Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

AYOYOO...XIGP SUDAH BUKAK MULUT..

Ayoyo....sapa gerangan itu menteri....mesti nampak cam taiko agaknya...sapa...sapa...sapa...


WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."
ex-igp musa hassan interview with malaysiakini 4Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.

"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.

"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka. 

"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.

Friday, August 13, 2010

10 ribu KERTAS SIASATAN POLIS TERJUAL DIBESI BURUK

AITTT......pelik bin ajiban....heran binti musykil....macamana lah polis ni buat kerja....kang bila ditegur melenting....siap ancam suruh polis balik.....wa tengok polis kat mesia nih....berlagak bukan main.....itu baru sepaku dua paku....belum yang berpaku-paku dan berbintang-bintang...mak aii....dia punya kerek....pergh....



KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Selepas negara dikejutkan dengan pendedahan enjin jet TUDM dicuri dan dijual sebagai barang lusuh, polis Gombak kehilangan kira-kira 10,000 keping kertas siasatan yang dijual kepada kilang kitar minggu lalu.
Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk empat buruh binaan warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes kehilangan kertas siasatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
Kertas siasatan itu dikatakan mengandungi rekod kes-kes jenayah IPD itu yang sudah selesai dan menunggu kelulusan untuk dilupuskan.
Ia disimpan di sebuah bilik di tingkat satu, salah satu daripada bangunan IPD itu yang sedang diubah suai.
Ekoran keadaan fail kertas siasatan itu yang sudah usang dan berhabuk menyebabkan pekerja binaan menyangkakan ia kertas lama yang sudah tidak digunakan lalu mengambilnya untuk dijual kepada kilang kitar semula.
Kertas siasatan seberat kira-kira 2,000kg itu dijual pada harga RM800 kepada beberapa kilang kitar semula di Kepong berdasarkan kadar antara 37 hingga 45 sen sekilogram.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kehilangan kertas siasatan itu hanya disedari Sabtu lalu oleh salah seorang anggotanya yang mahu menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengemas kini fail-fail di situ.
Dipetik Utusan Malaysia hari ini, beliau berkata, pihaknya mengesyaki kertas siasatan terbabit diambil oleh para pekerja yang mengubah suai bangunan tersebut.
Berikutan itu kata beliau, pihaknya telah menahan empat lelaki tempatan iaitu seorang penyelia dan tiga pemandu lori berusia lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.
“Empat buruh binaan Bangladesh berusia lingkungan 20-an turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Abdul Rahim berkata, kesemua lelaki terbabit ditahan secara berasingan pada sebelah petang dan malam kelmarin.
Beliau berkata, empat lelaki tempatan ditahan di beberapa kawasan sekitar Kepong manakala kesemua pekerja Bangladesh ditangkap ketika bekerja di tapak binaan.
Katanya, kesemua mereka direman selama empat hari sehingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-tmi

Monday, August 2, 2010

UMNO LAHANAT MEMPERKUDAKAN POLIS

Kekuatan dan kebangkitan PR memang menggerunkan UMno....apatah lagi dinegeri kelahiran umno ini...yang merupakan benteng terakhir umno untuk hidup.....jadi tak menghairankanlah jika demokrasi dinegeri ini tidak wujud sama sekali....muhyiddin akan menggunakan apa cara sekalipun untuk menggagalkan kebangkitan PR...tindakan bodoh ini tidak merugikan PR malah mendatangkan simpati rakyat dan memberikan semangat yang lebih kental dikalangan penyokong PR.....bodoh punya umno.....

Gambar tidak pernah berbohong







Puluhan anggota FRU dan polis menyerbu dengan pantas ke atas pentas dan mengarahkan pentas tersebut dikosongkan serta merampas peralatan audio dan menghalau penyokong daripada tapak ceramah.

Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail yang berada di lokasi ceramah berkata keadaan menjadi tegang selepas pihak polis menyerbu dan merampas mikrofon, pembesar suara serta mengoyakkan kain pemidang di atas pentas ceramah.

Mereka turut menahan beberapa orang aktivis parti yang didakwa menghalang tindakan pihak keselamatan tersebut.

"Keadaan agak tegang dan beberapa orang aktivis parti telah ditahan dan dibawa ke balai polis. Tetapi orang ramai masih menunggu dan tidak berganjak daripada tapak ceramah untuk menunggu ketibaan Ketua Umum," katanya semalam. Berita penuh sila baca di 
SINI-anak sungai derhaka

Thursday, June 11, 2009


PDRM Harus bertindak jika masih ada maruah



Sila baca kenyataan bersumpah beberapa orang pegawai Polis di bawah ini ;
Kenyataan ini perlu dipandang serius dan cheGuBard amat - amat kecewa dan cemas dengan apa yang didedahkan. Kenyataan ini yang mendedahkan terdapat 'perlindungan istimewa' terhadap sesetengah kumpulan kongsi gelap yang mempunyai hubungan dengan Pegawai Tertinggi PDRM. Kewujudan kenyataan bersumpah ini cukup untuk menggoyah keyakinan rakyat terhadap institusi yang seharusnya menjadi penguatkuasa undang - undang.

Ini bukan sekadar isu tuduhan rasuah atau salah guna kuasa biasa. Ianya melibatkan ancaman serius terhadap keselamatan negara.

Ketua Polis Negara dan pegawai Polis yang dinyatakan dalam laporan akuan bersumpah tersebut perlu digantung tugas serta merta dan satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan.

Isu 'along' , kongsi gelap dan jenayah yang berleluasa perlu ditangani segera. Semua ini bukan sekadar perang di media untuk mewujudkan persepsi rakyat tetapi ia perlu dilakukan dengan kesungguhan termasuk pembersihan organisasi PDRM itu sendiri.

che'GuBard
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia.
10 Jun 2009

Tokeyai
Tu yang susah tu chegubard polis tangkap polis mesti dio orang 'kautim' punya kalau nak suruh FBI ke CIA ke siasat baru boleh jalan kalau tak tunggu sampai kucing bertanduk pun bolum tontu dio orang buek....patutnya kita pun ado macam Amerika tu jadi bilo ada kes macam ni satu agensi lain boleh siasat ni tak satu tu ajo...polis siasat polis tak ke gilo namoeh...

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran