikan bagi menyediakan pembelaan mereka kerana banyak keterangan sudah tidak dapat diingat lagi.
Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, pula berhujah bahawa pihak pembelaan sepatutnya memikirkan mengenai alasan pembelaan pada masa tertuduh didakwa.-BERNAMA
Tokeyai
Apa kes ni beb....cakap bukan main lagi bekas peguam AmNo ni sekarang LP macamanalah kes boleh tertunggak begitu lama tokeyai pun tak fahamlah ada kes yang tak sampai lima minit dah selesai ni cakap pasal kes DS Nizar apa cerita 3 orang Hakim yang terlibat tu tempoh 30 hari untuk beri alasan penghakiman tinggal 2 hari sempat ke nak mengarang tu ke tengah terkial-kial nak cari alasan semoga ALASANMU BENAR BELAKA kata kump Ukays....
Thursday, June 11, 2009
PDRM Harus bertindak jika masih ada maruah

Sila baca kenyataan bersumpah beberapa orang pegawai Polis di bawah ini ;
- salinan Kenyataan bersumpah ASP Hong Kin Hock (G/10990)
- salinan Kenyataan bersumpah ASP Md. Yusof Bin Ahmad (G/10608)
- salinan kenyataan bersumpah Sarjan Mohd. Yasin Bin Malik (RF/89379)
Ini bukan sekadar isu tuduhan rasuah atau salah guna kuasa biasa. Ianya melibatkan ancaman serius terhadap keselamatan negara.
Ketua Polis Negara dan pegawai Polis yang dinyatakan dalam laporan akuan bersumpah tersebut perlu digantung tugas serta merta dan satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan.
Isu 'along' , kongsi gelap dan jenayah yang berleluasa perlu ditangani segera. Semua ini bukan sekadar perang di media untuk mewujudkan persepsi rakyat tetapi ia perlu dilakukan dengan kesungguhan termasuk pembersihan organisasi PDRM itu sendiri.
che'GuBard
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia.
10 Jun 2009
Tokeyai
Tu yang susah tu chegubard polis tangkap polis mesti dio orang 'kautim' punya kalau nak suruh FBI ke CIA ke siasat baru boleh jalan kalau tak tunggu sampai kucing bertanduk pun bolum tontu dio orang buek....patutnya kita pun ado macam Amerika tu jadi bilo ada kes macam ni satu agensi lain boleh siasat ni tak satu tu ajo...polis siasat polis tak ke gilo namoeh...
Wednesday, June 10, 2009
Peguam: Pendakwa Raya Kes Anwar Tidak Beretika, Enggan Serah Bahan Kes |
Pendakwa raya dalam kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim tidak professional dan bertindak tanpa etika apabila enggan menyerahkan dokumen dan bahan berkaitan bagi membolehkan Anwar membuat persiapan membela dirinya, kata peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Sankara Nair berkata segala bahan yang diminta adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan hak Anwar sebagai pihak tertuduh untuk mendapatkan pembelaan adil. Perbicaraan itu akan bermula 1 Julai depan, namun pasukan peguam Anwar masih belum mendapat bahan seperti contoh DNA dan dokumen tertentu untuk diperinci sebelum mahkamah bersidang. “Selagi pihak pendakwa raya tidak memberikan kami dokumen dan bahan berkenaan dalam tempoh yang sesuai, pasukan peguam Anwar tidak mungkin dapat menyediakan pembelaan terbaik, yang seharusnya menjadi hak beliau,” Sankara berkata. Anwar hari ini terpaksa memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya membekalkan kepada beliau semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin. Dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, Anwar mahu pendakwa raya membekalkan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008. Pihak pendakwa raya juga gagal menyerahkan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis. Oleh kerana kes itu melibatkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, Anwar perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya. Sankara berkata semua dokumen dan bahan itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi mantan Timbalan Perdana Menteri itu menyediakan pembelaan yang tuntas. Sankara kecewa dengan sikap pendakwa raya kerana tidak mengendahkan segala permohonan peguam bela untuk mendapatkan bahan-bahan berkenaan walaupun permohonan dibuat seawal 8 September 2008. Malah, pihak pendakwaraya cuba memesongkan fakta dengan mendakwa kononnya peguam Anwar sudah pun dibekalkan dengan rakaman CCTV tetapi hakikat adalah sebaliknya. Sankara berkata pihaknya hanya boleh merumuskan pendakwa raya dalam kes berkenaan enggan menyerahkan bahan-bahan berkenaan kepada pihaknya kerana: i. Mahu menafikan Anwar pembelaan yang sebaik mungkin dalam menghadapi tuduhan berkenaan ii. Menafi atau menyembunyi dari Anwar bukti yang boleh membantu pembelaan beliau iii. Ingin “menyerang hendap” Anwar dengan bukti yang tidak boleh diperinci atau disiasat oleh pihak berkecuali sebagaimana yang dilakukan oleh pendakwa raya dalam kes-kes Anwar pada tahun 1998/99. iv. Menafikan Anwar peluang untuk memeriksa dan mengesahkan contoh DNA dan sampel lain yang “mereka kini sedang gunakan untuk membuat dakwaan tidak berasas” terhadap Anwar. Tokeyai Jelas perbuatan ini merupakan satu konspirasi jahat pihak mendakwa dan pendakwa kenapa perlu takut mesti ada sebab kalau tak takkan jadi sampai takut nak serang barang bukti...Hoi penakut kalau ko takut tak payah susah susah nak dakwa oranglah pergi berambuslah ko orang... |
POSTING RUJUKAN
SAJAK DR ASRI
BLOG LIST
-
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah22 minutes ago
-
-
-
JOM PI RAMAI-RAMAI..!14 hours ago
-
-
-
Najib Marah BN19 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
JEWS VS. JEWS IN ZIONIST STATE2 days ago
-
-
Sifat Munafik UMNO Di Balas Tuhan3 days ago
-
-
-
SALAHKAN BN LA...!!!4 days ago
-
ingin bersedih atau ketawa?4 days ago
-
-
-
Tau atau buat-buat tak tau?1 week ago
-
-
Apa Guna Bintang Kebesaran & Pingat?1 week ago
-
-
Cubaan Hidupkan Al-Arqam.1 week ago
-
-
-
-
-
-
-
SYIAH2 weeks ago
-
-
Israel tunjuk belang!2 weeks ago
-
MINYAK NAK NAIK LAGI ?2 weeks ago
-
28 Mei 2010 Wa langgar Rusila.4 weeks ago
-
nota kecil kepada perdana menteri1 month ago
-
-
PERKASA KEKUATAN BANGSA MELAYU2 months ago
-
ISU MINYAK KELANTAN:KERATAN AKBAR3 months ago
-
NAK BUAT APA HUJUNG MINGGU NI?3 months ago
-
-
penat4 months ago
-
The Unelected President4 months ago
-